We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Ilmu Bab Sabda Nabi SAW – “Ada Kalanya Orang Yang Disampaikan (Sesuatu Hadits) Lebih Mengerti September 28, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Ilmu — visitor74 @ 5:57 pm
Tags: , , ,

Sahih Bukhari: Kitab Ilmu: Bab Sabda Nabi SAW – “Ada Kalanya Orang Yang Disampaikan (Sesuatu Hadits) Lebih Mengerti (Tentangnya) Daripada Orang Yang Mendengarnya Sendiri”

بَاب قَوْلِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رُبَّ مُبَلَّغٍ أَوْعَى مِنْ سَامِعٍ

9- Bab Sabda Nabi SAW : “Ada Kalanya Orang Yang Disampaikan (Sesuatu Hadits) Lebih Mengerti (Tentangnya) Daripada Orang Yang Mendengarnya Sendiri”.

– Imam Bukhari nak menceritakan kepentingan mengajar ilmu kepada orang lain. Kerana kadang-kadang anak murid kita atau orang yang kita ceritakan lebih faham dari kita. Banyak dalam sejarah anak murid melebihi gurunya. Macam kisah Abu Hanifah yang boleh mendatangkan hukum daripada hadis yang disampaikan oleh gurunya. Gurunya pun tak dapat hukum dari hadis itu, tapi kerana Abu Hanifah seorang yang tajam fikirannya, dia boleh nampak.
Kadang-kadang orang dahulu tidak dapat memahami sesuatu hadis itu kerana belum sampai masanya. Contohnya, hadis yang mengatakan zaman akan datang, perjalanan akan menjadi singkat sahaja. Alhamdulillah hadis-hadis itu disampaikan juga kepada kita walaupun mereka tidak faham. Jangan macam muktazilah yang menolak hadis yang pada mereka tidak boleh diterima akal. Maka rugilah kita kalau begitu kerana tidak mendapat ilmu-ilmu itu.
Maka banyak perkara kadang-kadang orang bukan Islam pula yang dapat lebih dari kita. Macam hadis Nabi yang mengatakan supaya kita lari dari orang yang berpenyakit kusta seperti lari dari singa. Orang German buat kajian tentang penyakit kusta dan mereka dapati bahawa virus kusta itu rupanya seperti singa rupanya kalau dilihat dibawah mikroskop. Hadis itu menunjukkan ada penyakit yang berjangkit. Tapi dalam hadis lain Nabi kata tidak ada jangkitan tanpa izin Allah. Maknanya, kita kena berhati-hati. Tapi Allah juga yang menentukan samada kita akan kena atau tidak. Hujungnya, berserah kepada Allah, tapi sebelum itu kita berusaha untuk mengelaknya.

۶۶- حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ حَدَّثَنَا بِشْرٌ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ عَوْنٍ عَنِ ابْنِ سِيرِينَ عَنْ عَبْدِالرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرَةَ عَنْ أَبِيهِ ذَكَرَ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَعَدَ عَلَى بَعِيرِهِ وَأَمْسَكَ إِنْسَانٌ بِخِطَامِهِ أَوْ بِزِمَامِهِ قَالَ أَيُّ يَوْمٍ هَذَا فَسَكَتْنَا حَتَّى ظَنَنَّا أَنَّهُ سَيُسَمِّيهِ سِوَى اسْمِهِ قَالَ أَلَيْسَ يَوْمَ النَّحْرِ قُلْنَا بَلَى قَالَ فَأَيُّ شَهْرٍ هَذَا فَسَكَتْنَا حَتَّى ظَنَنَّا أَنَّهُ سَيُسَمِّيهِ بِغَيْرِ اسْمِهِ فَقَالَ أَلَيْسَ بِذِي الْحِجَّةِ قُلْنَا بَلَى قَالَ فَإِنَّ دِمَاءَكُمْ وَأَمْوَالَكُمْ وَأَعْرَاضَكُمْ بَيْنَكُمْ حَرَامٌ كَحُرْمَةِ يَوْمِكُمْ هَذَا فِي شَهْرِكُمْ هَذَا فِي بَلَدِكُمْ هَذَا لِيُبَلِّغ الشَّاهِدُ الْغَائِبَ فَإِنَّ الشَّاهِدَ عَسَى أَنْ يُبَلِّغَ مَنْ هُوَ أَوْعَى لَهُ مِنْهُ

65. Telah menceritakan kepada kami Musaddad berkata, telah menceritakan kepada kami Bisyir berkata, telah menceritakan kepada kami Ibnu ‘Aun dari Ibnu Sirin dari Abdurrahman bin Abu Bakrah dari bapaknya, dia menuturkan, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam duduk diatas untanya sementara ada seseorang yang memegangi tali kekang unta tersebut. Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Hari apakah ini? ‘. Kami semua terdiam dan menyangka bahwa Beliau akan menamakan nama lain selain nama hari yang sudah dikenal. Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam berkata: “Bukankah hari ini hari Nahar?” Kami menjawab: “Benar”. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam kembali bertanya: “Bulan apakah ini? ‘. Kami semua terdiam dan menyangka bahwa Beliau akan menamakan nama lain selain nama bulan yang sudah dikenal. Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam berkata: “Bukankah ini bulan Dzul Hijjah?” Kami menjawab: “Benar”. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya darah kalian, harta kalian dan kehormatan kalian sesama kalian haram (suci) sebagaimana sucinya hari kalian ini, bulan kalian ini dan tanah kalian ini. (Maka) hendaklah yang hadir menyampaikan kepada yang tidak hadir, karena boleh jadi orang yang hadir menyampaikan kepada orang yang lebih faham darinya”.

Kita berkorban kerana sunnah Nabi Ibrahim dan meraikan Nabi Muhammad mendapat Telaga Kautsar

– Nabi selalu bertanya soalan-soalan kepada para sahabat kerana baginda nak memberi penekanan. Sebab bila tanya itu, para sahabat akan tertanya-tanya dan akan lebih menimbulkan minat dihati mereka. Nabi menggunakan saikologi di dalam mengajar juga.
– Sahabat hairan kenapa Nabi tanya. Mereka tak faham soalan itu. Mereka takut nak jawab, walaupun mereka tahu itu adalah hari Nahar iaitu hari korban, sebab mungkin Nabi nak tukar nama lain pula. Sebab dulu pun Nabi telah pernah menukar nama lama kota Madinah dari Yathrib ke nama baru. Mana tahu, mungkin kali ini, Nabi nak tukar lagi nama hari korban itu.
– Nabi nak mengatakan kemuliaan orang Islam. Hari haram itu dihormati oleh orang Islam dan juga orang bukan Islam. Walaupun orang bukan Islam buat macam-macam tapi mereka juga menghormati hari haram itu dengan tidak berperang. Jadi begitu mulianya hari itu, mulia juga darah sesama muslim, harta sesama muslim dan kehormatan antara mereka. Jangan berbunuh, jangan mencuri dan jangan merosakkan kehormatan orang Islam lain. Sampai pernah Nabi mengatakan nyawa orang Islam lebih mulia dari Kaabah.
– Tajuk yang digunakan oleh Imam Bukhari itu lain dari lafaz yang digunakan oleh Nabi dalam hadis musnad ini. Padahal lafaz yang Bukhari letak pada tajuk itu ada dalam hadis yang lain. Cuma hadis itu tidak menepati syarat Bukhari, sebab itu dia letak di tajuk sahaja. Bukanlah bermakna hadis itu tidak sahih kalau Bukhari buat begitu. Cuma syarat Bukhari itu tinggi. Itulah kelebihan Bukhari, walaupun sahih pada pandangan mata ulama lain, pada Imam Bukhari, belum tentu lagi.


بَابٌ الْعِلْمُ قَبْلَ الْقَوْلِ وَالْعَمَلِ

10- Bab `Ilmu Sebelum Mengajar/Mengucapkan Sesuatu Dan Sebelum Beramal

لِقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى ( فَاعْلَمْ أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ ) فَبَدَأَ بِالْعِلْمِ وَأَنَّ الْعُلَمَاءَ هُمْ وَرَثَةُ الأَنْبِيَاءِ وَرِثُوا الْعِلْمَ مَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَطْلُبُ بِهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ وَقَالَ جَلَّ ذِكْرُهُ ( إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ) وَقَالَ ( وَمَا يَعْقِلُهَا إِلا الْعَالِمُونَ ) ( وَقَالُوا لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِي أَصْحَابِ السَّعِيرِ ) وَقَالَ ( هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لا يَعْلَمُونَ ) وَقَالَ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ وَإِنَّمَا الْعِلْمُ بِالتَّعَلُّمِ وَقَالَ أَبُو ذَرٍّ لَوْ وَضَعْتُمُ الصَّمْصَامَةَ عَلَى هَذِهِ وَأَشَارَ إِلَى قَفَاهُ ثُمَّ ظَنَنْتُ أَنِّي أُنَفِّذُ كَلِمَةً سَمِعْتُهَا مِنَ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبْلَ أَنْ تُجِيزُوا عَلَيَّ لأَنْفَذْتُهَا وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ ( كُونُوا رَبَّانِيِّينَ ) حُلَمَاءَ فُقَهَاءَ وَيُقَالُ الرَّبَّانِيُّ الَّذِي يُرَبِّي النَّاسَ بِصِغَارِ الْعِلْمِ قَبْلَ كِبَارِهِ

firman Allah: “ketahuilah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah”. Allah memulakan dengan ilmu dan ulama itu pewaris Nabi. Sesiapa yang mengambilnya bermakna dia mendapat habuan yang besar dan banyak. Dan sesiapa yang mengikuti suatu jalan dengan maksud mencari ilmu, Allah mempermudahkan untuknya jalan untuk ke syurga. Allah berfirman “yang takut kepada Allah dikalangan hamba-hambaNya adalah ulama.” FirmanNya lagi: “tidak ada yang mengerti tentangnya kecuali orang-orang yang alim.” Allah berfirman lagi: “mereka berkata: kalaulah dulu kita mendengar atau berfikir, tentulah kita tidak termasuk ahli neraka.” Firman Allah: “adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?” Nabi bersabda: sesiapa yang Allah mahukan kebaikan yang banyak untuknya, nescaya diberikan kepadanya faham yang mendalam tentang agama. Sesungguhnya ilmu itu diperolehi dengan belajar. Abu Dzar berkata “sekiranya kamu letakkan pedang yang tajam di sini (dia mengisyaratkan lehernya) kemudian aku rasa aku sempat menyampaikan satu ucapan yang pernah aku dengar dari Nabi sebelum kamu ingin menjalankan hukuman bunuh keatasku, nescaya aku akan sampaikannya. Sabda Nabi: hendaklah orang yang hadir menyampaikan kepada orang yang tidak hadir. Ibn Abbas berkata: jadilah kamu orang-orang rabbani iaitu ulama, golongan cendekiawan, fuqaha’ dan ulama atau dikatakan rabbani adalah orang yang mendidik manusia dengan ilmu yang kecil-kecil sebelum yang besar-besar.

– Bukhari nak menceritakan kepentingan mempunyai ilmu sebelum beramal. Kerana kalau beramal tanpa ilmu, kita mungkin akan buat kesalahan dalam ibadat kita. Ada lebih banyak kelebihan lagi dalam beramal dengan mempunyai ilmu itu. Kadang-kadang dengan mempunyai ilmu sahaja sudah tinggi dah. Ianya lebih baik dari hanya ada amal sahaja. Tentulah lebih baik lagi kalau ada ilmu dan amal. Tapi dengan ilmu sahaja sudah ada sesuatu dah. Bayangkan ada orang kafir orientalis yang mengajar orang Islam tentang sejarah Islam contohnya. Mereka langsung tidak beramal. Tapi mereka mempunyai ilmu dan mempunyai bukti-bukti untuk menyokong ilmu mereka. Orang Islam sampai perlu pula mendapatkan ilmu daripada mereka. Padahal mereka bukan Islam pun. Tapi sebab mereka mempunyai ilmu, maka terpaksalah belajar dengan mereka.
– Perkataan ‘fa’lam’ itu adalah fiil amar, iaitu ayat suruhan. Maknanya, belajar mendapatkan ilmu itu adalah suruhan dari Allah.
– Ulama itu adalah mereka yang berilmu dan mereka telah mewarisi ilmu itu dari Nabi. Nabi Muhammad tidak meninggalkan harta benda dan sebagainya. Apa yang baginda tinggalkan adalah ilmu. Maka, ilmu adalah amat penting sekali. Dan dalam banyak-banyak ilmu itu, ilmu yang paling penting adalah ilmu agama. Inilah yang dapat menyelamatkan kita di dunia dan yang pentingnya, dia akhirat kelak. Itulah yang dipentingkan oleh sahabat dulu. Mereka sanggup berkorban untuk mendapatkan ilmu dan menyebarkannya. Mereka juga menyebarkan agama kepada orang kafir, walaupun terpaksa berperang dengan mereka. Mereka bukan mengejar keduniaan dalam mereka berperang itu. Tapi Allah akhirnya telah memberikan juga harta dunia kepada mereka . Padahal bukan itu yang mereka cari asalnya.

Apakah rahsia lalat ini sampai ada penawar dikepaknya?

– Ilmu selain dari ilmu agama pun kena belajar juga. Ianya adalah untuk kepentingan hidup di dunia. Dan dikira fardhu kifayah juga. Nabi dah bagi banyak isyarat dah berkenaan kepentingan belajar juga ilmu lain itu. Macam cerita Lalat. Kalau masuk dalam air, Nabi suruh benam sebab satu kepaknya adalah racun dan satu lagi adalah penawar. Jadi ada ilmu yang boleh dibuat kajian disitu. Mungkin macam mana boleh ada penawar di kepaknya yang satu lagi. Macam juga Nabi telah sebut habbatus sauda’ itu penyembuh segala penyakit. Maka kenalah dikaji. Jadi orang agama lain dah kaji dah. Macam bisa ular. Rupanya penawar patukan ular ada didalam bisanya. Konsep ini juga digunakan dalam perubatan Homopati. Ulama-ulama dulu buat kajian dalam berbagai bidang. Macam Imam Ghazali, seorang penulis yang amat berwibawa. Macam-macam ilmu dia tulis. Bukan setakat ilmu agama sahja dia tulis. Tapi kita sekarang, orang agama lain pula yang dapat. Apabila mereka dah dapat sesuatu ilmu yang penting itu, takkan mereka nak share ilmu itu dengan kita.
– Hanya ulama sahaja yang takutkan Allah. Allah sebut ulama, bukan orang beramal. Tidak sama seorang ulama itu dengan seorang abid, iaitu orang yang kuat beramal sahaja.
– Dalam ayat Quran yang dinukilkan di atas, kaum jin yang masuk neraka, menyesal di akhirat nanti, kerana mereka tidak berfikir tentang agama semasa mereka didunia. Untuk sampai kepada peringkat untuk dapat memikirkan tentang hari akhirat, kenalah ada ilmu baru boleh.
– Allah sendiri kata tidak sama orang yang berilmu dengan yang tidak berilmu. Ini adalah kata Allah, bukan kata manusia. Menunjukkan bezanya seorang yang berilmu dengan seorang yang tidak berilmu.
– Ilmu itu hanya boleh didapati dengan belajar. Maksudnya dengan berguru. Kalau belajar sendiri, tak boleh dapat. Kalau baca boleh, tapi kena dah lengkap peralatan. Iaitu dah ada asas ilmu yang kukuh. Sebab ilmu agama ini berbeza dengan ilmu-ilmu yang lain. Kena belajar dengan ahlinya. Contoh, kalau dia setakat belajar bahasa Arab, dia tidak faham lagi. Seperti seorang yang tahu bahasa Inggeris belum tentu dia tahu tentang sains walaupun banyak ilmu sains itu dalam bahasa Inggeris.
Belajar pun kena dengan orang yang betul. Kalau belajar dengan orang yang salah, kita pula yang masalah nanti.
– Abu Dzar kata dia akan menyampaikan ilmu itu sebab menyampaikan ilmu itu adalah apa yang Nabi suruh. Nabi suruh sampaikan. Abu Dzar adalah seorang yang Zahid, iaitu yang zuhud dengan dunia. Itu adalah kerana apa yang dia faham dari Quran adalah macam tu. Tapi sahabat lain tidak fikir begitu. Yang dikatakan simpan emas dan perak dalam Quran itu adalah kalau tak beri zakat. Jadi pendapat dia akan menyebabkan manusia tidak maju. Jadi Saidina Uthman telah suruh dia duduk tempat terpencil sikit. Supaya dia tidak mengeluarkan pendapat sangat. Tapi kalau orang tanya, dia akan jawap juga. Dia tidak boleh tahan diridia. Satu waktu dia telah pergi buat haji dan orang tanya pendapat dia atas sesuatu perkara dan dia telah jawap. Ada pula yang tegur kata bukankah dia tak boleh beri pandangan dah kan? Itu yang dia marah sampai dia cakap macam kata-katanya didalam hadis diatas. Pada dia, bukanlah Uthman mengunci terus mulutnya.
– Rabbani itu maksudnya adalah Ahli ilmu yang ada hubungan dengan Tuhan. Yang Allah telah berikan ilmu kepada mereka. Yang pandai mendidik pula selepas dia dah pandai. Hukama’ adalah tahap ahli ilmu yang paling tinggi. Dia adalah seorang yang tahu hukum agama dengan hikmatnya sekali. Iaitu tahu falsafah di sebalik hukum itu. Jadi dia betul-betul yakin. Boleh explain apakah maksud sesuatu.
Tahap ulama’ adalah paling rendah dalam jenis-jenis ahli ilmu ini. Setakat tahu halal haram sahaja.
Fuqaha’ adalah seorang yang mendalam ilmumya. Tahu dalil-dalil kenapa sampai sesuatu hukum itu. Boleh beri yang mana lebih kemas antara banyak-banyak pendapat. Bukan hanya tahu feqah. Fuqaha bukanlah sama dengan seorang yang tahu bab feqah sahaja.
– Ada juga kata Rabbani itu adalah seorang yang boleh mengajar orang lain dari ilmu yang kecil sampai tinggi. Dari seorang yang kosong ilmu sampai tahap tinggi.
– Amalan itu kena ada ilmu. Dan untuk belajar betul kena mengikut sistem. Bukan belajar sikit-sikit. Belajar memerlukan guru yang betul dan mengambil masa yang lama.

Allahu a’lam. Sambung ke hadis yang seterusnya

Begitulah. Sekian. Kelas lengkap Maulana Asri boleh didapati disini

Advertisements
 

One Response to “Sahih Bukhari Kitab Ilmu Bab Sabda Nabi SAW – “Ada Kalanya Orang Yang Disampaikan (Sesuatu Hadits) Lebih Mengerti”

  1. Bang Uddin Says:

    Surat An-Nahl ayat 70 dan Surat Al-Hajj ayat 5.

    “Allah menciptakan kamu, kemudian mewafatkan kamu; dan di antara kamu ada yang dikembalikan kepada umur yang paling lemah (pikun), supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatu pun yang pernah diketahuinya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa” (QS. An Nahl : 70)

    “Wahai manusia! Jika kamu meragukan (hari) kebangkitan, maka sesungguhnya kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar kami jelaskan kepada kamu; dan Kami tetapkan dalam rahim, menurut kehendak kami sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian kami keluarkan kamu sebagai bayi, Kemudian (dengan berangsur-angsur) kamu sampai kepada usia dewasa, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dikembalikan sampai usia sangat tua (pikun), sehingga dia tidak mengetahui lagi sesuatu yang telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah kami turunkan air hujan di atasnya, hiduplah bumi itu dan menjadi subur dan menumbuhkan berbagai jenis pasangan tetumbuhan yang indah”. (Q.S. Al-Hajj: 5)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s