We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari: Kitab Ilmu: Bab Pemahaman Dalam Hal `Ilmu Pengetahuan September 30, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Ilmu — visitor74 @ 11:52 pm

Sahih Bukhari Kitab Ilmu Bab Pemahaman Dalam Hal `Ilmu Pengetahuan, Bab Minat Yang Mendalam Kepada `Ilmu Dan Hikmah.

– Sebelum ini diceritakan sesiapa yang Allah hendakkan kebaikan itu akan diberikan ilmu yang mendalam. Tapi Allah bagi sahaja ke? Allah bagi percuma sahajakah? Tidak begitu, mestilah kena ada usaha. Usaha itu tidak semestinya banyak. Yang pentingnya kena ada usaha. Kadang-kadang, buat lebih pun tak dapat juga. Kadang-kadang, buat sikit sahaja tapi dapat banyak. Buat sikit, tapi Allah berikan rezeki yang banyak. Macam Maryam disuruh goyangkan pokok. Dari logik akal, takkan goyang sikit dah boleh jatuh buah-buah kurma itu. Boleh sahaja Allah terus jatuhkan tanpa perlu Maryam goyang kan pokok itu. Tapi nak menceritakan bahawa kita kena ada usaha walaupun sikit. Macam itulah juga dalam usaha untuk mendapatkan ilmu.
– Jadi disini Imam Bukhari nak ajar tentang faham agama. Nak faham ni kena ada usaha. Dengarlah bebaik kepada guru yang mengajar itu. Semak balik selepas kelas dan sebagainya. Mentelaah buku orang lain juga dan tanya bila perlu. Kita usaha dulu, dan hasilnya kita serahkan kepadaNya. Barulah boleh dapat faham yang mendalam. Kemudian baru boleh dapat ilmu yang mendalam. Faham selapis dulu. Kemudian Allah akan tambah ilmu itu.
– Keduanya, pemahaman manusia berbeza-beza. Ada yang kena belajar lama sikit. Mungkin dia tidak laju macam orang lain. Yang penting seseorang itu kena kejar adalah untuk dapatkan kefahaman. Faham lagi penting dari hafal sahaja, tapi tak faham. Kalau kita jenis payah faham, kena bersungguh lagilah. Jadi kena tahu tahap kita dulu.
– Ketiga, pemahaman itu dituntut dalam Islam. Dengan faham, Roh jadi segar. Itulah yang akan menggembirakan roh seseorang itu.


بَاب الْفَهْمِ فِي الْعِلْمِ

14 – Bab Pemahaman Dalam Hal `Ilmu Pengetahuan.

۷۱- حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِاللَّهِ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ قَالَ قَالَ لِي ابْنُ أَبِي نَجِيحٍ عَنْ مُجَاهِدٍ قَالَ صَحِبْتُ ابْنَ عُمَرَ إِلَى الْمَدِينَةِ فَلَمْ أَسْمَعْهُ يُحَدِّثُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلا حَدِيثًا وَاحِدًا قَالَ كُنَّا عِنْدَ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأُتِيَ بِجُمَّارٍ فَقَالَ إِنَّ مِنَ الشَّجَرِ شَجَرَةً مَثَلُهَا كَمَثَلِ الْمُسْلِمِ فَأَرَدْتُ أَنْ أَقُولَ هِيَ النَّخْلَةُ فَإِذَا أَنَا أَصْغَرُ الْقَوْمِ فَسَكَتُّ قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هِيَ النَّخْلَةُ

Telah menceritakan kepada kami Ali bin Abdullah Telah menceritakan kepada kami Sufyan berkata, telah berkata kepadaku Ibnu Abu Najih dari Mujahid berkata; aku pernah menemani Ibnu Umar pergi ke Madinah, namun aku tidak mendengar dia membicarakan tentang Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kecuali satu kejadian dimana dia berkata: Kami pernah bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam lalu Beliau dibawakan kepada beliau umbut pokok tamar. Kemudian Beliau bersabda: “Sesungguhnya diantara sekian banyak pokok ada suatu pokok yang merupakan perumpamaan bagi seorang muslim”. Aku sudah ingin mengatakan bahwa itu adalah pohon kurma namun karena aku mengingatkan yang aku termuda ketika itu maka aku diam. Maka kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Itu adalah pohon kurma”.

– Hadis ini mengajar bagaimana cara nak dapat faham yang mendalam. Hadis ini dah banyak kali dah kita berjumpa. Untuk kita dapat faham, kena jadi macam Ibn Umar. Mencari isyarat. Atau dalam bahasa lain, dia meliar mencari. Tengok kaitan antara satu ilmu dan lain. Dalam hadis ini, Ibn Umar lihat bahawa Nabi sedang memakan umbut kurma, jadi tentu ada kena mengena dengan apa yang Nabi nak cakapkan. Tambahan pula ada lagi perkara berkaitan dengan kurma yang telah Nabi sebutkan sebelum ini. Jadi dia ingat apa yang Nabi sebutkan. Hal ini telah diceritakan didalam hadis sebelum ini.
– Umar bangga sangat kalau anaknya cakap dihadapan ramai orang menunjukkan dia ada anak yang faham agama. Maknanya faham ilmu itu adalah satu kebanggaan. Bukan hanya kepada orang itu sahaja, tapi orang yang berkaitan dengan dia juga.


بَاب الِاغْتِبَاطِ فِي الْعِلْمِ وَالْحِكْمَةِ وَقَالَ عُمَرُ تَفَقَّهُوا قَبْلَ أَنْ تُسَوَّدُوا قَالَ أَبُو عَبْد اللَّهِ وَبَعْدَ أَنْ تُسَوَّدُوا وَقَدْ تَعَلَّمَ أَصْحَابُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي كِبَرِ سِنِّهِمْ

15 – Bab: Minat yang mendalam kepada `ilmu dan Hikmah. `Umar berkata: “Dalamilah `ilmu sebelum kamu dijadikan pemimpin.” Abu `Abdillah Al-Bukhari berkata : “…Dan setelah kamu dijadikan pemimpin, kerana sahabat-sahabat Nabi SAW mempelajari `ilmu setelah mereka tua.”

۷۲- حَدَّثَنَا الْحُمَيْدِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ قَالَ حَدَّثَنِي إِسْمَاعِيلُ بْنُ أَبِي خَالِدٍ عَلَى غَيْرِ مَا حَدَّثَنَاهُ الزُّهْرِيُّ قَالَ سَمِعْتُ قَيْسَ بْنَ أَبِي حَازِمٍ قَالَ سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ مَسْعُودٍ قَالَ
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا حَسَدَ إِلَّا فِي اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ مَالًا فَسُلِّطَ عَلَى هَلَكَتِهِ فِي الْحَقِّ وَرَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ الْحِكْمَةَ فَهُوَ يَقْضِي بِهَا وَيُعَلِّمُهَا

Telah menceritakan kepada kami Al Humaidi berkata, telah menceritakan kepada kami Sufyan berkata, telah menceritakan kepadaku Isma’il bin Abu Khalid -dengan lafazh hadits yang lain dari yang dia ceritakan kepada kami dari Az Zuhri- berkata; aku mendengar Qais bin Abu Hazim berkata; aku mendengar Abdullah bin Mas’ud berkata; Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidak boleh kedengkian kecuali terhadap dua macam orang; pertama terhadap seorang yang Allah berikan harta lalu dia pergunakan harta tersebut sampai habis di jalan kebenaran dan seseorang yang Allah berikan kebijaksanaan lalu dia membuat keputusan berdasarkan kebijaksanaan itu dan mengajarkannya juga kepada orang lain”.

– Kita hendaklah mempunyai keinginan supaya Allah beri sama macam diberi kepada orang itu dan kita tidaklah mahu Allah hilangkan kelebihan-kelebihan itu dari orang itu. Itu dengki namanya. Hasad dengki itu adalah bila kita hendak macam apa yang dia dapat dan kita hendakkan supaya dia hilang apa yang dia ada. Ini tidak boleh dalam Islam.
– Perasaan yang kita mahu ada seperti orang yang disebut dalam hadis diatas adalah dinamakan ‘Ghibtah‘. Iaitu mempunyai minat yang mendalam untuk dapat macam orang itu dan tidak kita mahu Allah ambil dari orang itu. Ini adalah salah satu cara nak bangkitkan semangat untuk mendapatkan ilmu. Jangan tengok sahaja orang berilmu tapi kita tidak mempunyai keinginan nak jadi macam dia. Kita tengok bagaimana moleknya orang itu. Kita nak tengok supaya kita atau anak-anak kita jadi seperti mereka. Inilah perasaan yang kita hendak ada dalam diri kita. Bukan macam zaman sekarang, anak-anak muda nak jadi artis pula. Budak-budak sekarang, yang mereka tengok dan mereka nak jadi adalah macam artis atau orang yang terkenal. Bukan mereka nak jadi orang yang berilmu. Kasihan sungguh dengan masyarakat sekarang.
– Hadis ni tak guna perkataan ‘Ghibtah’. Bukhari telah terjemah untuk menjelaskan kepada kita. Takut orang keliru. Takut orang ingat boleh pula kalau berhasad dengan orang lain. Makna hasad itu dalam konteks hadis ini sebenarnya adalah Ghibtah, bukanlah hasad yang sebenar.

– Dua jenis orang ini (berilmu dan kaya) adalah amat istimewa di mata masyarakat. Sampai kalau dibolehkan hasad, kepada dua jenis manusia sebegini dibolehkan. Tapi tak boleh juga. Memang tidak dibenarkan dalam Islam untuk berhasad dengan orang lain.
– Hikmah itu adalah mempunyai ilmu peringkat yang tinggi. Dalam hadis tak disebut ilmu. Tapi Bukhari masukkan kerana hikmah itu asalnya daripada ilmu lah. Kena ada ilmu dulu baru boleh dapat hikmah.
– Habiskan harta untuk kebenaran dibolehkan. Untuk kepentingan agama. Bukan semua orang boleh macam ni. Kena ada persediaan macam Abu Bakr. Apabila Abu Bakr mahu berikan seluruh harta dia untuk Islam, Nabi terima. Sebab seluruh famili dia dah bersedia. Sebab ada juga yang bawa duit nak sedekahkan semuanya pada jalan Allah, tapi Nabi tak terima.

– Yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah orang berilmu yang pakai dan kemudian ajar ilmunya kepada orang lain.
– Ilmu dan harta adalah dua kelebihan dalam dunia. Dalam dunia ini kita boleh lihat, wanita kalau lelaki tua pun mereka sanggup kahwin asalkan lelaki itu kaya.
Kebanyakan yang terjadi adalah orang yang ada duit akan simpan duit itu. Tak tahu kenapa mereka buat macam tu. Padahal kalau dia beri kepada Islam, sebenarnya dia pun simpan juga duit itu. Tapi simpan dengan Allah.
Alangkah baiknya kalau kita jadi macam orang Pakistan yang banyak sekali infak kepada jalan agama. Mereka banyak memberi kepada orang yang belajar ilmu hadis sampai bercambah dengan banyak sekali universiti swasta yang memberikan pelajaran percuma dan makanan percuma kepada pelajar dari seluruh dunia. Sampai boleh beri duit belanja sekali. Mereka sanggup susah asalkan mereka dapat memberi infak kepada tempat-tempat sebegitu. Ini adalah kerana mereka tahu bahawa orang beragama itu akan menyelematkan mereka.
Lagi baik adalah kalau seorang itu kaya dan infakkan harta, selain dari itu, dia juga berilmu dan menyampaikan ilmunya. Orang kafir takut kalau ada orang Islam yang sebegini.
– Masyarakat kita kalau ada duit tu, selalu buat majlis itu dan ini. Yang selalu mereka buat adalah kenduri selamat dan sebagainya yang membazir wang kerana bukan bermanfaat pun. Mereka rasa mereka kena upah orang lain untuk menjalankannya kerana silap sangka. Mereka sangka mereka tidak perlu belajar agama kerana akan ada orang yang akan membuatnya. Pada mereka, mereka akan outsource tugas-tugas baca doa, solat jenazah, talqin dan sebagainya. Bukannya mereka nak belajar sendiri.
– “membuat keputusan berdasarkan kebijaksanaan itu”: bukan sahaja dia berilmu tapi dia menggunakan ilmu itu untuk membuat keputusan dalam kehidupan dia. Maka akan selamatlah dia kerana dengan agama itu akan menyelamatkan dia dalam keputusan dia.

Umar berkata: “Dalamilah `ilmu sebelum kamu dijadikan pemimpin.”: jangan jadi pemimpin dalam keadaan tiada ilmu. Akan banyak perkara akan tak kena. Maknanya kena belajar masa muda. Sebab bila dah jadi pemimpin akan ada banyak masalah dengan masyarakat. Tak sempat nak belajar. Atau dia malu nak belajar.
Tidak semestinya pemimpin negara. Semua orang sebenarnya akan jadi pemimpin. Sekurang-kurangnya pemimpin keluarga. Kalau perempuan pun sekurang-kurangnya pemimpin untuk anak-anaknya.
Ada kata sebelum ada janggut. Oleh itu, molek mengaji adalah masa muda. Sebab tua tu akan ada banyak perkara yang akan menyebokkan dia nanti.
Ada kata kamu dalamilah ilmu sebelum menikah. Baru dia senang untuk menumpukan kepada ilmu. Sebab lepas dah kahwin nanti dia akan sibuk dengan keluarganya.

Abu `Abdillah Al-Bukhari berkata : “…Dan setelah kamu dijadikan pemimpin, kerana sahabat-sahabat Nabi SAW mempelajari `ilmu setelah mereka tua.” Ini adalah kata anak murid dia iaitu Firabri yang menyusun pula kitab Sahih Bukhari ini. Umar kata ‘sebelum jadi pemimpin’. Ini yang elok sekali. Bukhari tambah, lepas jadi pemimpin pun kena belajar juga lagi. Pintu ilmu tidak tertutup walaupun dah jadi pemimpin, sudah berjanggut dan sesudah berkahwin.
Dalil yang Bukhari bawa adalah sahabat Nabi pun belajar masa tua. Sebab Nabi pun berumur 40 dah dan sahabat pun tua dah masa tu. Tiada had umur untuk belajar.


بَاب مَا ذُكِرَ فِي ذَهَابِ مُوسَى صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْبَحْرِ إِلَى الْخَضِرِ وَقَوْلِهِ تَعَالَى { هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَى أَنْ تُعَلِّمَنِي مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا }

16 – Bab : Kisah pemergian Musa ke laut untuk menemui Khadhir dan Firman Allah : (هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَى أَنْ تُعَلِّمَنِي مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا) “Bolehkah aku mengikutimu untuk kau ajarkan kepadaku sebahagian daripada `ilmu yang telah diajarkan kepadamu.”

۷۳- حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ غُرَيْرٍ الزُّهْرِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَ حَدَّثَنِي أَبِي عَنْ صَالِحٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ حَدَّثَهُ أَنَّ عُبَيْدَ اللَّهِ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ أَخْبَرَهُ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ

أَنَّهُ تَمَارَى هُوَ وَالْحُرُّ بْنُ قَيْسِ بْنِ حِصْنٍ الْفَزَارِيُّ فِي صَاحِبِ مُوسَى قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ هُوَ خَضِرٌ فَمَرَّ بِهِمَا أُبَيُّ بْنُ كَعْبٍ فَدَعَاهُ ابْنُ عَبَّاسٍ فَقَالَ إِنِّي تَمَارَيْتُ أَنَا وَصَاحِبِي هَذَا فِي صَاحِبِ مُوسَى الَّذِي سَأَلَ مُوسَى السَّبِيلَ إِلَى لُقِيِّهِ هَلْ سَمِعْتَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَذْكُرُ شَأْنَهُ قَالَ نَعَمْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ بَيْنَمَا مُوسَى فِي مَلَإٍ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ جَاءَهُ رَجُلٌ فَقَالَ هَلْ تَعْلَمُ أَحَدًا أَعْلَمَ مِنْكَ قَالَ مُوسَى لَا فَأَوْحَى اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَى مُوسَى بَلَى عَبْدُنَا خَضِرٌ فَسَأَلَ مُوسَى السَّبِيلَ إِلَيْهِ فَجَعَلَ اللَّهُ لَهُ الْحُوتَ آيَةً وَقِيلَ لَهُ إِذَا فَقَدْتَ الْحُوتَ فَارْجِعْ فَإِنَّكَ سَتَلْقَاهُ وَكَانَ يَتَّبِعُ أَثَرَ الْحُوتِ فِي الْبَحْرِ فَقَالَ لِمُوسَى فَتَاهُ

{ أَرَأَيْتَ إِذْ أَوَيْنَا إِلَى الصَّخْرَةِ فَإِنِّي نَسِيتُ الْحُوتَ وَمَا أَنْسَانِيهِ إِلَّا الشَّيْطَانُ أَنْ أَذْكُرَهُ }

{ قَالَ ذَلِكَ مَا كُنَّا نَبْغِي فَارْتَدَّا عَلَى آثَارِهِمَا قَصَصًا }

فَوَجَدَا خَضِرًا فَكَانَ مِنْ شَأْنِهِمَا الَّذِي قَصَّ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ فِي كِتَابِهِ

72. Telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Gharair Az Zuhri berkata, Telah menceritakan kepada kami Ya’qub bin Ibrahim berkata, telah menceritakan bapakku kepadaku dari Shalih dari Ibnu Syihab, dia menceritakan bahwa ‘Ubaidullah bin Abdullah mengabarkan kepadanya dari Ibnu ‘Abbas, bahwasanya dia dan Al Hurru bin Qais bin Hishin Al Fazari berdebat tentang orang yang dicari Nabi Musa ‘Alaihis salam, Ibnu ‘Abbas berkata; dia adalah Khidir ‘Alaihis salam. Tiba-tiba lewat Ubay bin Ka’b didepan keduanya, maka Ibnu ‘Abbas memanggilnya dan berkata: “Aku dan temanku ini berdebat tentang orang yang dicari Musa ‘Alaihis salam, yang ditanya tentang jalan yang akhirnya mempertemukannya, apakah kamu pernah mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menceritakan masalah ini?” Ubay bin Ka’ab menjawab: Ya, benar, aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ketika Musa di tengah kumpulan Bani Israil, datang seseorang yang bertanya: apakah kamu mengetahui ada orang yang lebih alim darimu?” Berkata Musa ‘Alaihis salam: “Tidak”. Maka Allah Ta’ala mewahyukan kepada Musa ‘Alaihis salam: “Ada, iaitu hamba Kami bernama Khidr.” Maka Musa ‘Alaihis Salam meminta jalan untuk bertemu dengannya. Allah menjadikan ikan bagi Musa sebagai tanda dan dikatakan kepadanya; “bila kamu kehilangan ikan tersebut kembalilah semula kamu ke tempat hilangnya ikan itu, nanti kamu akan berjumpa dengannya”. Maka Musa ‘Alaihis Salam mengikuti jejak ikan yang menggelungsur ke dalam laut. Berkatalah murid Musa ‘Alaihis salam iaitu Yusha’: “Tahukah kamu tatkala kita mencari tempat berlindung di batu besar tadi? Sesungguhnya aku lupa (menceritakan tentang) ikan itu dan tidaklah yang melupakan aku untuk menceritakannya kecuali setan”. Maka Musa ‘Alaihis Salam berkata:.”Itulah (tempat) yang kita cari”. Lalu keduanya kembali, mengikuti jejak mereka semula. Maka akhirnya keduanya bertemu dengan Khidr ‘Alaihis salam.” Begitulah seterusnya kisah keduanya sebagaimana Allah ceritakan dalam Kitab-Nya.

Ikan mereka yang sudah masak melompat masuk ke dalam laut

– Sambungan lagi tentang ilmu. Setakat mana kena belajar ni? Kadang-kadang perlu sampai pergi jauh keluar negara menyeberang laut, kita kena juga pergi ke sana untuk belajar. Macam Musa as juga yang mengembara untuk mendapatkan ilmu. Nabi Musa tu dah jadi pemimpin dan sudah mempunyai hikmah dah. Dah tinggi dah status dia. Tapi bila dia dengar ada lagi yang mempunyai ilmu yang dia tiada, dia sanggup pergi cari. Padahal dia dah tua dah. Maknanya ilmu itu kena dicari. Jika perlu, kena pergi keluar negeri. Nabi pun mencari, kita lagilah kena cari.

Dalam Quran tidak disebut nama Khidr. Dia adalah seorang yang belajar ilmu Ladunni iaitu ilmu yang terus dari Allah.
Jawapan Nabi Musa itu tidak salah. Sebab memang dia adalah seorang nabi dah pun. Tapi Allah tak suka. Sebab ada lagi ilmu yang rahsia yang Allah berikan kepada orang lain. Ilmu yang Nabi Musa ada adalah ilmu syariat. Dan itulah yang ilmu yang paling penting. Tapi sepatutnya dia cakap “Allahu a’lam.
Maka Allah telah memberitahu bahawa ada lagi orang lain yang mempunyai ilmu yang lain lagi. Maka Nabi Musa nak belajar dengan dia. Dan dia sanggup untuk berjalan jauh atau bertahun-tahun atau meredah lautan. Maka inilah yang dikatakan yang kalau perlu untuk belajar ilmu hingga ke seberang laut pun kena juga. Sebab dah ada dalil dah.
Maka panjanglah cerita berkenaan perjalanan Nabi Musa dan Yusha bin Nun itu untuk mencari Khidr. Cerita itu ada dalam surah Kahf.

Satu perbincangan ulama adalah siapakah Khidr ini dan apakah status dia. Dan adakah dia masih hidup lagi.

Pendapat yang kuat adalah mengatakan yang Khidr itu tidak hidup lagi. Dalil dari Quran mengatakan yang tidak ada yang Allah berikan hidup kekal. Dan Nabi pun kata dari zamannya, semua akan mati dalam masa seratus tahun. Dan kalau dia masih hidup lagi, wajib untuk dia membantu Nabi Muhammad ataupun berjumpa dengan baginda. Tapi tidak ada dalam sejarah mengatakan begitu. Maka salahlah pendapat ahli-ahli tasawuf yang mengatakan Khidr hidup lagi. Macam-macam mereka kata. Sampai ada kata dia salah seorang anak Nabi Adam sendiri. Tidaklah ada dalil sahih mengatakan sebegini. Perkara akidah seperti ini kenalah ada dalil yang mutawatir. Bukan takat sahih sahaja lagi. Kena sampai tahap mutawatir baru boleh dipakai. Ini tidak, yang ada disebut berdasarkan dalil yang palsu sahaja. Ini pun ada kaitan dengan Syiah juga. Sebab mereka nak mengatakan yang imam Mahdi mereka itu boleh hidup lama dari dulu tak mati-mati. Jadi mereka nak sandarkan kepada Nabi Khidr. Nak kata bahawa ada juga manusia yang boleh hidup lama. Itulah dia. Amat licik sekali apa yang mereka katakan.

Adakah dia Nabi atau wali? Banyaklah pendapat yang menyatakan dia adalah Nabi.
Adakah dia manusia atau lain? Ada juga pendapat yang mengatakan dia bukan manusia. Dia adalah malaikat. Yang menyerupai manusia. Sebab tidak semestinya perkataan ‘abd’ atau ‘rijal’ pasti mengatakan dia manusia kerana dalam Quran pun ada menggunakan perkataan sebegitu kepada malaikat. Dan perbuatannya yang dilakukan sampai membunuh orang itu sesuailah dengan status malaikat. Sebab manusia dari dulu sampai sekarang tidak dibenarkan membunuh dalam syariat mana-mana.

Hadis ini menceritakan kepentingan belajar ilmu. Walaupun bukan ilmu syariat sebab yang Musa nak belajar ni ilmu kauni. Iaitu ilmu rahsia alam.

Allahu a’lam. Sambung ke hadis yang seterusnya

Kelas penuh boleh didapati disini

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s