We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Ilmu Bab Kelebihan `Ilmu & Bab Orang Yang Ditanya Tentang Sesuatu….. seterusnya September 24, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Ilmu — visitor74 @ 12:05 am
Tags: , , ,

Sahih Bukhari Kitab Ilmu Bab Kelebihan `Ilmu & Bab Orang Yang Ditanya Tentang Sesuatu `Ilmu Ketika Dia Sedang Sibuk Berbicara, Dia Menyempurnakan Pembicaraannya Itu Kemudian Baru Menjawab Soalan Orang Yang Bertanya

كِتَاب الْعِلْمِ

Kitab Tentang `Ilmu

بَاب فَضْلِ الْعِلْمِ

1 – Bab Kelebihan `Ilmu

وَقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى ( يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ ) وَقَوْلِهِ عَزَّ وَجَلَّ ( وَقُلْ رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا )

Firman Allah, “Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan” (al-Mujaadilah: 11), dan, “Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.”(Taha: 114)

– Bukhari letak kitab ilmu selepas Kitab Iman, sebab rapatnya antara hubungan ilmu dan iman.
– Ayat Quran berkenaan ilmu pun untuk meningkatkan iman manusia. Kerana orang berilmu boleh sampai kenal tuhan. Barulah ada faedah. Ilmu tidak berfaedah kalau tiada disertakan dengan iman.
– Ilmu akan mendekatkan seseorang dengan iman. Menguatkan iman seseorang.
– Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan kemudian orang berilmu. Itulah sebabnya Imam Bukhari meletakkan tajuk ilmu selepas iman. Ikut tertib Quran. Bukhari tidak lupa kepada Quran dalam dia mengajar hadis kepada kita. Selalu dalam kitabnya ini, dia banyak membuat rujukan kepada Quran. Nak mengingatkan kita kepentingan Quran itu. Jangan kita lupa Quran.
– Ilmu itu ada banyak jenis. Yang mana paling utama? Yang paling utama adalah Ilmu tentang keimanan. Tentang akidah. Semua kena tahu yang itu. Kalau yang lain tak tahu pun tidak mengapa.
– Kitab Wahyu didahulukan kerana ilmu yang boleh diyakini hanyalah dari wahyu Allah. Kerana ilmu agama tidak boleh dicapai dengan menggunakan akal. Ilmu bersumberkan wahyu sajalah yang boleh dipakai dengan yakin. Iaitu yang datang samada dari Quran atau Hadis. Yang didapati dengan akal tu, kalau tak tahu pun tidak mengapa. Walaupun ada gunanya dalam kehidupan seharian. Kalau dengan akal dan pengalaman, masih tidak boleh dipercayai.
– Imam Bukhari mulakan kitab ini dengan menceritakan kelebihan ilmu itu untuk memberi motivasi kepada orang untuk belajar. Kita manusia yang belajar agama itu, untuk mendapatkan kelebihan itulah. Kelebihan di sisi Allah. Orang dulu belajar bukan kerana mencari kekayaan. Terdapat keberkatan di tempat lain seperti di India dan Pakistan yang sampai boleh beri pelajaran percuma kepada pelajar dalam bidang Quran dan Hadis, siap boleh beri duit poket lagi. Mereka menginfakkan harta mereka, kerana mereka tahu kelebihan ilmu. Jadi kenalah bersungguh kalau dah tahu kelebihan ilmu itu.

– Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan berilmu. Maknanya, kena beriman dulu. Tidak diketahui bagaimana tingginya darjat itu. Darjat beriman dah tinggi dah. Tambah pula lagi dengan ilmu tu. Mungkin darjat itu diangkat di dunia lagi atau akan diangkat di akhirat kelak. Kita tak tahu, hanya Allah yang tahu.
– Allah kata Dia tahu apa yang kita buat. Antara yang kita buat itu adalah perbuatan hati juga. Maka orang yang belajar itu macam-macam niatnya. Kalau niat bukan kerana Allah, itu tidak seperti yang sepatutnya. Dalam satu hadis mengatakan kalau belajar itu bukan kerana Allah, maka dia menyediakan tempatnya di neraka. Maka, dalam belajar, kena betulkan niat. Kena ikhlas kerana Allah. Memanglah boleh untuk kita makan gaji dan sebagainya, tapi jangan jadikan itu sebagai matlamat. Allah tahu apa yang kita niatkan. Sebab ayat ‘khabeer’ yang Allah gunakan adalah perkara hati yang Allah tahu. Zaman sahabat pun dah ada yang terima gaji mengajar, maka ini menunjukkan boleh untuk kita menerima gaji dalam mengajar. Cuma jangan jadikan itu sebagai matlamat utama.
– Kalau tak belajar ilmu itulah yang menyebabkan boleh buat perkara salah. Sebab kita tak tahu apa yang kita buat itu adalah salah sebenarnya. Dan boleh membawa ke neraka kalau buat perkara salah.

– Nabi pun Allah ajar untuk minta supaya ditambahkan ilmu, tambahan pula kita. Tentulah kena banyak lagi belajar. Doa ini diajar dalam Quran, maka amatlah penting doa ini. Dan ilmu yang disuruh minta itu adalah general. Ilmu apa-apa sahaja.
– Lagi banyak ilmu lagi bagus. Itu disuruh kita minta kepada Allah untuk tambah ilmu tu.
– Satu pelajaran yang kita kena sematkan adalah, kena ingat Allah dalam menuntut ilmu. Kena Allah tolong baru kita boleh dapat ilmu yang kita cari itu. Bukan dengan kudrat diri sendiri. Kita tidak akan dapat apa-apa kalau dengan kudrat sendiri.

– Bab ini peliknya Bukhari tak bawa Quran dalam tajuk ini. Sedangkan Sahih Bukhari adalah kitab hadis. Dan banyak lagi ayat-ayat Quran yang ada tapi dia tak bawa. Macam-macam cara Bukhari letak pada tajuk. – ada kata dia nak letak tapi tak sempat. Tapi andaian sahaja tak boleh dipastikan. – Ada mengatakan dia buat begini adalah nak menunjukkan rujukan utama kita adalah Quran. Dengan Quran pula sebenarnya dah cukup kepada seorang muslim. Dan kalau pakai Quran tu, satu dua ayat dah cukup dah. Dia bawa ayat yang utama sekali pada pendapat dia. Ini adalah pendapat yang paling bagus. – Kalau dia nak bawa hadis, sangat banyak yang dia boleh bawa. Jadi dia bawa Quran sahaja dah cukup dah patutnya.


بَاب مَنْ سُئِلَ عِلْمًا وَهُوَ مُشْتَغِلٌ فِي حَدِيثِهِ فَأَتَمَّ الْحَدِيثَ ثُمَّ أَجَابَ السَّائِلَ

2 – Bab Orang Yang Ditanya Tentang Sesuatu `Ilmu Ketika Dia Sedang Sibuk Berbicara, Dia Menyempurnakan Pembicaraannya Itu Kemudian Baru Menjawab Soalan Orang Yang Bertanya.

۵۷- حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سِنَانٍ قَالَ حَدَّثَنَا فُلَيْحٌ ح و حَدَّثَنِي إِبْرَاهِيمُ بْنُ الْمُنْذِرِ قَالَ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ فُلَيْحٍ قَالَ حَدَّثَنِي أَبِي قَالَ حَدَّثَنِي هِلالُ بْنُ عَلِيٍّ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ بَيْنَمَا النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مَجْلِسٍ يُحَدِّثُ الْقَوْمَ جَاءَهُ أَعْرَابِيٌّ فَقَالَ مَتَى السَّاعَةُ فَمَضَى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحَدِّثُ فَقَالَ بَعْضُ الْقَوْمِ سَمِعَ مَا قَالَ فَكَرِهَ مَا قَالَ وَقَالَ بَعْضُهُمْ بَلْ لَمْ يَسْمَعْ حَتَّى إِذَا قَضَى حَدِيثَهُ قَالَ أَيْنَ أُرَاهُ السَّائِلُ عَنِ السَّاعَةِ قَالَ هَا أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ فَإِذَا ضُيِّعَتِ الأَمَانَةُ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا قَالَ إِذَا وُسِّدَ الأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ

57. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Sinan berkata, telah menceritakan kepada kami Fulaih. Dan telah diriwayatkan pula hadits serupa dari jalan lain, yaitu Telah menceritakan kepadaku Ibrahim bin Al Mundzir berkata, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Fulaih berkata, telah menceritakan kepadaku bapakku berkata, telah menceritakan kepadaku Hilal bin Ali dari Atho’ bin Yasar dari Abu Hurairah berkata: Ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berada dalam suatu majlis membicarakan suatu kaum, tiba-tiba datanglah seorang Arab Badwi lalu bertanya: “Bilakah datangnya hari kiamat?” Namun Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tetap melanjutkan pembicaraannya. Sementara itu sebahagian kaum ada yang berkata; “beliau mendengar perkataannya akan tetapi beliau tidak menyukai apa yang dikatakannya itu, ” dan ada pula sebagian yang mengatakan; “bahwa beliau tidak mendengar perkataannya.” Hingga akhirnya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menyelesaikan pembicaraannya, seraya berkata: “Mana orang yang bertanya tentang hari kiamat tadi?” Orang itu berkata: “saya wahai Rasulullah!”. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila sudah hilang amanah maka tunggulah terjadinya kiamat”. Orang itu bertanya: “Bagaimana hilangnya amanat itu?” Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah terjadinya kiamat”.

Imam Bukhari nak cerita bahawa ilmu itu didapati dengan bertanya. Samada bertanya kepada orang atau membaca buku kerana nak menjawab soalan yang ada dalam diri kita. Ianya adalah timbul dari perasaan ingin tahu.

Pandai bertanya adalah sebahagian dari ilmu. Kena ada caranya untuk bertanya itu. Contohnya, sebaik-baiknya bila bertanya adalah berkenaan dengan pelajaran pada hari itu. Itu yang sebaik-baiknya lah.

Kalau kita mencelah orang yang sedang bercakap, boleh untuk orang yang bertanya itu tidak jawap terus. Tambahan pula kalau soalan yang kita tanya itu tidak penting atau tidak sesuai. Jangan berasa hati kalau kena macam tu.

Guru tidak semestinya jawap terus, kalau soalan itu tidak kena pada tempatnya. Guru itu kena tengok keadaan. Apa yang disampaikan adalah ilmu yang penting buat masa itu, atau kepada orang yang sesuai. Memang menyimpan ilmu adalah salah dan boleh menyebabkan masuk neraka, berdasarkan hadis yang lain. Tapi kalau keadaan tidak sesuai, maka ianya tidak dikira sebagai sorok ilmu.

Dalam hadis ini Nabi tidak marah atau herdik orang yang bertanya itu. Baginda tetap juga jawap walaupun lambat. Yang penting adalah kita kena bertanya. Penting sangat untuk bertanya. Dalam hadis lain, Nabi pernah berkata, bahawa “ubat jahil itu adalah bertanya”.

Tak molek memotong percakapan orang lain. Tambahan pula kalau soalan itu tidak sesuai. Macam soalan bilakah kiamat itu tidak sesuai. Tidak juga penting untuk tahu bilakah kiamat akan terjadi. Kerana yang penting adalah bersedia menghadapi kiamat itu, bukan nak tahu bilakah ianya akan terjadi.

Apakah amanah itu? Banyak sekali makna amanah. Macam-macam amanah yang ada. Amanah yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah amanah khalifah di dunia. Allah telah menawarkan amanah itu kepada makhluk lain sebelum ditawarkan kepada manusia.

(Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.Surah Al-Ahzaab : 72).

Amanah dalam ayat ini adalah peranan sebagai manusia di dunia ini.
Mereka tidak mahu kerana tidak punya kelayakan. Malaikat pun tak layak untuk menjadi khalifah di bumi ini. Manusia sahaja yang layak. Sebab itu Allah beri kepada manusia.

Apakah maksud ‘Manusia melakukan kezaliman dan jahil’? seperti yang terdapat dalam ayat itu?
Hubungan manusia dengan Allah itu lain kalau nak dibandingkan hubungan makhluk lain dengan Allah. Ianya seperti hubungan kekasih dengan kekasih. Kalau seorang itu mengasihi seorang yang lain, dia akan lihat apa yang kekasihnya kata. Dalam keadaan begitu, ianya seperti menganiayai diri sendiri. Macam mak dan ayah yang sanggup buat apa sahaja untuk kebaikan anak mereka. Sampai mereka sanggup korbankan diri mereka. Itulah yang terjadi kalau dah sayang. Dari satu segi, ianya menganiaya diri sendiri. Maknanya, bukanlah maknanya manusia itu zalim. Sebab takkan nak kata Nabi Nabi sebelum ini zalim. Ini adalah salah satu tafsir ulama.

Satu lagi definisi amanah adalah ianya adalah ‘Fitrah kemanusian’. Iaitu fitrah yang diterima semua agama. Amanah turun ke pangkal hati manusia dulu. Itu sebelum turun Quran lagi. Ianya adalah naluri semulajadi manusia. Kalau fitrah baik lagi, maka akan mudah terima Quran. Jadi bila fitrah ini tiada lagi, maka akan datanglah kiamat. Macam ibu dah boleh kahwin dengan emak. Berzina terang-terangan. Kalau dah jadi macam tu, maka tidak lama lagi akan berlakulah kiamat.

Apakah Kiamat besar atau kecil yang dimaksudkan dalam hadis ini? Dua-dua sekali. Kalau besar, seluruh dunia hancur. Kalau kecil, mungkin satu negara itu sahaja.

Apabila diserahkan urusan kepada yang bukan ahli. eg: Bank negara dijaga oleh yang bukan ahlinya. Macam ketua negara kena ada penasihat yang boleh nasihat. Macam raja, kena ada majlis agama. Tapi kalau tiada langsung maka itu dah berat dah. Yang baiknya dia sendiri tahu sebagai pemerintah. Apa-apa urusan sahaja, kena diserahkan kepada yang layak.

Allahu a’lam. Sambung ke hadis yang seterusnya

Ini adalah ringkasan kelas Maulana Asri. Sila lihat disini untuk kelas lengkap. 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s