We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari: Kitab Ilmu: Bab Sabda Nabi s.a.w.- “Ya Allah Ajarkanlah Kepadanya Al-Kitab (Al-Quran), October 1, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Ilmu — visitor74 @ 1:06 am

Sahih Bukhari Kitab Ilmu Bab Sabda Nabi s.a.w.- “Ya Allah Ajarkanlah Kepadanya Al-Kitab (Al-Quran), Bab Bilakah Sah Sama’ (Penerimaan Hadits) Kanak-Kanak Yang Belum Baligh

بَاب قَوْلِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُمَّ عَلِّمْهُ الْكِتَابَ

17- Bab Sabda Nabi s.a.w.: “Ya Allah Ajarkanlah Kepadanya Al-Kitab (Al-Quran).

۷۴- حَدَّثَنَا أَبُو مَعْمَرٍ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُالْوَارِثِ قَالَ حَدَّثَنَا خَالِدٌ عَنْ عِكْرِمَةَ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ ضَمَّنِي رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ اللَّهُمَّ عَلِّمْهُ الْكِتَابَ

Telah menceritakan kepada kami Abu Ma’mar berkata, telah menceritakan kepada kami Abdul Warits berkata, telah menceritakan kepada kami Khalid dari ‘Ikrimah dari Ibnu ‘Abbas berkata: Pada suatu hari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah mendakapku lalu berdoa: “Ya Allah, ajarkanlah dia al-Kitab (Quran)”.

– Imam Bukhari nak tunjuk kepentingan ilmu mengenali Quran itu. Dalam banyak-banyak ilmu, yang paling penting adalah berkenaan dengan Quran. Oleh itu, kita boleh lihat bahawa Imam Bukhari akan selalu merujuk kepada Quran.
– Dia juga nak menceritakan kehebatan ilmu Ibn Abbas. Walaupun dia adalah sahabat yang kecil semasa zaman Nabi, tapi dia adalah sahabat yang menjadi rujukan selepas itu. Di kalangan sahabat, dia adalah menjadi rujukan untuk mazhab Shafie. Dia sebenarnya tidak banyak meriwayatkan hadis terus dari Nabi. Sebab semasa zaman Nabi, dia anak kecil sahaja. Ada yang kata, dia hanya riwayatkan 4 hadith sahaja. Ada juga yang kata lebih dari itu, tapi tidak lebih dari 20 hadith. Maknanya, sikit sahaja. Tapi dia banyak meriwayatkan dari Saidina Umar sebab dia adalah anak murid istimewa S. Umar. Dan Umar pula adalah anak murid istimewa Nabi.
Kepentingan doa untuk mendapat ilmu. Dalam mendapat ilmu kita telah belajar sebelum ini, macam-macam kena ada: kena bersungguh, kena berguru, kena merantau kalau perlu. Dalam hadis ini Imam Bukhari nak cerita pula kepentingan doa. Sebab untuk kita dapat itu ilmu  memerlukan pertolongan dari Allah. Kalau tak, kita takkan dapat ilmu itu. Inilah bezanya kita dengan orang kafir. Mereka tidak mempunyai doa macam kita.

Doa yang boleh diamalkan. Iaitu minta supaya Allah memberi manfaat ilmu kepada kita

Doa dari Quran. Elok sangat diamalkan

Itulah yang kalau kita boleh bandingkan ulama kita sekarang dah ulama dulu. Mereka belajar dalam keadaan yang amat payah sekali. Dengan susah nak dapatkan ilmu itu, jauh perjalanan, kitab kena salin sendiri, malam tiada lampu dan sebagainya lagi. Tapi zaman mereka banyak sekali keluar kitab-kitab yang hebat-hebat. Zaman kita sekarang dengan segala teknologi yang memudahkan kita untuk belajar, tidak ada pun keluar kitab yang dapat menandingi mereka. Itulah apa yang Allah berikan kepada mereka dulu. Dalam mereka susah, Allah mudahkan ilmu untuk masuk ke dalam diri mereka.
– Kalau Allah mahu, Dia boleh beri ilmu kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Sebab dalam sejarah, banyaklah orang-orang alim yang mendapat ilmu walaupun kita fikir susah juga nak jadi macam tu. Macam Maududi, dia seorang yang amat hebat. Imam Suyuti contohnya, boleh sampai menulis lebih dari seribu kitab dalam pelbagai bidang. Imam Ghazali juga Allah telah berikan kelebihan dengan banyak buku yang ditulisnya. Kalau yang zaman moden ini, kita boleh lihat kepada Zakir Naik. Dia boleh menghafal banyak kitab agama lain sampai dia boleh berdakwah dan berhujah dengan pemuka agama lain tanpa mereka boleh berdebat dengannya. Sebab dia boleh hafal kitab-kitab mereka.
– Bukanlah semua ulama besar itu genius. Ada yang susah nak dapatkan ilmu sampai belajar berpuluh tahun. Tapi akhirnya mereka dapat juga. Itu adalah kerana mereka berusaha berterusan untuk mendapatkan ilmu itu.

– Dan doa itu pula ada dua jenis. Satu yang kita doa sendiri. Keduanya, doa dari orang lain. Tambahan pula kalau doa itu dari Nabi sendiri pula tu.
– Kenapa Ibn Abbas dapat doa dari Nabi tu? Dia adalah sepupu Nabi. Ada perkara yang Nabi berkenan dengan dia. Ada dua cerita dari hadis yang kita boleh dapat. Sekali, Ibn abbas nampak Nabi nak buang air, jadi dia ikut dari jauh dan dia sediakan air untuk Nabi membersihkan diri senyap-senyap. Dia letak jauh supaya tidak berdekatan sangat dengan Nabi kerana menghormati Nabi. Nabi dapat tahu dan suka perbuatannya itu. Dan selain dari itu, pernah ayahnya telah menyuruh dia untuk ikut bersama dengan Nabi apabila Nabi berada di rumah isterinya iaitu Maimunah, adiknya sendiri. Tujuannya supaya dia boleh tahu apa yang Nabi buat ibadat malam hari supaya dia boleh amalkan. Maknanya, ayah dia pun ada keinginan baik untuk belajar juga. Dan dia pandai menggunakan peluang untuk mendapatkannya. Ibn Abbas nampak Nabi solat malam dan dia telah ikut. Nabi tarik dia solat dekat dengan dia tapi dia telah menjauhkan diri sedikit sampai beberapa kali jadi macam tu. Bila selesai solat, Nabi tanya kenapa dia menjauhkan diri, dia kata sebab dia rasa tak layak untuk dia berdiri dekat dengan Nabi. Begitulah juga yang dikatakan oleh Abu Bakar bila dia menjadi imam semasa ketiadaan Nabi. Bila Nabi masuk sebagai makmum, Abu Bakar mengundurkan diri walaupun Nabi telah suruh dia untuk teruskan. Bila Nabi tanya kemudiannya, dia kata tidak layak dia menjadi imam sedangkan Nabi ada lagi.
Jadi, peranan seorang ayah itu penting juga yang menyebabkan anaknya berjaya. Walaupun Abbas bapa saudara Nabi itu, Nabi sendiri ada perkara tak berkenan dengan dia dulu. Pernah sekali Nabi membahagikan harta, Abbas ambik banyak. Sampai suruh Nabi tolong bawakan. Nabi kata setakat yang mampu bawa sahaja boleh diambil. Jadi dia ambil banyak sampai semasa jalan itu, ada yang tercicir dari gendongannya. Tapi, kemudian mungkin dia jadi elok. Kerana kerajaan Abbasiah yang memerintah Islam selepas khalifah rasyidun itu adalah dari keturunan dia.

Nabi telah peluk dan doakan Ibn Abbas. Ada kelebihan juga dalam peluk itu. Nampak macam ada kelebihan. Sebab Nabi pun pernah suruh Abu Hurairah peluk satu baju, dan Abu Hurairah kata lepas kejadian itu, dia tidak lupa pelajaran lagi. Ingatannya jadi kuat. Dan ingatlah semasa Jibrail menyampaikan ayat pertama kepada Nabi, dia juga telah memeluk Nabi . Ada yang mengatakan yang bila peluk itu, ada perpindahan ilmu dari dada ke dada.

– Memanglah jadi hebat ilmu Ibn Abbas itu. Pernah semasa dia kecil lagi, dia telah tahu, bahawa apabila turunnya ayat surat al-Fath itu menandakan yang Nabi akan mati tidak lama lagi. Kerana dalam ayat itu ada perkataan ‘istighfar’ yang selalunya bermakna akhir. Abu Bakar pun faham macam tu. Sebab itu bila turun ayat itu, dia bersedih. Padahal sahabat-sahabat yang lain suka.

– Maknanya, Bukhari bawa hadis ini adalah menunjukkan kepentingan doa itu. Iaitu kepentingan perkara batini. Bukan hanya bergantung kepada usaha zahir sahaja. Siapakah yang boleh doa? Iaitu mereka yang ikhlas dengan kita. Ibu bapa kita, guru kita dan sebagainya. Sahabat sahabat kita. Eloklah doa mendoakan sesama lain. Yang lagi rendah pun boleh doakan kepada orang yang lagi tinggi. Kerana pernah Nabi minta Umar doakan baginda apabila Umar mahu pergi buat haji.


بَاب مَتَى يَصِحُّ سَمَاعُ الصَّغِيرِ

18 – Bab Bilakah Sah Sama’ (Penerimaan Hadits) Kanak-Kanak Yang Belum Baligh.

۷۵- حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ أَبِي أُوَيْسٍ قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ عَنِ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُبَيْدِاللَّهِ بْنِ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ عَنْ عَبْدِاللَّهِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ أَقْبَلْتُ رَاكِبًا عَلَى حِمَارٍ أَتَانٍ وَأَنَا يَوْمَئِذٍ قَدْ نَاهَزْتُ الاحْتِلامَ وَرَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي بِمِنًى إِلَى غَيْرِ جِدَارٍ فَمَرَرْتُ بَيْنَ يَدَيْ بَعْضِ الصَّفِّ وَأَرْسَلْتُ الأَتَانَ تَرْتَعُ فَدَخَلْتُ فِي الصَّفِّ فَلَمْ يُنْكَرْ ذَلِكَ عَلَيَّ

Telah menceritakan kepada kami Isma’il bin Abu Uwais berkata, Telah menceritakan kepadaku Malik dari Ibnu Syihab dari ‘Ubaidullah bin Abdullah bin ‘Utbah dari Abdullah bin ‘Abbas berkata; pernah aku datang dengan menunggang keledai betina, yang saat itu aku hampir baligh, Rasulullah sedang shalat di Mina dengan tidak menghadap dinding. Maka aku lewat di depan sebagian shaf sambil aku melepas keledai betina itu supaya mencari makan sesukanya. Lalu aku masuk kembali di tengah shaf dan tidak ada orang yang menyalahkanku”.

Himar itu tidak najis

– Tadi Imam Bukhari menceritakan kehebatan Ibn Abbas dan sekarang dia meriwayatkan hadis yang disampaikan olehnya. Dalam hadis ini juga menunjukkan kematangan fikiran Ibn Abbas. Dia tidak kata himar sahaja, tapi dia specify himar betina.
– Imam Bukhari nak menyampaikan bahawa sahabat boleh menerima hadis itu walaupun dia belum baligh. Asalkan dia dah munayyiz. Tapi bila dia nak menyampaikan, dia kena dah baligh baru boleh diterima. Macam dalam hadis ini, Ibn Abbas belum baligh, hampir hendak baligh. Konsep ini diterima oleh semua ulama hadis.
– Banyak hukum boleh diambil dari hadis ini. Akan bertemu ditempat lain bila Imam Bukhari nak menyampaikan hukum lain nanti.
– Pertamanya Nabi pernah solat tanpa sutrah memandangkan dia solat tidak mengadap dinding. Tapi ada ulama kata walaupun dia tidak mengadap dinding, mungkin ada sutrah lain Nabi letak di depannya sebab Nabi selalu solat dengan ada sutrah.
– Sutrah makmum adalah imam. Sebab Ibn Abbas dan himar itu berjalan dihadapan sebahagian saf. Sahabat tak marah pun. Padahal jalan depan orang solat adalah dosa besar.
– Binatang bukan najis. Sebab Ibn Abbas dari menunggang himar itu terus masuk solat. Asalkan tidak nampak najis pada badan dia.
– Dibolehkan menunggang himar. Walaupun himar itu kecil. Pernah Nabi menunggang himar dibonceng oleh sahabat lain.
-Ibn Abbas masuk dari depan. Maknanya saf dah ada. Sahabat kena esot ketepi untuk masukkan Ibn Abbas. Maknanya dibolehkan. Saf kena rapat.
– Budak belum baligh boleh masuk dalam saf dengan orang dewasa.
– Boleh bergerak dalam solat kalau keperluan. Macam sahabat dalam hadis ini kena bergerak sebab nak bagi Ibn Abbas masuk.
– Sahabat tak tegur tu kira bolehlah. Sebab sahabat bukan macam kita. Mereka akan tanya kalau nak tahu dan akan tegur kalau ada yang buat salah.
– Juga mengajar kita bahawa belajar ni elok semasa kanak-kanak lagi.

۷۶- حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ يُوسُفَ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو مُسْهِرٍ قَالَ حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنِي الزُّبَيْدِيُّ عَنِ الزُّهْرِيِّ عَنْ مَحْمُودِ بْنِ الرَّبِيعِ قَالَ عَقَلْتُ مِنَ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَجَّةً مَجَّهَا فِي وَجْهِي وَأَنَا ابْنُ خَمْسِ سِنِينَ مِنْ دَلْوٍ

Telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Yusuf berkata, Telah menceritakan kepada kami Abu Mushir berkata, Telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Harb Telah menceritakan kepadaku Az Zubaidi dari Az Zuhri dari Mahmud bin Ar Rabbi’ berkata: “Aku masih ingat air semburan dari Nabi dengan mulutnya kemukaku, ketika itu aku baru berumur lima tahun. Air itu diambil baginda dari satu timba.”

– Menunjukkan boleh terima hadis yang diterima sebelum baligh. Kalau sebelum ini Ibn Abbas hampir baligh, kali ini Mahmud berumur lima tahun. Kiranya ini paling rendahlah agaknya. Iaitu boleh diambil hadis dari budak yang berumur lima tahun dan sehingga sebelum baligh. Yang penting adalah budak itu sudah mumayyiz.
– Dalam hadis ini, ditunjukkan contoh Nabi bermain dengan budak-budak. Maknanya kena mesra dengan mereka. Dan mengajar mereka apa yang sesuai dengan akal mereka.
– Beruntung Mahmud kerana kena bekas mulut Nabi.


بَاب الْخُرُوجِ فِي طَلَبِ الْعِلْمِ وَرَحَلَ جَابِرُ بْنُ عَبْدِاللَّهِ مَسِيرَةَ شَهْرٍ إِلَى عَبْدِاللَّهِ بْنِ أُنَيْسٍ فِي حَدِيثٍ وَاحِدٍ

19 – Bab Keluar Untuk Menuntut `Ilmu. Jabir Bin `Abdillah Telah Merentasi Perjalanan Selama Sebulan Untuk Menemui `Abdullah Bin Unais Kerana Satu Hadits.

– Imam Bukhari nak cerita bahawa untuk mendapatkan ilmu kena usaha. Kalau kena keluar, perlulah keluar. Jangan mengharap doa sahaja seperti hadis yang sebelum ini katakan.
– Jabir keluar cari itu untuk mendapatkan hadis yang dia sendiri dah tahu. Tapi dia nak dapatkan dari sumber yang asli.

۷۷- حَدَّثَنَا أَبُو الْقَاسِمِ خَالِدُ بْنُ خَلِيٍّ قَاضِي حِمْصَ قَالَ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ حَرْبٍ قَالَ حَدَّثَنَا الأوْزَاعِيُّ أَخْبَرَنَا الزُّهْرِيُّ عَنْ عُبَيْدِاللَّهِ بْنِ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ بْنِ مَسْعُودٍ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّهُ تَمَارَى هُوَ وَالْحُرُّ بْنُ قَيْسِ بْنِ حِصْنٍ الْفَزَارِيُّ فِي صَاحِبِ مُوسَى فَمَرَّ بِهِمَا أُبَيُّ بْنُ كَعْبٍ فَدَعَاهُ ابْنُ عَبَّاسٍ فَقَالَ إِنِّي تَمَارَيْتُ أَنَا وَصَاحِبِي هَذَا فِي صَاحِبِ مُوسَى الَّذِي سَأَلَ السَّبِيلَ إِلَى لُقِيِّهِ هَلْ سَمِعْتَ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَذْكُرُ شَأْنَهُ فَقَالَ أُبَيٌّ نَعَمْ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَذْكُرُ شَأْنَهُ يَقُولُ بَيْنَمَا مُوسَى فِي مَلإ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ إِذْ جَاءَهُ رَجُلٌ فَقَالَ أَتَعْلَمُ أَحَدًا أَعْلَمَ مِنْكَ قَالَ مُوسَى لا فَأَوْحَى اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَى مُوسَى بَلَى عَبْدُنَا خَضِرٌ فَسَأَلَ السَّبِيلَ إِلَى لُقِيِّهِ فَجَعَلَ اللَّهُ لَهُ الْحُوتَ آيَةً وَقِيلَ لَهُ إِذَا فَقَدْتَ الْحُوتَ فَارْجِعْ فَإِنَّكَ سَتَلْقَاهُ فَكَانَ مُوسَى صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ يَتَّبِعُ أَثَرَ الْحُوتِ فِي الْبَحْرِ فَقَالَ فَتَى مُوسَى لِمُوسَى (أَرَأَيْتَ إِذْ أَوَيْنَا إِلَى الصَّخْرَةِ فَإِنِّي نَسِيتُ الْحُوتَ وَمَا أَنْسَانِيهِ إِلا الشَّيْطَانُ أَنْ أَذْكُرَهُ) قَالَ مُوسَى (ذَلِكَ مَا كُنَّا نَبْغِ فَارْتَدَّا عَلَى آثَارِهِمَا قَصَصًا) فَوَجَدَا خَضِرًا فَكَانَ مِنْ شَأْنِهِمَا مَا قَصَّ اللَّهُ فِي كِتَابِهِ

Telah menceritakan kepada kami Abu Al Qasim Khalid bin Khali -seorang hakim di Himshi-, dia berkata; telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Harb berkata, Telah menceritakan kepada kami Al Auza’i telah mengabarkan kepada kami Az Zuhri dari ‘Ubaidullah bin Abdullah bin ‘Utbah bin Mas’ud dari Ibnu ‘Abbas bahwasanya dia dan Al Hurru bin Qais bin Hishin Al Fazari berdebat tentang sahabat Musa ‘Alaihis salam, Ibnu ‘Abbas berkata; dia adalah Khidir ‘Alaihis salam. Tiba-tiba lewat Ubay bin Ka’b di depan keduanya, maka Ibnu ‘Abbas memanggilnya dan berkata: “Aku dan temanku ini berdebat tentang sahabat Musa ‘Alaihis salam, yang ditanya tentang jalan yang akhirnya mempertemukannya, apakah kamu pernah mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menceritakan masalah ini?” Ubay bin Ka’ab menjawab: Ya, benar, aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ketika Musa di tengah pembesar Bani Israil, datang seseorang yang bertanya: apakah kamu mengetahui ada orang yang lebih pandai darimu?” Berkata Musa ‘Alaihis salam: “Tidak”. Maka Allah Ta’ala mewahyukan kepada Musa ‘Alaihis salam: “Ada, yaitu hamba Kami bernama Khidr.” Maka Musa ‘Alaihis Salam meminta jalan untuk bertemu dengannya. Allah menjadikan ikan bagi Musa sebagai tanda dan dikatakan kepadanya; “jika kamu kehilangan ikan tersebut kembalilah, nanti kamu akan berjumpa dengannya”. Maka Musa ‘Alaihis Salam mengikuti jejak ikan di lautan. Berkatalah murid Musa ‘Alaihis salam: “Tahukah kamu tatkala kita mencari tempat berlindung di batu tadi? Sesungguhnya aku lupa (menceritakan tentang) ikan itu dan tidaklah yang melupakan aku untuk menceritakannya kecuali setan”. Maka Musa ‘Alaihis Salam berkata:.”Itulah (tempat) yang kita cari”. Lalu keduanya kembali, mengikuti jejak mereka semula. Maka akhirnya keduanya bertemu dengan Khidr ‘Alaihis salam.” Begitulah kisah keduanya sebagaimana Allah ceritakan dalam Kitab-Nya.

– Imam Bukhari bawa hadis ini lagi untuk menceritakan kepentingan keluar untuk mencari ilmu itu. Sedangkan Nabi Musa sendiri sanggup bermusafir untuk mencari ilmu, apatah lagi kita?
– Cukup Imam Bukhari bawa hadis ini lagi. Nak cerita bahawa kalau satu tu cukup, sudah memadai.
– Hadis ini Imam bawa untuk mengatakan yang kalau perlu untuk keluar belajar, kena pergi. Kecuali kalau dah ada dekat dengan tempat kita. Macam Imam Malik dia tidak perlu keluar dari Madinah sebab Madinah sudah pusat ilmu. Dan tidak semestinya keluar belajar jauh itu lebih baik.
– Menidakkan pendapat yang mengatakan tidak perlu keluar. Sebab ada hadis yang seperti kata begitu. Tapi kalau hadis sahih pun tidak boleh menolak Quran. Tambahan pula kalau hadis itu dhaif.

Allahu a’lam. Sambung ke hadis yang seterusnya

Kelas penuh Maulana Asri boleh didapati disini

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s