We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Ilmu Bab Orang Yang Melutut Di Hadapan Imam October 4, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Ilmu — visitor74 @ 6:21 pm

Sahih Bukhari Kitab Ilmu Bab Orang Yang Melutut Di Hadapan Imam Atau Muhaddits & Bab Pengajaran Seseorang Untuk Hambanya Dan Ahlinya (Isterinya)

بَاب مَنْ بَرَكَ عَلَى رُكْبَتَيْهِ عِنْدَ الامَامِ أَوِ الْمُحَدِّثِ

29- Bab: Orang Yang Melutut Di Hadapan Imam Atau Muhaddits

91 حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ قَالَ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ عَنِ الزُّهْرِيِّ قَالَ أَخْبَرَنِي أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ فَقَامَ عَبْدُاللَّهِ بْنُ حُذَافَةَ فَقَالَ مَنْ أَبِي فَقَالَ أَبُوكَ حُذَافَةُ ثُمَّ أَكْثَرَ أَنْ يَقُولَ سَلُونِي فَبَرَكَ عُمَرُ عَلَى رُكْبَتَيْهِ فَقَالَ رَضِينَا بِاللَّهِ رَبًّا وَبِالاسْلامِ دِينًا وَبِمُحَمَّدٍ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَبِيًّا فَسَكَتَ

91. Telah menceritakan kepada kami Abu Al Yaman berkata, telah mengabarkan kepada kami Syu’aib dari Az Zuhri berkata, telah mengabarkan kepadaku Anas bin Malik bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar, lalu terus Abdullah bin Hudzafah menghadap kepadanya dan berkata: “Siapakah bapakku?” Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Bapakmu Hudzaafah”. Kemudian berkali-kali Nabi bersabda: “Bertanyalah kalian kepadaku” Maka Umar turun berlutut seraya berkata: “Kami ridha Allah sebagai Rabb kami, Islam sebagai agama kami dan Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam sebagai Nabi Kami.” barulah Nabi diam setelah mendengar kata-kata Umar itu.

– Hadis ini menceritakan tentang adab murid dgn guru. Apa harus kita buat kalau guru marah? Kalau guru marah, yang pandai diantara anak murid itu kena mengadap berjumpa guru dan meminta maaf bagi pihak rakan-rakan sepengajiannya. Jangan biarkan sahaja tanpa buat apa-apa. Bukan semua pelajar yang dalam kumpula itu pandai atau cepat faham diantara anak-anak murid itu. Dalam hadis ini, kelihatan Umar yang faham perasaan Nabi maka dialah yang tampil dan memujuk nabi. Begitulah, Umar tu macam ketua kelas. Ini adalah kerana jelas Saidina Umar itu cepat faham dan dapat membaca perasaan Nabi. Pernah dalam satu peristiwa, Nabi sudah hampir wafat dan Nabi telah meminta kertas dan pena kerana baginda hendak menulis sesuatu. Tidak tahu apakah sebenarnya yang hendak ditulisnya, kerana Umar telah berkata tidak perlu Nabi menulis, kerana cukup mereka dengan Quran. Jadi Nabi tidak tulis surat itu. Tapi Syiah telah menggunakan cerita ini mengatakan yang Umar telah menghalang Nabi untuk menulis tentang imam 12 itu. Padahal, kalau perkara itu penting, tentulah Nabi akan tulis ataupun beritahu juga kepada mereka kerana baginda mempunyai beberapa hari lagi selepas itu untuk memberitahu perkara itu kepada para sahabatnya dan umatnya jikalau perkara itu memang amat penting. Ini adalah dakyah mereka untuk mengatakan yang Umar mengawal Nabi. Dan seperti mengatakan yang Nabi pengecut kerana mengikut telunjuk Umar. Dan secara tidak langsung mereka mengatakan yang Allah telah salah kerana memilih seorang yang pengecut menjadi Nabi. Itulah yang secara tidak langsung mereka katakan tapi tidak mereka katakan dimulut mereka kerana mereka tidak berani. Padahal cerita itu adalah Nabi ingin menguji para sahabat samada mereka sudah rasa cukup atau tidak dengan Quran yang telah baginda tinggalkan. Adakah mereka memerlukan lagi baginda menulis sesuatu? Umar nampak apa yang Nabi maksudkan dan Umar telah mengatakan bahawa tidak perlu baginda menulis lagi, cukuplah dengan Quran untuk mereka.

– Hadis ini menunjukkan bahawa tanya banyak sangat pun masalah juga. Tanya perkara yang tidak penting dan bertalu-talu kepada imam atau guru. Pentinglah kita kena jaga hati guru.
– Umar telah turun melutut dan akhirnya duduk macam duduk tahiyat solat. Bolehkah begitu? Bukankah itu seperti solat pula? Sebenarnya Umar duduk begitu adalah untuk merendahkan diri dihadapan Nabi sebagai imam dan sebagai guru kerana menghormatinya. Ianya dibolehkan jika sesuai dengan keadaan. Nabi sendiri pun biasa duduk macam tu semasa baginda duduk mengajar contohnya.
– Jadi kita kena jaga adab kita dihadapan imam iaitu ketua kita. Kena hormat kepada mereka. Atau depan guru yang mengajar kita. Suruhan ini bukan khusus kepada Nabi sahaja. Kerana Nabi itu mewakili pemerintah dan juga guru.
Imam itu adalah pemerintah. Nabi Muhammad berbeza dgn Nabi lain. Nabi lain banyak yang tidak menjadi pemerintah. Jadi kita beruntung kerana kita mempunyai contoh ikutan yang kita boleh ikuti sebagai pemerintah yang adil.
– Imam Bukhari nak bagitahu bahawa Nabilah muhaddith yang pertama. Dan menunjukkan lebihnya ilmu hadis itu kalau dibandingkan dengan ilmu-ilmu yang lain. Itu adalah pengajaran yang boleh diambil dari tajuk sahaja. Sebab salah satu kelebihan Imam Bukhari adalah pada tajuknya. Sebab kalau kita tak belajar tajuknya, maka tidaklah bezanya kalau dibandingkan dengan belajar kitab hadis yang lain. Dari tajuk bab itulah kita boleh tahu dalamnya ilmu Imam Bukhari itu.
– Imam Bukhari juga nak menunjukkan bahawa dari satu hadis, kita boleh dapat banyak pengajaran. Nabi perlu untuk memberikan kata-kata yang ringkas tapi padat dengan ilmu. Dalam kata-katanya yang pendek itu perlu mengandungi banyak pengajaran. Kerana zaman kenabian Nabi tak lama. Hanya beberapa tahun sahaja. Jadi tujuan utama Bukhari adalah nak mengajar kepada kita bagaimana nak istimbat atau mengambil hukum dari hadis-hadis itu.

– Kisah ini telah disebutkan dalam hadis sebelum ini. Orang munafik mengacau fikiran orang mukmin mengatakan mereka tidak tahu ayah mereka sendiri sebab ibu mereka telah mengadakan hubungan seks dengan ramai orang selain dari bapa mereka. Memang ini ada terjadi semasa zaman jahiliah kerana mereka pakai langgar sahaja. Maka ada yang hendak menguji Nabi kerana hendak tengok Nabi tahu perkara ghaib atau tidak, dan ada yang memang hendak pastikan siapakah ayah mereka yang sebenarnya. Sebab mereka rasa susah hati sebab dikatakan mereka tidak tahu ayah mereka siapa.
– Nabi marah dengan pertanyaan sahabat sebegitu kerana mereka bertanyakan perkara-perkara ghaib. Memang Nabi boleh bagitahu tapi itu bukanlah perkara penting. Begitulah yang kadang terjadi zaman ini. Ulama atau guru ugama terpaksa melayan kerenah masyarakat sampai hilang tugas utama ulama. Tugas mereka sebenarnya adalah untuk memberi ilmu tapi selalu ditanya dengan benda pelik-pelik. Macam diminta cari barang hilang lah dan sebagainya. Memang boleh jadi, tapi untuk menjadikannya, seseorang itu kena meluangkan masa yang lama. Jadi buang masa mereka padahal mereka boleh melakukan perkara lain yang lebih penting lagi.
– Dari hadis ini kita dapat tahu bahawa cara untuk menenangkan seseorang adalah dengan ucapan dan perbuatan.


بَاب مَنْ أَعَادَ الْحَدِيثَ ثَلاثًا لِيُفْهَمَ عَنْهُ فَقَالَ أَلا وَقَوْلُ الزُّورِ فَمَا زَالَ يُكَرِّرُهَا وَقَالَ ابْنُ عُمَرَ قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَلْ بَلَّغْتُ ثَلاثًا

30 – Bab: Orang Yang Mengulang-Ulangkan Kata-Katanya Tiga Kali Untuk Memahamkan Orang Ramai Tentangnya. Nabi S.A.W. Bersabda: “Ingat bercakap bohong” Dan Nabi S.A.W. Terus Mengulanginya. Ibn Umar berkata Nabi telah bersabda: “Adakah aku telah sampaikan?” tiga kali.

– Nabi cakap “Ingat bercakap bohong” itu adalah untuk mengingatkan sahabat supaya jangan cakap bohong. Ianya adalah salah satu dari dosa besar. Dek kerana penting perkara itu, Nabi telah mengulangnya selama tiga kali.
– Kadang-kadang guru kena ulang kalimatnya untuk memastikan anak murid faham. Kena tengok keadaan anak murid, bukan tengok dirinya. Sebab mungkin dia faham, tapi anak muridnya tidak. Yang penting adalah ‘supaya difahami’. Kalau anak murid dah faham, tidak perlu diulang.
– Nabi kata “Adakah aku telah sampaikan?” tiga kali itu adalah di haji Wada’. Nabi tanya sahabat samada baginda telah sampaikan ajaran baginda atau tidak. Itulah waktu paling ramai sahabat ada dihadapan baginda.
– Bukanlah Nabi sentiasa cakap tiga kali sentiasa. Sebab ada orang yang kata Nabi macam burung kakak tua pula, setiap kali cakap tiga kali. Tidaklah begitu. Apabila Nabi nak beri penekanan, barulah Nabi cakap tiga kali.

92 حَدَّثَنَا عَبْدَةُ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُالصَّمَدِ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُاللَّهِ بْنُ الْمُثَنَّى قَالَ حَدَّثَنَا ثُمَامَةُ بْنُ عَبْدِاللَّهِ عَنْ أَنَسٍ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ كَانَ إِذَا سَلَّمَ سَلَّمَ ثَلاثًا وَإِذَا تَكَلَّمَ بِكَلِمَةٍ أَعَادَهَا ثَلاثًا

92. Telah menceritakan kepada kami Abdah berkata, Telah menceritakan kepada kami Abdushshamad berkata, Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Al Mutsanna berkata; Tsumamah bin Abdullah telah menceritakan kepada kami dari Anas dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam apabila memberi salam, diucapkannya tiga kali dan bila berbicara tentang sesuatu, akan diulangnya tiga kali.

– Apakah yang dimaksudkan dengan beri salam tiga kali? Memang kita tak buat macam tu selalu pun. Nabi beri salam tiga kali itu dalam salam isti’zan. Iaitu salam minta izin nak masuk rumah. Kena sebut tiga kali dan kalau tak dijawap, baliklah terus. Pernah sekali Nabi pergi ke rumah Abu Musa dan beri salam tiga kali. Dan bila baginda nak balik, barulah Abu Musa keluar. Rupanya dia jawap dengan senyap tadi sebab dia nak Nabi doakan dia sampai tiga kali rupanya. Begitulah sahabat, kadang-kadang melakukan perkara pelik juga mereka. Tapi itu semua adalah kerana sayangkan Nabi. Menunjukkan bahawa salam itu adalah doa.
– Atau ada yang kata tiga kali itu bermaksud Nabi bagi salam tiga kali dalam satu-satu majlis. Semasa baginda baru sampai, bila baginda mula nak kata percakapan atau pengajaran baginda dan kali ketiga apabila sudah berakhir. Kita pun sebenarnya buat macam tu juga.
– Dan ada yang kata bila Nabi bagi salam, dia akan beri salam kepada tiga golongan. Mungkin ada tiga golongan disitu, seperti contohnya golongan muda dan golongan tua.

93 حَدَّثَنَا عَبْدَةُ بْنُ عَبْدِاللَّهِ الصَّفَارُ حَدَّثَنَا عَبْدُالصَّمَدِ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُاللَّهِ بْنُ الْمُثَنَّى قَالَ حَدَّثَنَا ثُمَامَةُ بْنُ عَبْدِاللَّهِ عَنْ أَنَسٍ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ كَانَ إِذَا تَكَلَّمَ بِكَلِمَةٍ أَعَادَهَا ثَلاثًا حَتَّى تُفْهَمَ عَنْهُ وَإِذَا أَتَى عَلَى قَوْمٍ فَسَلَّمَ عَلَيْهِمْ سَلَّمَ عَلَيْهِمْ ثَلاثًا

93. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdah bin Abdullah Ash Shafar Telah menceritakan kepada kami Abdushshamad berkata, Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Al Mutsanna berkata; Tsumamah bin Abdullah telah menceritakan kepada kami dari Anas dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bila berbicara diulangnya tiga kali hingga dapat dipahami dan bila mendatangi sesuatu kumpulan, Beliau akan memberi salam tiga kali.

94 حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ أَبِي بِشْرٍ عَنْ يُوسُفَ بْنِ مَاهَكَ عَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ تَخَلَّفَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سَفَرٍ سَافَرْنَاهُ فَأَدْرَكَنَا وَقَدْ أَرْهَقْنَا الصَّلاةَ صَلاةَ الْعَصْرِ وَنَحْنُ نَتَوَضَّأُ فَجَعَلْنَا نَمْسَحُ عَلَى أَرْجُلِنَا فَنَادَى بِأَعْلَى صَوْتِهِ وَيْلٌ لِلاعْقَابِ مِنَ النَّارِ مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلاثًا

94. Telah menceritakan kepada kami Musaddad berkata, Telah menceritakan kepada kami Abu ‘Awanah dari Abu Bisyir dari Yusuf bin Mahak dari Abdullah bin ‘Amru berkata, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah tertinggal dari kami dalam suatu perjalanan yang kami lakukan, hingga Beliau mendapatkan kami sementara waktu shalat sudah hampir habis, maka kami berwudhu’ dengan hanya mengusap kaki kami. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berseru dengan suara yang keras: “celakalah bagi tumit-tumit yang tidak basah akan masuk neraka.” Diserukannya hingga dua atau tiga kali.

– Ini menunjukkan seorang guru itu perlu memberi teguran dimana sahaja ada peluang. Bukan hanya nak tunggu dalam kelas sahaja nak bagi nasihat.
– Ini juga adalah dalil untuk kena basuh kaki secara keseluruhan. Bukan macam Syiah yang hanya menyapu sahaja kaki mereka. Ini adalah kerana mereka membaca ayat Quran berkenaan dengan membasuh kaki itu sebagai menyapu sahaja. Padahal ASWJ mengambil ayat Quran berkenaan basuh kaki itu dalam dua bacaan. Iaitu dalam keadaan biasa, membasuh kaki dengan keseluruhan, dan bila pakai khuf, hanya menyapu bahagian atas sahaja. Jadi bagaimanakah mereka tidak menerima hadis Nabi ini yang mengatakan bahawa amat berat sekali kesalahan jikalau tidak membasuh kaki semasa wudu’. Ianya boleh membawa sampai ke neraka jikalau tidak dilakukan dengan baik.


بَاب تَعْلِيمِ الرَّجُلِ أَمَتَهُ وَأَهْلَهُ

31 – Bab: Pengajaran Seseorang Untuk Hamba perempuannya Dan Ahlinya (Isterinya)

95 أَخْبَرَنَا مُحَمَّدٌ هُوَ ابْنُ سَلامٍ حَدَّثَنَا الْمُحَارِبِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا صَالِحُ بْنُ حَيَّانَ قَالَ قَالَ عَامِرٌ الشَّعْبِيُّ حَدَّثَنِي أَبُو بُرْدَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلاثَةٌ لَهُمْ أَجْرَانِ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ آمَنَ بِنَبِيِّهِ وَآمَنَ بِمُحَمَّدٍ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْعَبْدُ الْمَمْلُوكُ إِذَا أَدَّى حَقَّ اللَّهِ وَحَقَّ مَوَالِيهِ وَرَجُلٌ كَانَتْ عِنْدَهُ أَمَةٌ فَأَدَّبَهَا فَأَحْسَنَ تَأْدِيبَهَا وَعَلَّمَهَا فَأَحْسَنَ تَعْلِيمَهَا ثُمَّ أَعْتَقَهَا فَتَزَوَّجَهَا فَلَهُ أَجْرَانِ ثُمَّ قَالَ عَامِرٌ أَعْطَيْنَاكَهَا بِغَيْرِ شَيْءٍ قَدْ كَانَ يُرْكَبُ فِيمَا دُونَهَا إِلَى الْمَدِينَةِ *

95. Telah mengabarkan kepada kami Muhammad Ibnu Salam, Telah menceritakan kepada kami Al Muharibi berkata, Telah menceritakan kepada kami Shalih bin Al Hayyan berkata, telah berkata ‘Amir Asy Sya’bi; telah menceritakan kepadaku Abu Burdah dari bapaknya berkata, telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: “Ada tiga orang yang akan mendapat pahala dua kali; seseorang dari Ahlul Kitab yang beriman kepada Nabinya dan beriman kepada Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam, dan seorang hamba sahaya yang menunaikan hak Allah dan hak tuannya. Dan seseorang yang memiliki hamba sahaya wanita lalu dia memperlakukannya dengan baik, mendidiknya dengan baik, dan mengajarkan kepadanya dengan sebaik-baik pengajaran, kemudian membebaskannya dan menikahinya, maka baginya dua pahala”. Berkata ‘Amir: “Aku berikan hadis ini kepadamu dengan percuma, sedangkan orang dahulu naik kenderaan menuju Madinah untuk mendapatkan hadis yang lebih rendah dari ini.

– Anak isteri pun kena ajar juga oleh seorang suami. Dengan hamba perempuan sekali pun kena ajar. Bukan hanya mengajar di tempat mengajar sahaja. Kena mengajar sampai kerumah. Jadi bila nak mengajar tu dan tiada ilmu, dia kena belajar. Atau kalau memang tidak boleh mengajar, kena panggil orang datang untuk datang mengajar ke rumah.
– Dalam matan hadis tidak disebut isteri tapi Bukhari masukkan juga. Sebab alangkan hamba perempuan pun kena diajar, tambahan pula kalau isteri. Tentulah kena ajar juga. Tambahan pula, dalam matan hadis itu, dikatakan bahawa hamba perempuan juga elok untuk dijadikan sebagai isteri juga. Maka, ada dua-dua elemen disitu. Pertama, sebagai hamba, dan kedua sebagai isteri.
– Yang dimaksudkan dengan Ahlul Kitab yang beriman kepada Nabinya ialah hanya kepada ahli kitab semasa zaman Nabi sahaja. Sebab ahli kitab selepas Nabi, tidak boleh dikira untuk beriman dengan Nabi mereka kerana selepas Nabi diangkat sebagai Nabi, maka Nabi mereka juga adalah Nabi Muhammad, bukan lagi Nabi Musa atau Nabi Isa.
– Apakah yang dimaksudkan dengan dapat dua pahala itu? Bukankah Allah memang boleh gandakan berkali-kali ganda. Dan kalau maksudkan dua, pun normal sahaja sebab amalan dia pun dia. Mesti ada kelebihan tertentu. Ada beberapa pendapat:
1. Mereka lain dengan orang lain. Setiap amalan dia lepas beriman dapat double pahala. Contoh solat. Orang lain dapat satu pahala sahaja sahaja tapi dia ganda dua.
2. Dapat dua pahala itu untuk masa mula beriman itu sahaja. Kerana peluang ini tidak diberikan kepada orang lain. Jadi macam tak aci pula kalau begitu. Sebab sekarang sudah tidak ada Nabi lain dan tidak ada hamba lagi dah.
3. Tidak khusus kepada mereka sahaja. Tapi sebagai contoh yang diberi kepada mereka yang kena menghadapi dua perkara kesusahan atau lebih. Sebab banyak cabaran kena hadapi. Bukan mudah juga untuk mengahwini hamba sendiri kerana pandangan masyarakat masa itu. Dia akan mendapat celaan orang kerana mengahwini hamba. Ketiga perkara ini tidak boleh lagi kita amalkan sebab semua dah tiada dah. Tapi sebagai contoh. Kalau kita susah untuk mengamalkan sesuatu kebaikan itu, maka kita akan mendapat pahala yang banyak berdasarkan kepada kesusahan yang perlu dihadapi.

– Bila perawi maksudkan dengan dia beri percuma itu adalah mahalnya ilmu itu. Kekadang bila kita dapat mudah, kita ambil ringan pula.

Allahu a’lam. Sambung ke hadis yang seterusnya

Kelas penuh Maulana Asri boleh didapati disini

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s