We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Ilmu Bab Adakah Akan Ditentukan Suatu Hari Yang Berasingan Untuk Orang-Orang Perempuan Mempelajari Ilmu? October 8, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Ilmu — visitor74 @ 11:36 am

بَاب هَلْ يُجْعَلُ لِلنِّسَاءِ يَوْمٌ عَلَى حِدَةٍ فِي الْعِلْمِ

Bab Adakah Ditentukan Suatu Hari Berasingan Untuk Orang-Orang Perempuan Mempelajari ‘Ilmu?

Lain keperluan perempuan dan lelaki

– Imam Bukhari membawa satu soalan kepada pembaca Sahih Bukhari ini: Bolehkah lelaki mengajar perempuan sahaja? Jadi dalam kes ini dia membawakan bagaimana Nabi telah mengajar sekumpulan perempuan seorang diri sahaja. Dan dia hendak mengatakan bahawa bukan Nabi sahaja yang boleh berbuat begitu, tetapi orang lain juga boleh buat begitu apabila ada keperluan. Boleh dijalankan satu kelas yang dihadiri oleh semuanya perempuan sahaja dan yang mengajarnya adalah seorang lelaki.
– Sesungguhnya lelaki dan perempuan tidak sama dalam pembelajaran mereka. Jadi adalah elok kalau ada kelas yang dijalankan untuk mereka sahaja.
– Seeloknya perempuan yang ajar sendiri kumpulan perempuan itu. Sebagaimana Saidatina Aisyah telah menjadi alim dan mengajar manusia lepas ketiadaan Nabi. Dia juga pernah mengajar orang lelaki juga. Tapi kalau tidak ada guru perempuan, dibolehkan lelaki untuk mengajar perempuan. Kalau perempuan sendiri yang mengajar mereka, maka senanglah untuk mereka bertanya. Dan guru itu pun faham tentang apa yang mereka katakan, kerana mereka juga mengalaminya.
– Kelas khas untuk perempuan sahaja amat sesuai sekali kerana keperluan mereka tidak sama dengan lelaki kalau kelas mereka dicampurkan sekali. Jadi kalau seorang guru menceritakan tentang keperluan lelaki, mungkin mereka akan bosan kerana tidak berkenaan dengan mereka. Ataupun mereka mungkin malu untuk bertanya dikhalayak ramai kerana orang perempuan itu pemalu dan segan jikalau ada ramai orang lelaki. Jadi, akan senang kalau semua dalam kelas itu perempuan sahaja.
– Tetapi, kalau tidak ada kemudahan untuk menjalankan kelas untuk perempuan sahaja, maka dibolehkan untuk bercampur dalam kelas. Cuma perlu dipastikan bahawa batas aurat terjaga dan mereka diasingkan didalam kelas.

99 – حَدَّثَنَا آدَمُ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ قَالَ حَدَّثَنِي ابْنُ الْأَصْبَهَانِيِّ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا صَالِحٍ ذَكْوَانَ يُحَدِّثُ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَتْ النِّسَاءُ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غَلَبَنَا عَلَيْكَ الرِّجَالُ فَاجْعَلْ لَنَا يَوْمًا مِنْ نَفْسِكَ فَوَعَدَهُنَّ يَوْمًا لَقِيَهُنَّ فِيهِ فَوَعَظَهُنَّ وَأَمَرَهُنَّ فَكَانَ فِيمَا قَالَ لَهُنَّ مَا مِنْكُنَّ امْرَأَةٌ تُقَدِّمُ ثَلَاثَةً مِنْ وَلَدِهَا إِلَّا كَانَ لَهَا حِجَابًا مِنْ النَّارِ فَقَالَتْ امْرَأَةٌ وَاثْنَتَيْنِ فَقَالَ وَاثْنَتَيْنِ
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ قَالَ حَدَّثَنَا غُنْدَرٌ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ الْأَصْبَهَانِيِّ عَنْ ذَكْوَانَ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِهَذَا وَعَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ الْأَصْبَهَانِيِّ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا حَازِمٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ ثَلَاثَةً لَمْ يَبْلُغُوا الْحِنْثَ

99. Telah menceritakan kepada kami Adam berkata, Telah menceritakan kepada kami Syu’bah berkata, telah menceritakan kepadaKu Ibnu Al Ashbahani berkata; aku mendengar Abu Shalih Dzakwan menceritakan dari Abu Sa’id Al Khudri; kaum wanita berkata kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam: “kaum lelaki mempunyai lebih banyak peluang daripada kami untuk mengambil ilmu daripadamu, maka tentukanlah kami satu hari dari pihakmu sendiri untuk kami mempelajari sesuatu darimu”. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menentukan kepada mereka satu hari dimana beliau dapat menemui mereka, lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dapat menasihati dan menyuruh mereka tentang sesuatu, antara lain Nabi telah bersabda kepada mereka: “Tidak seorang perempuanpun dari kalangan kamu yang menghantar dahulu tiga orang dari anak-anaknya (kematian tiga orang anak-anaknya) melainkan anak-anaknya itu akan menjadi dinding bagi dirinya dari api neraka”. Berkata seseorang: “bagaimana kalau dua orang?” Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Juga dua”. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basysyar berkata, Telah menceritakan kepada kami Ghundar berkata, Telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Abdurrahman Al Ashbahani dari Dzakwan dari Abu Sa’id Al Khudri dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Dan dengan sanad seperti ini dari Abdurrahman Al Ashbahani berkata; aku mendengar Abu Hazm dari Abu Hurairah berkata: “Tiga orang anak yang belum cukup umur (belum baligh)”.

– Banyak pendapat mengatakan siapakah wanita yang meminta Nabi mengajar kaum perempuan itu. Pendapat yang paling kuat mengatakan bahawa yang bertanya itu adalah Umm Sulaim. Beliau adalah ibu kepada Anas bin Malik, pembantu Nabi. Dia mesra dengan Nabi sebab anaknya berkhidmat untuk Nabi. Jadi, itu yang dia berani tanya kepada Nabi itu. Tapi kita boleh lihat cara tanyanya adalah dengan molek sekali. Dia minta Nabi yang tetapkan, bukan dia yang tetapkan. Maknanya, ikut kelapangan Nabi. Itulah cara meminta yang baik.
– Maka dalam kelas khas untuk perempuan sahaja itu, Nabi ajar apa yang sesuai dengan mereka. Berkenaan apa yang kena dengan mereka dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, diberikan dalam hadis ini, berkenaan dengan ibu yang kehilangan anaknya yang belum baligh.
– Ada yang bertanya terus kepada Nabi. Maka ini menunjukkan boleh bertanya terus dalam guru mengajar seperti apa yang dibuat oleh perempuan dalam hadis ini. Asalkan tidak mengganggu sangat guru yang sedang mengajar. Sebab kalau tunggu nak tanya lepas habis kelas, mungkin dia akan terlupa apa yang dia hendak tanya itu.
– Ini juga menunjukkan yang suara perempuan bukan aurat. Maka boleh perempuan bersuara di khalayak ramai

– Mari kita lihat apakah yang dimaksudkan dalam hadis ini berkenaan seorang wanita yang kematian anaknya yang belum baligh. Samada tiga orang atau dua orang. Ada juga hadis lain yang kata walaupun seorang, pun akan dapat juga. Yang penting adalah sabar menghadapi qadha Allah yang telah mengambil anak-anak itu. Ayah yang kehilangan anak itu pun sebenarnya dapat juga, kerana dia pun akan bersedih juga. Disini diceritakan perempuan sebab waktu itu Nabi berada dalam majlis perempuan. Dan kita pun memang tahu perempuan itu lebih halus hati dan jiwa mereka. Mereka berasa lebih lagi dari orang lelaki, apabila kehilangan anak itu.

– Islam tidak membenarkan meraung atau meratap apabila ada kematian. Itu adalah tinggalan daripada perbuatan semasa zaman jahiliah.
Yang penting untuk kita sabar adalah semasa dipermulaan kematian itu. Waktu itulah yang paling menyayat hati. Kalau dah lama masa berlalu, dan memang kita dah jadi sabar waktu itu, adalah perkara biasa sahaja. Semua orang akan rasa lega sikit apabila dah lama masa berlalu. Yang perlu kuat untuk bersabar adalah semasa awal-awal itu. Itulah ujian yang maha berat semasa itu.
– Ujian kepada manusia dalam dunia ini ada dua: waktu suka dan satu lagi waktu duka. Dua-dua ini tidak boleh berlebihan. Kena kawal emosi kita supaya jangan berlebihan.

Ini hanyalah imaginasi pelukis. Semoga Allah ampunkan kita sebab menunjuknya. Tapi nak jelaskan pemahaman.

– Satu pemahaman dari hadis ini adalah, mereka yang sabar dengan kematian anak mereka tidak akan masuk neraka. Padahal semua orang perlu melalui neraka dititian sirat seperti yang telah tersebut dalam ayat Maryam:71. Tapi mereka yang kehilangan anak kecil itu akan selamat. Maknanya, dalam orang lain yang semuanya akan sekurang-kurangnya lalu neraka dengan laju, mereka ini langsung tidak perlu melalui neraka itu. Anak mereka akan buat perangai budak-budak di Mahsyar nanti. Macam budak-budak sekarang, kalau mereka hendakkan sesuatu, mereka akan hendak juga. Mereka tidak mahu masuk syurga tanpa mak ayah mereka. Maka beruntunglah mak ayah mereka. Mereka akan mempercepatkan mak ayah mereka di Padang Mahsyar nanti, dan juga apabila mereka nak masuk ke dalam syurga.

– Banyak jenis yang akan melalui neraka nanti. Ada yang lama dan ada yang cepat. Ada yang cepat sangat sampai mereka tak sedar pun yang mereka baru sahaja melalui neraka.

– Anak orang kafir masuk syurga tapi mereka tidak boleh tolong mak ayah mereka.
Maka hadis ini jadi penghibur kepada mereka yang kehilangan anak. Supaya mereka tahu bahawa mereka akan mendapat kebaikan dari kehilangan mereka itu.
– Kalau anak dah baligh? Ada yang kata tak dapat pertolongan tapi ada yang kata dapat juga. Yang kata tidak ada tu sebab bila anak sudah besar, sudah tidak ada keikhlasan mak ayah disitu dah. Sebab apabila anak mereka sudah besar, adakala mereka sudah bergantung dengan anak itu. Mungkin anak itu dah kerja dan menanggung sara hidup anak mereka. Tapi ada juga pendapat yang mengatakan mereka akan dapat juga kerana mereka juga bersedih kalau anak mati. Sebab mereka mengatakan yang mereka tidak masuk neraka itu adalah kerana kesabaran mereka.

– Tapi yang kuatnya hanyalah kepada yang belum baligh lagi kerana bila anak belum baligh, ibu bapa tu menjaga dengan penuh ikhlas sebab tak tahu anak itu akan jadi baik atau tidak.


بَاب مَنْ سَمِعَ شَيْئًا فَلَمْ يَفْهَمْهُ فَرَاجَعَ فِيهِ حَتَّى يَعْرِفَهُ

Bab Sesiapa Yang Mendengar Sesuatu Tetapi Dia Tidak Memahaminya Maka dia bertanya kembali tentangnya untuk difahami dengan baik

Jangan segan nak angkat tangan tanya guru

– Kalau tak faham, kena tanya bagi faham. Kalau buat begini, kita akan dapat ilmu yang molek. Jangan duduk senyap sahaja, padahal tak faham.
– Kita bertanya itu adalah untuk kita mendapat ilmu, bukan niat nak menguji guru supaya nak tunjuk guru tak tahu dan sebagainya. Bukan nak tunjuk kita pandai. Maka, kena berniat yang betul.
– Kena tanya sampai faham. Jangan berhenti selagi tak faham. Guru kenalah sabar dalam hal sebegini. Nabi sentiasa senyum walaupun ada yang tanya banyak kali.
– Sebab kalau tak faham, bahaya. Kalau tak faham, jangan cerita kat orang lain pula. Sebab kalau kita memang dah tak faham, lepas itu kita ajar pula orang lain yang memang tak tahu, lagilah teruk. Ketidakfahaman itu akan berpanjangan.
– Yang selalu buat begini (bertanya sampai faham) adalah Aisyah, iaitu isteri Nabi yang paling pandai. Tingginya ilmu Aisyah ini, sampai beliau ditanya oleh sahabat yang lain selepas ketiadaan Nabi. Termasuk yang menanya itu adalah Saidina Umar sendiri. Nabi dah tahu yang Aisyah yang akan menyebarkan ilmu nanti. Itulah sebabnya Nabi sayang Aisyah kerana ilmunya. Dan dia sayangkan Khadijah kerana sokongannya kepada Islam di permulaan penyebaran Islam. Aisyah jadi pandai kerana dia rajin bertanya. Itulah kebiasaan dia. Kadang-kadang nampak macam dia berhujah dengan Nabi tapi Nabi layan dia. Malah, Nabi galakkan lagi. Ini adalah kerana antara lain, baginda nak bebaskan wanita yang selama ini dikongkong. Di zaman jahiliyah, perempuan tidak mempunyai hak untuk bersuara.

100 – حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ أَبِي مَرْيَمَ قَالَ أَخْبَرَنَا نَافِعُ بْنُ عُمَرَ قَالَ حَدَّثَنِي ابْنُ أَبِي مُلَيْكَةَ أَنَّ عَائِشَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَتْ لَا تَسْمَعُ شَيْئًا لَا تَعْرِفُهُ إِلَّا رَاجَعَتْ فِيهِ حَتَّى تَعْرِفَهُ وَأَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ حُوسِبَ عُذِّبَ قَالَتْ عَائِشَةُ فَقُلْتُ أَوَلَيْسَ يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى { فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيرًا } قَالَتْ فَقَالَ إِنَّمَا ذَلِكِ الْعَرْضُ وَلَكِنْ مَنْ نُوقِشَ الْحِسَابَ يَهْلِكْ

100. Telah menceritakan kepada kami Sa’id bin Abu Maryam berkata, telah mengabarkan kepada kami Nafi’ bin Umar berkata, telah menceritakan kepadaku Ibnu Abu Mulaikah bahwa Aisyah istri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tidaklah mendengar sesuatu yang tidak dia mengerti kecuali menanyakannya kembali kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam untuk memahaminya dengan baik, dan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda: “Siapa yang dihisab, dia disiksa” Aisyah berkata: maka aku bertanya kepada Nabi: “Bukankah Allah Ta’ala berfirman: “Kelak dia akan dihisab dengan hisab yang mudah” Aisyah berkata: Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Itu hanya pembentangan. Akan tetapi orang yang diperincikan pembentangannya (dipersoalkan suratan amalannya) maka akan binasalah dia”.

– Hisab mudah itu adalah apabila ditanya secara am sahaja. Hisab ada dua jenis. Satu soalan yang mudah-mudah sahaja. Dan ada yang tanya dengan detail lagi. Itu adalah apa yang dinamakan soalan Munakashah. Bayangkan keadaan sekarang ni, macam kita masuk negara lain. Kalau imigresen tengok pasport sahaja dan lepas, kan senang sahaja. Tapi kalau dia macam-macam, ada pula jumpa barang yang sepatutnya tidak boleh ada, maka akan masalah.

Jadi kita tidak mahu jadi macam tu. Kita nak kita ditanya dengan mudah sahaja. Macam nak cukupkan syarat sahaja nak tanya itu. Sebab kita tak buat benda yang salah. Kalau ditanya sahaja, ‘kenapa buat begini’, itu pun dah masalah dah. Apa yang kita hendak adalah di Padang Mahsyar tadi adalah dibaca sahaja tanpa soal banyak. Supaya kita dapat minum dari telaga Kautsar yang dianugerahkan kepada Nabi kita. Telaga Kautsar ada dalam syurga dan padang Mahsyar.

Isteri Nabi yang lain pun rajin juga tanya. Bukan Aisyah sahaja. Jadi hadis ini menekankan kepentingan soal dalam belajar. Supaya kita akan faham penuh dengan apa yang kita belajar itu.

Allahu a’lam. Sambung ke hadis yang seterusnya

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s