We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Doa Bab Doa Ketika Terjaga Pada Waktu Malam, Bab Takbir Dan Tasbih Ketika Hendak Tidur Dan Bab Meminta Perlindungan Dan Membaca Ketika Hendak Tidur September 17, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Doa — visitor74 @ 11:51 pm

Bab Doa Ketika Terjaga Pada Waktu Malam, Bab Takbir Dan Tasbih Ketika Hendak Tidur Dan Bab Meminta Perlindungan Dan Membaca Ketika Hendak Tidur
Kitab Doa-Doa

الدُّعَاءِ إِذَا انْتَبَهَ بِاللَّيْلِ

Bab Doa Ketika Terjaga Pada Waktu Malam

٦٣١٦- حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ حَدَّثَنَا ابْنُ مَهْدِيٍّ عَنْ سُفْيَانَ عَنْ سَلَمَةَ عَنْ كُرَيْبٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ بِتُّ عِنْدَ مَيْمُونَةَ فَقَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَتَى حَاجَتَهُ فَغَسَلَ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ ثُمَّ نَامَ ثُمَّ قَامَ فَأَتَى الْقِرْبَةَ فَأَطْلَقَ شِنَاقَهَا ثُمَّ تَوَضَّأَ وُضُوءًا بَيْنَ وُضُوءَيْنِ لَمْ يُكْثِرْ وَقَدْ أَبْلَغَ فَصَلَّى فَقُمْتُ فَتَمَطَّيْتُ كَرَاهِيَةَ أَنْ يَرَى أَنِّي كُنْتُ أَتَّقِيهِ فَتَوَضَّأْتُ فَقَامَ يُصَلِّي فَقُمْتُ عَنْ يَسَارِهِ فَأَخَذَ بِأُذُنِي فَأَدَارَنِي عَنْ يَمِينِهِ فَتَتَامَّتْ صَلَاتُهُ ثَلَاثَ عَشْرَةَ رَكْعَةً ثُمَّ اضْطَجَعَ فَنَامَ حَتَّى نَفَخَ وَكَانَ إِذَا نَامَ نَفَخَ فَآذَنَهُ بِلَالٌ بِالصَّلَاةِ فَصَلَّى وَلَمْ يَتَوَضَّأْ وَكَانَ يَقُولُ فِي دُعَائِهِ اللَّهُمَّ اجْعَلْ فِي قَلْبِي نُورًا وَفِي بَصَرِي نُورًا وَفِي سَمْعِي نُورًا وَعَنْ يَمِينِي نُورًا وَعَنْ يَسَارِي نُورًا وَفَوْقِي نُورًا وَتَحْتِي نُورًا وَأَمَامِي نُورًا وَخَلْفِي نُورًا وَاجْعَلْ لِي نُورًا
قَالَ كُرَيْبٌ وَسَبْعٌ فِي التَّابُوتِ فَلَقِيتُ رَجُلًا مِنْ وَلَدِ الْعَبَّاسِ فَحَدَّثَنِي بِهِنَّ فَذَكَرَ عَصَبِي وَلَحْمِي وَدَمِي وَشَعَرِي وَبَشَرِي وَذَكَرَ خَصْلَتَيْنِ

Ali bin Abdullah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibnu Mahdi telah meriwayatkan kepada kami daripada Sufyan daripada Salamah daripada Kuraib daripada Ibnu Abbas, katanya: “Saya bermalam di rumah Maimunah. Maka Nabi s.a.w. bangkit lalu pergi menunaikan hajatnya, lalu membasuh mukanya dan kedua tangannya kemudian tidur. Selepas itu dia bangun dan pergi ke gereba lalu membuka pengikatnya kemudian berwuduk di antara dua wuduk, tidak menggunakan banyak air tetapi sempurna lalu Baginda bersembahyang. Aku pun berdiri lalu pergi dengan perlahan-lahan kerana takut Rasulullah s.a.w. akan nampak aku memerhatikannya. Aku pun mengambil air sembahyang. Maka baginda berdiri untuk bersembahyang, aku pun berdiri di sebelah kirinya lalu Nabi s.a.w. memegang telingaku lalu memusingkan aku ke sebelah kanannya. Maka sempurnalah sembahyang Baginda sebanyak tiga belas raka`at. Kemudian Baginda berbaring lalu tidur sehingga berdengkur. Nabi s.a.w. apabila tidur dia berdengkur. Maka Bilal memberitahu kepada Baginda tentang sembahyang, maka Baginda bersembahyang tanpa mengambil wuduk. Di dalam doa yang dibacakan oleh Nabi s.a.w. ialah doa ini: “Ya Allah letakkanlah di dalam hatiku cahaya, di dalam penglihatanku cahaya, di dalam pendengaranku cahaya, di sebelah kananku cahaya, di sebelah kiriku cahaya, di atasku cahaya, di bawahku cahaya, di hadapanku cahaya, di belakangku cahaya dan jadikanlah untukku (semuanya) cahaya. Kuraib berkata: Dan tujuh perkara terdapat di dalam peti. Aku pun berjumpa dengan salah seorang anak Abbas, dia menceritakan kepadaku tentang apa yang terdapat di dalam peti itu, maka disebutnya: “di dalam urat sarafku, dagingku, darahku, rambutku, kulitku cahaya,” dan dia menyebutkan dua perkara lagi (sebagai mencukupkan yang tujuh itu).

– Nabi tidak dijadikan dari cahaya seperti kata tasawuf itu. Kalau dia dari cahaya, kenapa pula dia doa seperti itu?

٦٣١٧- حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ سَمِعْتُ سُلَيْمَانَ بْنَ أَبِي مُسْلِمٍ عَنْ طَاوُسٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَامَ مِنْ اللَّيْلِ يَتَهَجَّدُ قَالَ اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ الْحَقُّ وَوَعْدُكَ حَقٌّ وَقَوْلُكَ حَقٌّ وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ وَالْجَنَّةُ حَقٌّ وَالنَّارُ حَقٌّ وَالسَّاعَةُ حَقٌّ وَالنَّبِيُّونَ حَقٌّ وَمُحَمَّدٌ حَقٌّ اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ وَبِكَ خَاصَمْتُ وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ أَوْ لَا إِلَهَ غَيْرُكَ

Abdullah bin Muhammad telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufyan telah meriwayatkan kepada kami, katanya: aku telah mendengar Sulaiman bin Abi Muslim daripada Towus daripada Ibni Abbas, bahawa Nabi s.a.w. apabila berdiri di waktu malam untuk bertahajjud Baginda mengucapkan: “Ya Allah! Bagi-Mu segala pujian Engkaulah yang menyinari langit-langit dan bumi dan segala apa yang terdapat padanya. Dan bagi-Mu segala pujian, Engkaulah yang menjaga langit-langit dan bumi dan apa-apa yang terdapat padanya. Dan bagi-Mu segala pujian. Engkaulah yang sebenar, janji-Mu benar, kata-kata-Mu benar, pertemuan dengan-Mu benar, syurga adalah benar dan neraka adalah benar, qiamat benar, nabi-nabi adalah benar dan Muhammad adalah benar. Ya Allah! Kepada-Mu jua aku pasrah dan kepada-Mu jua aku bertawakkal, dengan-Mu jua aku beriman, kepada-Mu jua aku kembali, kerana-Mu sahaja aku bertengkar dan kepada-Mu aku mengadu maka ampunilah kesalahan-kesalahanku yang lalu dan yang akan datang, yang aku sembunyikan atau aku nyatakan, Engkaulah yang mendahulukan dan Engkaulah yang mengemudiankan. Tiada Tuhan selain Engkau”

– Maknanya Nabi mengatakan bahawa apa sahaja yang baginda buat seperti berperang, bertengkar dan sebagainya adalah kerana Allah.

بَاب التَّكْبِيرِ وَالتَّسْبِيحِ عِنْدَ الْمَنَامِ

Bab Takbir Dan Tasbih Ketika Hendak Tidur

٦٣١٨- حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ الْحَكَمِ عَنْ ابْنِ أَبِي لَيْلَى عَنْ عَلِيٍّ أَنَّ فَاطِمَةَ عَلَيْهِمَا السَّلَام شَكَتْ مَا تَلْقَى فِي يَدِهَا مِنْ الرَّحَى فَأَتَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَسْأَلُهُ خَادِمًا فَلَمْ تَجِدْهُ فَذَكَرَتْ ذَلِكَ لِعَائِشَةَ فَلَمَّا جَاءَ أَخْبَرَتْهُ قَالَ فَجَاءَنَا وَقَدْ أَخَذْنَا مَضَاجِعَنَا فَذَهَبْتُ أَقُومُ فَقَالَ مَكَانَكِ فَجَلَسَ بَيْنَنَا حَتَّى وَجَدْتُ بَرْدَ قَدَمَيْهِ عَلَى صَدْرِي فَقَالَ أَلَا أَدُلُّكُمَا عَلَى مَا هُوَ خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ إِذَا أَوَيْتُمَا إِلَى فِرَاشِكُمَا أَوْ أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا فَكَبِّرَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَسَبِّحَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَاحْمَدَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فَهَذَا خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ
وَعَنْ شُعْبَةَ عَنْ خَالِدٍ عَنْ ابْنِ سِيرِينَ قَالَ التَّسْبِيحُ أَرْبَعٌ وَثَلَاثُونَ

Sulaiman bin Harb telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu’bah telah meriwayatkan kepada kami daripada al-Hakam daripada Ibnu Abi Laila daripada ‘Ali bahawa Fatimah mengadu hal tentang tangannya kerana mengisar gandum. Maka dia pergi kepada Rasulullah s.a.w. untuk meminta seorang hamba tetapi tidak mendapatinya (di rumah). Maka dia pun menyebutkan perkara itu kepada Aisyah. Bila Nabi s.a.w. datang maka Aisyah pun menceritakan kepada Baginda. Kata perawi (Ali): Maka Nabi s.a.w. pun datang kepada kami ketika kami sudah pergi ke tempat tidur kami, aku mahu bangun tetapi Nabi s.a.w. berkata: “Tetaplah kamu di tempat kamu.” Baginda pun duduk di antara kami sehingga aku merasakan sejuk dua tapak kakinya di dadaku. Maka Nabi s.a.w. berkata: “Mahukah kamu berdua aku tunjukkan kepada kamu sesuatu yang terlebih baik bagi kamu dari seorang hamba iaitu apabila kamu pergi ke tilam / atau tempat tidur kamu maka bertakbirlah tiga puluh tiga kali, bertasbihlah tiga puluh tiga kali dan bertahmidlah tiga puluh tiga kali. Itu adalah lebih baik bagi kamu berdua dari seorang hamba.

Dan daripada Syu’bah daripada Khalid daripada Ibnu Sirin, beliau berkata: “Tasbih tiga puluh empat kali.”

– apabila Fatimah minta hamba dari Nabi, baginda tak berapa suka. Maka baginda memberikan alternatif kepada beliau untuk mengamalkan. Ini akan memberikan tenaga jika diamalkan.

بَاب التَّعَوُّذِ وَالْقِرَاءَةِ عِنْدَ الْمَنَامِ

Bab Meminta Perlindungan Dan Membaca Ketika Hendak Tidur

٦٣١٩- حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ قَالَ حَدَّثَنِي عُقَيْلٌ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ أَخْبَرَنِي عُرْوَةُ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَخَذَ مَضْجَعَهُ نَفَثَ فِي يَدَيْهِ وَقَرَأَ بِالْمُعَوِّذَاتِ وَمَسَحَ بِهِمَا جَسَدَهُ

Abdullah bin Yusuf telah meriwayatkan kepada kami, katanya: al-Laits telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Uqail telah meriwayatkan kepada saya daripada Ibnu Syihab, katanya: Urwah telah menceritakan kepada saya daripada ‘Aisyah bahawa Rasulullah s.a.w. apabila berada di tempat tidurnya Baginda akan menghembuskan pada tangannya, membaca beberapa ayat pelindung dan menyapu tubuhnya dengan kedua tangannya.”

بَاب

Bab

٦٣٢٠- حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ حَدَّثَنِي سَعِيدُ بْنُ أَبِي سَعِيدٍ الْمَقْبُرِيُّ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَوَى أَحَدُكُمْ إِلَى فِرَاشِهِ فَلْيَنْفُضْ فِرَاشَهُ بِدَاخِلَةِ إِزَارِهِ فَإِنَّهُ لَا يَدْرِي مَا خَلَفَهُ عَلَيْهِ ثُمَّ يَقُولُ بِاسْمِكَ رَبِّ وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَارْحَمْهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ

Ahmad bin Yunus telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Zuhair telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Ubaidullah bin Umar telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Sa`id bin Abi Sa`id al-Maqburi telah meriwayatkan kepada saya daripada ayahnya daripada Abi Hurairah, beliau berkata: Nabi s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang kamu pergi ke tilamnya hendaklah dia menyapu tilamnya dengan kainnya kerana dia tidak tahu apa yang ditinggalkannya pada tilamnya itu kemudian membaca: “Dengan nama-Mu wahai tuhanku aku letakkan lambungku dan dengan nama-Mu aku mengangkatnya. Dan jika Engkau menahan nyawaku maka kasihanilah dia dan jika Engkau melepaskannya maka jagalah nyawaku itu sepertimana Engkau menjaga nyawa orang-orang yang soleh.”

– Sapu tilam sebab tak tahu apa ada sebelum itu. Menyingkirkan dari mimpi buruk.

تَابَعَهُ أَبُو ضَمْرَةَ وَإِسْمَاعِيلُ بْنُ زَكَرِيَّاءَ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ وَقَالَ يَحْيَى وَبِشْرٌ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ عَنْ سَعِيدٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَوَاهُ مَالِكٌ وَابْنُ عَجْلَانَ عَنْ سَعِيدٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Abu Dhamrah dan Ismail bin Zakaryya` menjadi mutabi’ kepadanya daripada Ubaidillah. Yahya dan Bisyr berkata daripada ‘Ubaidillah daripada Sa`id daripada Abi Hurairah daripada Nabi s.a.w.. Malik dan Ibnu Ajlan meriwayatkannya daripada Sa`id daripada Abi Hurairah daripada Nabi s.a.w.

بَاب الدُّعَاءِ نِصْفَ اللَّيْلِ

Bab Doa Pada Pertengahan Malam

٦٣٢١- حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ حَدَّثَنَا مَالِكٌ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ الْأَغَرِّ وَأَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَتَنَزَّلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

Abd al-Aziz bin Abdillah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Malik telah meriwayatkan kepada kami daripada Ibnu Syihab daripada Abi Abdillah al-Aghar dan Abi Salamah bin Abd al-Rahman daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tuhan kita tabaaraka wa ta`ala turun pada setiap malam ke langit dunia ketikamana tinggal sepertiga akhir malam maka Allah berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku maka Aku akan terima doanya, sesiapa yang meminta kepada-Ku akan ku berikannya dan sesiapa yang meminta ampun kepada-Ku maka akan ku ampuninya.”

بَاب الدُّعَاءِ عِنْدَ الْخَلَاءِ

Bab Doa Ketika Masuk Bilik Air

٦٣٢٢- حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَرْعَرَةَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ صُهَيْبٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْخَلَاءَ قَالَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ

Muhammad bin ‘Ar`arah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu’bah telah meriwayatkan kepada kami daripada Abd al-Aziz bin Shuhaib daripada Anas bin Malik, beliau berkata: Nabi s.a.w. apabila hendak memasuki bilik air Baginda mengucapkan: “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada syaitan-syaitan jantan dan syaitan-syaitan betina.”

– Salah satu hikmat mengamalkan doa ini adalah jin syaitan tidak dapat melihat kita. Sebab mereka suka melihat kita bogel sepertimana iblis membogelkan Adam dan Hawa. Maka apabila manusia sudah bogel, maka akan hilanglah perasaan malu mereka. Dan tidak segan lagi membuat maksiat.

بَاب مَا يَقُولُ إِذَا أَصْبَحَ

Bab Doa Apabila Tiba Waktu Pagi

٦٣٢٣- حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ زُرَيْعٍ حَدَّثَنَا حُسَيْنٌ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ بُرَيْدَةَ عَنْ بُشَيْرِ بْنِ كَعْبٍ عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ إِذَا قَالَ حِينَ يُمْسِي فَمَاتَ دَخَلَ الْجَنَّةَ أَوْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ وَإِذَا قَالَ حِينَ يُصْبِحُ فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ مِثْلَهُ

Musaddad telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Yazid bin Zurai’ telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Husain telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abdullah bin Buraidah telah meriwayatkan kepada kami daripada Busyair bin Ka`ab daripada Syaddad bin Aus daripada Nabi s.a.w. sabdanya: “Penghulu istighfar ialah: “Ya Allah! Engkaulah Tuhanku. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hamba-Mu, aku tetap dengan janji dan sumpah Engkau sedaya upayaku. Aku kembali kepada-Mu dengan segala nikmat-Mu kepadaku. Aku kembali kepada-Mu dengan dosaku. Ampunilah daku kerana sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau. Aku berlindung dengan-Mu dari kejahatan yang telah aku lakukan.” Apabila seseorang membaca begitu pada waktu petang lalu dia mati maka dia masuk syurga atau dia salah seorang ahli syurga dan apabila membaca pada waktu pagi lalu mati pada hari itu maka seperti itu juga.”

– Maknanya dia mati sebagai mukmin. Kalau ada dosa akan masuk neraka juga dulu.
– Inilah sebaik-baik Istighfar. Bukanlah seperti tarikat yang mereka macam-macam doa Istighfar yang lain. Baiklah kita mengamalkan doa yang telah diajar Nabi yang pastinya adalah benar dan mendapat manfaat dari mengamalkan doa rekaan manusia yang belum tentu mendapat pahala dan ditakuti salah dan menyebabkan kita dapat dosa pula kalau silap.

٦٣٢٤- حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ عُمَيْرٍ عَنْ رِبْعِيِّ بْنِ حِرَاشٍ عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَنَامَ قَالَ بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَمُوتُ وَأَحْيَا وَإِذَا اسْتَيْقَظَ مِنْ مَنَامِهِ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

Abu Nu`aim telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufyan telah meriwayatkan kepada kami daripada Abd al-Malik bin Umair daripada Rib`ei bin Hirasy daripada Huzaifah, katanya: “Nabi s.a.w. apabila mahu tidur Baginda mengucapkan: “Dengan nama-Mu ya Allah! Aku mati dan aku hidup,” dan apabila bangun dari tidurnya Baginda mengucapkan: “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepada-Nya jua kita akan dibangkitkan kembali.”

٦٣٢٥- حَدَّثَنَا عَبْدَانُ عَنْ أَبِي حَمْزَةَ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ رِبْعِيِّ بْنِ حِرَاشٍ عَنْ خَرَشَةَ بْنِ الحُرِّ عَنْ أَبِي ذَرٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَخَذَ مَضْجَعَهُ مِنْ اللَّيْلِ قَالَ اللَّهُمَّ بِاسْمِكَ أَمُوتُ وَأَحْيَا فَإِذَا اسْتَيْقَظَ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

‘Abdaan telah meriwayatkan kepada kami daripada Abi Hamzah daripada Manshur daripada Rib`ei bin Hirasy daripada Kharasyah bin al-Hur daripada Abi Zar, katanya: “Nabi s.a.w. apabila hendak tidur Baginda mengucapkan: “Ya Allah! Dengan nama-Mu aku mati dan aku hidup,” dan apabila bangun dari tidur Baginda mengucapkan: “Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepada-Nya jua kita akan dibangkitkan kembali.”

بَاب الدُّعَاءِ فِي الصَّلَاةِ

Bab Doa Dalam Sembahyang

٦٣٢٦- حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ أَخْبَرَنَا اللَّيْثُ قَالَ حَدَّثَنِي يَزِيدُ عَنْ أَبِي الْخَيْرِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلِّمْنِي دُعَاءً أَدْعُو بِهِ فِي صَلَاتِي قَالَ قُلْ اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

وَقَالَ عَمْرُو بْنُ الْحَارِثِ عَنْ يَزِيدَ عَنْ أَبِي الْخَيْرِ إِنَّهُ سَمِعَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرٍو قَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Abdullah bin Yusuf telah meriwayatkan kepada kami, katanya: al-Laits telah menceritakan kepada kami, katanya: Yazid telah meriwayatkan kepada saya daripada Abi al-Khair daripada Abdillah bin Amar daripada Abi Bakr al-Siddiq bahawa beliau berkata kepada Nabi s.a.w.: “Ajarkan saya satu doa yang dapat saya berdoa dengannya dalam sembahyang saya!” Nabi s.a.w. bersabda: “Ya Allah! Sesungguhnya aku telah banyak kali menzalimi diriku sendiri dan tidak ada yang boleh mengampunkan dosa-dosa kecuali Engkau. Oleh itu ampunilah daku dengan keampunan dari sisi-Mu dan kasihanilah aku. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

– Ini adalah doa dalam solat yang boleh dilakukan.

Amar bin al-Harits berkata daripada Yazid daripada Abi al-Khair: “Sesungguhnya dia telah mendengar Abdullah bin Amar, katanya: Abu Bakr berkata kepada Nabi s.a.w.”

٦٣٢٧- حَدَّثَنَا عَلِيٌّ حَدَّثَنَا مَالِكُ بْنُ سُعَيْرٍ حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ { وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا } أُنْزِلَتْ فِي الدُّعَاءِ

‘Ali telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Malik bin Su`air telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Hisyam bin Urwah telah meriwayatkan kepada kami daripada ayahnya daripada ‘Aisyah berhubung dengan firman Allah Ta`ala { dan janganlah kamu nyaringkan bacaan kamu dalam sembahyang dan jangan pula kamu memperlahankannya } ayat ini diturunkan berhubung dengan doa.

٦٣٢٨- حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ أَبِي وَائِلٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ كُنَّا نَقُولُ فِي الصَّلَاةِ السَّلَامُ عَلَى اللَّهِ السَّلَامُ عَلَى فُلَانٍ فَقَالَ لَنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ إِنَّ اللَّهَ هُوَ السَّلَامُ فَإِذَا قَعَدَ أَحَدُكُمْ فِي الصَّلَاةِ فَلْيَقُلْ التَّحِيَّاتُ لِلَّهِ إِلَى قَوْلِهِ الصَّالِحِينَ فَإِذَا قَالَهَا أَصَابَ كُلَّ عَبْدٍ لِلَّهِ فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ صَالِحٍ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ ثُمَّ يَتَخَيَّرُ مِنْ الثَّنَاءِ مَا شَاءَ

Utsman bin Abi Syaibah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Jarir telah meriwayatkan kepada kami daripada Mansur daripada Abi Wa`il daripada Abdillah, katanya: “Kami selalu berkata di dalam sembahyang: “Salam sejahtera kepada Allah, salam sejahtera kepada fulan,” maka Nabi s.a.w. pada suatu hari berkata kepada kami: “Allah itu sejahtera, apabila seseorang kamu duduk dalam sembahyang maka hendaklah dia membaca begini “التَّحِيَّاتُ لِلَّهِ” sehingga sabdanya “الصَّالِحِينَ” Apabila dia membacanya ia akan mengenai setiap hamba Allah yang soleh di langit dan di bumi “أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ” kemudian bolehlah dia memilih puji-pujian yang dia kehendaki.

– Maka ulama ada yang berpendapat yang tahiyyatul setakat itu sahaja. Iaitu sampai syahadah sahaja.

بَاب الدُّعَاءِ بَعْدَ الصَّلَاةِ

Bab Doa Selepas Sembahyang

٦٣٢٩- حَدَّثَنِي إِسْحَاقُ أَخْبَرَنَا يَزِيدُ أَخْبَرَنَا وَرْقَاءُ عَنْ سُمَيٍّ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ ذَهَبَ أَهْلُ الدُّثُورِ بِالدَّرَجَاتِ وَالنَّعِيمِ الْمُقِيمِ قَالَ كَيْفَ ذَاكَ قَالُوا صَلَّوْا كَمَا صَلَّيْنَا وَجَاهَدُوا كَمَا جَاهَدْنَا وَأَنْفَقُوا مِنْ فُضُولِ أَمْوَالِهِمْ وَلَيْسَتْ لَنَا أَمْوَالٌ قَالَ أَفَلَا أُخْبِرُكُمْ بِأَمْرٍ تُدْرِكُونَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ وَتَسْبِقُونَ مَنْ جَاءَ بَعْدَكُمْ وَلَا يَأْتِي أَحَدٌ بِمِثْلِ مَا جِئْتُمْ بِهِ إِلَّا مَنْ جَاءَ بِمِثْلِهِ تُسَبِّحُونَ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ عَشْرًا وَتَحْمَدُونَ عَشْرًا وَتُكَبِّرُونَ عَشْرًا

Ishaq telah meriwayatkan kepada saya, katanya: Yazid telah menceritakan kepada kami katanya, Warqa` telah menceritakan kepada kami daripada Sumay daripada Abi Sholeh daripada Abi Hurairah, mereka berkata: “Wahai Rasulullah! Orang-orang yang kaya raya telah pergi membawa darjat dan nikmat yang berkekalan.” Nabi s.a.w. bertanya: “Kenapa dengannya?

———

بَاب قَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى { وَصَلِّ عَلَيْهِمْ } وَمَنْ خَصَّ أَخَاهُ بِالدُّعَاءِ دُونَ نَفْسِهِ

Bab Firman Allah Ta`ala { Dan Berdoalah Ke Atas Mereka } Dan Sesiapa Yang Mengkhususkan Saudaranya Dengan Doa Tanpa Memasukkan Dirinya

وَقَالَ أَبُو مُوسَى قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِعُبَيْدٍ أَبِي عَامِرٍ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِعَبْدِ اللَّهِ بْنِ قَيْسٍ ذَنْبَهُ

Abu Musa berkata: “ Nabi s.a.w. berdoa: “Ya Allah! Ampunilah Ubaid Abi Amir. Ya Allah! Ampunilah dosa Abdullah bin Qais.”

٦٣٣١- حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ يَزِيدَ بْنِ أَبِي عُبَيْدٍ مَوْلَى سَلَمَةَ حَدَّثَنَا سَلَمَةُ بْنُ الْأَكْوَعِ قَال خَرَجْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى خَيْبَرَ قَالَ رَجُلٌ مِنْ الْقَوْمِ أَيَا عَامِرُ لَوْ أَسْمَعْتَنَا مِنْ هُنَيْهَاتِكَ فَنَزَلَ يَحْدُو بِهِمْ يُذَكِّرُ تَاللَّهِ لَوْلَا اللَّهُ مَا اهْتَدَيْنَا وَذَكَرَ شِعْرًا غَيْرَ هَذَا وَلَكِنِّي لَمْ أَحْفَظْهُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ هَذَا السَّائِقُ قَالُوا عَامِرُ بْنُ الْأَكْوَعِ قَالَ يَرْحَمُهُ اللَّهُ وَقَالَ رَجُلٌ مِنْ الْقَوْمِ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَوْلَا مَتَّعْتَنَا بِهِ فَلَمَّا صَافَّ الْقَوْمَ قَاتَلُوهُمْ فَأُصِيبَ عَامِرٌ بِقَائِمَةِ سَيْفِ نَفْسِهِ فَمَاتَ فَلَمَّا أَمْسَوْا أَوْقَدُوا نَارًا كَثِيرَةً فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا هَذِهِ النَّارُ عَلَى أَيِّ شَيْءٍ تُوقِدُونَ قَالُوا عَلَى حُمُرٍ إِنْسِيَّةٍ فَقَالَ أَهْرِيقُوا مَا فِيهَا وَكَسِّرُوهَا قَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلَا نُهَرِيقُ مَا فِيهَا وَنَغْسِلُهَا قَالَ أَوْ ذَاكَ

Musaddad telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya telah meriwayatkan kepada kami daripada Yazid bin Abi Ubaid hamba bebasan Salamah, katanya: Salamah bin al-Akwa’ telah meriwayatkan kepada kami, katanya: “Kami keluar bersama Nabi s.a.w. ke Khaibar. Tiba-tiba ada seorang lelaki daripada kaum itu berkata: “Hai ‘Aamir! Alangkah baiknya kalau engkau perdengarkan lagu-lagu engkau. Maka ‘Aamir pun turun mengheret unta sambil dia mengungkapkan: “Demi Allah! Kalaulah tidak kerana Allah tentulah kita tidak akan mendapat petunjuk.” (Perawi berkata:) Beliau ada lagi mengungkapkan syair yang lain selain dari yang ini tetapi saya tidak ingat. Rasulullah s.a.w. pun bertanya: “Siapa orang yang mengheret unta itu?” Mereka menjawab: “`Aamir bin al-Akwa`. Baginda berkata: “Semoga Allah merahmatinya.” Seorang lelaki dari kaum berkata: “Wahai Rasulullah s.a.w.! kalaulah engkau minta ‘Aamir itu terus hidup bersama kami agar kami dapat menikmati kemesraannya.” Pasukan (yang akan berperang) itu telah membuat shaf masing-masing lalu berperang dan ‘Aamir terkena mata pedangnya sendiri lalu mati. Bila tiba waktu petang mereka menyalakan api yang banyak lalu Rasulullah s.a.w. bertanya: “Api apa itu? Untuk apa kamu nyalakan api itu?” Para sahabat menjawab: “Untuk membakar himar kampung.” Lalu Baginda berkata: “Tuangkan isinya dan pecahkan periuk itu.” Lalu seseorang berkata: “Wahai Rasulullah! Tidakkah boleh kita buang sahaja isinya dan kita basuh periuk itu?” Baginda pun berkata: “Ataupun begitu.”

– Menunjukkan Nabi pernah mendoakan untuk seseorang itu tanpa memulakan dengan mendoakan untuk dirinya sendiri.
– Selalunya kalau Nabi mendoakan sebegitu, sahabat sudah tahu bahawa ajal seseorang itu akan tiba tidak lama lagi. Itulah sebab mereka meminta mendoakan supaya umurnya dipanjangkan.
– Boleh sahaja kalau tidak dibuang periuk itu.

٦٣٣٢- حَدَّثَنَا مُسْلِمٌ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ عَمْرٍو هُوَ ابْنُ مُرَّةَ سَمِعْتُ ابْنَ أَبِي أَوْفَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَتَاهُ رَجُلٌ بِصَدَقَةٍ قَالَ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى آلِ فُلَانٍ فَأَتَاهُ أَبِي فَقَالَ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى آلِ أَبِي أَوْفَى

Muslim telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu’bah telah meriwayatkan kepada kami daripada Amar – dia adalah anak Murrah- saya mendengar Ibnu Abi Aufa katanya: Nabi s.a.w. apabila seseorang membawa sedekah kepadanya Baginda akan berdoa: “Berkatilah keluarga sifulan. Lalu ayahku pergi kepadanya maka Baginda berdoa:“Berkatilah keluarga Abi Aufa.”

٦٣٣٣- حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ إِسْمَاعِيلَ عَنْ قَيْسٍ قَالَ سَمِعْتُ جَرِيرًا قَالَ : قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلَا تُرِيحُنِي مِنْ ذِي الْخَلَصَةِ وَهُوَ نُصُبٌ كَانُوا يَعْبُدُونَهُ يُسَمَّى الْكَعْبَةَ الْيَمَانِيَةَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي رَجُلٌ لَا أَثْبُتُ عَلَى الْخَيْلِ فَصَكَّ فِي صَدْرِي فَقَالَ اللَّهُمَّ ثَبِّتْهُ وَاجْعَلْهُ هَادِيًا مَهْدِيًّا قَالَ فَخَرَجْتُ فِي خَمْسِينَ فَارِسًا مِنْ أَحْمَسَ مِنْ قَوْمِي وَرُبَّمَا قَالَ سُفْيَانُ فَانْطَلَقْتُ فِي عُصْبَةٍ مِنْ قَوْمِي فَأَتَيْتُهَا فَأَحْرَقْتُهَا ثُمَّ أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَاللَّهِ مَا أَتَيْتُكَ حَتَّى تَرَكْتُهَا مِثْلَ الْجَمَلِ الْأَجْرَبِ فَدَعَا لِأَحْمَسَ وَخَيْلِهَا

‘Ali bin ‘Abdillah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufyan telah meriwayatkan kepada kami daripada Ismail daripada Qais, katanya: Saya mendengar Jarir berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda kepada saya: “Kenapa engkau tidak membuat aku tenang dalam menghadapi Zi al-Khalashah?” iaitu berhala dimana orang-orang selalu menyembahnya di panggil ka`bah Yaman. Aku pun berkata: “Wahai Rasulullah! Saya ni seorang lelaki yang tidak dapat duduk tetap atas kuda.” Maka Nabi s.a.w. menepuk dadaku sambil berdoa: “Ya Allah tetapkan dia dan jadikan dia seorang pemimpin yang terpimpin.” Kata Jarir: “Aku pun keluar bersama lima puluh orang penunggang dari qabilah Ahmas dari kaumku. Kadang-kadang Sufyan berkata: Aku pun keluar dalam satu kumpulan kaumku. Aku pun pergi ke Zi al-Khalashah lalu aku membakarnya kemudian aku pun datang kepada Nabi s.a.w. dan aku pun berkata: “Wahai Rasulullah! Demi Allah! Aku sampai ke sana terus aku jadikannya seperti unta yang kurap.” Maka Nabi s.a.w. pun mendoakan kebaikan untuk qabilah Ahmas dan untuk kudanya.”

٦٣٣٤ – حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ الرَّبِيعِ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ قَتَادَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسًا قَالَ قَالَتْ أُمُّ سُلَيْمٍ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَسٌ خَادِمُكَ قَالَ اللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ وَبَارِكْ لَهُ فِيمَا أَعْطَيْتَهُ

Sa`id bin al-Rabi’ telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu’bah telah meriwayatkan kepada kami daripada Qatadah katanya: Saya mendengar Anas berkata: Ummu Sulaim berkata kepada Nabi s.a.w.: “Anas adalah khadammu.” Lalu Baginda berdoa: “Ya Allah! Perbanyakkanlah harta dan anak pinaknya dan berkatilah untuknya apa yang Engkau berikan kepada nya.”

– Doa Nabi kepada Anas itu telah dimakbulkan Allah. Anas telah menjadi orang yang kaya raya. Tuaiannya sampai dua kali setahun padahal orang lain punya hanya sekali sahaja setahun. Dan kebun dia bau wangi macam kasturi. Dan umurnya panjang. Ada kata sampai 120 tahun. Ada pula kata sampai 130. Anaknya ramai. Sampai 120 orang mati sebelum dia mati. Itu adalah kerana selain isteri, dia juga mempunyai anak dari hamba sahaya dia. Kalau dia tawaf, 70 anak beranaknya akan mengikutinya.

٦٣٣٥- حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا عَبْدَةُ عَنْ هِشَامٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ سَمِعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلًا يَقْرَأُ فِي الْمَسْجِدِ فَقَالَ رَحِمَهُ اللَّهُ لَقَدْ أَذْكَرَنِي كَذَا وَكَذَا آيَةً أَسْقَطْتُهَا فِي سُورَةِ كَذَا وَكَذَا

Utsman bin Abi Syaibah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: ‘Abdah telah meriwayatkan kepada kami daripada Hisyam daripada ayahnya daripada Aisyah katanya: Nabi s.a.w. mendengar seseorang membaca al-Quran dalam masjid lalu Baginda berkata: “Semoga Allah merahmatinya. Sesungguhnya dia telah mengingatkan aku kepada surah sekian-sekian yang aku gugurkannya dalam surah sekian-sekian.”

– Nabi sebagai manusia ada juga ayat-ayat Quran yang baginda lupa. Itu tidak menidakkan kemaksuman baginda. Bukanlah bermakna baginda tidak menyampaikan ayat itu. Maknanya baginda dah sampaikan tapi kemudian baginda terlupa. Boleh terjadi macam itu.

٦٣٣٦- حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ أَخْبَرَنِي سُلَيْمَانُ عَنْ أَبِي وَائِلٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَسَمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَسْمًا فَقَالَ رَجُلٌ إِنَّ هَذِهِ لَقِسْمَةٌ مَا أُرِيدَ بِهَا وَجْهُ اللَّهِ فَأَخْبَرْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَغَضِبَ حَتَّى رَأَيْتُ الْغَضَبَ فِي وَجْهِهِ وَقَالَ يَرْحَمُ اللَّهُ مُوسَى لَقَدْ أُوذِيَ بِأَكْثَرَ مِنْ هَذَا فَصَبَرَ

Hafhs bin Umar telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu’bah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Sulaiman telah menceritakan kepada saya daripada Abi Wa`il daripada Abdillah, beliau berkata: “Pernah Nabi s.a.w. membahagikan harta lalu seorang lelaki berkata: “Sesungguhnya ini pembahagian yang tidak ikhlas kerana Allah.” Maka aku pun menceritakan kepada Nabi s.a.w. lalu marahlah Nabi s.a.w. sehingga aku nampak kesan kemarahan pada wajahnya. Baginda berkata: “Semoga Allah merahmati Musa. Sesungguhnya dia telah diganggu dengan gangguan yang lebih dahsyat daripada ini tetapi dia bersabar.”

بَاب مَا يُكْرَهُ مِنْ السَّجْعِ فِي الدُّعَاءِ

Bab Larangan Membuat Rentak Dalam Doa

٦٣٣٧- حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ السَّكَنِ حَدَّثَنَا حَبَّانُ بْنُ هِلَالٍ أَبُو حَبِيبٍ حَدَّثَنَا هَارُونُ الْمُقْرِئُ حَدَّثَنَا الزُّبَيْرُ بْنُ الْخِرِّيتِ عَنْ عِكْرِمَةَ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ حَدِّثْ النَّاسَ كُلَّ جُمُعَةٍ مَرَّةً فَإِنْ أَبَيْتَ فَمَرَّتَيْنِ فَإِنْ أَكْثَرْتَ فَثَلَاثَ مِرَارٍ وَلَا تُمِلَّ النَّاسَ هَذَا الْقُرْآنَ وَلَا أُلْفِيَنَّكَ تَأْتِي الْقَوْمَ وَهُمْ فِي حَدِيثٍ مِنْ حَدِيثِهِمْ فَتَقُصُّ عَلَيْهِمْ فَتَقْطَعُ عَلَيْهِمْ حَدِيثَهُمْ فَتُمِلُّهُمْ وَلَكِنْ أَنْصِتْ فَإِذَا أَمَرُوكَ فَحَدِّثْهُمْ وَهُمْ يَشْتَهُونَهُ فَانْظُرْ السَّجْعَ مِنْ الدُّعَاءِ فَاجْتَنِبْهُ فَإِنِّي عَهِدْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَصْحَابَهُ لَا يَفْعَلُونَ إِلَّا ذَلِكَ يَعْنِي لَا يَفْعَلُونَ إِلَّا ذَلِكَ الِاجْتِنَابَ

Yahya bin Muhammad bin al-Sakan telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Habban bin Hilal Abu Habib telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Harun al-Muqri` telah meriwayatkan kepada kami, katanya: al-Zubair bin al-Khirrit telah meriwayatkan kepada kami daripada ‘Ikrimah daripada Ibnu Abbas beliau berkata: “Ajarlah orang ramai setiap jumaat (seminggu) sekali, kalau mahu lebih lagi maka dua kali, kalau nak lebih lagi maka tiga kali. Jangan jemukan orang dengan al-Quran ini. Jangan sekali-kali aku menemui kamu pergi kepada suatu kaum yang mana mereka sibuk bercerita dengan cerita-cerita mereka lalu engkau memotong cerita mereka itu membuatkan mereka jemu. Tetapi engkau kena diam, kalau mereka suruh engkau baru engkau sampaikan hadits/ajarkan mereka dalam keadaan mereka ingin sangat. Perhatikan doa yang berentak/berirama itu, kamu kena jauhkan/elakkan kerana sejauh yang aku tahu Rasulullah s.a.w. dengan sahabat-sahabatnya tidak melakukan melainkan meninggalkan doa yang berentak/berirama.

– Kalau berdakwah itu jangan sampai mereka jemu dengan kita. Kena tengok keadaan. Kalau mereka mahu dengar, barulah ajar kepada mereka. Jangan pergi kepada mereka yang mereka sedang rancak bercerita perkara lain, maka kamu pula cerita tentang Quran dan hadith. Nanti mereka akan jemu.
– Doa tidak boleh macam sajak.

——————————

بَاب لِيَعْزِمْ الْمَسْأَلَةَ فَإِنَّهُ لَا مُكْرِهَ لَهُ

Bab Hendaklah Seseorang Itu Bersungguh-Sungguh Meminta Kepada Allah Kerana Tiada Sesiapa Pun Yang Dapat Memaksa-Nya

٦٣٣٨- حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ أَخْبَرَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَعَا أَحَدُكُمْ فَلْيَعْزِمْ الْمَسْأَلَةَ وَلَا يَقُولَنَّ اللَّهُمَّ إِنْ شِئْتَ فَأَعْطِنِي فَإِنَّهُ لَا مُسْتَكْرِهَ لَهُ

Musaddad telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Ismail telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abd al-Aziz telah menceritakan kepada kami daripada Anas katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang daripada kamu berdoa maka hendaklah berdoa dengan bersungguh-sungguh dan jangan sekali-sekali dia berkata: “Ya Allah! Jika Engkau mahu maka berikanlah kepadaku kerana sesungguhnya tidak ada sesiapa pun yang boleh memaksa-Nya.”

– Kita kena berdoa seperti Allah akan memakbulkannya. Jangan macam dalam hadis ini.

5864 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَقُولَنَّ أَحَدُكُمْ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي إِنْ شِئْتَ اللَّهُمَّ ارْحَمْنِي إِنْ شِئْتَ لِيَعْزِمْ الْمَسْأَلَةَ فَإِنَّهُ لَا مُكْرِهَ لَهُ

Abdullah bin Maslamah telah meriwayatkan kepada kami daripada Malik daripada Abi al-Zinad daripada al-A’raj daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jangan sekali-kali salah seseorang dari kamu berkata: “Ya Allah! Ampunilah daku jika Engkau mahu. Ya Allah! Kasihanilah aku jika Engkau mahu.” Tetapi sebaliknya hendaklah dia bersungguh-sungguh meminta kerana tidak ada sesiapa pun yang dapat menekan/memaksa Allah.

بَاب يُسْتَجَابُ لِلْعَبْدِ مَا لَمْ يَعْجَلْ

Bab Seseorang Hamba Itu Dimakbulkan Doanya Selagi Dia Tidak Mahu Cepat (Melihat Hasilnya)

5865 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ أَبِي عُبَيْدٍ مَوْلَى ابْنِ أَزْهَرَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُسْتَجَابُ لِأَحَدِكُمْ مَا لَمْ يَعْجَلْ يَقُولُ دَعَوْتُ فَلَمْ يُسْتَجَبْ لِي

Abdullah bin Yusuf telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Malik telah menceritakan kepada kami daripada Ibnu Syihab daripada Abi Ubaid hamba bebasan Ibnu Azhar daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Doa seseorang kamu itu dimakbulkan Allah selagi dia tidak gopoh/tidak mahukan hasilnya dengan cepat iaitu dengan berkata: “Aku telah berdoa tetapi tidak dimakbulkan untukku”

بَاب رَفْعِ الْأَيْدِي فِي الدُّعَاءِ

Bab Mengangkat Tangan Pada Ketika Berdoa

وَقَالَ أَبُو مُوسَى الْأَشْعَرِيُّ دَعَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ رَفَعَ يَدَيْهِ وَرَأَيْتُ بَيَاضَ إِبْطَيْهِ وَقَالَ ابْنُ عُمَرَ رَفَعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدَيْهِ وَقَالَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَبْرَأُ إِلَيْكَ مِمَّا صَنَعَ خَالِدٌ
قَالَ أَبُو عَبْد اللَّهِ وَقَالَ الْأُوَيْسِيُّ حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ وَشَرِيكٍ سَمِعَا أَنَسًا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَفَعَ يَدَيْهِ حَتَّى رَأَيْتُ بَيَاضَ إِبْطَيْهِ

Dan Abu Musa al-Asya’ri berkata: Nabi s.a.w. telah berdoa kemudian Baginda mengangkat tangannya sehingga aku nampak putih dua ketiaknya. Ibnu Umar berkata: “Nabi s.a.w. telah mengangkat tangannya dan berdoa: “Ya Allah! Aku berlepas diri kepada Engkau daripada apa yang telah dilakukan oleh Khalid.”

Abu Abdillah berkata: Al-Uwaisiy berkata: Muhammad bin Ja’far telah meriwayatkan kepada saya daripada Yahya bin Sa`id dan Syarik, kedua-dua mereka telah mendengar Anas daripada Nabi s.a.w. bahawa Baginda mengangkat tangannya sehingga aku nampak putih dua ketiaknya.

– Sahabat nampak ketiak Nabi kerana ketika itu Nabi tidak memakai baju. Baginda pakai seperti selimut ketika itu. Ini tidaklah menghairankan kerana zaman itu biasa kalau tidak memakai baju.
– Nabi ada ketika angkat tangan dan ada ketika tidak. Tapi angkat tangan sampai nampak ketiak itu hanyalah ketika solat istisqa’ itu sahaja. Biasanya Nabi angkat tangan rendah sahaja.

Kelas penuh Maulana Asri boleh didapati disini

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s