We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Ilmu Bab Kelebihan Orang Yang Berilmu Dan Mengajarkan October 2, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Ilmu — visitor74 @ 12:04 am

Sahih Bukhari Kitab Ilmu Bab Kelebihan Orang Yang Berilmu Dan Mengajarkan `Ilmu Pengetahuannya

باب فَضْلِ مَنْ عَلِمَ وَعَلَّمَ

20 – Bab Kelebihan Orang Yang Berilmu Dan Mengajarkan `Ilmu Pengetahuannya

-٧٧ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلاءِ قَالَ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ أُسَامَةَ عَنْ بُرَيْدِ بْنِ عَبْدِاللَّهِ عَنْ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ أَبِي مُوسَى عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَثَلُ مَا بَعَثَنِي اللَّهُ بِهِ مِنَ الْهُدَى وَالْعِلْمِ كَمَثَلِ الْغَيْثِ الْكَثِيرِ أَصَابَ أَرْضًا فَكَانَ مِنْهَا نَقِيَّةٌ قَبِلَتِ الْمَاءَ فَأَنْبَتَتِ الْكَلا وَالْعُشْبَ الْكَثِيرَ وَكَانَتْ مِنْهَا أَجَادِبُ أَمْسَكَتِ الْمَاءَ فَنَفَعَ اللَّهُ بِهَا النَّاسَ فَشَرِبُوا وَسَقَوْا وَزَرَعُوا وَأَصَابَتْ مِنْهَا طَائِفَةً أُخْرَى إِنَّمَا هِيَ قِيعَانٌ لا تُمْسِكُ مَاءً وَلا تُنْبِتُ كَلا فَذَلِكَ مَثَلُ مَنْ فَقُهَ فِي دِينِ اللَّهِ وَنَفَعَهُ مَا بَعَثَنِي اللَّهُ بِهِ فَعَلِمَ وَعَلَّمَ وَمَثَلُ مَنْ لَمْ يَرْفَعْ بِذَلِكَ رَأْسًا وَلَمْ يَقْبَلْ هُدَى اللَّهِ الَّذِي أُرْسِلْتُ بِهِ قَالَ أبو عَبْد اللَّهِ قَالَ إِسْحَاقُ وَكَانَ مِنْهَا طَائِفَةٌ قَيَّلَتِ الْمَاءَ قَاعٌ يَعْلُوهُ الْمَاءُ وَالصَّفْصَفُ الْمُسْتَوِي مِنَ الارْض.ِ

77 – Muhammad Bin al-‘Ala’ telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad Bin Usamah telah meriwayatkan kepada kami daripada Buraid Bin `Abdullah daripada Abu Burdah daripada Abu Musa daripada Nabi SAW, sabdanya: “Perbandingan petunjuk dan `ilmu yang Allah utuskan aku membawanya adalah seperti hujan yang lebat yang menimpa bumi. Di antara bumi itu ada yang Naqiyah (subur), ia menerima air dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput-rumput. Di antaranya ada yang Ajadib (yang hanya menampung air), ia menampung air tetapi tidak menyerap air. Maka Allah memanfaatkan tanah itu kepada manusia, mereka dapat minum dan memberi minum kepada ternakan mereka serta bercucuk tanam daripada air itu. Hujan yang turun itu menimpa sebahagian tanah yang lain, ia merupakan Qi’an (tanah gersang), tanah itu tidak dapat menampung air ataupun menyerap air sehingga dapat menumbuhkan tumbuh-tumbuhan. Itulah perbandingan orang yang mendalam `ilmunya tentang agama Allah. Allah memberi manfaat kepadanya dengan apa yang Allah utuskan aku membawanya lalu dia mendapat `ilmu dan mengajarkan kepada orang lain. Dan juga, perbandingan dengan orang yang tidak mengangkat langsung kepalanya terhadap `ilmu dan petunjuk yang dibawa olehku itu, dia tidak menerima petunjuk yang Allah utuskan kepadaku.

Abu `Abdullah berkata: Ishaq berkata dari Abu Usamah: “Di antara tanah itu ada sekumpulan tanah yang menerima air, tanah lapang yang menakung air, dan tanah rata di bumi”.

Ajaran Nabi itu seperi hujan lebat

– Sebelum ini Imam Bukhari menceritakan kepentingan belajar dan memberikan segala macam cara dan kaedah dan saranan untuk mendapatkan ilmu. Kali ini berkenaan dengan mengajar pula. Dan mengajar ini dari yang sebesar-besarnya dan sekecil-kecilnya seperti mengajar anak sendiri.
– Sebelum dapat mengajar, kenalah ada ilmu dulu. Maka itulah juga diceritakan kepentingan mempunyai ilmu.
– Ilmu dan hidayah yang disampaikan Nabi adalah bagai hujan- semua akan dapat. Tapi penerimaan sahaja yang berbeza dari seorang ke seorang yang lain.
– Ada yang terima air seperti tanah yang subur. Maka ia dapat dapat menumbuhkan tanaman. Ini adalah mereka yang menerima ilmu dan hidayah dan mereka menyampaikannya kepada orang lain. Seperti imam-imam mazhab atau sahabat yang mendapat limpahan ilmu itu dan mereka dapat mengolahnya untuk digunakan oleh orang lain. Mereka ini adalah golongan mujtahidun.
– Ada juga tanah yang tidak menumbuhkan tanaman tetapi masih lagi dapat menampung air. Maka air itu boleh dimanfaatkan oleh orang lain. Banyak juga sahabat yang sebegini. Mereka hanya menyampaikan sahaja tapi mereka tidak mampu mengolah ilmu yang mereka dapat. Begitu juga ada ulama hadis yang kerja mereka hanya menyampaikan dan ada yang membuat kajian memastikan samada hadis itu sahih atau tidak. Tapi mereka tidak sempat untuk mengkaji matan hadis itu. Itu kerja orang lain pula. Sebab itu ada dalam hadis yang kita sudah belajar dulu, Nabi suruh sampaikan hadis dari baginda kepada orang lain yang tiada. Kerana mungkin yang mendengar kemudian lebih memahami apa yang hendak disampaikan oleh Nabi.
– Dan ada yang tak mengendahkan langsung ilmu itu. Ini paling rugi. Alangkah ruginya mereka ini.


بَاب رَفْعِ الْعِلْمِ وَظُهُورِ الْجَهْلِ

21- Bab Kehilangan `Ilmu Dan Berleluasanya Kejahilan.

وَقَالَ رَبِيعَةُ لا يَنْبَغِي لاحَدٍ عِنْدَهُ شَيْءٌ مِنَ الْعِلْمِ أَنْ يُضَيِّعَ نَفْسَهُ

Rab’iah berkata : “Tidak sepatutnya seseorang yang mempunyai sedikit `ilmu mensia-siakan dirinya (hidupnya)”.

– Maknanya janganlah orang yang berilmu itu mensia-siakan ilmunya dengan tidak mengajar. Walaupun sedikit. Tentu ada sesuatu yang dia boleh ajar. Walaupun sedikit.
– Ada yang tidak pandai bercakap, maka mereka boleh juga menulis. Berapa banyak manusia yang akan dapat manfaat dari tulisannya.
– Ada orang yang kita kena minta belajar dengan dia. Kalau kita tak minta, dia tak ajar.
– Dan ada juga yang mengatakan ilmu itu bermakna ‘akal’. Maka maknanya janganlah orang yang mempunyai akal itu tidak belajar. Maknanya dia kenalah belajar sebab dia mempunyai akal. Kalau dia tidak belajar, dia akan rugi.
– Siapakah Rabiah ini? Dia bukan sahabat tapi tab’i in. Tapi dia seorang yang sangat tajam fikirannya maka Imam Bukhari ambil kata-katanya. Dia ditinggalkan ayahnya semasa dia dalam perut lagi kerana ayahnya ayahnya telah pergi berperang. Dia menghabiskan masa yang lama untuk mengembangkan agama Islam dengan berperang. Anak yang ditinggalkannya telah menjadi alim besar. Mungkin kerana ikhlasnya dia mengembangkan Islam, maka Allah telah memberikan anaknya menjadi seorang yang berjaya dalam agama.
– Dia adalah salah seorang guru kepada Imam Malik.

-٧٨ حَدَّثَنَا عِمْرَانُ بْنُ مَيْسَرَةَ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُالْوَارِثِ عَنْ أَبِي التَّيَّاحِ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يُرْفَعَ الْعِلْمُ وَيَثْبُتَ الْجَهْلُ وَيُشْرَبَ الْخَمْرُ وَيَظْهَرَ الزِّنَا

78 – Imran Bin Maisarah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abdul al-Warith telah meriwayatkan kepada kami daripada Abu al-Tayyah daripada Anas Bin Malik, katanya: Rasulullah bersabda: “Di antara alamat qiamat ialah; `ilmu dihilangkan, kejahilan menjadi teguh (mencengkam masyarakat), arak diminum dan perzinaan berleluasa.

– Tanda kiamat. Janganlah kita menyebabkan kiamat dipercepatkan kerana kita tidak menyebarkan ilmu.
– Kejahilan disini adalah tentang ilmu ugama. Ilmu selain dari ilmu agama banyak, cuma ilmu ugama yang kurang.
– Bumi ini bila tiada agama, ia akan jadi seperti mati. Maka akan reput macam mayat juga. Ilmu ini adalah seperti roh kepada bumi seperti juga roh itu kepada badan manusia. Kalau roh dah tiada, maka akan busuklah badan itu. Gunung-ganang yang selama ini menjadi pasak akan dibinasakan.
– Ilmu itu diangkat dengan matinya ulama. Ini disebut dalam hadis yang lain. Bila tiada lagi ulama, tidak ada orang mengajar dan belajar.
– Apabila ilmu tiada, akal akan jadi sia-sia. Bila manusia minum arak pun akal akan sia-sia. Orang yang tinggal di negara bebas arak akan tahu macam-mana keadaan mereka. Kemanusian di negara seperti itu jadi kucar-kacir. Tidak kisah kepada orang lain lagi.
– Zina pula mengganggu keturunan. Sistem kekeluargaan menjadi kucar-kacir. Apabila keluarga hancur, maka akan hancurlah juga dunia.

– Semua ini terjadi kerana tidak mengajar dan belajar.

-٧٩ حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ شُعْبَةَ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ لاحَدِّثَنَّكُمْ حَدِيثًا لا يُحَدِّثُكُمْ أَحَدٌ بَعْدِي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يَقِلَّ الْعِلْمُ وَيَظْهَرَ الْجَهْلُ وَيَظْهَرَ الزِّنَا وَتَكْثُرَ النِّسَاءُ وَيَقِلَّ الرِّجَالُ حَتَّى يَكُونَ لِخَمْسِينَ امْرَأَةً الْقَيِّمُ الْوَاحِدُ

79 – Musaddad telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya telah meriwayatkan kepada kami daripada Syu’bah daripada Qatadah daripada Anas Bin Malik, katanya: “Pasti akan kuceritakan kepadamu satu hadis yang mana tidak ada sesiapa pun sesudahku akan meriwayatkan kepada kamu. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya alamat qiamat itu ialah; `ilmu berkurangan, kejahilan berleluasa, perzinaan berlaku secara meluas dan terbuka, perempuan lebih ramai daripada lelaki sehingga lima puluh orang perempuan akan dijaga oleh seorang lelaki”.

– Dia cakap tiada orang lain lagi yang akan menyampaikan hadis selepas dia adalah kerana dialah sahabat terakhir yang hidup di Basrah. Tidak ada yang dapat kata ‘aku dengar Nabi bersabda’ pada tahun 93H. Dia sahabat yang terakhir mati di Basrah. Paling last sahabat mati keseluruhannya adalah Abu Tufail, dia mati di Mekah pada 110H. Abu Tufail mungkin tidak dengar hadis ini.
– Orang alim kena menyampaikan ilmu kepada masyarakat. Kadang-kadang tu dia rasa malu pula sebab dia tak nak dia dikatakan lebih dari orang lain. Tapi sebenarnya kena cakap juga. Macam doktor juga, kalau doktor tak bagitahu ubat, macam mana orang nak tahu. Maka, kena hilangkan rasa malu itu dan kena cakap juga kepada masyarakat.
– Salah satu alamat kiamat itu ialah ilmu akan jadi sikit dulu. Bukan terus hilang. Semakin berkurangan sedikit demi sedikit. Sekarang belum jadi lagi. Sekarang kita lihat masih banyak lagi orang mengajar dan belajar. Tradisi mencari ilmu masih ada lagi.
– Orang perempuan akan ramai maksudnya adalah akan banyak perang dan selalunya lelakilah yang banyak berperang. Yang terlibat dengan kerja bahaya dan mati pun selalunya adalah lelaki dan mereka akhirnya akan berkurangan.
– Ada pula yang kata, lelaki akan jadi jahat dan akan peralatkan perempuan jadi pelacur sebagai bapa ayam.
Semua ini boleh terjadi kerana kejahilan.
– Atau ada yang kata memang Allah boleh buat kelahiran perempuan itu akan jadi ramai berbanding lelaki. Dari segi saintifik pun benih perempuan yang senang nak lekat dan tahan dari mati. Sekarang pun dah mula terjadi macam ni. Di mana-mana, kita boleh lihat bahawa perempuan adalah lagi banyak dari lelaki.
– Dalam keadaan ini, Islamlah yang boleh beri solusi untuk masyarakat sebab seorang lelaki Muslim boleh kahwin lebih dari seorang. Seks adalah keperluan asasi. Kalau tak dapat cara halal, mereka akan cari cara lain. Nayalah perempuan kalau tak dapat keperluan asasi. Islam memberi jalan keluar dengan cara terhormat. Cara ini boleh menyelamatkan manusia. Agama lain tidak ada solusi. Agama lain boleh kahwin seorang sahaja pada satu-satu masa. Agama hindu boleh kahwin sekali sahaja seumur hidup dia.
Masalahnya sekarang banyak ambil kesempatan untuk menikah lebih pulak.


Bab kelebihan ilmu atau ‘lebihan ilmu.’
– Boleh guna ‘lebihan ilmu’ sebab sebelum ini pun dah ada bab ‘kelebihan ilmu’. Sebab Bukhari dah janji tidak mengulang tajuk. Jadi, kali ini mungkin apa yang dimaksudkannya adalah ‘lebihan ilmu’ dan bukan ‘kelebihan ilmu’.
– Lebih itu bermakna, seseorang itu ada ilmu yang asas dan ada pula yang lain-lain sebagai tambahan. Itu pun bagus juga. Bukan ilmu fardhu ain sahaja. Ilmu fardhu kifayah juga ada kelebihannya dan perlu dipelajari walaupun bukan untuk semua orang.
– Satu lagi makna adalah, memberikan lebihan ilmu kepada orang lain. Macam kalau kita ada kitab yang kita tak guna dah, kita beri kepada orang lain. Atau kita dah belajar dengan seorang guru, kita beri peluang pula kepada orang lain pula untuk belajar. Sebab kalau kita teruskan belajar, orang lain tak dapat belajar pula.

80. Telah menceritakan kepada kami Sa’id bin ‘Ufair berkata, Telah menceritakan kepadaku Al Laits berkata, Telah menceritakan kepadaku ‘Uqail dari Ibnu Syihab dari Hamzah bin Abdullah bin Umar bahwa Ibnu Umar berkata: aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ketika aku tidur, aku bermimpi diberi segelas susu lalu aku meminumnya hingga aku melihat pemandangan yang bagus keluar dari kuku-kukuku, kemudian aku berikan sisanya kepada sahabat muliaku Umar bin Al Khaththab”. Orang- orang bertanya: “Apa ta’wilnya wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Ilmu”.

– Nabi minum susu itu iaitu sebagai bandingan ilmu di alam mithal. Dalam hadis itu menceritakan Nabi telah minum susu itu dengan banyak. Lebih dari keperluan asas dia. Sampai keluar ke kuku-kuku nya. Menunjukkan bahawa dengan ilmu ni, kena ambil dengan banyak. Bukan setakat ilmu asas sahaja.
– Semasa isra’ mi’raj, semasa Nabi diberikan pilihan air untuk diminum, baginda telah memilih susu menunjukkan isyarat bahawa umatnya nanti akan mendapat ilmu yang banyak.
– Banyaknya ilmu itu sampai tak boleh Nabi nak minum semuanya. Maka baki lebihan diberikan kepada Umar. Umar memang dalam sejarah, seorang yang sangat berilmu. Dia adalah Mujtahid mutlak yang paling tinggi. Pemerintahan dia juga lama, maka manusia boleh melihat contoh darinya. Dia juga menghantar orang mengajar ke merata tempat maka dialah yang memastikan bahawa orang yang dihantar itu layak mengajar.

– Susu itu maksudnya ilmu. Ini adalah asas dalam ilmu tadbir mimpi. Kalau perempuan itu maksudnya dunia. Kalau baju itu maksudnya agama. Maka kalau mimpi pakai baju labuh itu bagus. Kalau telur, maknanya perempuan. Nabi selalu mentadbir mimpi selepas solat subuh. Samada mimpi baginda atau para sahabat.
– Nabi pun selalu hadir dalam mimpi manusia. Sampai ada yang tulis sirah Nabi selepas wafatnya. Pernah dia hadir dalam mimpi seorang ulama Syafie, suruh dia baca kitab’nya’ pula, iaitu Kitab Bukhari.

Allahu a’lam. Sambung ke hadis yang seterusnya

Kelas penuh Maulana Asri boleh didapati disini

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s