We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Ilmu Bab Menentukan Giliran Untuk Pergi Menuntut `Ilmu October 4, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Ilmu — visitor74 @ 2:23 am

Sahih Bukhari Kitab Ilmu Bab Menentukan Giliran Untuk Pergi Menuntut `Ilmu & Bab Kemarahan Seseorang Ketika Memberi Nasihat Dan Mengajar Apabila Melihat Sesuatu Yang Tidak Disenanginya

بَاب التَّنَاوُبِ فِي الْعِلْمِ

27- Bab: Menentukan Giliran Untuk Pergi Menuntut `Ilmu.

۸۸- حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ عَنِ الزُّهْرِيِّ ح قَالَ أبو عَبْد اللَّهِ وَقَالَ ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنَا يُونُسُ عَنِ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُبَيْدِاللَّهِ بْنِ عَبْدِاللَّهِ بْنِ أَبِي ثَوْرٍ عَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ عَنْ عُمَرَ قَالَ كُنْتُ أَنَا وَجَارٌ لِي مِنَ الانْصَارِ فِي بَنِي أُمَيَّةَ بْنِ زَيْدٍ وَهِيَ مِنْ عَوَالِي الْمَدِينَةِ وَكُنَّا نَتَنَاوَبُ النُّزُولَ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنْزِلُ يَوْمًا وَأَنْزِلُ يَوْمًا فَإِذَا نَزَلْتُ جِئْتُهُ بِخَبَرِ ذَلِكَ الْيَوْمِ مِنَ الْوَحْيِ وَغَيْرِهِ وَإِذَا نَزَلَ فَعَلَ مِثْلَ ذَلِكَ فَنَزَلَ صَاحِبِي الانْصَارِيُّ يَوْمَ نَوْبَتِهِ فَضَرَبَ بَابِي ضَرْبًا شَدِيدًا فَقَالَ أَثَمَّ هُوَ فَفَزِعْتُ فَخَرَجْتُ إِلَيْهِ فَقَالَ قَدْ حَدَثَ أَمْرٌ عَظِيمٌ قَالَ فَدَخَلْتُ عَلَى حَفْصَةَ فَإِذَا هِيَ تَبْكِي فَقُلْتُ طَلَّقَكُنَّ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ لا أَدْرِي ثُمَّ دَخَلْتُ عَلَى النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ وَأَنَا قَائِمٌ أَطَلَّقْتَ نِسَاءَكَ قَالَ لا فَقُلْتُ اللَّهُ أَكْبَرُ

88 – Abu Al-Yaman telah meriwayatkan kepada kami, katanya, Syu`aib telah meriwayatkan kepada kami daripada Az-Zuhri ح Berkata Abu `Abdillah dan Ibnu Wahab mengatakan Yunus telah meriwayatkan kepada kami daripada Ibni Syihab daripada Ubaidillah Bin `Abdillah Bin Abi Tsaur daripada `Abdillah Bin `Abbas daripada `Umar r.a, beliau berkata : “Saya dan jiran saya dari kalangan orang Ansar ketika berada di perkampungan Bani Umayyah Bin Zaid iaitu satu kawasan di pinggir Madinah. Kami sentiasa bergilir-gilir pergi kepada Rasulullah s.a.w., dia pergi pada suatu hari dan saya pula pergi pada suatu hari yang lain. Kalau saya pergi, saya akan bawakan kepadanya berita hari itu berupa wahyu dan selainnya. Demikian juga kalau dia yang pergi. Pada suatu hari pada hari gilirannya sahabatku orang Ansar itu pergi. (Apabila pulang) Dia memukul pintu rumahku dengan kuat sekali sambil bertanya : “Adakah dia di dalam?”. Saya terkejut lantas keluar menemuinya. Dia terus berkata : “Telah berlaku satu perkara besar”. Selepas itu aku pegi ke rumah Hafshah dan aku dapati dia sedang menangis. Aku bertanya : “Adakah Rasulullah s.a.w. telah mencerai kamu (semua)?” Dia menjawab: “Saya tidak tahu”. Kemudian saya pun masuk menemui Nabi s.a.w. lantas saya bertanya dalam keadaan berdiri : “Adakah engkau telah menceraikan isteri-isterimu?” Nabi s.a.w. menjawab : “Tidak”. Mendengar jawapan Nabi s.a.w. itu aku pun mengucapkan “Allahu Akbar!”

Tak sesuai perempuan kanak-kanak pergi perang.

– Sebelum ini telah diceritakan tentang kelebihan menuntut ilmu. Banyaklah perkara yang perlu dilakukan untuk menuntut ilmu itu. Kalau perlu mengembara, maka kenalah mengembara. Dalam hadis ini pula, menceritakan tentang usaha sahabat Nabi iaitu Umar untuk belajar. Sebagai manusia, kadang-kadang kita ada kerja yang hendak dilakukan, maka kita tidak dapat sepenuhnya bersama dengan guru. Maka, diajar dalam hadis ini untuk mencari jalan bagaimana supaya tidak ketinggalan mendapatkan ilmu itu. Umar telah membahagikan masa dengan sahabatnya untuk bergilir menemui Nabi.
– Ada kalangan sahabat Nabi yang memang memberikan seluruh masa mereka untuk beribadat sahaja. Itu contohnya golongan ahlus suffah yang tinggal berdekatan dengan masjid Nabi dan dekat dengan Nabi.
– Cara ini bukanlah 100% akan dapat ilmu kerana orang yang memberitahu kepada kita mungkin ada tertinggal apa-apa perkara yang penting, tapi itu pun sudah baik juga.
– Perawi hadis ini adalah Ibn Abbas. Dia adalah murid khas kepada Saidina Umar. Walaupun dia tidak lama dengan Nabi, tapi dia telah banyak berguru dengan Saidina Umar. Dan kerana itu, Imam Syafie telah mengambil beliau sebagai rujukan utama dari kalangan sahabat dalam mazhabnya. Setiap mazhab yang lain, ada sumber rujukan utama dari sahabat Nabi. Setiap mazhab yang empat, ada mempunyai rujukan utama mereka. Tapi tidaklah sepenuhnya Syafie mengambil semuanya dari Ibn Abbas. Dalam hukum bersentuhan perempuan dalam wudu’ contohnya, Imam Syafie mengatakan yang wudu itu batal, tapi Ibn Abbas mengatakan tidak.
– Hadis ini akan dibawa lagi oleh Bukhari di tempat yang lain nanti. Dia bawa hadis ini disini adalah kerana nak membawa hujah bahawa kepentingan mencari ilmu sampai bergilir dengan kawan untuk mendapatkan ilmu. Ada banyak lagi pengajaran yang boleh didapati dari hadis ini.
– Antara pengajaran lain yang boleh diambil adalah untuk pergi ke rumah seseorang dan nak jumpa dia, kena ketuk pintu dulu. Jangan nak terus masuk sahaja. Dan dalam hadis lain diberitahu jangan duduk dekat dengan pintu yang menyebabkan kalau orang itu buka pintu, boleh nampak terus apa-apa yang ada didalam. Kita tidak dibenarkan melihat dalam rumah orang yang kita nak jumpa itu. Kita kena duduk di tepi pintu selepas kita beri salam.
– Hadis ini adalah hadis yang ringkas. Ada hadis panjang lagi berkenaan dengan sejarah ini yang tidak dimasukkan di sini. Tapi ada dimasukkan didalam Sahih Bukhari di tempat yang lain. Tidak dimasukkan di dalam kitab ilmu ini kerana Bukhari ada benda lain yang dia nak cerita di sini. Dan sebenarnya yang sahih adalah perkara yang diceritakan di sini. Sebab apabila dimasukkan cerita yang panjang itu, ada kemungkinan dimasukkan cerita yang tidak benar. Sebab itulah ulama hadis suka hadis-hadis yang pendek-pendek. Sebab hadis yang panjang ini kadang-kadang ada masalah. Kerana bila panjang, ada kemungkin tersalah atau telah dimasukkan dengan perkara  yang tidak perlu.
– Kenapa sahabat Umar itu memberikan maklumat yang salah? Dia telah kata Nabi Muhammad telah menceraikan isteri-isterinya. Kita tidak boleh kata dia menipu. Sebab sahabat itu ASWJ menerima mereka sebagai orang yang adil belaka. Sepakat ulama menerima mereka. Tapi sebagai manusia mereka boleh terkeliru atau tersilap. Begitulah juga yang terjadi dengan sahabat Umar itu.
– Bukanlah semua hadis yang dikatakan sahih itu adalah benar-benar sahih sebenarnya. Ada juga termasuk hadis yang tidak benar. Walaupun sanadnya benar, tapi matannya tidak benar. Antaranya adalah cerita yang Nabi bernikah dengan Aisyah semasa Aisyah berumur enam tahun dan mereka bersama semasa Aisyah berumur sembilan tahun. Cerita ini bila dikaji semula adalah tidak benar. Kerana riwayatnya adalah dari seorang sahaja. Dan cerita ini bukan dari Aisyah sendiri tapi kata orang lain. Perawi paksi dalam hadis ini bernama Hisyam dan dia ada masalah apabila dia berpindah ke Iraq. Salah seorang anak muridnya adalah Imam Malik, tapi Imam Malik tidak menerima hadis Hisyam yang dikeluarkan semasa dia telah berpindah di Iraq. Seperti tidak boleh dipercayai hadis yang diriwayatkan oleh Hisyam selepas dia pergi ke Iraq.
Takkanlah terjadi sebegitu. Allah tidak akan membenarkan perbuatan Nabi yang boleh merendahkan martabatnya. Tentulah kalau perkara itu benar terjadi, orang-kafir dan munafik tidak akan melepaskan peluang untuk menjadikan isu ini sebagai bahan untuk menjatuhkan baginda. Sedangkan perkara tidak benar pun mereka guna, tambahan pula kalau perkara itu benar.
Aisyah, didalam hadis lain dikatakan telah menyertai perang Uhud membantu sahabat-sahabat dalam perang itu. Takkanlah seorang budak dibenarkan untuk menyertai perang itu. Sedangkan Ibn Umar yang lelaki pun tidak dibenarkan menyertainya kerana dia belum berumur 15 tahun lagi. Kalau Nabi membawa Aisyah dalam perang itu dan dia masih kanak-kanak lagi, tentulah akan menyusahkan mereka yang berperang itu kerana perlu menjaganya.

– Kisah kenapa boleh timbul cerita Nabi menceraikan isteri-isterinya: Nabi jatuh dari kuda dan baginda telah cedera. Nabi berehat beberapa hari di satu loteng sampai solat pun di situ, tidak ke masjid. Puak munafik mengambil kesempatan ini dengan mengatakan Nabi tidak berjumpa dengan isteri-isterinya kerana baginda telah mencerai mereka. Itulah kerja syaitan yang mahu menyebabkan perpecahan dalam masyarakat. Sampai Hafsah pun sedang menangis semasa bapanya berjumpa dengan dia kerana telah sampai tohmahan dari puak munafik itu.

– Contoh yang Umar berikan dalam cerita ini adalah dia bertanya sendiri kepada Nabi. Dia pergi berjumpa walaupun nabi sedang berehat dan dalam kesakitan. Beberapa kali Umar beri salam dan Nabi tidak sahut. Seperti Nabi tidak mahu bertemu dengan orang. Tapi Umar tetap juga nak jumpa kerana kena dapatkan juga maklumat yang benar. Apabila dia dapat tahu dari mulut Nabi sendiri, dia lega dan mengucapkan Allahu akbar! Samada sebagai kata lega atau takjub memikirkan kenapa sampai begitu sekali terjadinya perkara ini.

– Dalam sejarah, tidak pernah Nabi menceraikan isteri-isterinya. Memang ada kisah yang berlegar tapi tidak benar. Memang baginda pernah offer untuk ceraikan mereka kerana seperti mereka mahukan kehidupan yang mewah semasa didunia. Tapi offer itu tidak diambil oleh isteri-isterinya kerana mereka mahukan kehidupan akhirat. Yang terjadi adalah Nabi menceraikan isterinya seorang sahaja kerana memang perempuan itu tidak mahu bersama Nabi. Tapi itupun Nabi belum lagi bersama dengan perempuan itu.
– Nabi tidak membezakan antara isteri-isteri baginda. Adalah cerita yang keluar tentang Nabi lebih sayangkan Aisyah kerana dok tanya bila giliran dia dengan Aisyah. Padahal dia tanya itu sebab dia tahu dia akan wafat di rumah Aisyah dan dia tertunggu-tunggu. Yang dia tanya tu pun di waktu hujung hayatnya. Bukannya dia selalu tanya macam tu.


بَاب الْغَضَبِ فِي الْمَوْعِظَةِ وَالتَّعْلِيمِ إِذَا رَأَى مَا يَكْرَهُ

28 – Bab: Kemarahan Seseorang Ketika Memberi Nasihat Dan Mengajar Apabila Melihat Sesuatu Yang Tidak Disenanginya.

-٨٩ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ قَالَ أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ عَنِ ابْنِ أَبِي خَالِدٍ عَنْ قَيْسِ بْنِ أَبِي حَازِمٍ عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ الانْصَارِيِّ قَالَ قَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ لا أَكَادُ أُدْرِكُ الصَّلاةَ مِمَّا يُطَوِّلُ بِنَا فُلانٌ فَمَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مَوْعِظَةٍ أَشَدَّ غَضَبًا مِنْ يَوْمِئِذٍ فَقَالَ أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّكُمْ مُنَفِّرُونَ فَمَنْ صَلَّى بِالنَّاسِ فَلْيُخَفِّفْ فَإِنَّ فِيهِمُ الْمَرِيضَ وَالضَّعِيفَ وَذَا الْحَاجَةِ

89- Muhamamad Bin Katsir telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufyan telah memberitahu kami daripada Ibnu Abi Khalid daripada Qais Bin Abu Hazim daripada Abu Mas’ud al-Ansari, beliau menceritakan: “Ada seorang lelaki berkata: “Wahai Rasulullah! Hampir-hampir saya tidak dapat mengikuti sembahyang kerana si pulan itu memanjangkan bacaannya dalam sembahyang ketika mengimamkan kami”. Saya tidak melihat Rasulullah s.a.w. dalam satu nasihatnya lebih marah dari hari itu. Baginda berkata: “Wahai manusia sesungguhnya kamu meliarkan (menjauhkan) orang. Sesiapa yang menjadi imam kepada orang ramai maka hendaklah dia ringkaskan sembahyangnya itu, kerana dikalangan mereka ada yang sakit, ada yang lemah dan ada yang mempunyai keperluan”.

– Ini pula adalah pengajaran Nabi bahawa boleh untuk marah semasa mengajar. Ini lain kalau dibandingkan dengan menjadi hakim. Kerana Nabi pernah berkata bahawa hakim tidak boleh memberi keputusan semasa sedang marah. Dan kalau seorang hakim itu telah memberi keputusan semasa dia sedang marah, maka keputusan dia itu boleh disangkal kemudian dan kehakiman boleh dijalankan semula.
– Tidaklah Nabi marah sentiasa. Dia terkenal sebagai pengasih dan penyantun. Lihatlah apa yang telah dilakukan kepadanya oleh musyrikin Mekah semasa baginda mula memberikan dakwahnya. Mereka telah melayan baginda dengan teruk sekali. Tapi apabila baginda menakluk Mekah, baginda tidak membalas kepada mereka. Dan pernah ada orang yang baru masuk Islam telah kencing dalam masjid. Maka baginda telah menasihat orang itu dengan baik. Padahal sahabat-sahabat yang lain memang marahkan sangat lelaki itu. Dan dalam Quran juga Allah menyuruh Nabi untuk berlembut kerana kalau Nabi berkeras, manusia akan lari dari dia. Imam Bukhari sedar keadaan itu, tapi dia nak cakap disini bahawa kalau keadaan memerlukannya, baginda akan marah.
– Nabi marah sangat waktu itu. Kerana dia telah memberitahu sebelum ini tentang perkara ini. Kalau orang itu adalah orang baru, atau orang yang dari hulu, baginda tidak marah. Sebab mereka tidak tahu. Tapi sebab yang menjadi imam itu adalah sahabat yang lama, maka baginda marah.
– Yang mengadu tentang imam solat lama itu merasa berat untuk solat berjemaah. Kerana dia kepenatan bila imam baca panjang. Padahal dia telah kerja penat siang hari. Kebiasan mereka adalah bercucuk tanam, jadi kerja itu adalah penat.
– Siapakah imam dalam kisah ini? Dalam hadis ini disebut fulan sahaja. Ulama telah mengkaji dan kemungkinan besar ada dua orang imam disini. Kalau solat isya, tentu yang dimaksudkan adalah Muaz dan kalau dimaksudkan solat subuh, tentu yang dimaksudkan adalah Ubai. Tapi sebab disebut ‘fulan’ dalam hadis ini, maka mungkin dimaksudkan dua-dua itu sekali.
– Kadang-kadang apabila guru marah, ia akan memberi kesan kepada kita. Tanda dia hiraukan kita.

-٩٠حَدَّثَنَا عَبْدُاللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُالْمَلِكِ بْنُ عَمْرٍو الْعَقَدِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ بِلالٍ الْمَدِينِيُّ عَنْ رَبِيعَةَ ابْنِ أَبِي عَبْدِالرَّحْمَنِ عَنْ يَزِيدَ مَوْلَى الْمُنْبَعِثِ عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَأَلَهُ رَجُلٌ عَنِ اللُّقَطَةِ فَقَالَ اعْرِفْ وِكَاءَهَا أَوْ قَالَ وِعَاءَهَا وَعِفَاصَهَا ثُمَّ عَرِّفْهَا سَنَةً ثُمَّ اسْتَمْتِعْ بِهَا فَإِنْ جَاءَ رَبُّهَا فَأَدِّهَا إِلَيْهِ قَالَ فَضَالَّةُ الابِلِ فَغَضِبَ حَتَّى احْمَرَّتْ وَجْنَتَاهُ أَوْ قَالَ احْمَرَّ وَجْهُهُ فَقَالَ وَمَا لَكَ وَلَهَا مَعَهَا سِقَاؤُهَا وَحِذَاؤُهَا تَرِدُ الْمَاءَ وَتَرْعَى الشَّجَرَ فَذَرْهَا حَتَّى يَلْقَاهَا رَبُّهَا قَالَ فَضَالَّةُ الْغَنَمِ قَالَ لَكَ أَوْ لاخِيكَ أَوْ لِلذِّئْبِ

90- `Abdullah Bin Muhammad telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abdul Malik Bin Amar al-‘Aqady telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Sulaiman Bin Bilal al-Madini telah meriwayatkan kepada kami daripada Rabi’ah Ibnu Abu Abdul Rahman daripada Yazid hamba bebasan Munbaith daripada Zaid Bin Khalid al-Juhani bahawa Nabi s.a.w. telah ditanya oleh seorang lelaki tentang luqatah (barang tercicir yang dijumpai). Nabi s.a.w. bersabda: “Kenalilah pengikatnya atau bekasnya, kemudian engkau maklumkan (war-warkan) selama setahun. Selepas itu kamu bolehlah nikmatinya (menggunakannya). Sekiranya (selepas setahun sekalipun) tuan punya barang itu datang menuntut hendaklah kamu berikan kepadanya”. Orang tadi bertanya lagi: Bagaimana dengan unta yang hilang?” Nabi s.a.w. naik marah sehingga merah dua pipinya ataupun merah mukanya. Lalu Nabi bersabda: “Kenapa engkau dengannya? Bersamanya ada bekas minumannya dan kasutnya. Dia boleh pergi ke tempat air dan memakan dedaun kayu. Biarkan dia sehingga tuannya menemuinya. Orang itu bertanya: “Bagaimana dengan kambing yang hilang?” Nabi s.a.w. bersabda: “Ia samada untukmu atau untuk saudaramu atau untuk serigala”.

– Soalan kena munasabah. Kalau tak munasabah yang Nabi marah tu. Walaupun yang suruh tanya itu dia juga.
– Barang hilang itu macam-macam jenis. Luqatah itu barang yang tak boleh kita biarkan sahaja. Kita ambil untuk pulangkan kepada tuannya. Maksudnya, ia adalah barang yang berharga. Bukan yang murah sangat. Atau barang yang tak boleh tahan lama. Akan jadi tanggungjawab kita bila kita dah ambil itu. Boleh dapat pahala apabila kita menjaga dan memulangkannya. Kena amanah.
Kena umumkan di tempat umum. Mulanya hari-hari kena umumkan. Selepas itu, boleh dikurangkan kadar mengumunkan itu. Kalau tiada juga yang tuntut, boleh guna. Sebab kita pun dah buat kerja dengan susah untuk isytiharkan. Kalau binatang pula, kita dah bagi makan apa semua. Tapi Imam Syafie kata boleh guna tapi bukan jadi hak kita. Kalau kita dah makan, kenalah bayar balik kalau tuannya datang meminta. Hanafi kata kalau orang kaya, tak boleh guna. Dia kena sedekah kepada orang lain. Pahala pun dia niatkan kepada tuannya. Tapi kalau tuan tidak setuju, kena bayar balik kat dia. Kena pastikan yang orang yang menuntut itu memang tuannya. Kena tengok juga, bukan terus bagi sahaja. Itulah sebabnya yang Nabi suruh kenalkan pengikat atau bekasnya. Supaya kita boleh tanya kepada orang yang menuntut itu tanda-tanda barangnya itu.
– Dia marah sebab tanya pasal unta. Sebab unta boleh jaga diri dia sendiri. Kambing lain, sebab kambing tak boleh jaga diri dia. Maknanya kena tengok keadaan. Kita kena ambil kalau kita rasa kalau kita tak ambil, akan memudaratkan. Contohnya kalau kita tak ambil, orang lain akan ambil.

-٩١حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلاءِ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ عَنْ بُرَيْدٍ عَنْ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ أَبِي مُوسَى قَالَ سُئِلَ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ أَشْيَاءَ كَرِهَهَا فَلَمَّا أُكْثِرَ عَلَيْهِ غَضِبَ ثُمَّ قَالَ لِلنَّاسِ سَلُونِي عَمَّا شِئْتُمْ قَالَ رَجُلٌ مَنْ أَبِي قَالَ أَبُوكَ حُذَافَةُ فَقَامَ آخَرُ فَقَالَ مَنْ أَبِي يَا رَسُولَ اللَّهِ فَقَالَ أَبُوكَ سَالِمٌ مَوْلَى شَيْبَةَ فَلَمَّا رَأَى عُمَرُ مَا فِي وَجْهِهِ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا نَتُوبُ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ

91- Muhammad Bin al-‘Ala’telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Usamah telah meriwayatkan kepada kami daripada Buraid daripada Abu Burdah daripada Abu Musa katanya: “Rasulullah s.a.w. pernah ditanya beberapa perkara yang tidak disenanginya. Apabila banyak pertanyaan kepadanya Baginda meradang kemudian bersabda kepada orang ramai: “Tanyalah kepada saya apa yang kamu mahu.” Maka seorang lelaki berkata: “Siapakah ayah saya?” Sabdanya: “Ayahmu Huzafah”. Lantas bangun yang lain pula bertanya: “Siapakah ayah saya wahai Rasulullah? Sabdanya: “Ayah kamu Salim hamba bebasan Syaibah”. Tatkala `Umar melihat perubahan pada muka Nabi s.a.w. itu, beliau pun terus berkata: “Wahai Rasulullah kami bertaubat kepada Allah (kerana bertanya perkara yang bukan-bukan itu)”.

– Ini adalah kisah Nabi dah marah sahabat-sahabat dia tanya macam-macam sangat, maka dia kata tanyalah apa nak ditanya. Itu sebenarnya dia suruh tanya dalam keadaan dia marah. Bukan dia suruh  tanya benar-benar tu. Sahabat-sahabat ni banyak jenis-jenis, ada yang tak berapa pandai dan tak berapa faham.
– Umar perasan Nabi marah tu maka dia pergi berlutut depan Nabi nak minta maaf atas pihak sahabat-sahabat yang lain. Padahal bukan dia yang tanya tu.
– Nabi nak mengajar hal-hal syariat tapi mereka tanya benda mengarut pula. Padahal Nabi mengejar masa, sebab bukan lama baginda hidup lagi.
– Kenapa sahabat-sahabat dok tanya begitu tu? Sebab ada golongan munafik yang mengatakan bahawa orang mukmin tu tiada apa-apa, ayah sendiri pun tak tahu. Sebab semasa zaman jahiliah, wanita-wanita mungkin ada yang mempunyai lebih dari satu hubungan kelamin. Maka tidak pasti siapakah ayah mereka yang sebenarnya. Maka itulah yang mereka tanya. Tapi soalan itu tidak sesuai. Sebab tidak penting dan boleh memudaratkan mereka sendiri. Sampai seorang ibu itu marah anak dia tanya di hadapan orang ramai. Katakanlah Nabi cakap ayah dia orang lain selain dari bapanya sekarang, macam mana? Bukankah itu mengaibkan? Padahal Nabi telah kata bahawa Islam meruntuhkan segala kesalahan masa lalu.

Allahu a’lam. Sambung ke hadis yang seterusnya

nota: Ini hanyalah ringkasan kelas. Kelas Maulana boleh didapati disini

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s