We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari: Kitab Doa: Bab Berwudhu’ Pada Ketika Mahu Berdoa September 22, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Doa — visitor74 @ 5:47 pm
Tags: , , , , ,

Sahih Bukhari: Kitab Doa: Bab Berwudhu’ Pada Ketika Mahu Berdoa

بَاب الْوُضُوءِ عِنْدَ الدُّعَاءِ

Bab Berwudhu’ Pada Ketika Mahu Berdoa

5904 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ عَنْ بُرَيْدِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ أَبِي مُوسَى قَالَ
دَعَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَاءٍ فَتَوَضَّأَ بِهِ ثُمَّ رَفَعَ يَدَيْهِ فَقَالَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِعُبَيْدٍ أَبِي عَامِرٍ وَرَأَيْتُ بَيَاضَ إِبْطَيْهِ فَقَالَ اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَوْقَ كَثِيرٍ مِنْ خَلْقِكَ مِنْ النَّاسِ

5904. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al ‘Ala` telah menceritakan kepada kami Abu Usamah dari Buraid bin Abdullah dari Abu Burdah dari Abu Musa dia berkata; Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam meminta diambilkan air, lalu beliau berwudhu, setelah itu beliau mengangkat tangannya sambil berdo’a: “Ya Allah, ampunilah ‘Ubaid Abu ‘Amir.” Hingga aku melihat putih ketiaknya, lalu beliau melanjutkan do’anya: ‘Ya Allah, jadikanlah ia termasuk dari orang yang terbaik diantara manusia di hari Kiamat kelak.’

– Adalah baik sekali kalau dapat berdoa dengan ada wudu. Tapi itu tidaklah wajib.
– Tidak jelas mengatakan yang Nabi mengangkat wudu itu kerana hendak berdoa. Mungkin ianya adalah secara kebetulan sahaja. Kerana kita tahu yang baginda sentiasa menjaga wudu. Jadi mungkin dia hendak mengambil wudu dan ketika itu ada yang meminta dia berdoa, maka baginda terus berdoa. Sebab Ubaid Abu Amir pernah pesan kat anak saudara dia, kalau dia mati nanti, mintakan Nabi untuk minta ampun. Itulah yang anak saudara dia minta Nabi doakan bapa saudaranya itu.
– Macam ada yang bagi dalil Nabi buat solat hajat bila ada sahabat ajak baginda solat di rumah dia. Sebab dia tak boleh solat di masjid, jadi dia minta Nabi datang rumah dia macam nak rasmikan tempat solat dia. Tapi ini tidaklah boleh dijadikan hujjah yang mengatakan boleh buat solat hajat berjemaah. Jauh lagi nak kata lagi banyak pahala kalau solat hajat. Maka, samalah hadis ini tidak boleh dijadikan hujjah untuk manusia mengatakan yang wajib mengangkat wudu’ sebelum berdoa.

بَاب الدُّعَاءِ إِذَا عَلَا عَقَبَةً

Bab Berdoa Apabila Menaiki Tempat Tinggi

5905 – حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ أَبِي عُثْمَانَ عَنْ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سَفَرٍ فَكُنَّا إِذَا عَلَوْنَا كَبَّرْنَا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّهَا النَّاسُ ارْبَعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ فَإِنَّكُمْ لَا تَدْعُونَ أَصَمَّ وَلَا غَائِبًا وَلَكِنْ تَدْعُونَ سَمِيعًا بَصِيرًا ثُمَّ أَتَى عَلَيَّ وَأَنَا أَقُولُ فِي نَفْسِي لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ فَقَالَ يَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ قَيْسٍ قُلْ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ فَإِنَّهَا كَنْزٌ مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ أَوْ قَالَ أَلَا أَدُلُّكَ عَلَى كَلِمَةٍ هِيَ كَنْزٌ مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

5905. Telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Harb telah menceritakan kepada kami Hammad bin Zaid dari Ayyub dari Abu Utsman dari Abu Musa radliallahu ‘anhu dia berkata; “Kami bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam di suatu perjalanan, apabila kami berjalan ke tempat yang agak tinggi, kami pun bertakbir, maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Saudara-saudara sekalian, rendahkanlah suara kalian! Sesungguhnya kalian tidak berdoa kepada Dzat yang tuli dan jauh. Tetapi kalian berdoa kepada Dzat Yang Maha Mendengar dan Maha Dekat.’ Kemudian beliau mendatangiku, sedangkan diriku tengah membaca; ‘Laa haula wa laa quwwata ilIa billaah’ (Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan AlIah). Kemudian beliau bersabda: ‘Hai Abdullah bin Qais, ‘Ucapkanlah: Laa haula wala quwwata illaa billaah, karena itu adalah salah satu dari perbendaharaan syurga -atau beliau bersabda; ‘Maukah aku tunjukkan kepadamu suatu kalimat, yang termasuk salah satu dari perbendaharaan surga? Yaitu: Laa haula walaa quwwata illaa billah’ (Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah).”

– Takbir adalah juga doa. Doa itu tidak semestinya minta sesuatu.
– Tidak semestinya jalan sahaja. Kalau kapalterbang pun naik juga. Maka bertakbir boleh di dalam banyak keadaan.
– Masalahnya yang mereka buat adalah takbir dengan suara yang kuat. Kesian kepada diri sendiri sebab buat benda salah. Itu adalah kepada orang-orang yang selalu melaungkan takbir. Mereka ingat, mereka telah buat perkara yang baik. Doa adalah perlu dilakukan dengan suara yang perlahan. Kalau Nabi buat dengan suara yang kuat sekali sekala pun adalah kerana nak ajar orang bagaimana nak berdoa atau berzikir. Imam Shafie pun cakap macam tu juga. Pernah Nabi baca solat zohor dengan suara yang kuat sebab nak ajar apa bacaan semasa solat zuhur. Lepas itu Nabi tak buat dah. Sahabat pun tak ikut pun. Kerana mereka tahu, itu bukanlah sunnah yang perlu diikuti.
– Sahabat itu memang dah kata dalam hati dah la hawla tu. Berbetulan dengan apa yang hendak dikatakan oleh Nabi.
– Amalan baik kita itu akan disimpan seolah kita simpan dalam perbendaharaan. Macam kita simpan duit. Ini adalah simpanan istimewa. Maka segala kita buat kita simpan dalam perbendaharaan yang akan nampak di akhirat nanti.
– Tidak ada had bilangan dan masa nak baca zikir ini. Bila-bila boleh baca. Selalunya zikir itu tidak perlu kepada tempat. Bukan kena ada duduk ramai-ramai. Dan makna zikir itu luas. Tidak pernah disampaikan kepada kita, Nabi duduk dalam bulatan berzikir dengan sahabat-sahabat baginda. Itu adalah benda yang diada-adakan. Ulama salaf tidak mahu begitu. Ini adalah bid’ah idafiah. Kita sebenarnya kena ikut macam yang Nabi ajar. Bid’ah idafiah itu menukar kaifiat (cara) yang Nabi telah ajar. Memang ada asal, tapi cara kita tetapkan lain. Yang ini pun sahabat tak suka buat juga. Maknanya, berzikir itu memang dah elok dah, tapi Nabi tak pernah ajar untuk duduk berzikir ramai-ramai.
– Dah banyak dah zikir yang Nabi beri, tetapi kenapa tarikat melebihkan zikir mereka? Padahal zikir mereka itu bukanlah dari Nabi dan belum tentu dapat pahala. Pulak tu, kalau silap zikir, boleh dapat dosa pula.

بَاب الدُّعَاءِ إِذَا هَبَطَ وَادِيًا فِيهِ حَدِيثُ جَابِرٍ

Bab Berdoa Apabila Turun Ke Tempat Rendah, Berhubung Dengan Ini Ada Hadits Daripada Jabir

بَاب الدُّعَاءِ إِذَا أَرَادَ سَفَرًا أَوْ رَجَعَ فِيهِ يَحْيَى بْنُ أَبِي إِسْحَاقَ عَنْ أَنَسٍ

Bab Berdoa Apabila Mahu Berjalan Atau Pulang Dari Perjalanan, Berhubung Dengan Ini Ada Hadits Yang Diriwayatkan oleh Yahya bin Abi Ishaq Daripada Anas

5906 – حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ عَنْ نَافِعٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا قَفَلَ مِنْ غَزْوٍ أَوْ حَجٍّ أَوْ عُمْرَةٍ يُكَبِّرُ عَلَى كُلِّ شَرَفٍ مِنْ الْأَرْضِ ثَلَاثَ تَكْبِيرَاتٍ ثُمَّ يَقُولُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ آيِبُونَ تَائِبُونَ عَابِدُونَ لِرَبِّنَا حَامِدُونَ صَدَقَ اللَّهُ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ

5906. Telah menceritakan kepada kami Isma’il dia berkata; telah menceritakan kepadaku Malik dari Nafi’ dari Abdullah bin Umar radliallahu ‘anhuma bahwa: “Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah kembali dari peperangan, haji atau umrah, maka beliau mengucapkan takbir di setiap tempat yang tinggi sebanyak tiga kali kemudian beliau membaca: ‘Tidak ada Ilah selain Allah, Yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya pujian. Dia berkuasa atas segala sesuatu. Kita berserah diri, bertaubat, beribadah, bersujud kepada Rabb kita dengan terus memuji-Nya, Allah akan menepati janji-Nya, dan menolong hamba-Nya dan mengalahkan golongan-golongan kafir dengan sendiri-Nya.'”

 

بَاب الدُّعَاءِ لِلْمُتَزَوِّجِ

Bab Berdoa Untuk Orang Yang Berkahwin

5907 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ ثَابِتٍ عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
رَأَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ أَثَرَ صُفْرَةٍ فَقَالَ مَهْيَمْ أَوْ مَهْ قَالَ قَالَ تَزَوَّجْتُ امْرَأَةً عَلَى وَزْنِ نَوَاةٍ مِنْ ذَهَبٍ فَقَالَ بَارَكَ اللَّهُ لَكَ أَوْلِمْ وَلَوْ بِشَاةٍ

5907. Telah menceritakan kepada kami Musaddad telah menceritakan kepada kami Hammad bin Zaid dari Tsabit dari Anas radliallahu ‘anhu dia berkata; Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam melihat bekas shufrah (minyak wangi berwarna kuning) pada Abdurrahman bin ‘Auf, maka beliau pun bertanya: “Bagaimana keadaanmu? -Atau bersabda- bagaimana khabarmu? Ia menjawab; ‘Sesungguhnya aku telah menikahi seorang wanita dengan mahar seberat biji kurma.’ Beliau bersabda: ‘Semoga Allah memberkahimu, adakanlah pesta perkawinan meskipun dengan seekor kambing.’

– Mudah sahaja doa yang Nabi lakukan. Tak perlu panjang-panjang. Tak payah angkat tangan pun boleh. Tanpa majlis tertentu pun. Doa pun kadang-kadang baginda pendek sahaja.
– Sentiasa berdoa kepada Allah, di mana-mana.

 

5908 – حَدَّثَنَا أَبُو النُّعْمَانِ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ عَمْرٍو عَنْ جَابِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
هَلَكَ أَبِي وَتَرَكَ سَبْعَ أَوْ تِسْعَ بَنَاتٍ فَتَزَوَّجْتُ امْرَأَةً فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَزَوَّجْتَ يَا جَابِرُ قُلْتُ نَعَمْ قَالَ بِكْرًا أَمْ ثَيِّبًا قُلْتُ ثَيِّبًا قَالَ هَلَّا جَارِيَةً تُلَاعِبُهَا وَتُلَاعِبُكَ أَوْ تُضَاحِكُهَا وَتُضَاحِكُكَ قُلْتُ هَلَكَ أَبِي فَتَرَكَ سَبْعَ أَوْ تِسْعَ بَنَاتٍ فَكَرِهْتُ أَنْ أَجِيئَهُنَّ بِمِثْلِهِنَّ فَتَزَوَّجْتُ امْرَأَةً تَقُومُ عَلَيْهِنَّ قَالَ فَبَارَكَ اللَّهُ عَلَيْكَ
لَمْ يَقُلْ ابْنُ عُيَيْنَةَ وَمُحَمَّدُ بْنُ مُسْلِمٍ عَنْ عَمْرٍو بَارَكَ اللَّهُ عَلَيْكَ

5908. Telah menceritakan kepada kami Abu Nu’man telah menceritakan kepada kami Hammad bin Zaid dari ‘Amru dari Jabir radliallahu ‘anhu dia berkata; “Ayahku telah meninggal dan meninggalkan tujuh atau sembilan anak perempuan, oleh karena itu aku menikahi wanita.” Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Apakah kamu sudah nikah wahai Jabir? ‘ Jawabku; ‘Ya, sudah.’ Beliau bersabda: ‘Gadis atau janda? ‘ Aku menjawab; ‘Janda.’ Beliau bersabda: ‘Tidakkah kamu pilih gadis, hingga kamu bisa bercumbu dengannya dan dia bisa bercumbu denganmu, atau kamu dapat bergurau dengannya dan dia dapat bergurau denganmu? ‘ Aku menjawab; ‘Ayahku telah meninggal dunia dengan meninggalkan tujuh atau sembilan anak perempuan, dan aku tidak suka jika aku menikah dengan wanita yang seumur dengan mereka. Oleh karena itu, aku menikahi wanita yang dapat mengurusi mereka.’ Beliau bersabda: ‘Semoga Allah memberkahimu.’ Namun Ibnu Uyainah dan Muhammad bin Muslim dari ‘Amru tidak mengatakan; ‘Semoga Allah memberkahimu.’

– Nabi puji Jabir kerana dia mengira hal orang lain juga. Kerana dia bukan takat setakat nak kahwin memuaskan diri sahaja tapi ada sebab-sebab lain yang mulia. Sebab itu doa Nabi adalah alaika, bukan laka macam yang baginda cakap kepada Abdurrahman dalam hadis sebelum ini.

 

بَاب مَا يَقُولُ إِذَا أَتَى أَهْلَهُ

Bab Apa Yang Diucapkan Sseorang Apabila Mahu Menyetubuhi Isterinya

5909 – حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ سَالِمٍ عَنْ كُرَيْبٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ أَنَّ أَحَدَهُمْ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَأْتِيَ أَهْلَهُ قَالَ بِاسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبْ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا فَإِنَّهُ إِنْ يُقَدَّرْ بَيْنَهُمَا وَلَدٌ فِي ذَلِكَ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْطَانٌ أَبَدًا

– Doa ini bukan hanya untuk mereka yang nak dapat anak sahaja. Kalau tak mungkin dapat anak pun kena doa ini juga. Sebab kalau bukan doa ini doa apa pula? Rezeki yang dimaksudkan bukan anak sahaja. Macam macam boleh. Harta, pangkat dan sebagainya. Cuma doa itu disini.
– Bukanlah kata kalau dah baca doa ini, seseorang anak itu tidak dikacau syaitan dah. Syaitan masih boleh kacau tapi tidak sampai menyesatkan dia.

 

بَاب قَوْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً

Bab Doa Nabi s.a.w. ‘Berikan Kebaikan Kepada Kami Di Dunia’

5910 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ عَنْ أَنَسٍ قَالَ
كَانَ أَكْثَرُ دُعَاءِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

5910. Telah menceritakan kepada kami Musaddad telah menceritakan kepada kami Abdul Warits dari Abdul Aziz dari Anas dia berkata; “Do’a yang paling banyak dipanjatkan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam adalah: ‘RABBANAA AATINAA FID DUN-YAA HASANAH WAFIL AAKHIRATI HASANAH WAQINAA ‘ADZAABAN NAAR Wahai Rabb kami, karuniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan akhirat, dan hindarkanlah kami dari siksa api neraka.'”

– Ini adalah satu doa yang Nabi selalu baca. Maka eloklah dibacakan selalu.

 

 

بَاب التَّعَوُّذِ مِنْ فِتْنَةِ الدُّنْيَا

Bab Berlindung Dari Fitnah Dunia

5911 – حَدَّثَنَا فَرْوَةُ بْنُ أَبِي الْمَغْرَاءِ حَدَّثَنَا عَبِيدَةُ بْنُ حُمَيْدٍ عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ عُمَيْرٍ عَنْ مُصْعَبِ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَلِّمُنَا هَؤُلَاءِ الْكَلِمَاتِ كَمَا تُعَلَّمُ الْكِتَابَةُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ أَنْ نُرَدَّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمُرِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْقَبْرِ

5911. Telah menceritakan kepada kami Farwah bin Abu Al Maghra` telah menceritakan kepada kami ‘Ubaidah bin Humaid dari Abdul Malik bin ‘Umair dari Mush’ab bin Sa’d bin Abu Waqqash dari Ayahnya radliallahu ‘anhu dia berkata; Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengajari kami beberapa kalimat (do’a) sebagaimana beliau kamu belajar menulis, yaitu; “ALLAHUMMA INNI A’UUDZU BIKA MINAL BUKHLI, WA A’UUDZU BIKA MINAL JUBNI, WA A’UUDZU BIKA AN URADDA ILAA ARDZALIL ‘UMUR WA A’UUDZU BIKA MIN FITNATID DUNYA WA ‘ADZAABIL QABRI Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari sifat kikir, aku berlindung kepada-Mu dari sifat pengecut, aku berlindung kepada-Mu dari kepikunan, aku berlindung kepada-Mu dari fitnah dunia dan siksa kubur.”

– Adakah kita tidak akan dapat fitnah dunia? Fitnah ini adalah masalah-masalah yang kita hadapi sebagai manusia. Tentulah akan sentiasa sahaja ada. Tapi doa kita ini adalah supaya masalah yang jatuh kepada kita itu, tidaklah sampai menyebabkan kita tergelincir dari agama Islam.

 

بَاب تَكْرِيرِ الدُّعَاءِ

Bab Mengulang-Ulangi Doa

5912 – حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُنْذِرٍ حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ عِيَاضٍ عَنْ هِشَامٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طُبَّ حَتَّى إِنَّهُ لَيُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهُ قَدْ صَنَعَ الشَّيْءَ وَمَا صَنَعَهُ وَإِنَّهُ دَعَا رَبَّهُ ثُمَّ قَالَ أَشَعَرْتِ أَنَّ اللَّهَ قَدْ أَفْتَانِي فِيمَا اسْتَفْتَيْتُهُ فِيهِ فَقَالَتْ عَائِشَةُ فَمَا ذَاكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ جَاءَنِي رَجُلَانِ فَجَلَسَ أَحَدُهُمَا عِنْدَ رَأْسِي وَالْآخَرُ عِنْدَ رِجْلَيَّ فَقَالَ أَحَدُهُمَا لِصَاحِبِهِ مَا وَجَعُ الرَّجُلِ قَالَ مَطْبُوبٌ قَالَ مَنْ طَبَّهُ قَالَ لَبِيدُ بْنُ الْأَعْصَمِ قَالَ فِي مَاذَا قَالَ فِي مُشْطٍ وَمُشَاطَةٍ وَجُفِّ طَلْعَةٍ قَالَ فَأَيْنَ هُوَ قَالَ فِي ذَرْوَانَ وَذَرْوَانُ بِئْرٌ فِي بَنِي زُرَيْقٍ قَالَتْ فَأَتَاهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ رَجَعَ إِلَى عَائِشَةَ فَقَالَ وَاللَّهِ لَكَأَنَّ مَاءَهَا نُقَاعَةُ الْحِنَّاءِ وَلَكَأَنَّ نَخْلَهَا رُءُوسُ الشَّيَاطِينِ قَالَتْ فَأَتَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخْبَرَهَا عَنْ الْبِئْرِ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَهَلَّا أَخْرَجْتَهُ قَالَ أَمَّا أَنَا فَقَدْ شَفَانِي اللَّهُ وَكَرِهْتُ أَنْ أُثِيرَ عَلَى النَّاسِ شَرًّا
زَادَ عِيسَى بْنُ يُونُسَ وَاللَّيْثُ بْنُ سَعْدٍ عَنْ هِشَامٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ سُحِرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَدَعَا وَدَعَا وَسَاقَ الْحَدِيثَ

5912. Telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Mundzir telah menceritakan kepada kami Anas bin ‘Iyadl dari Hisyam dari ayahnya dari Aisyah radliallahu ‘anha bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam terkena sihir, sehingga beliau pun dibuat seakan-akan telah melakukan sesuatu pekerjaan yang beliau tidak kerjakan. Sampai beliau selalu berdo’a kepada Rabbnya, kemudian beliau bersabda: “Wahai Aisyah, apakah kamu telah merasakan bahwa Allah telah memberikan fatwa (menghukumi) dengan apa yang telah aku fatwakan (hukumi)?” Aisyah berkata; ‘Apa itu wahai Rasulullah? ‘ Beliau menjawab: ‘Dua orang laki-laki telah datang kepadaku, lalu salah seorang dari keduanya duduk di atas kepalaku dan satunya lagi di kakiku. Kemudian salah seorang berkata kepada yang satunya; ‘Menderita sakit apakah laki-laki ini? ‘ temannya menjawab; ‘Terkena sihir.’ Salah seorang darinya bertanya; ‘Siapakah yang menyihirnya? ‘ Temannya menjawab; ‘Labid bin Al A’sham.’ Salah seorang darinya bertanya; ‘Dengan benda apakah (dia menyihir)? ‘ Temannya menjawab; ‘Dengan rambut yang terjatuh (ketika disisir) dan seludang mayang kurma.’ Salah seorang darinya bertanya; ‘Di manakah benda itu di letakkan?” Temannya menjawab; ‘Di dalam sumur Dzarwan.’ -Dzarwan adalah sumur yang terletak di Bani Zuraiq- Aisyah melanjutkan; ‘Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mendatanginya, lalu beliau kembali menemui Aisyah, beliau lalu bersabda: ‘Demi Allah, seakan-akan airnya berubah bagaikan rendaman pohon inai dan seakan-akan pohon kurmanya bagaikan kepala syaitan.’ Aisyah berkata; ‘Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam datang dan memberitahukan mengenai sumur tersebut, lantas aku bertanya; ‘Wahai Rasulullah, tidakkah anda mengeluarkannya? ‘ Beliau menjawab: ‘Tidak, sesungguhnya Allah telah menyembuhkanku dan aku tidak suka bila memberikan kesan buruk kepada orang lain dari peristiwa itu.’ Isa bin Yunus dan Al Laits bin Sa’d menambahkan; dari Hisyam dari Ayahnya dari Aisyah dia berkata; ‘Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam disihir, lalu beliau selalu berdo’a dan berdo’a ….’ Kemudian dia melanjutkan hadits tersebut.’

– Berdoa ini boleh sahaja di mana-mana, bila-bila masa. Maknanya memperbanyakkan berdoa kepada Allah. Kerana ianya adalah juga sebagai zikir kepada Allah. Memperbanyakkan itu bukanlah mengulang-ngulang doa yang sama selepas solat itu. Maknanya, lepas solat pun selalu berdoa di mana-mana kita berada. Bukannya mengulang-ngulang banyak kali selepas solat itu sudah dikira mengulang-ngulang doa.

 

 

بَاب الدُّعَاءِ عَلَى الْمُشْرِكِينَ

Bab Mendoakan Keburukan Terhadap Orang-Orang Musyrik

وَقَالَ ابْنُ مَسْعُودٍ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَيْهِمْ بِسَبْعٍ كَسَبْعِ يُوسُفَ وَقَالَ اللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَبِي جَهْلٍ وَقَالَ ابْنُ عُمَرَ دَعَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الصَّلَاةِ اللَّهُمَّ الْعَنْ فُلَانًا وَفُلَانًا حَتَّى أَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ
{ لَيْسَ لَكَ مِنْ الْأَمْرِ شَيْءٌ }

Berkata Ibn Mas’ud, Nabi telah bersabda: ya Allah, tolonglah aku menghadapi mereka dengan Engkau menjadikan kemarau selama tujuh tahun seperti kemarau yang berlaku di zaman Nabi Yusuf dan baginda berdoa lagi, ya Allah, Engkau hukumlah Abi Jahal itu. Dan Ibn Umar berkata Nabi berdoa di dalam sembahyang ya Allah, Engkau laknatlah fulan dan fulan sehingga Allah menurunkan firmanNya: “bukan urusanmu sedikit pun menentukan keadaan mereka itu”. Samada Dia akan mengampun mereka atau menyeksa mereka.

– Diawal Islam, baginda Nabi selalu mendoakan keburukan kepada musuh-musuh Islam sehinggakan mereka mendapat bala. Macam kemarau yang Nabi minta itu memang terjadi. Sampaikan kaum kafir waktu itu, makan bangkai dan kulit binatang kalau nak rasa daging. Sebab kemarau telah datang. Dan mereka yang Nabi doakan keburukan untuk mereka, tidak akan masuk Islam sampai bila-bila. Macam Abi Jahal sampai mati tak masuk Islam. Tapi orang macam Abu Sufyan, Nabi tak doa macam tu dan dia akhirnya masuk Islam. Maka Allah tak suka Nabi doa begitu. Sebab mungkin ada yang Allah inginkan mereka masuk Islam. Selepas itu, Nabi akan mendoakan supaya musuh-musuh Islam diberi hidayah oleh Allah.

 

5913 – حَدَّثَنَا ابْنُ سَلَامٍ أَخْبَرَنَا وَكِيعٌ عَنْ ابْنِ أَبِي خَالِدٍ قَالَ سَمِعْتُ ابْنَ أَبِي أَوْفَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ

دَعَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى الْأَحْزَابِ فَقَالَ اللَّهُمَّ مُنْزِلَ الْكِتَابِ سَرِيعَ الْحِسَابِ اهْزِمْ الْأَحْزَابَ اهْزِمْهُمْ وَزَلْزِلْهُمْ

5913. Telah menceritakan kepada kami Ibnu Salam telah mengabarkan kepada kami Waki’ dari Ibnu Abu Khalid dia berkata; saya mendengar Ibnu Abu Aufa radliallahu ‘anhuma berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berdo’a ketika perang Ahzab, sabdanya: “Ya Allah, Dzat yang menurunkan kitab, Dzat yang segera membuat perhitungan, hancurkanlah pasukan Ahzab. Ya Allah hancurkanlah mereka dan cerai beraikanlah mereka.”

 

5914 – حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ فَضَالَةَ حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ عَنْ يَحْيَى عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا قَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ فِي الرَّكْعَةِ الْآخِرَةِ مِنْ صَلَاةِ الْعِشَاءِ قَنَتَ اللَّهُمَّ أَنْجِ عَيَّاشَ بْنَ أَبِي رَبِيعَةَ اللَّهُمَّ أَنْجِ الْوَلِيدَ بْنَ الْوَلِيدِ اللَّهُمَّ أَنْجِ سَلَمَةَ بْنَ هِشَامٍ اللَّهُمَّ أَنْجِ الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنْ الْمُؤْمِنِينَ اللَّهُمَّ اشْدُدْ وَطْأَتَكَ عَلَى مُضَرَ اللَّهُمَّ اجْعَلْهَا عَلَيْهِمْ سِنِينَ كَسِنِي يُوسُفَ

5914. Telah menceritakan kepada kami Mu’adz bin Fadlalah telah menceritakan kepada kami Hisyam bin Abu Abdullah dari Yahya dari Abu Salamah dari Abu Hurairah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam biasa membaca do’a qunut setelah mengucapkan: “Sami’allahu liman hamidah” -di raka’at terakhir dari shalat Isya’- yaitu; ‘Ya Allah, selamatkanlah ‘Ayyasy bin Abu Rabi’ah. Ya Allah, selamatkanlah al walid bin al Walid. Ya Allah, selamatkanlah Salamah bin Hisyam. Ya Allah, selamatkanlah golongan yang lemah dari kaum mukminin. Ya Allah, timpakanlah kerasnya siksa-Mu kepada Mudhar dan jadikanlah siksa-Mu untuk mereka berupa kemarau seperti kemarau yang terjadi pada zaman Nabi Yusuf.’

– Ini adalah dinamakan qunut nazilah. Seperti inilah yang dilakukan Nabi. Iaitu selepas bangkit dari Ruku pada rakaat terakhir dalam solat. Qunut nazilah ini boleh dilakukan bila-bila. Maknanya sampai zaman sekarang pun boleh buat juga.

 

5915 – حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ الرَّبِيعِ حَدَّثَنَا أَبُو الْأَحْوَصِ عَنْ عَاصِمٍ عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
بَعَثَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَرِيَّةً يُقَالُ لَهُمْ الْقُرَّاءُ فَأُصِيبُوا فَمَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَجَدَ عَلَى شَيْءٍ مَا وَجَدَ عَلَيْهِمْ فَقَنَتَ شَهْرًا فِي صَلَاةِ الْفَجْرِ وَيَقُولُ إِنَّ عُصَيَّةَ عَصَوْا اللَّهَ وَرَسُولَهُ

5915. Telah menceritakan kepada kami Al Hasan bin Ar Rabi’ telah menceritakan kepada kami Abu Al Ahwash dari ‘Ashim dari Anas radliallahu ‘anhu; Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengutus suatu pasukan, yang terkenal dengan qurra` (para penghafal Al Qur’an), lalu mereka dibunuh, maka belum pernah kulihat Nabi Shallallahu’alaihi wasallam bersedih atas suatu bencana seperti halnya kesedihan beliau atas kematian sahabatnya tersebut. Lalu beliau qunut selama sebulan di shalat subuh sambil mengucapkan; “Sesungguhnya ‘Ushayyah telah bermaksiat terhadap Allah dan Rasul-Nya.”

 

5916 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ حَدَّثَنَا هِشَامٌ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ
كَانَ الْيَهُودُ يُسَلِّمُونَ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُونَ السَّامُ عَلَيْكَ فَفَطِنَتْ عَائِشَةُ إِلَى قَوْلِهِمْ فَقَالَتْ عَلَيْكُمْ السَّامُ وَاللَّعْنَةُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَهْلًا يَا عَائِشَةُ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الرِّفْقَ فِي الْأَمْرِ كُلِّهِ فَقَالَتْ يَا نَبِيَّ اللَّهِ أَوَلَمْ تَسْمَعْ مَا يَقُولُونَ قَالَ أَوَلَمْ تَسْمَعِي أَنِّي أَرُدُّ ذَلِكِ عَلَيْهِمْ فَأَقُولُ وَعَلَيْكُمْ

5916. Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Muhammad telah menceritakan kepada kami Hisyam telah mengabarkan kepada kami Ma’mar dari Az Zuhri dari ‘Urwah dari Aisyah radliallahu ‘anha dia berkata; “Orang-orang Yahudi memberi salam kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dengan mengatakan; ‘Assaamu’alaikum’ Semoga kebinasaan atasmu. Ternyata Aisyah memahami ucapan mereka, lalu dia berkata; ‘Wa’alaikumus saam wal la’nat Semoga kecelakaan dan laknat tertimpa atas kalian).’ Lalu Nabi shallaallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ‘Pelan-pelanlah wahai Aisyah, sesungguhnya Allah mencintai sikap lemah lembut pada setiap perkara.’ Aisyah berkata; ‘Wahai Rasulullah! Apakah engkau tidak mendengar apa yang telah mereka katakan? ‘ Beliau menjawab: ‘Apakah kamu tidak mendengar bahwa saya telah menjawab ucapan mereka, aku berkata; ‘WA ‘ALAIKUM’ Dan semoga atas kalian juga.’

– Nabi mengajar umatnya supaya berlemah lembut kepada manusia. Walaupun mereka mengatakan tidak baik kepada kita. Ini supaya dilihat oleh orang yang bukan Islam betapa lemah lembutnya islam itu.
– Nabi juga memberitahu bahawa doa kita orang Islam diterima dan doa orang kafir yang mendoakan keburukan kepada kita tidak diterima.

 

5917 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا الْأَنْصَارِيُّ حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ حَسَّانَ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سِيرِينَ حَدَّثَنَا عَبِيدَةُ حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْخَنْدَقِ فَقَالَ مَلَأَ اللَّهُ قُبُورَهُمْ وَبُيُوتَهُمْ نَارًا كَمَا شَغَلُونَا عَنْ صَلَاةِ الْوُسْطَى حَتَّى غَابَتْ الشَّمْسُ

5917. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna telah menceritakan kepada kami Al Anshari telah menceritakan kepada kami Hisyam bin Hasan telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Sirin telah menceritakan kepada kami ‘Abidah telah menceritakan kepada kami Ali bin Abu Thalib radliallahu ‘anhu dia berkata; “Kami bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam ketika perang Khandaq, lalu beliau bersabda: ‘Semoga Allah memenuhi kubur mereka dan rumah mereka dengan api sebagaimana mereka menyibukkan kami dari shalat wustha hingga matahari terbenam.'” Shalat wustha adalah shalat Asar.

 

 

بَاب الدُّعَاءِ لِلْمُشْرِكِينَ

Bab Mendoakan Kebaikan Untuk Orang-Orang Musyrik

5918 – حَدَّثَنَا عَلِيٌّ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ حَدَّثَنَا أَبُو الزِّنَادِ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
قَدِمَ الطُّفَيْلُ بْنُ عَمْرٍو عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ دَوْسًا قَدْ عَصَتْ وَأَبَتْ فَادْعُ اللَّهَ عَلَيْهَا فَظَنَّ النَّاسُ أَنَّهُ يَدْعُو عَلَيْهِمْ فَقَالَ اللَّهُمَّ اهْدِ دَوْسًا وَأْتِ بِهِمْ

5918. Telah menceritakan kepada kami Ali telah menceritakan kepada kami Sufyan telah menceritakan kepada kami Abu Az Zinad dari Al A’raj dari Abu Hurairah radliallahu ‘anhu; Thufail bin ‘Amru datang menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam seraya berkata; “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kabilah Daus telah durhaka dan enggan (melaksanakan perintah), maka do’akanlah supaya mereka binasa.” Maka orang-orang pun menyangka bahwa beliau akan mendo’akan kebinasaan atas mereka, ternyata beliau bersabda: ‘Ya Allah, berilah petunjuk kepada Kabilah Daus dan datangkanlah mereka.’

– Mereka sangka Nabi akan mendoakan keburukan kepada orang kafir itu tapi tidak. Yang lebih baik adalah kalau orang-orang kafir itu masuk Islam. Maka Nabi mendoakan kepada Allah supaya mereka diberi petunjuk oleh Allah.

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s