We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Ilmu Bab Apa Yang Disebut Tentang Munawalah …… September 27, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Ilmu — visitor74 @ 5:07 pm

Sahih Bukhari Kitab Ilmu Bab Apa Yang Disebut Tentang Munawalah Dan Kiriman Surat Yang Mengandungi `Ilmu Oleh Ahli `Ilmu Ke Pelbagai Negeri

بَاب مَا يُذْكَرُ فِي الْمُنَاوَلَةِ وَكِتَابِ أَهْلِ الْعِلْمِ بِالْعِلْمِ إِلَى الْبُلْدَانِ

7- Bab Apa Yang Disebut Tentang Munawalah Dan Kiriman Surat Yang Mengandungi `Ilmu Oleh Ahli `Ilmu Ke Pelbagai Negeri.

Munawalah adalah perbuatan seorang guru memberikan kitabnya kepada anak muridnya. Ini pun sudah dikira sebagai menyampaikan ilmu dan anak muridnya boleh menyampaikan hadis di dalam kitab itu. Ada yang beri dengan ijazah, ada yang tidak. Syaratnya adalah pemberi dan penerima adalah orang yang molek, yang tinggi ilmu mereka. Yang boleh memahami apa yang dibacanya dari kitab itu. Jadi kalau ada masalah sikit-sikit dalam kitab itu, dia boleh betulkan sendiri. Tidaklah dia ambil membuta tuli. Kerana dia ada ilmu asas yang kukuh, dia tahu mana yang salah, mana yang tidak.
Yang tak ada ijazah tu contohnya, katakanlah dia jumpa kitab itu tanpa diberikan kepadanya dan dia layak untuk membawa kitab itu dan jelas ianya ditulis oleh orang yang layak juga. Mungkin kitab itu adalah tinggalan bapanya dan bapanya telah tiada lagi. Tapi bapanya itu tidak pernah memberi ijazah kepadanya.

Munawalah ini adalah guru kena bagi kitab karangan dia sendiri. Bukan boleh beri yang orang lain punya.
Dibolehkan yang menerima itu menggunakan perkataan haddasana kalau dia menerima dengan cara munawalah.

Cara yang kedua adalah seseorang guru itu menyampaikan ilmu melalui surat. Zaman sekarang lagi banyak cara selain dari menggunakan surat. Contohnya, zaman sekarang boleh menyampaikan ilmu melalu rakaman suara atau video. Tapi kena yang benar. Kena pastikan bahawa apa yang disampaikan adalah dari orang yang betul. Bukankah zaman sekarang bahaya sebab media-media itu boleh dipotong-potong dan disalahgunakan oleh orang yang tidak baik. Pada asasnya, cara menyampaikan ilmu melalui cara ini boleh. Macam juga kita menyampaikan ilmu melalui buku pun macam itu juga. Cuma, kena dipastikan kebenarannya. Sebab ditakuti zaman sekarang lagi senang untuk orang menipu.

– Melalui sejarah, kita tahu bahawa Uthman r.a pernah hantar mushaf Quran pun dibolehkan. Kalau Quran pun boleh menggunakan cara ini, hadis apatah lagi.

وَقَالَ أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ نَسَخَ عُثْمَانُ بْنُ عَفَّانَ الْمَصَاحِفَ فَبَعَثَ بِهَا إِلَى الآفَاقِ وَرَأَى عَبْدُاللَّهِ بْنُ عُمَرَ وَيَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ وَمَالِكُ بْنُ أَنَسٍ ذَلِكَ جَائِزًا وَاحْتَجَّ بَعْضُ أَهْلِ الْحِجَازِ فِي الْمُنَاوَلَةِ بِحَدِيثِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَيْثُ كَتَبَ لأمِيرِ السَّرِيَّةِ كِتَابًا وَقَالَ لا تَقْرَأْهُ حَتَّى تَبْلُغَ مَكَانَ كَذَا وَكَذَا فَلَمَّا بَلَغَ ذَلِكَ الْمَكَانَ قَرَأَهُ عَلَى النَّاسِ وَأَخْبَرَهُمْ بِأَمْرِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Anas berkata Uthman telah menyalin beberapa mushaf lalu dihantarnya mushaf-mushaf itu ke beberapa pelusuk negeri. Abdullah bin Umar, Yahya bin Said dan Malik berpendapat cara itu harus. Sebahagian ahli Hijaz berhujjah untuk keharusan munawalah dengan hadis Nabi, dimana baginda pernah menulis untuk ketua pasukan tentera satu surat dan beliau berkata: ”jangan kau baca surat itu sebelum kau sampai ke tempat sekian-sekian”. Apabila ketua pasukan itu sampai di tempat tersebut, diapun membaca surat itu dihadapan sahabat-sahabatnya dan memberitahu kepada mereka perintah Nabi SAW.

– Imam Bukhari nak mengukuhkan pendapat dia dengan mengatakan yang ada ulama lain seperti Imam Malik yang sependapat dengan dia. Sebagai manusia, dia juga perlu mendapat sokongan dari orang lain. Memang zaman sekarang, kita melihat dia sebagai seorang yang besar dah, macam tak perlukan lagi sokonga. Tapi masa dulu, dia tidak begitu, sebab banyak juga orang yang tidak menerima dia. Jadi, dia perlu memberikan sokongan. Dia nak kata bahawa bukan pendapat dia seorang sahaja yang begini, tapi orang lain yang besar juga ada berpendapat sedemikian.

Mushaf Uthman

۶۳- حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ عَبْدِاللَّهِ قَالَ حَدَّثَنِي إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ عَنْ صَالِحٍ عَنِ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُبَيْدِاللَّهِ بْنِ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ بْنِ مَسْعُودٍ أَنَّ عَبْدَاللَّهِ بْنَ عَبَّاسٍ أَخْبَرَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ بِكِتَابِهِ رَجُلا وَأَمَرَهُ أَنْ يَدْفَعَهُ إِلَى عَظِيمِ الْبَحْرَيْنِ فَدَفَعَهُ عَظِيمُ الْبَحْرَيْنِ إِلَى كِسْرَى فَلَمَّا قَرَأَهُ مَزَّقَهُ فَحَسِبْتُ أَنَّ ابْنَ الْمُسَيَّبِ قَالَ فَدَعَا عَلَيْهِمْ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُمَزَّقُوا كُلَّ مُمَزَّقٍ

62. Telah menceritakan kepada kami Isma’il bin Abdullah berkata, telah menceritakan kepadaku Ibrahim bin Sa’d dari Shalih dari Ibnu Syihab dari Ubaidullah bin Abdullah bin Utbah bin Mas’ud bahwa Abdullah bin ‘Abbas telah mengabarkannya, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengutus seseorang membawa surat dan memerintahkan kepadanya untuk memberikan surat tersebut kepada Pembesar Bahrain agar memberikannya kepada Kisra. Tatkala dibaca oleh Kisra, surat itu dirobeknya. Aku mengira kemudian Ibnu Musayyab berkata; maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berdoa agar mereka (kekuasaannya) dirobek-robek sehancur-hancurnya.

– Ini adalah dalil mengatakan boleh menyampaikan ilmu melalui cara munawalah. Sebab Nabi berikan kepada sahabat untuk dibawa ajaran kepada orang lain.
– Juga dalil menggunakan mukatabah dimana Nabi menyampaikan ajaran melalui surat.
– Nabi bukan hanya menyampaikan ajaran yang Allah suruh sampaikan dengan bersemuka. Dengan menggunakan sahabat dan surat pun boleh. Sebab kalau Nabi nak kena jumpa sorang sorang tidak akan sampai. Tambahan pula, kenabian baginda tidaklah lama. Kalau baginda kena sampaikan melalui kaedah bersemuka, tentulah baginda tidak dapat melakukannya.
– Dalam hadis kali ini, diceritakan bahawa Nabi nak sampaikan ajaran kepada Maharaja Parsi. Parsi adalah satu kerajaan yang sudah beribu tahun memerintah. Ianya adalah satu kerajaan yang sangat-sangat besar. Satu lagi kerajaan yang besar zaman itu adalah Rom dan Rom selalu berperang dengan kerajaan Parsi.
– Nabi buat surat menggunakan kebiasaan adat Arab iaitu letak nama pengirim dulu. Tapi Kaisar Parsi marah sangat sebab dia rasa Nabi Muhammad kurang ajar sebab tak letak nama Kaisar dulu. Dia marah sangat sampai dia koyak surat itu. Sebab dia kata kurang ajar. Dan sampai dia hantar utusan untuk jumpa Nabi selepas itu. Dan sampai berhajat nak pancung leher Nabi.
– Apabila dia mengoyak surat itu Nabi cakap kerajaan mereka akan hancur. Dan Nabi kata, tidak akan ada kisra Parsi lagi selepas dia. Dan memang begitulah ceritanya dalam sejarah. Kisra yang mengoyak surat Nabi itu adalah Kisra Parsi yang terakhir dalam sejarah. Ini ceritanya: Anak Kisra itu telah berahi kepada isteri ayahnya, maka dia telah hmerancang membunuh ayahnya supaya dia boleh mengambil isteri muda ayahnya itu. Kisra pula tahu anaknya nak buat macam tu, maka dia telah tukar label racun dalam biliknya kepada ubat tenaga batin sebab dia tahu anaknya suka benda macam tu. Maka, anaknya berjaya merancang pembunuhan ayahnya. Dia telah masuk ke bilih ayahnya dan dia perasan botol yang bertulis dengan ubat kuatkan tenaga batin itu. Dia telah meminum ubat itu. Maka matilah anak beranak itu. Dan yang gantinya adalah kakak kepada raja muda itu. Tapi sebab dia seorang perempuan, maka banyaklah negara kecil yang menentang. Maka kerajaan Parsi pun tumbang dari situ. Dari peristiwa inilah yang Nabi mengatakan yang tidak boleh mengambil pemimpin dari golongan perempuan.

– Lain pula dengan kerajaan Rom. Kerajaan Rom dapat bertahan lama. Sebab, walaupun Heraclius tidak menerima Islam, tapi dia menghormati surat yang diberikan Nabi dan dia cium dan simpan surat itu dalam kotak khas. Dan dia pesan kepada rakyatnya, bahawa kalau surat itu masih tersimpan dalam keadaan baik, maka kerajaan mereka akan kekal.

۶۴- حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُقَاتِلٍ أَبُو الْحَسَنِ الْمَرْوَزِيُّ أَخْبَرَنَا عَبْدُاللَّهِ قَالَ أَخْبَرَنَا شُعْبَةُ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَتَبَ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كِتَابًا أَوْ أَرَادَ أَنْ يَكْتُبَ فَقِيلَ لَهُ إِنَّهُمْ لا يَقْرَءُونَ كِتَابًا إِلا مَخْتُومًا فَاتَّخَذَ خَاتَمًا مِنْ فِضَّةٍ نَقْشُهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ كَأَنِّي أَنْظُرُ إِلَى بَيَاضِهِ فِي يَدِهِ فَقُلْتُ لِقَتَادَةَ مَنْ قَالَ نَقْشُهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ قَالَ أَنَسٌ

Contoh surat Nabi

63. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Muqotil Abu Al Hasan Al Marwazi telah mengabarkan kepada kami Abdullah berkata, telah mengabarkan kepada kami Syu’bah dari Qotadah dari Anas bin Malik berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menulis surat atau mahu menulis surat, lalu dikatakan kepada Beliau, bahwa mereka tidak akan membaca tulisan kecuali tertera chop. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam membuat cincin yang berukir; Muhammad Rasulullah. Seakan-akan aku dapat melihat lagi warna putih pada tangan Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam”. Lalu aku bertanya kepada Qotadah: “Siapa yang berkata cincin itu berukir Muhammad Rasulullah?” Jawabnya: “Anas”.

Replika cincin Nabi

– Nabi hendak memastikan ketulenan surat yang diberinya. Supaya orang yang menerima surat itu tahu bahawa ianya betul dari Nabi. Satu cara yang dicadangkan sahabat kepada baginda adalah menggunakan chop surat. Maka Nabi ikut pendapat itu. Menunjukkan kepentingan untuk memberikan status ketulenan kepada surat baginda.
– Maknanya Nabi memakai cincin itu adalah bersebab. Bukanlah baginda memakai cincin itu kerana baginda nak pakai cincin sangat. Bahkan baginda selalu memasukkan bahagian yang bernama baginda itu di dalam genggaman. Dan kalau baginda masuk tandas, baginda akan membukanya. Jadi tidaklah ini boleh dikatakan sebagai dalil sunnah memakai cincin. Sebab ramai yang menggunakan nama baginda dengan mengatakan sunnah memakai cincin batu ini dan batu itu. Kemungkinan adalah khasiat di dalam batu-batu itu kerana setiap yang hidup, ada mempunyai kelebihan yang kita pun tidak tahu, tapi tidaklah boleh dikatakan sebagai sunah.
– Apa yang terjadi dengan cincin itu selepas Nabi wafat? Cincin itu telah dipakai oleh Abu Bakr sebagai wakil Nabi. Kemudian dipakai oleh Umar. Kemudian dipakai oleh Uthman. Pada satu hari, semasa di satu telaga, Uthman telah bermain-main dengan cincin itu dan ditakdirkan cincin itu terjatuh dalam telaga itu. Walaupun puas dicari, tapi tak jumpa balik. Shah waliyullah mengambil insiden ini sebagai meisyaratkan bahawa kekhilafahan Uthman akan mempunyai masalah. Dan itulah yang terjadi dalam sejarah. Semasa kekhalifahan Abu Bakr dan Umar, umat Islam bersatu tapi kemudian mereka mula berpecah belah dizaman Uthman. Beliau juga dinukilkan kisah Aisyah dan tempat simpan gandumnya. Tempat simpan gandumnya berisi sentiasa selama berpuluh tahun. Tapi berhenti di penghujung khilafah Uthman. Begitu juga dengan tempat simpan kurma yang diberi Nabi kepada Abu Hurairah. Kurmanya sentiasa ada berpuluh tahun tapi apabila dalam pemerintahan Khalifah Uthman, kurmanya tidak berisi lagi.


بَاب مَنْ قَعَدَ حَيْثُ يَنْتَهِي بِهِ الْمَجْلِسُ وَمَنْ رَأَى فُرْجَةً فِي الْحَلْقَةِ فَجَلَسَ فِيهَا

8- Bab Orang Yang Duduk Di Bahagian Belakang Majlis Dan Orang Yang Nampak Satu Ruang Dalam Halaqah Lalu Dia Duduk Di Ruang Itu.

۶۵- حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ عَنْ إِسْحَاقَ بْنِ عَبْدِاللَّهِ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ أَنَّ أَبَا مُرَّةَ مَوْلَى عَقِيلِ بْنِ أَبِي طَالِبٍ أَخْبَرَهُ عَنْ أَبِي وَاقِدٍ اللَّيْثِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَمَا هُوَ جَالِسٌ فِي الْمَسْجِدِ وَالنَّاسُ مَعَهُ إِذْ أَقْبَلَ ثَلاثَةُ نَفَرٍ فَأَقْبَلَ اثْنَانِ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَذَهَبَ وَاحِدٌ قَالَ فَوَقَفَا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَمَّا أَحَدُهُمَا فَرَأَى فُرْجَةً فِي الْحَلْقَةِ فَجَلَسَ فِيهَا وَأَمَّا الآخَرُ فَجَلَسَ خَلْفَهُمْ وَأَمَّا الثَّالِثُ فَأَدْبَرَ ذَاهِبًا فَلَمَّا فَرَغَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَلا أُخْبِرُكُمْ عَنِ النَّفَرِ الثَّلاثَةِ أَمَّا أَحَدُهُمْ فَأَوَى إِلَى اللَّهِ فَآوَاهُ اللَّهُ وَأَمَّا الآخَرُ فَاسْتَحْيَا فَاسْتَحْيَا اللَّهُ مِنْهُ وَأَمَّا الآخَرُ فَأَعْرَضَ فَأَعْرَضَ اللَّهُ عَنْهُ

64. Telah menceritakan kepada kami Isma’il berkata, telah menceritakan kepadaku Malik dari Ishaq bin Abdullah bin Abu Thalhah bahwa Abu Murrah -mantan budak Uqail bin Abu Thalib-, mengabarkan kepadanya dari Abu Waqid Al Laitsi, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika sedang duduk di Masjid bersama para sahabat tiba-tiba datanglah tiga orang. Yang dua orang menghadap Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan yang seorang lagi pergi meninggalkan majlis itu, yang dua orang terus duduk bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dimana satu diantaranya nampak ada ruang di halaqah maka dia duduk disitu sedang yang kedua duduk di belakang mereka, sedang yang ketiga berbalik pergi, Setelah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam selesai bermajlis, Beliau bersabda: “Maukah kalian aku beritahu tentang ketiga orang tadi?” Adapun seorang diantara mereka, dia meminta perlindungan kepada Allah, maka Allah lindungi dia. Yang kedua, dia malu kepada Allah, maka Allah pun malu kepadanya. Sedangkan yang ketiga berpaling dari Allah maka Allah pun berpaling darinya”.

Janganlah segan untuk berada dalam majlis ilmu

– Imam Bukhari nak menceritakan kepentingan majlis ilmu. Kenalah kita pergi. Jangan kalau kita jumpa sesuatu majlis ilmu, kita tak singgah. Malaikat akan ada di majlis sebegitu dan akan ada manfaat untuk kita. Tidak sama kita belajar di majlis ilmu dengan kita duduk sendiri belajar. Macam solat jemaah juga, tidak sama dengan solat sendiri. Sebab ada kelebihan oranglain yang terpalit kepada kita. Mungkin malaikat tak ikut kita tapi ikut orang lain.
– Dan majlis ilmu itu, kena cari tempat duduk di hadapan kalau boleh. Supaya boleh dapat ilmu dengan jelas. Bila kita duduk dekat guru yang mengajar, kita juga jadi segar. Bila sesuatu benda itu penting, mestilah kita belajar dalam keadaan segar. Kalau duduk didepan pun guru tahu kita beriya nak belajar ilmu. Kalau nak tanya pun senang sebab dekat dan kita tidak perlu nak menjerit. Kalau tak boleh didepan pun sekurangnya kita pergi belajar dalam majlis ilmu. Orang yang tidak tertarik pada ilmu, dia akan rugi sendiri. Jadi kena berjinak dengan majlis ilmu. Situlah yang banyak kita akan belajar. Dalam majlis pula, jangan menyakiti orang lain. Jangan langkah kepada orang lain. Nabi kata akhirat nanti, Allah akan terbalikkan dia.
Allah ikut setara mana kita dengan ilmu. Maka, jadilah orang yang mahukan ilmu. Ilmu hadis adalah berguna sepanjang hayat. Maka kena bersungguh untuk belajar apalagi kalau ilmu itu adalah ilmu hadis.
Allah beri sejauh mana kita beri. Kalau kita berjalan, Allah akan berlari kearah kita. Kalau kita malu-malu, kita akan kurang dapat ilmu. Padahal Nabi kata penawar kejahilan itu adalah dengan bertanya.

Orang kedua yang diceritakan dalam hadis ini malu nak pergi ketempat lain. Padahal bukan dia niat asalnya nak duduk disitu. Oleh itu, ada juga ilmu yang dia dapat. Walaupun begitu, dia dapat kurang dari orang yang pertama kerana dia duduk jauh sedikit.

Orang ketiga tak mahu langsung maka dia takkan dapat apa-apa. Kalau kita tak mahu, Allah tak unjuk untuk beri kepadanya. Dia akan hanya beri kepada orang yang berkehendak sahaja. Allah akan mudahkan jalan orang yang mahukan ilmu. Bergantung kepada ketinggian keinginannya. Tuhan akan beri ikut kadarnya. Alangkah ruginya kalau seseorang itu tidak mahukan ilmu.

Banyaklah kisah berkenaan dengan orang berilmu dengan ilmu mereka. Meraka sangat sayangkan ilmu pengetahuan. Imam Muslim fana dengan ilmunya sambil belajar sambil makan kurma. Dia tengah sibuk dengan ilmu dan ada pula orang yang datang hantar sekarung kurma kepadanya. Dia tenggelam sambil belajar. Maka sambil dia belajar atau menulis itu, sambil itu dia makan satu, satu kurma yang dalam karung itu. Dia tak perasan dia makan banyak sangat. Sampai dia sakit sampai mati. Tak sempat nak beri tajuk kepada kitab hadisnya. Imam Nawawilah yang sebenarnya yang meletakkan tajuk itu.

Tsa’lab, iaitu ahli bahawa yang menyusun nahu itu mati kena langgar kuda kerana dia sedang sibuk membaca sambil berjalan. dia membaca sampai tak sedar. Ibn Taimiyah pula sampai tak kahwin. Selalu dia lupa nak makan kalau sedang belajar. Dia mati bila orang tak benar dia menulis dalam jel.

Ada ulama mencari ilmu beribu batu untuk mendapatkan satu hadis sahaja. Ada yang jual baju sebab tiada duit dah untuk menyambung pelajaran. Itulah kisah mereka orang terdahulu mencari ilmu.
Hadis ini adalah galakan kita mencari majlis ilmu. Dan duduk di tempat yang kita boleh dengar dengan baik.

Allahu a’lam. Sambung ke hadis yang seterusnya

Kelas lengkap hadis ini boleh didapati di sini

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s