We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Shahih Bukhari Kitab Ilmu Bab [ Hendaklah Orang Yang Hadir Menyampaikan Ilmu Kepada Yang Tidak Hadir ] October 8, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Ilmu — visitor74 @ 3:43 pm

;

بَاب لِيُبَلِّغْ الْعِلْمَ الشَّاهِدُ الْغَائِبَ قَالَهُ ابْنُ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Bab Hendaklah Orang Yang Hadhir Menyampaikan ‘Ilmu Kepada Yang Tidak Hadhir. Ibnu `Abbas Meriwayatkannya Daripada Nabi s.a.w.

٨٠- حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ حَدَّثَنِي اللَّيْثُ قَالَ حَدَّثَنِي سَعِيدٌ هُوَ ابْنُ أَبِي سَعِيدٍ عَنْ أَبِي شُرَيْحٍ أَنَّهُ قَالَ لِعَمْرِو بْنِ سَعِيدٍ وَهُوَ يَبْعَثُ الْبُعُوثَ إِلَى مَكَّةَ ائْذَنْ لِي أَيُّهَا الْأَمِيرُ أُحَدِّثْكَ قَوْلًا قَامَ بِهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْغَدَ مِنْ يَوْمِ الْفَتْحِ سَمِعَتْهُ أُذُنَايَ وَوَعَاهُ قَلْبِي وَأَبْصَرَتْهُ عَيْنَايَ حِينَ تَكَلَّمَ بِهِ حَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ ثُمَّ قَالَ إِنَّ مَكَّةَ حَرَّمَهَا اللَّهُ وَلَمْ يُحَرِّمْهَا النَّاسُ فَلَا يَحِلُّ لِامْرِئٍ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ أَنْ يَسْفِكَ بِهَا دَمًا وَلَا يَعْضِدَ بِهَا شَجَرَةً فَإِنْ أَحَدٌ تَرَخَّصَ لِقِتَالِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيهَا فَقُولُوا إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَذِنَ لِرَسُولِهِ وَلَمْ يَأْذَنْ لَكُمْ وَإِنَّمَا أَذِنَ لِي فِيهَا سَاعَةً مِنْ نَهَارٍ ثُمَّ عَادَتْ حُرْمَتُهَا الْيَوْمَ كَحُرْمَتِهَا بِالْأَمْسِ وَلْيُبَلِّغْ الشَّاهِدُ الْغَائِبَ فَقِيلَ لِأَبِي شُرَيْحٍ مَا قَالَ عَمْرٌو قَالَ أَنَا أَعْلَمُ مِنْكَ يَا أَبَا شُرَيْحٍ لَا يُعِيذُ عَاصِيًا وَلَا فَارًّا بِدَمٍ وَلَا فَارًّا بِخَرْبَةٍ

101. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf berkata, telah menceritakan kepada saya Al Laits berkata, telah menceritakan kepada saya Sa’id dia adalah anaknya Abu Sa’id dari Abu Syuraih bahwa dia berkata kepada ‘Ammar bin Sa’id ketika mana dia mahu menghantar pasukan tentera ke Makkah, “Tuan Gabenor, izinkan aku menyampaikan satu perkara yang pernah diucapkan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pada keesokan hari daripada Pembukaan Makkah. Kedua telingaku mendengarnya, dan diingat oleh hatiku dan kedua mataku melihat kepada baginda ketika baginda mengucapkan kata-kata itu. Beliau memuji-muji Allah seraya bersabda: ‘Sesungguhnya Makkah, telah diharamkan oleh Allah dan bukan diharamkan oleh manusia. Maka tidak halal bagi setiap orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir menumpahkan darah di dalamnya, dan tidak boleh mencabut pepohonan di dalamnya. Jika sesiapa yang menjadikan peperangan yang pernah dilakukan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam di dalamnya sebagai alasan untuk mengharuskan tindakannya, maka katakanlah ‘sesungguhnya Allah Ta’ala hanya mengizinkan Rasul-Nya dan tidak mengizinkan kepada kalian.’ Sesungguhnya Allah Ta’ala telah mengizinkanku pada satu saat pada siang hari kemudian dikembalikan kesuciannya hari ini sebagaimana disucikannya sebelumnya. Maka hendaklah yang hadir menyampaikan kepada yang tidak hadir.” Maka dikatakan kepada Abu Syuraij, “Apa yang dikatakan ‘Ammar?” Dia berkata, “Aku lebih mengetahui daripadamu wahai Abu Syuraij: “Mekah tidak akan melindungi orang yang derhaka, orang yang lari kerana kes darah dan orang yang melakukan kerosakan.”

Tanah Haram Mekkah yang mulia. Sampai orang kafir pun tidak boleh masuk.

– Kisah ini terjadi di zaman pemerintahan Yazid anak kepada Muawiyah. Dia telah naik sebagai khalifah dengan persetujuan banyak pihak. Majoriti rakyat menerima dia sebagai khalifah. Tapi adalah juga yang tidak menerimanya. Itu biasa. Saidina Ali pun ada yang tak setuju dengan kenaikan dia sebagai khalifah. Antara yang kuat menentang Yazid adalah Abdullah bin Zubair dan juga Saidina Hussein. Maka Abdullah bin Zubair tidak mahu berbaiah kepada Yazid maka dia telah lari berlindung di Mekah. Dia telah isytihar dirinya sebagai Khalifah dan ramai yang telah berbaiah dengannya. Maka gabenor iaitu Ammar mahu menghantar pasukan tentera untuk menyerangnya. Atas alasan dia telah derhaka keapda khalifah. Itulah datangnya Abu Syuraij untuk menasihati gabenor Ammar. Dia berani untuk berdiri mengadap gabenor atau pemerintah kerana ingin menyampaikan hadis Nabi yang diterimanya. Begitulah sahabat sanggup berdiri menghadap pemimpin demi kebenaran.
– Abu Syuraij kata Nabi telah bersabda sehari selepas pembukaan Mekah bahawa haram untuk berperang atau menumpahkan darah di dalam tanah haram. Allah yang mengharamkannya, bukannya manusia. Jadi, bukan main-main. Dan kalau dibenarkan pun, hanyalah kepada Nabi Muhammad semasa pembukaannya dan itupun untuk waktu yang singkat. Iaitu dari pagi hingga waktu asar sahaja. Selepas itu, kebenaran itu telah ditarik balik dan Mekah menjadi tanah haram semula.
– Gabenor berkata bahawa “Mekah tidak akan melindungi orang yang derhaka, orang yang lari kerana kes darah dan orang yang melakukan kerosakan.” Dia berhujah bahawa jikalau ada orang yang melakukan kesalahan, dia tidak boleh menjadikan Mekah sebagai tempat perlindungan. Maka hukuman perlu juga dijalankan. Ini pun ada kebenarannya juga. Takkan kita nak biarkan sahaja penjenayah untuk bersenang lenang di Makkah selepas dia telah berbuat kesalahan.
– Maka ulama telah khilaf berkenaan samada bolehkah menumpahkan darah di Mekah. Imam Malik dan Imam Shafie sependapat dengan gabenor Ammar ini. Ini kerana takkan orang yang derhaka atau berbuat salah boleh terlepas kalau dia bersembunyi di Mekah pula. Maknanya, mereka membolehkan dalam keadaan tertentu untuk menjalankan hukum hudud disitu. Tapi Imam Hanifah pula kata tidak boleh. Berdasarkan kata-kata Nabi diatas juga. Kalau nak hudud, kena tangkap dia atau kepung dia dan bawa keluar. Kena buat hudud diluar kawasan Tanah Haram. Tidak boleh tumpahkan darah di Tanah Haram. Sebab Tanah Haram adalah suci. Berdosa besar kalau menumpahkan darah disitu. Memang kalau tumpahkan darah dimana-mana pun berdosa, tapi lagi banyak kalau di tempat yang mulia. Sama juga kalau beramal dibulan puasa pahala akan berganda. Tapi kalau buat dosa pun akan berganda juga.
– Tidak dapat diserang Abdullah Az Zubair semasa pemerintahan Yazid dan juga khalifah selepas Yazid. Cuma khalifah selepas itu yang menyerangnya kerana tidak boleh berunding lagi. Maka ada pertumpahan darah juga akhirnya.
– Nabi pernah kata hanya ada satu khalifah sahaja. Kalau seorang khalifah sudah dibaiah, dan ada lagi seorang yang mahu dibaiah juga, maka kena bunuh yang lagi seorang itu. Ini kerana Islam mementingkan perpaduan. Tidak boleh ada dua khalifah pada satu masa.
– Abdullah Zubair walaupun menentang pemerintahan Yazid dan begitu juga Saidina Hussein, tapi mereka tidak bersatu pun.
– Berkenaan dengan Yazid itu, bukanlah Muawiyah telah melantik anaknya sewenang-wenangnya. Muawiyah telah pergi Madinah untuk mendapatkan persetujuan sahabat-sahabat dan orang ramai sebelum menaikkan Yazid. Waktu itu, ramai lagi sahabat Nabi yang masih hidup. Mereka tidak akan biarkan atau bersetuju jikalau apa yang Muawiyah nak buat itu adalah salah besar.
– Bukan Yazid yang bunuh Hussein. Jikalau dikaji sejarah, dapat dikenal pasti bahawa yang membunuh Hussein itu adalah puak-puak Syiah sebenarnya. Perkara dapat dikenalpasti kerana ada kitab-kitab Syiah sendiri. Cuma sebab dia mati semasa pemerintahan Yazid, manusia telah salahkan Yazid. Dan Syiah mengambil peluang ini.
– Yang penting Imam Bukhari nak bawa adalah teladan Abu Syuraij yang sampaikan hadis nabi bila ada peluang sahaja. Bukan tunggu dalam kelas khas baru boleh beritahu. Dia berani sampaikan, walaupun dia bukan sahabat yang besar pun. Kerana Nabi sendiri telah berkata: “Maka hendaklah yang hadir menyampaikan kepada yang tidak hadir.”
– Ikutilah para sahabat. Berimanlah seperti mereka. Allah telah katakan bahawa jikalau kita menjadikan mereka sebagai contoh, kita akan selamat. Jikalau kita kata kita tidak boleh ikut Nabi kerana baginda seorang yang maksum, Allah telah bawa sahabat sebagai contoh teladan yang tidak maksum.

;

;

٨١- حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ الْوَهَّابِ قَالَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ مُحَمَّدٍ عَنْ ابْنِ أَبِي بَكْرَةَ عَنْ أَبِي بَكْرَةَ ذُكِرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَإِنَّ دِمَاءَكُمْ وَأَمْوَالَكُمْ قَالَ مُحَمَّدٌ وَأَحْسِبُهُ قَالَ وَأَعْرَاضَكُمْ عَلَيْكُمْ حَرَامٌ كَحُرْمَةِ يَوْمِكُمْ هَذَا فِي شَهْرِكُمْ هَذَا أَلَا لِيُبَلِّغ الشَّاهِدُ مِنْكُمْ الْغَائِبَ وَكَانَ مُحَمَّدٌ يَقُولُ صَدَقَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ ذَلِكَ أَلَا هَلْ بَلَّغْتُ مَرَّتَيْنِ

102. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin ‘Abdul Wahhab berkata, telah menceritakan kepada kami Hammad dari Ayyub dari Muhammad dari Ibnu Abu Bakrah dari Abu Bakrah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menyebutkan: “Sesungguhnya darah kalian, harta kalian, Muhammad berkata; saya rasa baginda juga mengatakan, “dan kehormatan kalian adalah haram atas kalian sebagaimana haramnya hari kalian ini di bulan kalian ini. Hendaklah yang hadir menyampaikan kepada yang tidak hadir.” Dan Muhammad selalu berkata, “Benarlah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memang begitulah yang telah berlaku, ‘Bukankah aku telah menyampaikannya? ‘ beliau ulangi hingga dua kali.

– Hadis yang serupa ini telah disampaikan oleh Imam Bukhari sebelum ini. Dia bawa lagi sebagai penguat nak mengatakan bukan satu hadis sahaja yang menggalakkan kita untuk menyampaikan ilmu.
– Apakah yang perawi yang bernama Muhammad itu maksudkan dengan katanya: “Benarlah Rasulullah” itu? Ada yang mengatakan dia membenarkan apa yang Nabi kata itu. Atau ada yang kata dia membenarkan soalan Nabi yang baginda tanya kepada khalayak ramai semasa haji wada’ iaitu bila baginda bertanya: ‘Bukankah aku telah menyampaikannya? ‘. Jadi dia nak membenarkan bahawa Nabi telah menyampaikan. Atau ada yang kata dia membenarkan kata Nabi bahawa memang Mekah itu telah jadi tempat pertumpahan darah selepas ketiadaan Nabi. Atau ada yang kata dia membenarkan bahawa memang perlu disampaikan hadis itu kepada orang yang tidak ada. Kerana ada yang terjadi, yang disampaikan hadis itu lebih mengerti tentang apa yang disampaikan dari orang yang menyampaikan. Kadang-kadang manusia di zaman Nabi itu tidak dapat faham apa yang Nabi katakan, kerana masa mereka belum sampai untuk memahaminya. Tapi kita yang hidup di zaman sekarang, lebih memahaminya. Nasib kita baik kerana mereka menyampaikan juga walaupun mereka tidak mengerti sepenuhnya apa yang Nabi katakan.

;

;


بَاب إِثْمِ مَنْ كَذَبَ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Bab Dosa Orang Yang Berdusta Atas Nama Nabi

٨٢ – حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ الْجَعْدِ قَالَ أَخْبَرَنَا شُعْبَةُ قَالَ أَخْبَرَنِي مَنْصُورٌ قَالَ سَمِعْتُ رِبْعِيَّ بْنَ حِرَاشٍ يَقُولُ سَمِعْتُ عَلِيًّا يَقُولُ قَالَ

النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَكْذِبُوا عَلَيَّ فَإِنَّهُ مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ فَلْيَلِجْ النَّارَ

103. Telah menceritakan kepada kami ‘Ali bin Al Ja’d berkata, telah mengabarkan kepada kami Syu’bah berkata, telah mengabarkan kepadaku Manshur berkata, aku mendengar Rib’i bin Jirasy berkata, aku mendengar ‘Ali berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Janganlah kalian berdusta atas namaku, kerana barangsiapa berdusta atas namaku akan masuk neraka.”

– Sebelum ini telah Imam Bukhari bawakan kelebihan menuntut ilmu dan menyampaikan hadis kepada orang lain. Tapi dalam menyampaikan itu, perlu berhati-hati. Dalam kita nak sampaikan sangat tu, jangan kita bawa hadis yang tidak sahih. Ini adalah Imam Bukhari nak memberi peringatan supaya kita tidak terlalu berlebihan sampai menyampaikan hadis yang salah. Biasanya, dalam dia telah menaikkan semangat kita, selalu dia membawa kita turun semula supaya mengingatkan kita jangan berlebihan.
– Kerana tidak sama kalau kita menyampaikan kata-kata orang lain dengan kata-kata Nabi. Kalau kita buat cerita orang lain pun orang lain dah marah dah. Tambahan pula kalau kita berdusta atas nama Nabi. Sebab kata-kata Nabi adalah bersangkut dengan agama. Kalau kita membawa hadis palsu kepada orang lain, maka kita telah menipu dengan agama Allah. Orang akan sangka Nabi kata begitu, padahal bukan.
– Imam Bukhari bawa hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali kerana banyak hadis palsu diletakkan pada namanya. Padahal bukan dia yang bawa hadis itu.

٨٣- حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ جَامِعِ بْنِ شَدَّادٍ عَنْ عَامِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قُلْتُ لِلزُّبَيْرِ إِنِّي لَا أَسْمَعُكَ تُحَدِّثُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمَا يُحَدِّثُ فُلَانٌ وَفُلَانٌ قَالَ أَمَا إِنِّي لَمْ أُفَارِقْهُ وَلَكِنْ سَمِعْتُهُ يَقُولُ مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ

104. Telah menceritakan kepada kami Abu Al Walid berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Jami’ bin Syaddad dari ‘Amir bin ‘Abdullah bin Az Zubair dari Bapaknya berkata, “Aku berkata kepada Az Zubair, “Aku tidak pernah mendengar kamu meriwayatkan hadis dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana si fulan dan si fulan?” Az Zubair menjawab, “Ketahuilah, aku tidak pernah berpisah daripada Rasulullah, tetapi aku pernah mendengar baginda bersabda: “Barangsiapa berdusta atas namaku bererti dia telah menyediakan tempat duduknya di neraka.”

– Anak Az Zubair hairan kenapa ayahnya tidak banyak menyampaikan hadis Nabi seperti sahabat-sahabat yang lain? Padahal dia terkenal sebagai seorang yang awal masuk Islam dan dia adalah sahabat yang besar. Dia jawap kata dia tidak pernah berpisah dari Nabi. Maknanya, dia selalu bersama Nabi. Kalau ada majlis, dia akan ada. Tapi dia takut kalau dia tersalah sampaikan hadis Nabi. Sebab dia teringat yang Nabi pernah berkata, kalau berdusta atas namanya, akan masuk neraka. Dia takut kalau dia silap cakap, maka dia akan masuk neraka. Walaupun dia tidak berniat nak cakap dusta tapi dia takut kalau silap guna perkataan pun sudah dikira dusta. Maknanya dia sangat berhati-hati. Contohnya perkataaan tidur dan beradu. Ada orang faham sebagai makna yang sama, tapi ada juga orang tak melihat perkataan itu tidak sama, ada bezanya. Az Zubair, kalau silap guna perkataan pun dia takut.

٨٤- حَدَّثَنَا أَبُو مَعْمَرٍ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ قَالَ أَنَسٌ إِنَّهُ لَيَمْنَعُنِي أَنْ أُحَدِّثَكُمْ حَدِيثًا كَثِيرًا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ تَعَمَّدَ عَلَيَّ كَذِبًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ

105. Telah menceritakan kepada kami Abu Ma’mar berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Abdul Warits dari ‘Abdul ‘Aziz berkata, Anas berkata, “Sesungguhnya yang menegah aku dari banyak meriwayatkan banyak hadits ialah sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam: “Barangsiapa berdusta atas namaku, maka bererti ia menyediakan tempat duduknya di neraka.”

– Anas adalah seorang yang banyak meriwayatkan hadis. Yang dia cakap ni adalah semasa sahabat masih banyak lagi. Jadi dia tidak banyak meriwayatkan hadis. Tapi bila dah ramai tiada, tinggal beberapa kerat sahaja, barulah dia banyak riwayatkan hadis. Umur dia panjang. Dia antara para sahabat yang paling akhir meninggal dunia.

٨٥- حَدَّثَنَا مَكِّيُّ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ أَبِي عُبَيْدٍ عَنْ سَلَمَةَ قَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ يَقُلْ عَلَيَّ مَا لَمْ أَقُلْ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ

106. Telah menceritakan kepada kami Makki bin Ibrahim berkata, telah menceritakan kepada kami Yazid bin Abu ‘Ubaid dari Salamah berkata, “Aku mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa mengatakan atas namaku yang tidak pernah aku katakan, bererti dia telah persiapkan tempat duduknya di neraka.”

٨٦- حَدَّثَنَا مُوسَى قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ أَبِي حَصِينٍ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَسَمَّوْا بِاسْمِي وَلَا تَكْتَنُوا بِكُنْيَتِي وَمَنْ رَآنِي فِي الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لَا يَتَمَثَّلُ فِي صُورَتِي وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ

107. Telah menceritakan kepada kami Musa telah menceritakan kepada kami Abu ‘Awanah dari Abu Hushain dari Abu Shalih dari Abu Hurairah ia berkata, “Aku mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Namakanlah dengan namaku tetapi jangan dengan kuniahku. barangsiapa melihatku dalam mimpinya sungguh dia benar-benar telah melihatku, karena setan tidak dapat berupa dengan rupaku. Dan barangsiapa berdusta dengan sengaja atas namaku, bererti dia telah menyediakan tempat duduknya dalam neraka.”

– Hadis ini memberitahu bahawa boleh menggunakan nama ‘Muhammad’ tapi tidak boleh menggunakan kuniah Nabi seperti Abul Qasim. Kuniah itu adalah nama panggilan.
– Tipu jumpa Nabi dalam mimpi pun tidak boleh.
– Puak karamiah salah apabila mereka mengatakan bahawa boleh menggunakan nama Nabi dalam mengatakan ianya adalah kata Nabi kalau ianya adalah untuk tujuan baik. Ini pun sebenarnya tidak boleh.
– Kalau tahu sesuatu hadis itu palsu pun sama juga, akan masuk neraka. Salah kalau kita bawakan kepada orang lain.
– Mimpi Nabi adalah benar. Nabi boleh datang dalam mimpi seseorang dalam rupa macam-macam. Contohnya pernah dia datang dalam mimpi pakai topi. Menunjukkan bahawa ramai orang Islam akan pakai topi.
– Siapa yang bermimpi bertemu Nabi, maka adalah untuk dirinya sendiri. Bukanlah ada kelebihan apa-apa. Tidak ada syariat baru yang akan diberikan oleh Nabi dalam mimpi.

Banyaklah contoh kitab-kitab yang membawa hadis palsu. Contohnya Kitab Malahim. Kitab ini membawa cerita perang Nabi sahaja. Menunjukkan seperti Islam itu ganas.
Kitab kalbi.
Dan banyak lagi
Antaranya adalah kitab Wasiat Saidina Ali.

Terdapat banyak puak yang memang sengaja bawa hadis palsu ini. Contoh mereka adalah:
1. Golongan zahid. Yang dok berzikir sahaja. Mereka berniat baik kerana nak menggalakkan manusia beramal ibadat. Ini adalah pandangan yang salah. Mereka pula tidak kisah samada hadis itu benar atau tidak. Mereka sibuk dengan zikir sahaja.
2. Orang yang baik tapi riwayat mereka diambil semasa mereka dah nyanyuk dah.
3. Orang alim tapi tersilap dan bila orang betulkan, mereka tidak mahu terima.
4. Puak zanaziqah. Ini adalah Puak zindiq. Mereka sengaja reka hadis palsu untuk merosakkan agama. Ada yang sampai curi bubuh dalam kitab orang alim lain, semasa orang alim itu leka.
5. Ada yang reka hadis untuk membela mazhab mereka.
6. Ada yang reka hadis untuk dapatkan pahala. Kononnya untuk kebaikan.
Mereka sampai membolehkan letak sanad rekaan dalam hadis rekaan mereka.
7. Nak merapatkan diri dengan pemerintah. Contohnya ada yang mereka hadis kebaikan memelihara burung apabila mereka lihat pemerintah itu suka memelihara burung.

Nota tambahan:
Orang berlebih sangat mengata kepada Imam Abdul Wahab. Padahal apa yang dia buat adalah lebih tepat dari orang lain. Yang mendakwa dia kata begitu begini sebenarnya bukan dia yang kata. Mungkin Allah nak beri kepada dia pahala tambahan sebab orang kata apa yang dia tak buat. Syiah yang paling tak suka dengan wahabi. Sebabnya apa yang dia paling kuat benteras adalah perbuatan syirik yang banyak dilakukan oleh puak Syiah.
AWSJ ahli hadis. Ahlun Nazar pakai takwil. Satu lagi adalah dinamakan Ahlul Wijdan.

Allahu a’lam. Sambung ke hadis yang seterusnya

Kelas penuh Maulana Asri

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s