We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Ilmu Bab Memberikan Fatwa Ketika Mana Seseorang Itu Berdiri October 2, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Ilmu — visitor74 @ 6:56 pm

Sahih Bukhari Kitab Ilmu Bab Memberikan Fatwa Ketika Mana Seseorang Itu Berdiri Ketika Berada Di Atas Kenderaan Atau Selainnya & Bab Orang Yang Menjawab Pertanyaan (Fatwa) Dengan Isyarat Tangan Dan Kepala.

بَاب الْفُتْيَا وَهُوَ وَاقِفٌ عَلَى الدَّابَّةِ وَغَيْرِهَا

23- Bab: Memberikan Fatwa Ketika Mana Seseorang Itu Berdiri Ketika Berada Di Atas Kenderaan Atau Selainnya.

-٨٢ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ عَنِ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عِيسَى بْنِ طَلْحَةَ بْنِ عُبَيْدِاللَّهِ عَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَفَ فِي حَجَّةِ الْوَدَاعِ بِمِنًى لِلنَّاسِ يَسْأَلُونَهُ فَجَاءَهُ رَجُلٌ فَقَالَ لَمْ أَشْعُرْ فَحَلَقْتُ قَبْلَ أَنْ أَذْبَحَ فَقَالَ اذْبَحْ وَلا حَرَجَ فَجَاءَ آخَرُ فَقَالَ لَمْ أَشْعُرْ فَنَحَرْتُ قَبْلَ أَنْ أَرْمِيَ قَالَ ارْمِ وَلا حَرَجَ فَمَا سُئِلَ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ شَيْءٍ قُدِّمَ وَلا أُخِّرَ إِلا قَالَ افْعَلْ وَلا حَرَجَ

82 – Isma`il telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Malik telah meriwayatkan kepadaku daripada Ibnu Syihab daripada Isa Bin Talhah Bin Ubaidullah daripada `Abdullah Bin Amr Bin al-Aus, bahawa Rasulullah s.a.w. berhenti dalam haji Wada’ di Mina untuk orang ramai bertanya kepadanya. Maka datanglah seorang lelaki lalu berkata: “Saya tidak menyedari yang saya telah bercukur sebelum menyembelih binatang qurban. Nabi s.a.w. berkata: “Sembelihlah! Tidak mengapa”. Datang pula yang lain lalu berkata: “Saya tidak menyedari yang saya telah menyembelih binatang qurban sebelum saya melontar”. Nabi s.a.w. menjawab: “Lontarlah! tidak mengapa”. Kata perawi (`Abdullah Bin Amr): “Tidak ditanya Rasulullah tentang sesuatu, sama ada dengan didahulukan sesuatu atau dikemudiankan melainkan Rasulullah menjawab: “Lakukanlah tidak mengapa”.

– Kali ni tentang kepentingan belajar ilmu juga tapi dengan cara fatwa. Fatwa ni adalah jawapan yang pendek sahaja. Seorang bertanya dan guru jawap dengan pendek dengan tidak diberikan dalil yang panjang.
– Imam Bukhari nak ajar bahawa kita jangan bertangguh untuk mendapatkan ilmu. Jangan segan untuk bertanya. Walaupun nampak macam guru itu dalam sibuk pun kita boleh tanya. Sebab fatwa ini tidak memerlukan penjelasan yang panjang.
– Walaupun guru itu diatas binatang atau diatas kenderaan lain sekalipun. Cuma tengok keadaanlah. Takkan dia nak pergi tandas pun kita nak tanya dia juga.
– Ada ulama dulu nama dia Syibli, belajar dengan guru bahasa Parsi dengan gurunya itu tunggang kuda. Sebab guru itu sibuk sangat, boleh layan dia dari atas kuda sahaja semasa dia bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Dia pula jalan kaki di sebelah gurunya yang diatas kuda itu. Dia ikut sahaja. Kalau gurunya itu tunggang perlahan, dapatlah dia berjalan biasa. Tapi kadang-kadang gurunya itu nak cepat, akan bawa laju, jadi dia pun kena berlari. Sampai begitu sekali sebab nak mendapatkan ilmu. Kita sekarang senang. Dan banyak lagi cerita ulama yang susah dalam mereka nak belajar dan mengajar. Sampai ada yang mengajar dalam telaga buta pun ada juga. Sebab dia kena penjara dalam telaga buta, tapi anak murid masih lagi nak belajar dengan dia. Begitulah, Allah letak manusia di tempat yang macam-macam.
– Kenapa Imam Bukhari letak dalam tajuk dia ‘atas kenderaan’, padahal dalam matan hadis tidak ada pun perkataan ‘kenderaan’. Cuma kata Nabi berhenti dalam melakukan ibadat haji itu sahaja. Memang tidak ada dalam hadis yang ini tapi ada dalam hadis yang lain mengatakan bahawa sewaktu itu Nabi duduk di atas untanya. Sebab itu belajar hadis ini kena berguru, kerana kalau tidak kita mungkin tidak tahu. Kena belajar dengan orang yang tahu.
– Kenapa Nabi jawap semua boleh sahaja di dalam soalan mereka itu? Padahal sepatutnya ada yang tidak boleh, dalam mazhab tertentu. Begitulah sebenarnya yang tidak boleh itu didalam sesetengah mazhab sahaja. Tapi boleh di dalam mazhab yang lain. Sebab banyak pendapat. Ada pendapat yang mengatakan begitu dan begini. Sebagai contoh, ada yang kata tidak boleh makan makanan laut, tapi ada kata boleh. Maka Nabi jawap dengan memudahkan semua orang.


بَاب مَنْ أَجَابَ الْفُتْيَا بِإِشَارَةِ الْيَدِ وَالرَّأْسِ

24 – Bab: Orang Yang Menjawab Pertanyaan (Fatwa) Dengan Isyarat Tangan Dan Kepala.

– ٨٣حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ قَالَ حَدَّثَنَا وُهَيْبٌ قَالَ حَدَّثَنَا أَيُّوبُ عَنْ عِكْرِمَةَ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ فِي حَجَّتِهِ فَقَالَ ذَبَحْتُ قَبْلَ أَنْ أَرْمِيَ فَأَوْمَأَ بِيَدِهِ قَالَ وَلا حَرَجَ قَالَ حَلَقْتُ قَبْلَ أَنْ أَذْبَحَ فَأَوْمَأَ بِيَدِهِ وَلا حَرَجَ

83 – Musa Bin Isma`il telah meriwayatkan kepada kami, katanya : Wuhaib telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Ayyub telah meriwayatkan kepada kami daripada ‘Ikramah daripada Ibnu Abbas bahawa Nabi s.a.w. pernah ditanya ketika baginda dalam hajinya, orang itu berkata: “Saya telah menyembelih sebelum saya melontar”. Nabi s.a.w. mengisyaratkan dengan tangannya yang memberi maksud tidak mengapa. Ada pula yang berkata: “Saya telah bercukur sebelum menyembelih binatang”. Nabi s.a.w. memberi isyarat dengan tangannya membawa erti tidak mengapa.

– Nak menyatakan yang kalau guru tidak sihat pun boleh lagi dia mengajar. Contohnya kalau dia tidak boleh bercakap buat masa itu. Atau memang keadaan memerlukan dia guna isyarat sahaja. Kena belajar juga masa itu. Kalau isyarat itu boleh difahami dan tidak mengelirukan. Menunjukkan pentingnya belajar ini.
– Ibn Abbas pula yang merawikan hadis ini, seperti hadis yang sama seperti hadis sebelum ini, sebab ramai orang yang tengok kejadian itu. Hadis yang sama juga sebenarnya. Isyarat ini boleh diterima kerana difahami. Ada ketikanya Nabi jawap dengan sebutan dan ada kalanya dengan isyarat.

– ٨٤حَدَّثَنَا الْمَكِّيُّ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَ أَخْبَرَنَا حَنْظَلَةُ بْنُ أَبِي سُفْيَانَ عَنْ سَالِمٍ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُقْبَضُ الْعِلْمُ وَيَظْهَرُ الْجَهْلُ وَالْفِتَنُ وَيَكْثُرُ الْهَرْجُ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْهَرْجُ فَقَالَ هَكَذَا بِيَدِهِ فَحَرَّفَهَا كَأَنَّه يُرِيدُ الْقَتْلَ

84 – al-Makki bin Ibrahim telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Hanzalah bin Abu Sufyan telah memberitahu kami daripada Salim, katanya: Saya mendengar Abu Hurairah daripada Nabi s.a.w. Baginda bersabda: “`Ilmu akan dihilangkan, kejahilan dan fitnah akan menjadi-jadi secara nyata dan al-harj (pembunuhan) akan banyak berlaku”. Ada orang bertanya: “Apa itu al-harj?” Rasulullah mengisyaratkan dengan tangannya dimiringkan seolah-olah dia maksudkan pembunuhan.

– Kejahilan dalam perkataan ini adalah kejahilan dalam ilmu agama. Iaitu ilmu yang dibawa olehnya sebagai seorang Nabi. Mungkin ilmu lain memang akan maju, tapi ilmu agama yang nak memperbetulkan manusia tidak ada lagi dah.
– Sahabat pun kadang-kadang tidak faham molek bahasa Arab jadi mereka kena tanya. Kena Nabi juga yang beritahu.
– Hadis ini berkenaan juga dengan hadis akhir zaman sebelum ini. Maka ada lima perkara yang akan berlaku akhir zaman nanti:

  1. Ilmu yang dibawa Nabi akan dihilangkan. Dunia aman kerana ilmu agama. Kalau itu tidak ada dah, maka akan punahlah dunia. Ugama adalah paksinya. Dan tidak ada ugama kerana tidak mengajar. Kalau ada ilmu lain pun tidak berguna kerana perkara yang penting adalah ilmu ugama.
  2. Kejahilan akan berleluasa
  3. Arak akan diminum. Akal akan hilang. akal lah yang menyebabkan manusia ingin hidup dalam sejahtera.
  4. Zina berleluasa. Maknanya keturunan tidak dijaga lagi. tidak ada tanggungjawab lagi dah. Sudah tidak ada keluarga dan bangsa dan semangat nak menjaga keluarga. Bila dah banyak berlaku akan banyak fitnah tentang harta benda. Tidak ada jaminan lagi dah. Fitnah kelaparan, kecurian dan sebagainya.
  5. Pembunuhan berleluasa. Iaitu perang akan terjadi dengan banyak.

– ٨٥حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ قَالَ حَدَّثَنَا وُهَيْبٌ قَالَ حَدَّثَنَا هِشَامٌ عَنْ فَاطِمَةَ عَنْ أَسْمَاءَ قَالَتْ أَتَيْتُ عَائِشَةَ وَهِيَ تُصَلِّي فَقُلْتُ مَا شَأْنُ النَّاسِ فَأَشَارَتْ إِلَى السَّمَاءِ فَإِذَا النَّاسُ قِيَامٌ فَقَالَتْ سُبْحَانَ اللَّهِ قُلْتُ آيَةٌ فَأَشَارَتْ بِرَأْسِهَا أَيْ نَعَمْ فَقُمْتُ حَتَّى تَجَلانِي الْغَشْيُ فَجَعَلْتُ أَصُبُّ عَلَى رَأْسِي الْمَاءَ فَحَمِدَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ ثُمَّ قَالَ مَا مِنْ شَيْءٍ لَمْ أَكُنْ أُرِيتُهُ إِلا رَأَيْتُهُ فِي مَقَامِي حَتَّى الْجَنَّةُ وَالنَّارُ فَأُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّكُمْ تُفْتَنُونَ فِي قُبُورِكُمْ مِثْلَ أَوْ قَرِيبَ لا أَدْرِي أَيَّ ذَلِكَ قَالَتْ أَسْمَاءُ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ يُقَالُ مَا عِلْمُكَ بِهَذَا الرَّجُلِ فَأَمَّا الْمُؤْمِنُ أَوِ الْمُوقِنُ لا أَدْرِي بِأَيِّهِمَا قَالَتْ أَسْمَاءُ فَيَقُولُ هُوَ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ جَاءَنَا بِالْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَى فَأَجَبْنَا وَاتَّبَعْنَا هُوَ مُحَمَّدٌ ثَلاثًا فَيُقَالُ نَمْ صَالِحًا قَدْ عَلِمْنَا إِنْ كُنْتَ لَمُوقِنًا بِهِ وَأَمَّا الْمُنَافِقُ أَوِ الْمُرْتَابُ لا أَدْرِي أَيَّ ذَلِكَ قَالَتْ أَسْمَاءُ فَيَقُولُ لا أَدْرِي سَمِعْتُ النَّاسَ يَقُولُونَ شَيْئًا فَقُلْتُهُ

85 – Musa Bin Isma`il telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Wuhaib telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Hisyam telah meriwayatkan kepada kami daripada Fatimah daripada Asma’, katanya: “Saya pergi kepada Aisyah ketika dia sedang bersembahyang lalu saya bertanya mengapa orang ramai (bersembahyang). Aisyah mengisyaratkan ke langit, rupa-rupanya orang ramai sedang berdiri mengerjakan sembahyang. Dia (‘Aisyah) pun berkata: “Subhanallah!” Saya berkata (Asma’): “Ada sesuatu tandakah?”. ‘Aisyah mengisyaratkan dengan kepalanya yang memberi erti ya. Saya pun berdiri (untuk bersembahyang) sehingga hampir pengsan. Oleh sebab itu saya menuangkan air ke atas kepala saya. Nabi s.a.w. memuji-muji Allah, kemudian Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak ada sesuatu yang belum pernah ditunjukkan kepadaku melainkan aku nampak kesemuanya ditempatku ini termasuklah syurga dan neraka. Diwahyukan kepadaku bahawa kamu benar-benar akan diuji didalam kubur-kuburmu seperti atau dekat – saya tidak pasti (kata perawi, iaitu Fatimah) mana satu daripada dua perkataan itu (seperti atau dekat) yang disebut oleh Asma’- dengan Fitnah Al-Masih al-Dajal. Akan diikatakan: “Apa pengetahuan kamu tentang orang ini? Adapun orang Mukmin atau orang yang yakin – saya tidak tahu (kata perawi, iaitu fatimah) mana satu daripada dua perkataan itu yang di ucapkan oleh Asma’- Orang itu berkata : “ Dia ialah Muhammad, dia adalah Rasulullah, dia datang membawa bukti-bukti dan petunjuk-petujuk kepada kami. Maka kami menyahut seruannya dan kami mengikutinya, dia Muhammad (tiga kali). Ketika itu dikatakan : “Tidurlah dengan tenang. Sesungguhnya kami memang tahu bahawa engkau benar-benar yakin tentangnya. Adapun orang munafiq atau orang yang ragu-ragu – saya tidak pasti (kata perawi, iaitu Fatimah) mana satu daripada dua perkataan itu yang diucapkan oleh Asma’- maka dia akan berkata: “Saya tidak pasti tetapi saya dengar orang mengatakan sesuatu maka saya turut mengatakannya”.

Gerhana pernah terjadi di zaman Nabi

– Asma adalah kakak Aisyah tapi bukan dari ibu yang sama. Beza sepuluh tahun umur dia dengan Aisyah. Isteri kepada Zubair bin Awwam, salah seorang sahabat besar.
– Semasa Asma tanya kepada Aisyah itu, Aisyah waktu itu sedang sembahyang maka Aisyah mengisyaratkan dengan jarinya menunjuk kelangit. Dan bila Asma tanya lagi,Aisyah telah menganggukkan kepalanya. Maknanya boleh gerak dalam solat. Dan Aisyah juga telah melafazkan tasbih ‘subhanallah’. Ini menandakan boleh untuk buat macam tu, asalkan jangan cakap. Macam kita nak mengingatkan imam kalau dia terlupa, kita pun akan tasbih subhanallah juga. Ini menunjukkan bahawa boleh untuk kita bergerak apabila ada keperluan. Ada yang kata hanya boleh gerak kalau dalam solat sunat, tapi ada yang kata sama sahaja kalau solat sunat atau fardhu. Memanglah kalau dalam pendapat Mazhab Shafie mengatakan tidak boleh bergerak lebih dari tiga kali berturut-turut tapi ulama lain menyatakan tidak ada dalil nas mengatakan tidak boleh.
– Hadis ini adalah hadis yang mauquf. Sebab ianya adalah kata-kata para sahabat sahaja. Iaitu Asma. Tapi Imam Bukhari nak kata bahawa hadis ini pun boleh dipakai. Pertamanya, bila sahabat buat itu, tentulah mereka tahu. Keduanya, Nabi tidak larang selepas itu. Bila Nabi tidak larang, maka ianya akan jadi marfu’ hakiki, kerana secara hakikatnya, baginda telah mengiyakan perbuatan Aisyah itu. Nabi telah kata dalam hadis yang lain bahawa baginda nampak apa yang sahabat lakukan dibelakang baginda semasa solat, maka tentulah dia nampak perbuatan Aishah itu. Tapi dia tidak tegur atau tidak larang. Maka oleh itu, perbuatan itu boleh diterima.
– Kejadian ini berlaku semasa gerhana matahari pada satu hari dalam sejarah. Itulah yang menyebabkan mereka telah solat gerhana. Maka Asma telah menyertai mereka untuk solat sekali. Solat itu agak lama, maka itulah sebabnya dia sampai rasa nak pengsan. Maka, dia telah mengambil air dan membasahkan kepalanya. Maka, nak bagitahu, perbuatan ini pun boleh.

– Dalam solat gerhana, khutbah diberikan selepas solat. Maka, marilah kita lihat apakah yang dikatakan Nabi dalam khutbahnya itu.
– Nabi kata ditunjukkan kepadanya. Adakah sebelum ini tidak ditunjukkan, padahal baginda telah mi’raj dulu. Ada pendapat mengatakan yang masa mi’raj dulu, tak ditunjukkan semua. Kali ni boleh nampak semua sekali. Ada juga mengatakan bukan begitu. Maksudnya sekarang ini Nabi boleh lihat dari tempat duduknya di dunia lagi. Dulu masa mi’raj tu lain. Waktu mi’raj itu memang naik atas langit.
– Nabi menceritakan tentang fitnah dan azab kubur. Cerita ini tidak ada dalam Quran. Maka itulah menunjukkan yang sumber ilmu bukan hanya dari Quran sahaja. Tapi dari hadis juga. Ini menidakkan pendapat sesetengah golongan yang tidak menerima hadith. ketahuilah bahawa hadis itu juga adalah sebahagian dari wahyu. Kerana ada tiga jenis wahyu yang Allah berikan kepada manusia. Yang masuk ke dalam Quran sekarang adalah hanya apa yang disampaikan oleh Jibrail dalam bentuk manusia atau bentuknya yang asal. Maknanya, ada lagi jenis-jenis wahyu selain dari itu. Hadis adalah sebahagian dari wahyu, cuma disampaikan dari mulut Nabi.
– Fatimah mengatakan bahawa ada bahagian yang dia tidak pasti. Begitulah perawi yang bagus. Dia akan beritahu mana yang tidak pasti supaya dia tidak tersilap.
– Ujian dalam kubur itu adalah besar. Hampir sebesar atau sama dengan fitnah Dajjal juga. Maknanya besarlah tu. Sebab fitnah Dajjal ini memang besar. Diceritakan oleh setiap Nabi kepada umatnya walaupun kejadian Dajjal itu tidak akan terjadi zaman mereka. Dajjal ini hanya terjadi kepada umat Nabi Muhammad. Sebab Nabi Muhammad adalah rasul yang paling agung, maka umatnya pun tentulah yang paling agung. Maka ujian yang besar diberikan kepada umat yang agung.
– Dalam hadis ini dibawakan salah satu dari soalan dalam kubur. Dalam hadis yang lain, ada lagi soalan-soalan lain yang disebutkan. Dalam soalan yang ini, ditanyakan siapakah ‘orang ini’? Dalam hadis lain, ada disebutkan nama ‘Muhammad’ tapi tidak disini. Seperti ditunjukkan Nabi kepada orang yang ditanya itu. Banyak pendapat yang mengatakan bagaimana ini terjadi. Ada yang kata gambar Nabi akan ditunjukkan. Ada yang kata ditayangkan wajah Nabi macam tayang wayang. Ada yang kata Nabi Muhammad sendiri ditunjukkan. Mungkin ini boleh diterima kerana ini sudah di alam arwah. Macam-macam boleh jadi. Ada juga yang mengatakan yang akan ditunjukkan orang yang menyerupai Nabi Muhammad. Tidaklah kita ingin mengatakan mana yang benar. Tapi macam mana kita nak kenal? Sebab kita tidak pernah nampak Nabi semasa hidupnya. Kita tidak tahu rupanya. Sebenarnya orang yang mengikuti ajaran Nabi akan dapat mengenali Nabi Muhammad walaupun dia tidak pernah jumpa Nabi. Oleh itu, dikatakan bahawa hadis ini yang tidak menyebut nama ‘Muhammad’ mungkin lebih kuat kerana tidak perlu disebut nama Nabi. Kalau dalam soalan periksa pun, tidak diberikan jawapan kepada soalan itu.

– Maka, ini menolak juga pendapat orang yang mengamalkan talqin kepada orang mati. Kerana memang tidak perlu. Sebab kalau dia seorang yang beriman, dia akan dapat menjawab dengan tepat. Apa yang perlu kita buat kalau nak talqin juga adalah nak ingatkan orang yang hampir mati dengan perkataan ‘la ilaha illallah’. Tidak ada pun Muhammadur Rasulullah. Kerana ini adalah pernyataan tauhid. Bila hampir nak mati, tidak ada yang dapat membantu kita di akhirat kelak, hanya Allah sahaja. Tidak juga Nabi Muhammad boleh membantu kita. Hadis Nabi pernah mengatakan bahawa sesiapa yang perkataan yang akhir sekali keluar dari mulutnya ‘la ilaha illallah’, maka dia akan masuk syurga. Tapi bukanlah nak kena ingatkan banyak kali. Sekali sahaja cukup. Sebab waktu itu orang yang sedang nazak sedang bertarung. Maka jangan susahkan dia.
– Maka, tidak perlulah untuk kita melakukan talqin itu. Sampai ada hadis palsu yang mengatakan kalau malaikat nampak orang sedang ditalqin di kubur, mereka kata buat apa lagi mereka nak tanya sebab orang itu dah tahu jawapan dah, maka mereka akan pergi. Ini adalah tanda hadis palsu yang kita boleh kenal kerana dalam hadis ini menunjukkan bodohnya para malaikat itu. Inilah salah satu cara nak tahu hadis yang palsu, iaitu apabila hadis itu menunjukkan kebodohan malaikat.
– Begitu juga dengan amalan menyedekahkan pahala kepada simati. Tidak perlu dibuat. Kerana banyak pandangan ulama mengatakan memang tidak sampai. Yang sampai hanyalah doa. Doa dan sedekah pahala itu adalah dua perkara yang berlainan. Tidak sama tu.

Allahu a’lam. Sambung ke hadis yang seterusnya

Kelas penuh Maulana Asri boleh didapati disini

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s