We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Ilmu Bab Orang Yang Mengangkat Suaranya… September 25, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Ilmu — visitor74 @ 12:20 am
Tags: , , ,

Sahih Bukhari Kitab Ilmu Bab Orang Yang Mengangkat Suaranya Untuk Menyampaikan `Ilmu & Bab Kata-Kata Muhadits: “Haddathana”, “Akhbarana”, “Amba’ana”

Dalam belajar ilmu itu, seperti kita telah belajar sebelum ini mestilah dengan tertib yang baik. Jangan potong cakap orang, contohnya. Dan bercakaplah dengan lembut. Tapi dalam keadaan tertentu, dibolehkan untuk meninggikan suara. Ini dibenarkan kerana Nabi sendiri pun buat. Tambahan pula Nabi itu seorang yang lemah lembut, tapi dalam mengajar, baginda pernah meninggikan suara.

بَاب مَنْ رَفَعَ صَوْتَهُ بِالْعِلْمِ

3 – Bab Orang Yang Mengangkat Suaranya Untuk Menyampaikan `Ilmu.

۵۸- حَدَّثَنَا أَبُو النُّعْمَانِ عَارِمُ بْنُ الْفَضْلِ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ أَبِي بِشْرٍ عَنْ يُوسُفَ بْنِ مَاهَكَ عَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ تَخَلَّفَ عَنَّا النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سَفْرَةٍ سَافَرْنَاهَا فَأَدْرَكَنَا وَقَدْ أَرْهَقَتْنَا الصَّلاةُ وَنَحْنُ نَتَوَضَّأُ فَجَعَلْنَا نَمْسَحُ عَلَى أَرْجُلِنَا فَنَادَى بِأَعْلَى صَوْتِهِ وَيْلٌ لِلاعْقَابِ مِنَ النَّارِ مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلاثًا.

58. Telah menceritakan kepada kami Abu An Nu’man ‘Arim bin Al Fadlal berkata, telah menceritakan kepada kami Abu ‘Awanah dari Abu Bisyir dari Yusuf bin Mahak dari Abdullah bin ‘Amru berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah tertinggal dari kami dalam suatu perjalanan yang kami lakukan hingga Beliau mendapatkan kami sementara waktu shalat sudah hampir habis, kami berwudhu’ dengan hanya mengusap kaki kami. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berseru dengan suara yang keras: “celakalah bagi tumit-tumit yang tidak basah akan masuk neraka.” Beliau serukan hingga dua atau tiga kali.

Mengenali perawi: Amr al As adalah sahabat yang membawa Islam ke Mesir. Anaknya yang menjadi perawi dalam hadis ini iaitu Abdullah bin Amr adalah seorang yang kuat ibadat.Taknak tidur sebab nak solat sepanjang malam. Dia juga sampai tak nak kahwin. Dia nak puasa tiap-tiap hari. Sampai Nabi dapat tahu dan Nabi telah tegur dia. Dia inilah antara 3 orang yang ditegur dalam satu hadis yang biasa kita dengar. Yang mereka datang bertanyakan apakah ibadat Nabi sebab mereka kata tak banyak ibadat Nabi, mereka nak tambah sendiri. Nabi suruh mereka kurangkan ibadat, dari yang mereka ingin buat itu, tapi masih banyak lagi. Jadi, bila dia dah tua, dia menyesal juga. Menyesal sebab dia telah rasa bahawa banyaknya ibadat yang dia kena buat itu. Tapi dia buat juga kerana dia telah berjanji dengan Nabi. Dia juga seorang ahli ilmu. Zaman Nabi lagi dia dah tulis hadis Nabi. Maknanya, ada kitab hadis yang sudah ditulis zaman Nabi lagi. Abu Hurairah kata Abdullah itu lebih baik dari dia. Sebab Abdullah tulis kitab dan dia sendiri tiada kitab.

Cerita ini adalah bagaimana sahabat dan Nabi bersama-sama berjalan tapi Nabi ketinggalan di belakang. Begitulah ada ketikanya Nabi di depan dan ketikanya nabi di depan. Maknanya Nabi bukan buat macam raja dengan di depan sahaja. Tidak ada protokol dengan Nabi ni.

Basuhlah kaki dengan sempurna.

Sebab mereka rasa mereka telah lambat maka mereka basuh kaki dengan ringkas. Bukanlah makna dalam hadis ini mereka sapu sahaja. Maknanya tidak rata basuhan kaki mereka. Nabi nampak dan Nabi tempik mereka.

Solat memang seeloknya dalam waktu tapi kena juga ambil wudu dengan sempurna. Kena ikut cara yang sepatutnya. Jangan ambil lewa sampai menjejaskan solat itu. Ia akan jadi sia-sia. Sebab kalau wudu tidak betul, maka solat mereka akan jadi sia-sia sahaja. Lebih baik mereka buat betul-betul walaupun mereka kena qadha solat itu. Sebab kalau qadha memang sah diterima solat mereka.

Wudhu itu kena dilakukan dengan molek. Wudhu yang sempurna baru boleh hapuskan dosa. Kalau perlu diulang, kena diulang wudhu itu untuk memastikan wudu itu telah sempurna.

Telah jelas apa bahagian wudhu yang perlu disapu. Orang Syiah pula mereka tidak membasuh kaki mereka. Mereka hanya menyapu sahaja. Begitulah kalau orang yang tidak mengikuti sunnah Nabi. Ada sahaja yang mereka akan tukar.
Jadi membasuh kaki dengan sempurna adalah amat penting sekali. Sampai Nabi kata boleh masuk neraka disebabkan tidak membasuh kaki dengan sempurna.

Punca agama kita adalah Quran dan hadis. Itu kita kena ingat. Hadis pula kita tidak boleh terima sembarangan. Kita kena pastikan bahawa hadis yang kita terima itu adalah hadis yang sahih. Oleh kerana itu, belajar hadis, kena berguru.
Sebab kalau kita salah pakai atau kita kita salah faham sesuatu hadis itu, dan tidak menjadi, maka mungkin ada yang salahkan hadis. Padahal, mereka mungkin ambil dari hadis yang tidak benar, tapi cara menjalankan praktikal dalam hadis itu tidak betul.
Contohnya, Hadis yang melibatkan lalat, dimana Nabi pernah kata kalau minuman masuk lalat, benamkan lalat itu kerana satu sayapnya adalah racun dan satu lagi adalah penawar. Bukanlah kena buat macam tu kalau lalat masuk air kita. Boleh sahaja kita buang kalau kita tak mahu buat. Bukanlah wajib nak kena buat macam tu. Zaman sekarang ni senang sangat nak cari air lain. Itu kita bolehlah buat kalau tidak ada air lain lagi.

Kemudian, ada juga mengatakan yang Surah Waqiah bila dibaca hari-hari akan murah rezeki. Tapi ini bukanlah hadis yang sahih. Jadi, kalau tak tahu, bila orang amalkan tapi rezeki tak murah, mereka akan kata hadis tak betul pula.
Oleh itu, Hadis sebenarnyq ditujukan kepada orang yang cerdik yang boleh menilai hadis mana yang boleh dipakai.
Sanad adalah sebahagian daripada agama. Jadi, kena pakai hadis yang bersanad benar.

Apakah makna-makna term yang dipakai dalam sanad hadis?
Hadasana – ialah apabila tok guru baca hadis dan anak murid dengar.
Akhbarana – anak murid baca dan tok guru dengar dan betulkan mana yang salah.
Anba’ana – apabila anak murid membawa sebuah kitab dan dan bacakan sedikit kepada guru. Kemudian guru akan kata yang selain dari hadis yang dibaca itu, dia ijazahkan.

Pada Imam Bukhari- semua sama, sama sahaja tarafnya. Yang penting adalah cermatnya orang itu
Tapi, Imam Muslim lain pula. Dia meletakkan haddasana lagi tinggi dari akhbarana.

Kita juga biasa dengar term hadis Qudsi. Hadis jenis ini adalah perkataan dari Allah, tapi bukan dimasukkan dalam Quran. Hadis Qudsi sama taraf dengan hadis lain. Tidaklah sebab ianya adalah Hadis Qudsi, maka ianya lebih tinggi dari hadis sahih yang lain.

Sanad yang lengkap dan betul menentukan bahawa hadis itu adalah sahih. Tapi belum tentu lagi. Sebab ada kes yang sanadnya soheh, tapi mantan tak soheh. Contohnya adalah hadis yang terkenal, yang dikenali sebagai ‘Hadis Selimut’. Ianya adalah hadis dimana Nabi telah memanggil Ali, Fatimah, Hasan dan Husein dan baginda telah menyelimuti mereka di bawah satu selimut bersama baginda dan baginda mengatakan bahawa merekalah ‘ahl bayt’. Hadis ini walaupun sanadnya adalah benar, tapi matan atau ceritanya tidak benar. Sebab kenapakah Nabi hanya memanggil anak dan cucunya yang ini sahaja? Sedangkan baginda ada lagi cucu-cucu yang lain? Adakah baginda nak mengajar kita semua umat Islam ini supaya pilih kasih? Tentu tidak. Dan satu lagi, dalam hadis itu, dikatakan bahawa baginda telah memanggil Hussein, dan Hussein telah berjalan kepada baginda. Ini adalah tidak benar berdasarkan sejarah, kerana Husein sepatutnya waktu itu masih bayi lagi dan kalau begitu, bagaimana dia boleh berjalan pula kepada datuknya?
Jadi, sesuatu hadis itu perlu dikaji kebenarannya supaya kita tidak salah dalam agama kita.


بَاب قَوْلِ الْمُحَدِّثِ حَدَّثَنَا وَأَخْبَرَنَا وَأَنْبَأَنَا

4 – Bab Kata-Kata Muhadits: “Haddathana”, “Akhbarana”, “Amba’ana”.

وَقَالَ لَنَا الْحُمَيْدِيُّ كَانَ عِنْدَ ابْنِ عُيَيْنَةَ حَدَّثَنَا وَأَخْبَرَنَا وَأَنْبَأَنَا وَسَمِعْتُ وَاحِدًا وَقَالَ ابْنُ مَسْعُودٍ حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ الصَّادِقُ الْمَصْدُوقُ وَقَالَ شَقِيقٌ عَنْ عَبْدِاللَّهِ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَلِمَةً وَقَالَ حُذَيْفَةُ حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدِيثَيْنِ وَقَالَ أَبُو الْعَالِيَةِ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيمَا يَرْوِي عَنْ رَبِّهِ وَقَالَ أَنَسٌ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيمَا يَرْوِيهِ عَنْ رَبِّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرْوِيهِ عَنْ رَبِّكُمْ عَزَّ وَجَلَّ

۵۹- حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ عَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ دِينَارٍ عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِنَ الشَّجَرِ شَجَرَةً لا يَسْقُطُ وَرَقُهَا وَإِنَّهَا مَثَلُ الْمُسْلِمِ فَحَدِّثُونِي مَا هِيَ فَوَقَعَ النَّاسُ فِي شَجَرِ الْبَوَادِي قَالَ عَبْدُاللَّهِ وَوَقَعَ فِي نَفْسِي أَنَّهَا النَّخْلَةُ فَاسْتَحْيَيْتُ ثُمَّ قَالُوا حَدِّثْنَا مَا هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ هِيَ النَّخْلَةُ

59. Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa’id Telah menceritakan kepada kami Isma’il bin Ja’far dari Abdullah bin Dinar dari Ibnu Umar berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya diantara pohon ada suatu pohon yang tidak jatuh daunnya. Dan itu adalah perumpamaan bagi seorang muslim”. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Katakanlah kepadaku, pohon apakah itu?” Maka para sahabat beranggapan bahwa yang dimaksud adalah pohon yang berada di lembah. Abdullah berkata: “Aku berpikir dalam hati pohon itu adalah pohon kurma, tapi aku malu mengungkapkannya. Kemudian para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, pohon apakah itu?” Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Pohon kurma”.

Imam Bukhari membawa pula contoh hadis ini. Di dalam hadis ini para sahabat menggunakan perkataan haddasana. Hadith ini ada juga ada di tempat lain. Di tempat lain, para sahabat menggunakan perkataan akhbarana. Maka ini adalah dalil kepada Imam Bukhari bahawa penggunaan bahasa itu antara haddasana atau akhbarana boleh bertukar-tukar dan membawa makna yang sama.

Hadis ini menunjukkan bahawa Nabi telah menggunakan soalan untuk bertanya kepada para sahabat baginda. Maka, untuk menyegarkan pembelajaran, seorang guru itu patutlah sekali-sekala bertanya kepada anak muridnya.

Ibn Umar di dalam hadis ini malu untuk mengatakan jawapan yang telah ada difikirannya, padahal ianya adalah benar kalau dia cakap. Bila dia balik, diceritakan di dalam hadis yang lain, dia bagitau kepada ayahnya, saidina Umar bahawa dia sebenarnya dah agak dah jawapannya adalah pokok kurma. Umar tanya kenapa tak bagitau, sebab kalau dia cakap dan benar pula, sangatlah bangganya dia. Lagi dia suka dari dapat unta merah. Ini menunjukkan bahawa seorang ayah itu amatlah bangga kalau anaknya pandai.

Tapi apa yang dilakukan oleh Ibn Umar itu pun betul juga. Sebab dia menjaga adab di dalam majlis. Di dalam majlis itu banyak lagi sahabat-sahabat besar yang ada, dan mereka tidak dapat menjawab soalan itu. Dia memberi peluang kepada orang tua untuk menjawab. Ini mengajar kita untuk beradab di dalam majlis.

Dari mana Ibn Umar boleh tahu jawapan itu? Kerana fikirannya tajam. Sebelum Nabi bertanya soalan itu, ada seseorang yang memberi umbut tamar kepada baginda. Baginda sedang makan umbut itu semasa bertanya soalan itu. Maka, ini menunjukkan bahawa soalan itu mestilah ada background. Bukanlah entah dari mana-mana. Janganlah soalan yang ditanya itu perkara yang susah sangat sampai memang tak boleh nak jawap.

Inilah rupa pokok tamar

Apakah yang sama antara pokok kurma dan orang muslim? Pokok kurma itu yang pentingnya adalah kepalanya, selagi kepala tidak diselam air seperti air banjir contohnya, pokok itu dan manusia itu akan hidup. Dan kalau dipotong kepala baru akan mati. Satu lagi persamaan adalah pokok kurma akan lebih berkembang biak lagi apabila kahwin dan begitu juga manusia. Tapi itu adalah sama antara pokok tamar dan seorang manusia sahaja, bukan khas kepada orang muslim. Sebab soalan yang ditanya adalah persamaan pokok tamar dan orang muslim.

Ini adalah persamaan pokok kurma dengan manusia. Pokok kurma itu adalah amat berguna sekali kepada orang Arab. Macam juga pokok kelapa berguna kepada orang Malaysia. Semua bahagian pokok itu berguna. Begitulah juga seorang muslim itu. Dia bermanfaat kepada semua orang, sampai alam pun mendapat manfaat kerana mereka. Pokok kurma berguna semasa hayatnya dan setelah matinya. Sebab boleh digunakan untuk berbagai keperluan. Begitu juga dengan seorang muslim. Kerana seorang muslim, walaupun dia telah mati, tapi dia tinggalkan ilmu yang berguna untuk umat kemudian.
Terdapat juga perumpamaan seorang muslim yang baik adalah seperti pokok yang berguna. Ini terdapat di dalam Quran. Dan apa yang dimaksudkan oleh quran itu adalah pokok kurma. Oleh itu, fikiran Ibn Umar yang tajam itu dapat tahu bahawa apa yang ditanya oleh Nabi itu jawapannya adalah pokok tamar.

Banyak ilmu dalam dunia, Ilmu paling penting adalah ilmu agama. Dan cara nak dapatkan ilmu agama kena betul.
Dan untuk mendapatkan ilmu agama ini, kena hati-hati. Kena dapat daripada sumber yang sahih.
Hadis yang sahih itu tidak semestinya hadis mutawatir sahaja. Sebab banyak hadis Ahad. Hadis Ahad adalah hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi sahaja.

Jadi, untuk memastikan kita mendapat maklumat agama dari hadis yang sahih, terdapat ulama yang kerja mereka adalah buat kajian berkenaan perawi sahaja.

Untuk menyegarkan suasana pembelajaran, perlu ada soal dan jawab. Kerana kalau duduk dengar sahaja, lama-lama anak murid akan bosan. Dan ini dapat meningkatkan hubungan mesra antara anak murid dan guru. Dan dengan bertanya soalan itu, dapat juga menguji anak murid untuk tahu tahap pencapaian mereka.

Dalam hadis muslim ada diriwayatkan Nabi larang teka-teki. Teka-teki itu sebenarnya nak mengelirukan orang lain. Memang nak suka-suka dan susah sangat orang lain nak tahu jawapan dia. Tapi kalau soalan, tak apa. Buktinya dalam hadis ini. Bertanya soalan itu penting untuk mengemaskan ilmu. Imtihan bermaksud ujian dan perkataaan itu datang dari perkataan mihnah iaitu kesusahan. Tapi soalan jangan susah sangat. Atau janganlah tanya soalan yang tidak pernah dilihat. Atau yang tidak kena mengena dengan apa yang telah diajar. Macam Nabi, semasa tanya itu dia sedang makan umbut tamar. Kemudian baca ayat berkenaan satu bandingan manusia dengan pokok. Jadi soalan Nabi itu ada isyarat.
Ibn Umar dari kecil lagi dah nampak bakatnya. Dan bila dia dewasa memang dia menjadi guru. Dia menghormati orang yang lebih tua yang ada bersama. Nabi pun selalu mendahulukan orang tua di kalangan sahabat.

Terdapat lagi beberapa persamaan orang Muslim dengan pokok kurma:
– Istiqamah. Iaitu teguh pendirian.
– Sentiasa berbuah memberikan hasil kepada orang lain.
– Banyak manfaat
– Tidak menyusahkan.
– Penawar penyakit.

Pokok yang sama dengan manusia. Bukannya manusia yang sama dengan pokok. Maknanya, manusia lebih baik lagi.

Allahu a’lam. Sambung ke hadis yang seterusnya

Kelas lengkat Maulana Asri boleh didapati disini

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s