We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Ilmu Bab Saranan Nabi s.a.w. Kepada Rombongan `Abdul Qais October 4, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Ilmu — visitor74 @ 12:03 am

Sahih Bukhari Kitab Ilmu Bab Saranan Nabi s.a.w. Kepada Rombongan `Abdul Qais Supaya Mereka Menjaga Iman Dan `Ilmu Di Samping Memberitahu Kaumnya Yang Tidak Hadhir & Bab Mengembara Demi Masalah Yang Berlaku Dan Mengajar Ahli Keluarga Sendiri

– Nabi suruh untuk kita jaga ilmu supaya kita ingat. Supaya kita tidak lupa bila perlu digunakan. Maka oleh itu, kenalah hafal dan jaga supaya dapat mengajar kepada orang lain pula. Kalau kita sendiri pun tak ingat, macam mana kita nak ajar kepada orang lain. Ilmu itu bukan untuk diri kita sahaja. Tapi perlu digunakan untuk mengingatkan orang lain juga.
– Nabi juga suruh kita ajar kepada orang lain. Oleh itu kena faham molek sebelum nak pergi ajar tu. Jangan nanti kita ajar imu yang salah pula nanti. Itu boleh terjadi kalau kita sendiri tidak faham apa yang diajarkan kepada kita.
– Kena sampaikan kepada orang yang tiada disitu semasa itu.
Dan juga kepada orang kemudian. Maka kepada yang pandai menulis, kenalah menulis.

بَاب تَحْرِيضِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَفْدَ عَبْدِالْقَيْسِ عَلَى أَنْ يَحْفَظُوا الإِيْمَانَ وَالْعِلْمَ وَيُخْبِرُوا مَنْ وَرَاءَهُمْ

25 – Bab : Saranan Nabi s.a.w. Kepada Rombongan `Abdul Qais Supaya Mereka Menjaga Iman Dan `Ilmu Di Samping Memberitahu Kaumnya Yang Tidak Hadhir.

وَقَالَ مَالِكُ بْنُ الْحُوَيْرِثِ قَالَ لَنَا النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ارْجِعُوا إِلَى أَهْلِيكُمْ فَعَلِّمُوهُمْ

Malik bin Huwairits berkata: “Nabi SAW bersabda kepada kami: kembalilah kamu kepada ahli keluargamu dan ajarlah mereka.

– Malik bin Huwairits itu adalah salah seorang dari rombongan Abd Qais itu. Tapi dia bukanlah ketua kepada rombongan itu.
– Kisah mereka ini telah diceritakan sebelum ini. Menunjukkan kepentingan hadis ini sampai dibawa sekali lagi oleh Imam Bukhari.
– Mereka duduk bersama sahabat Nabi untuk belajar selama 19 hari. Pengajaran Nabi bukanlah macam zaman sekarang yang ada asrama dan ada kelas dan sebagainya. Pengajaran Nabi ada pengajaran biasa sahaja dimana mereka akan duduk bersama Nabi dan Nabi akan mengajar sambil-sambil itu. Mereka akan melihat perangai Nabi untuk dijadikan sebagai ikutan. Mereka semasa bersama Nabi itu, diletakkan oleh Nabi bersama dengan sahabat-sahabat baginda. Sebab zaman dulu, bukan ada asrama untuk mereka tinggal.
– Ilmu yang kita belajar itu bukan untuk kita sahaja tapi perlu disampaikan kepada orang lain juga.
– Yang Nabi nasihat adalah untuk kita adalah pertama, iman dan kedua, ilmu. Inilah dua perkara yang paling penting sekali dalam hidup di dunia ini. Kalau dibandingkan dengan perkara lain, amatlah jauh bezanya. Seperti perkara lain itu tidak payah dirisaukan sangat. Iman dan ilmu itu adalah dua perkara yang boleh hilang jika tidak dijaga dengan molek. Allah boleh tarik balik. Banyak ancaman dari luar dan dalam. Maka kenalah kita amat berhati-hati.
– Iman boleh tergadai tanpa ilmu. Iman juga boleh hilang jika tiada ibadat. Oleh itu, untuk meningkatkan iman, perlulah menjalankan ibadat-ibadat yang disuruh oleh Allah.
– Untuk mendapatkan ilmu itu, kenalah usaha dengan lebih. Mestilah menjalankan pembelajaran dengan berterusan. Bukan hanya belajar sekali-sekala sahaja. Atau belajar sambil lewa sahaja. Mestilah merapatkan dan meneruskan hubungan dengan ahli ilmu. Kitab kena ada banyak. Sebab boleh buat rujukan bila perlu. Mungkin tiba-tiba tengah malam kita perlu untuk mendapatkan maklumat dengan segera. Dan penting juga untuk menghafal pelajaran. Dan menjalankan studi yang berterusan.
– Salah satu pembelajaran yang kita kena jalankan adalah memberi ancaman. Inilah yang perlu dilakukan kerana inilah apa yang banyak sekali disebut dalam quran.

۸۶- حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ قَالَ حَدَّثَنَا غُنْدَرٌ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ أَبِي جَمْرَةَ قَالَ كُنْتُ أُتَرْجِمُ بَيْنَ ابْنِ عَبَّاسٍ وَبَيْنَ النَّاسِ فَقَالَ إِنَّ وَفْدَ عَبْدِالْقَيْسِ أَتَوُا النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مَنِ الْوَفْدُ أَوْ مَنِ الْقَوْمُ قَالُوا رَبِيعَةُ فَقَالَ مَرْحَبًا بِالْقَوْمِ أَوْ بِالْوَفْدِ غَيْرَ خَزَايَا وَلا نَدَامَى قَالُوا إِنَّا نَأْتِيكَ مِنْ شُقَّةٍ بَعِيدَةٍ وَبَيْنَنَا وَبَيْنَكَ هَذَا الْحَيُّ مِنْ كُفَّارِ مُضَرَ وَلا نَسْتَطِيعُ أَنْ نَأْتِيَكَ إِلا فِي شَهْرٍ حَرَامٍ فَمُرْنَا بِأَمْرٍ نُخْبِرُ بِهِ مَنْ وَرَاءَنَا نَدْخُلُ بِهِ الْجَنَّةَ فَأَمَرَهُمْ بِأَرْبَعٍ وَنَهَاهُمْ عَنْ أَرْبَعٍ أَمَرَهُمْ بِالايمَانِ بِاللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَحْدَهُ قَالَ هَلْ تَدْرُونَ مَا الايمَانُ بِاللَّهِ وَحْدَهُ قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ شَهَادَةُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامُ الصَّلاةِ وَإِيتَاءُ الزَّكَاةِ وَصَوْمُ رَمَضَانَ وَتُعْطُوا الْخُمُسَ مِنَ الْمَغْنَمِ وَنَهَاهُمْ عَنِ الدُّبَّاءِ وَالْحَنْتَمِ وَالْمُزَفَّتِ قَالَ شُعْبَةُ رُبَّمَا قَالَ النَّقِيرِ وَرُبَّمَا قَالَ الْمُقَيَّرِ قَالَ احْفَظُوهُ وَأَخْبِرُوهُ مَنْ وَرَاءَكُمْ

86 – Muhammad Bin Basysyar telah meriwayatkan kepada kami, katanya, Ghundar telah meriwayatkan kepada kami, katanya, Syu’bah telah meriwayatkan kepada kami daripada Abi Jamrah katanya, Aku menjadi penterjemah di antara Ibnu `Abbas dan orang ramai. Beliau (Ibnu `Abbas) berkata : “Sesungguhnya delegasi Abdul Qais pernah datang kepada Nabi s.a.w.. Baginda s.a.w. lantas bertanya : “Siapakah rombongan itu atau kaum itu?” Para sahabat berkata : “Rabi’ah”. Nabi s.a.w. bersabda : “Selamat datang kepada delegasi itu dalam keadaan tidak terhina dan tidak menyesal. Mereka berkata : “Wahai Rasulallah, sesungguhnya kami datang kepadamu dari suatu daerah yang jauh, sedangkan di antara kami dan kamu ada Qabilah Kuffar Mudhar. Kami tidak dapat datang kepadamu kecuali pada bulan haram. Oleh itu perintahkanlah kami dengan sesuatu perintah yang dapat kami ceritakan kepada orang-orang di belakang kami dan dapat pula kami masuk syurga kerananya. Maka Nabi s.a.w. memerintahkan mereka melakukan empat perkara dan melarang mereka daripada empat perkara. Beliau menyuruh mereka beriman kepada Allah sahaja dan seterusnya bertanya : “Tahukah kamu apa itu beriman kepada Allah sahaja?” Mereka menjawab : “Allah dan Rasulnya sahaja yang mengetahuinya” Nabi s.a.w. selanjutnya menjelaskan : “Iaitu bersaksi bahawa sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, memberi zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan kamu memberikan satu perlima daripada harta ghanimah (kepada pihak pemerintah)” Dan Baginda s.a.w. melarang mereka daripada empat perkara iaitu ad-Dubba’ (bekas daripada labu kering), al-Hantum (tempayan hijau) dan al-Muzaffat (bekas yang dilumur tar). Syu`bah berkata kadang-kadang dia (Abu Jamrah) berkata al-Naqir (lubang yang dibuat pada pangkal pokok) dan kadang-kadang pula berkata “al-Muqayyar”. Nabi s.a.w. bersabda lagi: “Ingatlah semua yang tersebut itu dan ceritakanlah tentangnya kepada orang-orang di belakangmu.”

– Di sini Imam Bukhari nak menceritakan bahawa untuk mengajar itu tidak perlu kena alim dulu. Tidak perlu dah jadi ustaz baru boleh mengajar. Cukuplah dengan apa yang mereka ada dulu. Kerana dalam hadis Abdul Qais ini mereka tinggal bersama sahabat untuk belajar dengan Nabi selama 19 hari sahaja. Itu adalah masa yang sekejap sahaja. Tapi itu pun mereka sudah disuruh mengajar atau memberitahu kepada mereka yang tidak ada. Kadang-kadang itu, tidak perlu untuk kita tahu banyak untuk mengajak orang ke arah kebaikan. Jemaah tabligh itu buat kerja tabligh mereka dengan menggunakan 6 prinsip sahaja. Memanglah mereka ada banyak lagi kelemahan, tapi nak bagitahu, mereka tidak malu untuk mengajak orang dengan ilmu yang sedikit. Ini adalah kerana pentingnya agama ini untuk disampaikan kepada orang lain.
– Dari hadis ini kita boleh lihat bagaimana Ibn Abbas menjalankan tugas mengajarnya. Kerana agama ini memang kena sebar. Kalau perlu pakai penterjemah kerana kita berada di negara asing pun, kena pakai sepertimana yang dilakukan oleh Ibn abbas dalam hadis ini. Seperti yang telah diceritakan dalam hadis yang sama sebelum ini, Abi Jamrah adalah penterjemah kepada Ibn abbas kerana beliau tahu berbahasa Parsi. Hubungan dia amat baik dengan Ibn abbas. Ibn Abbas akan mengajak dia duduk di atas katil bersama dia semasa mengajar. Itu menunjukkan tingginya sanjungan Ibn Abbas kepada dia kerana dia seorang yang mempunyai ilmu. Disitu sudah menunjukkan bagaimana cara memuliakan orang yang berilmu.
– Dalam hadis ini kita dapat lihat bagaimana Nabi telah mengalukan tetamu. Ini mengajar kita sebagai umatnya untuk memuliakan tetamu juga.
– Nabi telah memberi nasihat baginda yang bersesuaian dengan kehidupan mereka. Jadi kerana mereka adalah puak yang kuat minum arak, maka Nabi telah menasihatkan mereka untuk meninggalkan meminum jenis-jenis arak itu.


بَاب الرِّحْلَةِ فِي الْمَسْأَلَةِ النَّازِلَةِ وَتَعْلِيمِ أَهْلِهِ

26 – Bab: Mengembara Demi Masalah Yang Berlaku Dan Mengajar Ahli Keluarga Sendiri.

۸۷- حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُقَاتِلٍ أَبُو الْحَسَنِ قَالَ أَخْبَرَنَا عَبْدُاللَّهِ قَالَ أَخْبَرَنَا عُمَرُ بْنُ سَعِيدِ بْنِ أَبِي حُسَيْنٍ قَالَ حَدَّثَنِي عَبْدُاللَّهِ بْنُ أَبِي مُلَيْكَةَ عَنْ عُقْبَةَ بْنِ الْحَارِثِ أَنَّهُ تَزَوَّجَ ابْنَةً لابِي إِهَابِ بْنِ عَزِيزٍ فَأَتَتْهُ امْرَأَةٌ فَقَالَتْ إِنِّي قَدْ أَرْضَعْتُ عُقْبَةَ وَالَّتِي تَزَوَّجَ فَقَالَ لَهَا عُقْبَةُ مَا أَعْلَمُ أَنَّكِ أَرْضَعْتِنِي وَلا أَخْبَرْتِنِي فَرَكِبَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْمَدِينَةِ فَسَأَلَهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَيْفَ وَقَدْ قِيلَ فَفَارَقَهَا عُقْبَةُ وَنَكَحَتْ زَوْجًا غَيْرَهُ

87 – Muhammad Bin Muqatil Abu al-Hasan telah meriwayatkan kepada kami, katanya, `Abdullah telah meriwayatkan kepada kami, katanya, `Umar Bin Sa`id Bin Abi Husain, meriwayatkan kepada kami, katanya, `Abdullah Bin Abi Mulaikah telah meriwayatkan kepadaku daripada `Uqbah Bin Al-Harits bahawa dia telah mengawini anak perempuan Abi Ihab Bin `Aziz. Kemudian datang seorang perempuan seraya berkata : “Saya telah menyusukan `Uqbah dan perempuan yang dikawininya” `Uqbah berkata : “Saya tidak mengetahui bahawa kamu menyusukan saya dan kamu tidak pun memberitahu saya (sebelum ini)”. `Uqbah pun pergi menemui Rasulullah s.a.w. di Madinah lalu bertanya Baginda. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda : “Bagaimana (kamu akan bersama perempuan itu) dalam keadaan telah dikatakan begitu?!”. Akhirnya `Uqbah meninggalkan perempuan tersebut dan perempuan itu kemudiannya berkahwin dengan orang lain.

– Kadang-kadang kalau kita ada satu kemusykilan pun kena tanya terus. Ini adalah kerana kita hendak menjaga iman kita. Begitulah yang kita boleh belajar dengan perbuatan Uqbah ini. Dia datang dari jauh iaitu dari Mekah untuk bertanyakan satu soalan sahaja kepada Nabi yang berada di Madinah dimasa itu. Itu adalah perjalanan yang sangat jauh. Walaupun sekarang ni pun, masih jauh lagi. Begitulah hebatnya sahabat. Mereka daripada golongan yang memang tidak dipandang tinggi sebelum itu. Tapi mereka telah dididik oleh Nabi maka mereka telah menjadi orang yang sangat beradab mulia. Maka mereka dapat menjajah negara lain walaupun mereka dulu tidak berpendidikan.Itu semua adalah hasil dari didikan Nabi.
– Dia mulanya tidak percaya dengan kata-kata wanita itu. Dalam riwayat lain dia sampai kata perempuan itu menipu tapi sebab ada iman dalam dirinya, maka dia tanya juga kepada Nabi. Banyaklah kemungkinan perkara ini boleh terjadi. Tidak dapat ditentukan dengan pasti. Mungkin perempuan itu pun tidak sangka akan terjadi begitu. Dan bila Uqbah nak kahwin itu, dia pun tidak tahu, mungkin dia pun sudah tinggal jauh. Jadi, bila dia dapat tahu, dia pun tidak menyimpan maklumat itu. Kita tidak tahu keadaan yang sebenarnya. Memang ada kemungkinan terjadi perkara itu.
– Dalam Nabi memberi hukuman, Nabi bertindak dalam banyak posisi. Ada kalanya sebagai seorang ketua negara, sebagai hakim, sebagai ayah dan sebagainya.
– Dalam hadis ini, makluman yang diberikan adalah dari seorang perempuan sahaja. Maka persoalan yang dibangkitkan adalah bolehkan dipakai?
– Dalam kes ini, Nabi bertindak sebagai guru. Bukan sebagai hakim. Maka kata-kata baginda itu dikatakan ulama sebagai bukan hukum. Tapi sebagai jalan selamat. Sebab itu ada ulama fekah yang menerima hukum ini dan ada yang tidak. Sebab ada dalam kes-kes yang lain, Nabi mengambil jalan selamat.
– Pisah dengan cerai atau otomatik? Dalam lafaz lain, dikatakan Uqbah telah menceraikan isterinya. Tapi pendapat yang kuat mengatakan yang perceraian itu adalah secara otomatik. Sebab kalau seorang isteri itu murtad, maka cerai secara otomatik. Dan kalau diketahui yang mereka adalah adik beradik susuan pun begitu juga.

Di Malaysia ini, masyarakat semakin mengiktiraf orang yang belajar agama. Kalau dulu, masyarakat memandang sinis kepada mereka yang belajar agama kerana pada mereka, tidak ada masa hadapan kalau belajar agama sahaja. Tapi apalah yang ditakuti kalau belajar agama? Sebab mereka akan dapat juga hidup. Yang jadi masalah adalah kerana dulu masyarakat melihat kerja orang agama ini lemah sangat. Setakat membaca doa, meratib dan begitu-begitu sahaja. Itulah sebabnya pandangan masyarakat adalah lemah kepada mereka.

Allahu a’lam. Sambung ke hadis yang seterusnya

Kelas penuh Maulana Asri boleh didapati disini

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s