We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Ilmu Bab Nasihat Dan Pengajaran Imam Kepada Orang-Orang Perempuan October 7, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Ilmu — visitor74 @ 7:28 pm

Sahih Bukhari Kitab Ilmu Bab Nasihat Dan Pengajaran Imam Kepada Orang-Orang Perempuan

بَاب عِظَةِ الْإِمَامِ النِّسَاءَ وَتَعْلِيمِهِنَّ

Bab Nasihat Dan Pengajaran Imam Kepada Orang-Orang Perempuan

٩٧ – حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ أَيُّوبَ قَالَ سَمِعْتُ عَطَاءً قَالَ سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ قَالَ أَشْهَدُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْ قَالَ عَطَاءٌ أَشْهَدُ عَلَى ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ وَمَعَهُ بِلَالٌ فَظَنَّ أَنَّهُ لَمْ يُسْمِعْ فَوَعَظَهُنَّ وَأَمَرَهُنَّ بِالصَّدَقَةِ فَجَعَلَتْ الْمَرْأَةُ تُلْقِي الْقُرْطَ وَالْخَاتَمَ وَبِلَالٌ يَأْخُذُ فِي طَرَفِ ثَوْبِهِ
قَالَ أَبُو عَبْد اللَّهِ وَقَالَ إِسْمَاعِيلُ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ عَطَاءٍ وَقَالَ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَشْهَدُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

96. Telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Harb berkata, Telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Ayyub berkata; aku mendengar ‘Atho’ berkata; aku mendengar Ibnu ‘Abbas berkata: aku menyaksikan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam -sedang menurut ‘Atho’, dia berkata; aku menyaksikan Ibnu ‘Abbas berkata; – bahwa pernah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam keluar bersama Bilal, -dan Nabi mengira bahwa suaranya belum lagi didengari oleh orang-orang perempuan, – maka Nabi memberi pelajaran kepada para wanita dan memerintahkan untuk bersedekah, maka orang-orang perempuan mula mencampakkan anting dan cincin mereka, dan Bilal pun menadahnya dengan hujung kainnya. Berkata Abu Abdullah; dan Isma’il berkata; dari Ayyub dari ‘Atho’, dan dia berkata; dari Ibnu ‘Abbas bahwa aku bersaksikan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam

– Imam itu adalah merujuk kepada pemimpin. Dalam hadis ini, Nabi Muhammad adalah sebagai imam atau pemimpin. Maknanya, kerajaan atau negara kena mengajar masyarakat. Tak boleh lepas kepada ketua keluarga sahaja. Sebab lain kalau pengajaran itu diberikan oleh kerajaan. Sebab kerajaan mempunyai kemudahan untuk memberi pengajian yang lengkap kepada orang lain. Dan ini dapat memastikan pengajian yang diberikan adalah pengajian yang benar. Supaya tidak ada pengajian yang sesat pula nanti.
– Hadis ini juga memberitahu bahawa jangan abaikan pengajian untuk perempuan. Alhamdulilah di Malaysia ini kaum wanita kita diberi peluang untuk mendapatkan pelajaran kalau mereka mahu. Tidak seperti di negara lain, ada yang perempuan mereka tidak dapat keluar rumah untuk belajar.
– Dalam tajuk itu Imam Bukhari meletakkan perkataan ‘izzah‘. Izzah itu bermaksud memberi nasihat.
Ta’lim itu pula bermaksud mengajar dengan lengkap. Ini bermaksud mengadakan pengajian yang lengkap. Bukan setakat memberi nasihat atau majlis tazkirah sahaja.
Ini adalah Hadis yang ringkas. Ada hadis yang panjang ada lagi. Ceritanya adalah, selepas baginda memberi khutbah, baginda merasakan yang kaum perempuan tidak mendengar kata-kata baginda sebab mereka duduk jauh di belakang. Maka baginda telah pergi ke belakang. Maknanya, baginda telah pergi ke sana dan ini menunjukkan bahawa baginda telah mengajar mereka dan bukan sahaja memberi nasihat.

Mereka melemparkan gelang tangan mereka

– Baginda menceritakan tentang sedekah dan antaranya adalah baginda berkata bahawa sedekah itu adalah dinding kita dari masuk neraka.
– Dalam hadis ini diceritakan kaum wanita itu mencampakkan subang dan gelang mereka. Ini menunjukkan bahawa boleh campak barang sedekah kepada penerima.
– Ini juga menunjukkan yang hati wanita itu lembut. Selepas mendengar ceramah Nabi, mereka dengan rela hati infakkan barang kemas mereka untuk Islam. Dalam sejarah, banyak sekali kisah peranan perempuan dalam mengembangkan Islam. Maka janganlah direndahkan peranan mereka.


بَاب الْحِرْصِ عَلَى الْحَدِيثِ

Bab Minat Yang Luar Biasa Terhadap Hadits

97 – حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنِي سُلَيْمَانُ عَنْ عَمْرِو بْنِ أَبِي عَمْرٍو عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّهُ قَالَ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ أَسْعَدُ النَّاسِ بِشَفَاعَتِكَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَقَدْ ظَنَنْتُ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ أَنْ لَا يَسْأَلُنِي عَنْ هَذَا الْحَدِيثِ أَحَدٌ أَوَّلُ مِنْكَ لِمَا رَأَيْتُ مِنْ حِرْصِكَ عَلَى الْحَدِيثِ أَسْعَدُ النَّاسِ بِشَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ خَالِصًا مِنْ قَلْبِهِ أَوْ نَفْسِهِ

97. Telah menceritakan kepada kami Abdul ‘Aziz bin Abdullah berkata, telah menceritakan kepadaku Sulaiman dari ‘Amru bin Abu ‘Amru dari Sa’id Al Maqburi dari Abu Hurairah, bahawa dia berkata: ada orang bertanya (kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: “Wahai Rasulullah siapakah orang yang paling bertuah mendapat syafa’atmu pada hari kiamat?” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Aku telah menduga wahai Abu Hurairah, bahawa tidak ada orang yang mendahuluimu dalam menanyakan masalah ini, kerana aku lihat betapa minatmu yang luar biasa terhadap hadits. Orang yang paling bertuah mendapat syafa’atku pada hari kiamat adalah orang yang mengucapkan Laa ilaaha illallah dengan ikhlas dari hatinya atau jiwanya”.

الْحِرْصِ Bermaksud Haloba. Maksudnya nak ilmu dengan banyak. Seseorang itu belajar dan belajar lagi. Sentiasa dahagakan ilmu. Tidak merasa cukup dengan ilmu yang ada. Itulah yang bagusnya.
– Dalam hadis ini, sebenarnya Abu Hurairah yang tanya kepada Nabi, tapi dia tidak riwayatkan begitu kerana dia tak nak melebihkan dirinya. Dia adalah seorang yang banyak hafal hadis. Walaupun dia bersama Nabi selama tiga tahun sahaja. Tapi dia memang bersungguh dengan hadis. Dan Nabi pun pernah hamparkan kain dan suruh dia dakap. Selepas itu dia tidak lupa hadis yang diucapkan oleh Nabi. Ingat sentiasa. Itulah sebabnya dia boleh hafal banyak hadis. Maka dalam hadis ni, Nabi pun memang puji dia.
– Dalam hadis ini, Nabi menggunakan perkataan hadis. Maknanya, perkataan hadis ini dari Nabi sendiri. Bukan rekaan orang selepas itu. Kerana Nabi pun guna perkataan ‘hadis’ juga.
– Untuk mendapatkan syafaat, kena mempunyai hubungan rapat dengan Nabi. Sebab hadis itu adalah dari Nabi sendiri.
– Kita kena belajar dan amalkan hadis. Sebab Quran tak beri detail. Kena belajar hadis juga. Kalau belajar hadis, belajar sekali Quran. Sebab kita tak boleh nak faham Quran tanpa hadis. Contohnya, Quran menyuruh kita mendirikan solat, tapi bagaimana? Quran sebut zakat tapi banyak mana? Nabi Muhammad itu adalah Quran bergerak jadi nak faham Quran kena belajar hadis iaitu dari kata-kata Nabi dan perbuatan Nabi. Kalau tak belajar, boleh masuk neraka sebab kita tak tahu ilmu Allah. Ilmu Allah itu jauh sangat tingginya kalau nak dibandingkan dengan ilmu dunia yang lain. Yang sebenarnya tak perlu belajar pun tidak mengapa.

– Apakah yang dimaksudkan dengan “mengucapkan Laa ilaaha illallah dengan ikhlas dari hatinya atau jiwanya”?
1. Semua manusia sebenarnya akan mendapat tuah dari syafaat Nabi kerana syafaat Nabi yang pertama adalah untuk mempercepatkan hisab di Padang Mahsyar. Tapi yang lebih bertuah adalah orang Islam yang mengucap syahadah kerana mereka akan dimasukkan ke dalam syurga. Orang kafir, walaupun mereka mendapat kebaikan juga kerana dipercepatkan hisab, tapi mereka selepas itu akan dimasukkan ke dalam neraka.
2. Pendapat kedua mengatakan yang bertuah itu adalah dalam kalangan orang Islam sahaja. Kerana walaupun semua orang Islam mengucapkan la ilaha illallah tapi tingkatan ikhlas masing-masing tidak sama. Ada yang ikhlas lebih dari orang lain dan ada yang biasa sahaja. Ada yang setakat mengucap sahaja.

– Yang penting adalah mereka yang belajar hadis dan mengamalkannya. Sebab itu Imam Bukhari bawa hadis ini.


بَاب كَيْفَ يُقْبَضُ الْعِلْمُ وَكَتَبَ عُمَرُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ إِلَى أَبِي بَكْرِ بْنِ حَزْمٍ انْظُرْ مَا كَانَ مِنْ حَدِيثِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَاكْتُبْهُ فَإِنِّي خِفْتُ دُرُوسَ الْعِلْمِ وَذَهَابَ الْعُلَمَاءِ وَلَا تَقْبَلْ إِلَّا حَدِيثَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلْتُفْشُوا الْعِلْمَ وَلْتَجْلِسُوا حَتَّى يُعَلَّمَ مَنْ لَا يَعْلَمُ فَإِنَّ الْعِلْمَ لَا يَهْلِكُ حَتَّى يَكُونَ سِرًّا حَدَّثَنَا الْعَلَاءُ بْنُ عَبْدِ الْجَبَّارِ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ مُسْلِمٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ بِذَلِكَ يَعْنِي حَدِيثَ عُمَرَ بْنِ عَبْدِ الْعَزِيزِ إِلَى قَوْلِهِ ذَهَابَ الْعُلَمَاءِ

Bab Bagaimana Ilmu Diambil. `Umar bin `Abdul `Aziz Menulis Kepada Abi Bakar bin Hazm: Perhatikanlah Hadits-Hadits Rasulullah s.a.w. Dan Tulislah Hadits-Hadits Itu Kerana Aku Bimbangkan Kelenyapan `Ilmu Dan Kehilangan `Ulama’. Jangan Engkau Terima Kecuali Hadits Nabi s.a.w. Hendaklah Kamu Sebarkan `Ilmu Ini Dan Mengajarkannya Sehingga Mengerti Orang Yang Tidak Mengerti Kerana `Ilmu Ini Tidak Akan Hilang Selagi Ia Tidak Menjadi Rahsia

– Bila ilmu dah disebar, ada masa akan diambil balik oleh Allah. Semoga kita jangan kita hidup di zaman itu.
– Ilmu itu akan hilang dengan tiada catatan. Tidak disimpan. Umar sebagai pemerintah telah suruh mencatit hadis. Zaman sahabat lagi dah ada kitab hadis dah. Itu adalah inisiatif masing-masing. Tapi Umar Abd Aziz bertindak sebagai ketua kerajaan. Tujuannya adalah untuk menyimpannya dan menyebarkannya. Kalau hafal sahaja, tentulah orang itu akan mati. Alhamdulillah ada orang yang memikirkan bagaimana nak menyampaikan ilmu itu kepada manusia yang terkemudian.
– Begitulah Umar Abdul Aziz adalah seorang pemimpin yang beragama dan pandai. Bahaya kalau seorang pemimpin itu jahil.

98 – حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ أَبِي أُوَيْسٍ قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا
قَالَ الْفِرَبْرِيُّ حَدَّثَنَا عَبَّاسٌ قَالَ حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ هِشَامٍ نَحْوَهُ

98. Telah menceritakan kepada kami Isma’il bin Abu Uwais berkata, telah menceritakan kepadaku Malik dari Hisyam bin ‘Urwah dari bapaknya dari Abdullah bin ‘Amru bin Al ‘Ash berkata; aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu sekaligus mencabutnya dari hati hamba-hambaNya, akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mewafatkan para ulama hingga bila sudah tidak tersisa ulama maka manusia akan mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh, ketika mereka ditanya mereka berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan orang lain”. Berkata Al Firabri Telah menceritakan kepada kami ‘Abbas berkata, Telah menceritakan kepada kami Qutaibah Telah menceritakan kepada kami Jarir dari Hisyam seperti ini juga.

– Bila dah tiada ulama, akan diangkat juga pemimpin, sebab pemimpin kena ada juga mana-mana pun.

Allahu a’lam. Sambung ke hadis yang seterusnya

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s