We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari: Kitab Ilmu: Bab Ketentuan Waktu Oleh Nabi s.a.w Untuk Memberi Nasihat September 30, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Ilmu — visitor74 @ 1:55 pm

Sahih Bukhari Kitab Ilmu Bab Ketentuan Waktu Oleh Nabi s.a.w Untuk Memberi Nasihat Supaya Mereka Tidak Jemu

– Sebelum ini Imam Bukhari telah menceritakan bagaimana mencari ilmu kena bersungguh-sungguh. Dia menceritakan kepada kita sampai kita jadi bersemangat nak belajar. Kira dah nak naik tinggi dah keinginan kita nak belajar. Jadi kali ini dia mengingatkan balik bahawa jangan selalu sangat. Kiranya kena turun balik. Kena perlahan balik. Nak imbangkan macam Nabi ajar. Takut kita jadi jemu. Atau takut kita awal sahaja bersemangat nak belajar, tapi jadi slow kemudian. Sebab mula-mula semangat tapi kemudian jadi lemau. Begitulah manusia. Dan kita sebagai manusia pun tanggungjawab lain pun banyak lagi. Sebagai ayah, pekerja dan sebagainya. Tak semua boleh belajar sahaja, tak buat benda lain. Tapi akan ada yang sentiasa berada dalam ilmu. Iaitu mereka yang memang kerja mereka samada belajar atau mengajar.
– Tengok tajuk dia lain dari lain. Sangat dalam fahamnya dengan hadis. Bukhari sebenarnya nak ajar agama keseluruhannya. Bukan dia nak ajar hadis sahaja. Dia sentuh semua bab dalam Islam. Sebab dalam hidup ini, kita akan lalui semua. Jadi dengan kitab Sahih Bukhari ini kita boleh faham semua tentang agama. Sebab itu, kitab dia ini dinamakan ‘jami” kerana banyak bab dimasukkan ke dalamnya. Sebuah kitab jami’ itu sekurang-kurangnya ada 8 bab didalamnya.
Dalam hadis pertama dalam tajuk ini ada disebut perkataan ‘nasihat’. Tiada pula perkataan ‘Ilmu’ disitu. Dalam hadis kedua pun tiada juga. Ini kerana Bukhari nampak dalam nasihat itu ada asas ilmu. Takkan nak beri nasihat tanpa ilmu.
– Imam Bukhari juga nak menceritakan bahawa ada jadual dalam mengajar. Tidak buat tiap-tiap hari supaya pelajaran itu jadi segar sentiasa. Nabi sendiri memang ada jadual pembelajaran baginda. Contohnya, ada kelas khas hanya kepada perempuan sahaja kerana mereka minta mereka diajar secara khusus. Mereka kata orang lelaki dapat selalu bersama Nabi. Mereka tidak dapat peluang begitu. Maka Nabi telah mengkhaskan kelas kepada mereka sahaja.

بَاب مَا كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَخَوَّلُهُمْ بِالْمَوْعِظَةِ وَالْعِلْمِ كَيْ لا يَنْفِرُوا

11- Bab Ketentuan Waktu Oleh Nabi s.a.w Untuk Memberi Nasihat Supaya Mereka Tidak Jemu.

۶۷- حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ عَنِ الاعْمَشِ عَنْ أَبِي وَائِلٍ عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَخَوَّلُنَا بِالْمَوْعِظَةِ فِي الأَيََّامِ كَرَاهَةَ السَّآمَةِ عَلَيْنَا

66. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Yusuf berkata, telah mengabarkan kepada kami Sufyan dari Al A’masy dari Abu Wa’il dari Ibnu Mas’ud berkata; bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam memperingatkan kami dengan suatu pelajaran tentang hari-hari yang sulit yang akan kami hadapi.

– Imam Bukhari mengambil hadis dari Ibn Mas’ud. Ini pun satu pemilihan yang amat baik. Sebab Ibn Mas’ud adalah seorang sahabat yang sangat lama dengan Nabi. Dari Mekah lagi dia telah masuk Islam dan dia selalu bersama Nabi. Masa baru Islam, dia sanggup menceritakan pasal Islam kepada orang ramai padahal Islam baru lagi. Sampai pernah dia kena pukul sampai dia pengsan. Bila dia sedar, dia cerita lagi. Dia selalu sangat dengan Nabi sampai boleh keluar masuk rumah Nabi sampai sahabat yang baru masuk Islam sangka dia salah seorang keluarga Nabi. Dia digelar ‘sahabat bantal’ sebab dia selalu bawa bantal Nabi. Kot Nabi nak merehatkan diri dimana-mana, dia sudah bersedia. Dan dia juga digelar ‘sahabat kasut’ sebab dia selalu bawa kasut Nabi. Kot Nabi masuk pintu lain tapi nak keluar pintu lain. Maknanya dia selalu sahaja dengan Nabi. Jadi banyak dia dapat tahu. Sebab Nabi mengajar bukan ada kelas khas. Dalam kehidupan seharian Nabi akan mengajar. Semua perkara dalam kehidupan. Maka sahabat belajar dengan melihat perangai baginda, perkataan baginda, cara berjalan dan sebagainya. Nabi mengajar dengan cara seharian.
Lagi satu, Ibn Mas’ud itu tidaklah seorang yang hensem. Pendek lagi kakinya kecil sampai para sahabat pernah ternampak betisnya sampai mereka nak gelak. Nabi tegur mereka dengan kata betis itu akan menjadi timbangan yang berat di akhirat kelak.

۶۸- حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ قَالَ حَدَّثَنِي أَبُو التَّيَّاحِ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَسِّرُوا وَلا تُعَسِّرُوا وَبَشِّرُوا وَلا تُنَفِّرُوا

67. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basysyar berkata, telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sa’id berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah Telah menceritakan kepadaku Abu At Tayyah dari Anas bin Malik dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “permudahlah dan jangan persulit, berilah khabar gembira dan jangan membuat orang lari.”

– Mudahkanlah dalam mengajar manusia. Supaya mereka boleh menerima. Antaranya adalah menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh orang yang mendengar. Janganlah supaya mereka merasa bosan atau mereka tidak dapat terima kerana pembelajaran kita tidak menepati citarasa mereka. Itulah kadang-kadang mereka akan lari dari kita. Macam-macam cara boleh mudahkan. Sebab ramai orang suka yang mudah walaupun ada yang tak kisah kalau susah. Nabi pun suka pilih yang mudah. Kena tengok orang yang nak diajar itu macam mana keadaan dia. Kalau kafir contohnya, kita pilihlah pendapat yang mudah.
Dan jangan kita bengkeng sangat sampai orang pun tak suka dengan kita. Apabila mereka tidak suka dengan kita, maka dia akan lari dari kita.

‘Jangan susahkan’ itu bermakna biar sentiasa dimudahkan. Sebab kalau suruh itu, bermaksud sekali sahaja selalunya. Dalam hadis ini bukanlah kena mudahkan itu sekali sahaja. Kena selalu.
Contoh untuk memudahkan pembelajaran: Mudahkan kemasukan, mudahkan sukatan pelajaran. Nak luluskan mudah juga. Dari segi pakaian pun mudahkan sebab zaman Nabi pun tidak pentingkan pakaian. Kesan yang baik adalah apa yang kita hendakkan.
– Ulama membahaskan perkataan “berilah khabar gembira dan jangan membuat orang lari.” Kenapa tidak berlawanan perkataan itu. Sebelum ini perkataan “permudahlah dan jangan persulit” itu berlawanan. Kerana lawan kepada khabar gembira adalah ancaman. Islam tidak melarang beri ancaman kerana memberi ancaman itu penting. Kalau tidak ada ancaman itu yang tak boleh pula. Memberi ancaman itu adalah sebahagian dari dakwah yang perlu kita lakukan.

– Yang tak bolehnya adalah membuat perkara yang membuatkan orang lari dari belajar.
– Yang penting yang nak diajar dalam hadis ini adalah untuk bersederhana dalam segala hal.


بَاب مَنْ جَعَلَ لأهْلِ الْعِلْمِ أَيَّامًا مَعْلُومَةً

12- Bab Orang Yang Menentukan Bagi Ahli `Ilmu Hari-Hari Tertentu.

۶۹- حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ قَالَ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ أَبِي وَائِلٍ قَالَ كَانَ عَبْدُاللَّهِ يُذَكِّرُ النَّاسَ فِي كُلِّ خَمِيسٍ فَقَالَ لَهُ رَجُلٌ يَا أَبَا عَبْدِالرَّحْمَنِ لَوَدِدْتُ أَنَّكَ ذَكَّرْتَنَا كُلَّ يَوْمٍ قَالَ أَمَا إِنَّهُ يَمْنَعُنِي مِنْ ذَلِكَ أَنِّي أَكْرَهُ أَنْ أُمِلَّكُمْ وَإِنِّي أَتَخَوَّلُكُمْ بِالْمَوْعِظَةِ كَمَا كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَخَوَّلُنَا بِهَا مَخَافَةَ السَّآمَةِ عَلَيْنَا

68. Telah menceritakan kepada kami Utsman bin Abu Syaibah berkata, telah menceritakan kepada kami Jarir dari Manshur dari Abu Wa’il berkata; bahwa Abdullah memberi pelajaran kepada orang-orang setiap hari Khamis, kemudian seseorang berkata: “Wahai Abu Abdurrahman, sungguh aku ingin kalau anda memberi pelajaran kepada kami setiap hari”. Dia berkata: “Sungguh aku enggan melakukannya, karena aku takut membuat kalian bosan, dan aku ingin memberi pelajaran kepada kalian sebagaimana Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam memberi pelajaran kepada kami karena khuatir kebosanan akan menimpa kami”.

Boleh rancang waktu bila ada jadual

– Ini adalah untuk ahli-ahli ilmu pula. Dibolehkan untuk mengadakan jadual pembelajaran. Supaya pelajar tahu bila kelas dan apakah yang akan diajar. Dengan cara itu, pelajar boleh bersedia untuk kelas yang akan dimasukinya nanti. Macam dalam hadis ini Ibn Mas’ud mengadakan kelasnya pada hari Khamis.
– Imam Bukhari bawa hadis ini supaya orang tahu bahawa ada asasnya untuk mengadakan jadual itu. Bukanlah bidaah kalau buat macam tu.
– Bukanlah hadis ini hendak mengatakan ada kelebihan mengajar dalam hari tertentu. Tidaklah ada lebihnya kalau mengajar hari Khamis itu.


بَاب مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ

13- Bab Orang Yang Allah Mahukan Kebaikan Yang Banyak Untuknya, Niscaya Dia Memberikan Kepadanya Faham Yang Mendalam Tentang Agama.

۷۰- حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ عُفَيْرٍ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ عَنْ يُونُسَ عَنِ ابْنِ شِهَابٍ قَالَ قَالَ حُمَيْدُ بْنُ عَبْدِالرَّحْمَنِ سَمِعْتُ مُعَاوِيَةَ خَطِيبًا يَقُولُ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ وَإِنَّمَا أَنَا قَاسِمٌ وَاللَّهُ يُعْطِي وَلَنْ تَزَالَ هَذِهِ الامَّةُ قَائِمَةً عَلَى أَمْرِ اللَّهِ لا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللَّهِ

69. Telah menceritakan kepada kami Sa’id bin ‘Ufair Telah menceritakan kepada kami Ibnu Wahab dari Yunus dari Ibnu Syihab berkata, Humaid bin Abdurrahman berkata; aku mendengar Mu’awiyyah memberi khutbah untuk kami, dia berkata; Aku mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang Allah kehendaki menjadi baik maka Allah faqihkan dia terhadap agama. Aku hanyalah yang membagi-bagikan sedang Allah yang memberi. Dan senantiasa ummat ini akan tegak diatas perintah Allah, mereka tidak akan celaka kerana adanya orang-orang yang menyelisihi mereka hingga datang keputusan Allah”.

Adakah anjing itu najis sampai tak boleh pegang?

– Mendalami agama adalah dituntut dalam Islam. Dalam Quran pun ada disebut bahawa kita perlu belajar. Ayat sebelum itu adalah pasal perang. Maknanya ada mereka yang tak pergi perang pun tidak mengapa untuk mereka mendalami agama. Kerana mendalami ilmu pun macam perang juga. Perang hujjah lagi banyak berlaku dalam zaman sekarang ini. Kecuali bila negara diserang. Waktu macam tu kena semua keluar untuk mempertahankan negara.
– Dalam banyak-banyak ilmu, yang penting adalah tafaqquh – mendalami agama. Bukan hanya biasa-biasa sahaja. Yang hanya boleh dikatakan Allah nak beri kebaikan itu adalah orang yang mendalami agama. Kalau benda lain macam cantik atau kaya tak boleh kata lagi dia telah diberi kebaikan. Iaitu kebaikan yang besar dan sebenarnya adalah dalam mendalami agama. Sebab yang lain-lain kebaikan yang diberi itu memang dah baik dah, tapi kebaikan utama adalah jika Allah beri kita dapat mendalami agama. Bukan ilmu biasa-biasa sahaja. Fiq ni dia tahu sebab-sebab hukum dan tujuan hukum itu. Tahu cara nak sampaikan bagaimana kepada masyarakat. Tahu apa yang utama dalam dakwah contohnya. Nabi pernah ada orang kencing dalam masjid pun Nabi tak marah. Sebab nak dekatkan orang itu dengan Islam dulu.
– Macam kes mengatakan boleh perempuan membaca Quran dalam keadaan kotor. Kalau tahu satu feqah sahaja seperti Syafie, maka haram membaca Quran waktu itu. Itu belum fiq lagi dalam agama. Tapi perkara ini masih khilaf lagi. Banyak lagi yang membolehkan. Kita jangan tertakluk kepada satu mazhab sahaja. Banyak lagi pendapat lain daripada ulama-ulama yang besar-besar juga.
– Lagi satu adalah kes pasal anjing. Beza pendapat antara mazhab Shafie dan lain-lain. Padahal dalam Quran Allah telah benarkan anjing dijadikan sebagai pemburu dan binatang yang dia tangkap boleh dimakan. Ini adalah kerana ada hadis-hadis yang telah dimansuhkan. Memang dari permulaan Islam, Nabi sampai suruh bunuh anjing-anjing kerana anjing selalu dibela oleh puak Yahudi. Nabi nak membezakan antara orang muslim dan orang kafir. Sebab Nabi taknak masyarakat Islam menyanjung orang Yahudi itu. Dan kerana mereka itu pada masa itu adalah kaum yang dipandang tinggi, maka taknak mengikut mereka dari segi perbuatan mereka itu. Kerana yang menjayakan sesuatu kaum itu adalah jati diri. Itulah yang dapat menjayakan sesuatu kaum itu. Bukanlah dari segi amalan mereka atau pakaian mereka atau kebiasaan mereka. Takut macam zaman kita sekarang ni memandang tinggi sangat orang barat kerana kejayaan mereka dalam dunia maka kita sampai nak mengikut apa yang mereka buat.

– Muawiyah kata: “Aku hanyalah yang membagi-bagikan sedang Allah yang memberi”: Maknanya Allahlah sebenarnya yang memberi ilmu. Bukan tok guru itu. Mereka hanya dapat menyampaikan sahaja. Samalah dengan makan ubat. Bukan ubat itu yang menyembuhkan tapi Allah juga. Maknanya, kita kena berharap kepada Allah sahaja. Sebab Allahlah yang memberi ilmu kepada kita. Dan jangan juga kita berharap sangat kepada seseorang anak murid itu kerana kita sangka mereka boleh diharap pada satu masa. Mungkin masa lain, mereka tidak boleh diharap lagi. Sebab Allah boleh sahaja mengubah kedudukan seseorang itu dari pandai kepada bodoh. Janganlah kita menjadi sebegitu. Letakkan pengharapan kita bulat-bulat kepada Allah.

– Dan senantiasa ummat ini akan tegak diatas perintah Allah: Kerana akan ada orang yang mendalami ilmu. Maknanya akan sentiasa ada orang yang akan dapat membela agama ini. Kerana mereka yakin dan tetap dalam agama mereka.

– Mereka tidak akan celaka kerana adanya orang-orang yang menyelisihi mereka: Hujah mereka tidak akan dapat dipatahkan oleh agama lain kerana mereka mendalami agama. Agama-agama lain rapuh sangat hujah mereka. Tidak akan dapat mengalahkan hujjah Islam yang benar.

– Hingga datang keputusan Allah: satu pendapat mengatakan mereka ini akan ada sampai ke hari kiamat. Ada pula pendapat lain yang mengatakan sebelum kiamat, Allah akan tiupkan angin yang istimewa yang akan mematikan orang-orang mukmin. Yang tinggal hanyalah orang-orang kafir dan merekalah yang akan menghadapi hari kiamat. Ini adalah berdasarkan kepada hadis yang mengatakan demikian.

Allahu a’lam. Sambung ke hadis yang seterusnya

Kelas penuh Maulana Asri boleh didapati disini

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s