We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari: Kitab Doa Bab bagi setiap Nabi ada doa dan seterusnya September 17, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Doa — visitor74 @ 4:59 pm
Tags:

Bab Bagi Setiap Nabi Ada Doa-Doa Yang Diterima, Bab Sebaik-Baik Istighfar, Bab Istighfar Nabi s.a.w. Pada Waktu Siang Dan Malam & Bab Taubat

كِتَاب الدَّعَوَاتِ

Kitab Tentang Doa-Doa
Kenapa Imam Bukhari meletakkan kitab doa selepas ‘kitab meminta izin’? Kalau dalam meminta izin untuk masuk ke dalam rumah seseorang, kita perlu mengetuk pintu rumahnya. Begitu juga untuk mendapatkan sesuatu, kita perlu untuk mengetuk pintu langit untuk menyampaikan niat dan permintaan kita kepada Allah.

وَقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى { ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ }

Dan Firman Allah taala: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masukkan ke dalam neraka jahannam dalam keadaan hina.”
– Allah sendiri menyuruh kita untuk berdoa kepadaNya. Jikalau kita tidak mahu berdoa kepadaNya, itu bermakna kita sombong, dan Allah akan masukkan ke dalam neraka.
Kenapa doa dan ibadat diletakkan sekali dalam ayat ini? Ini adalah hendak menunjukkan bahawa berdoa itu adalah satu bentuk ibadat juga.
– penting untuk kita berdoa kepada Allah. Janganlah mengikuti pendapat sesetengah tarikat yang tidak melihat kepentingan berdoa. Mereka berkata, kalau kita berdoa, itu menunjukkan yang kita tidak redha dengan qadar yang telah Allah berikan kepada kita. Tapi kita boleh lihat sendiri bahawa Nabi sendiri pun berdoa kepada Allah.

بَاب لِكُلِّ نَبِيٍّ دَعْوَةٌ مُسْتَجَابَةٌ

Bab Bagi Setiap Nabi Ada Doa-Doa Yang Diterima

حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ عَنْ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِكُلِّ نَبِيٍّ دَعْوَةٌ مُسْتَجَابَةٌ يَدْعُو بِهَا وَأُرِيدُ أَنْ أَخْتَبِئَ دَعْوَتِي شَفَاعَةً لِأُمَّتِي فِي الْآخِرَةِ

Ismail telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Malik telah meriwayatkan kepada saya daripada Abi al-Zinad daripada al-A`raj daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bagi setiap Nabi ada doa mustajab yang dia berdoa dengannya dan aku mahu menyimpan doaku sebagai syafa`at untuk ummatku di akhirat nanti.”

وَقَالَ لِي خَلِيفَةُ قَالَ مُعْتَمِرٌ سَمِعْتُ أَبِي عَنْ أَنَسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّ نَبِيٍّ سَأَلَ سُؤْلًا أَوْ قَالَ لِكُلِّ نَبِيٍّ دَعْوَةٌ قَدْ دَعَا بِهَا فَاسْتُجِيبَ فَجَعَلْتُ دَعْوَتِي شَفَاعَةً لِأُمَّتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Khalifah berkata kepadaku bahawa Mu`tamir berkata: “Aku mendengar ayahku daripada Anas daripada Nabi s.a.w. sebagai bersabda: “Setiap orang Nabi telah meminta atau Baginda bersabda: Setiap orang Nabi ada doa yang telah dia berdoa dengannya maka dimakbulkan doanya itu tetapi aku menyimpan doaku sebagai syafa`at untuk ummatku di hari qiamat.”

– Setiap Nabi Ada Doa-Doa Yang Diterima. Adakah ini mengatakan bahawa setiap doa Nabi diterima Allah? Padahal ada hadith Nabi mengatakan bahawa ada doa baginda yang tidak dimakbulkan. Nabi pernah mengatakan bahawa baginda meminta kepada Allah tiga perkara dan hanya dua perkara dimakbulkan. Iaitu Allah tidak memakbulkan doa baginda supaya umatnya tidak berpecah belah. Itu Allah tak makbulkan. Maka sekarang kita boleh lihat bagaimana umat Islam seluruh dunia berpecah belah dan tidak bersatu.
Maka itu menunjukkan tidak semua doa Nabi dimakbulkan.
Ini bermaksud semua Nabi telah menggunakan doa besar mereka untuk kebaikan umat mereka tapi Nabi Muhammad tidak menggunakannya kerana baginda hendak menyimpannya untuk membantu semua umat manusia nanti di akhirat kelak.

بَاب أَفْضَلِ الِاسْتِغْفَارِ

Bab Sebaik-Baik Istighfar

وَقَوْلِهِ تَعَالَى { اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا يُرْسِلْ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا }{ وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ }

Dan Firman-Nya: “Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun. Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah kepada kamu dan memberikan kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya). (Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

حَدَّثَنَا أَبُو مَعْمَرٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ حَدَّثَنَا الْحُسَيْنُ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ بُرَيْدَةَ قَالَ حَدَّثَنِي بُشَيْرُ بْنُ كَعْبٍ الْعَدَوِيُّ قَالَ حَدَّثَنِي شَدَّادُ بْنُ أَوْسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ قَالَ وَمَنْ قَالَهَا مِنْ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِيَ فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ وَمَنْ قَالَهَا مِنْ اللَّيْلِ وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ

Abu Ma`mar telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abd al-Warits telah meriwayatkan kepada kami, katanya: al-Husain telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abdullah bin Buraidah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Busyair bin Ka`ab al-‘Adawi telah meriwayatkan kepada saya, katanya: Syaddad bin Aus telah meriwayatkan kepada saya daripada Nabi s.a.w. sabdanya: “Penghulu istighfar itu ialah engkau berkata: “Oh Tuhan! Engkaulah Tuhanku. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Engkaulah yang telah menciptakan daku dan aku hamba-Mu. Aku tetap di atas kesetiaan dan janji dengan-Mu sedapat mungkin. Aku berlindung dengan-Mu dari kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan. Aku kembali kepada-Mu dengan nikmat-Mu kepadaku aku kembali kepada-Mu dengan dosaku, ampunkanlah daku kerana tidak ada yang dapat mengampunkan dosa kecuali Engkau jua.” Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang mengucapkan begitu pada waktu siang dengan penuh yakin dengan apa yang diucapkan lalu dia mati pada hari itu sebelum habis waktu petang maka dia adalah ahli syurga dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam dalam keadaan dia benar-benar yakin dengannya lalu dia mati sebelum waktu pagi maka dia adalah ahli syurga.”

– Apabila kita melakukan ibarat, kita perlu menyucikan diri kita. Maka dalam berdoa, kita perlu menyucikan diri dengan memohon ampun kepada Allah supaya kita dalam keadaan suci. Tidak cukup dengan cakap dengan mulut, kena taubat dengan hati. Allah tidak tengok zahir, Allah tengok yang dalam. Semakin kurang dosa, semakin Allah akan terima doanya. Malaikat akan aminkan sekali doa kita. Barulah mudah diterima. Kalau banyak dosa, tidak layak. Tidak cukup kita dok puji Allah sahaja. Kena cuci diri kita. Istighfar dan taubat. Sebab itu doa Nabi diterima kerana mereka maksum.

– Istighfar itu sendiri dah ada kebaikannya dah. Walaupun tidak berdoa. Sebab Allah suruh kita Istighfar. Dengan itu, Allah akan menurunkan rahmat.

– Penghulu Istighfar. Kita telah berjanji dengan Tuhan. Mengaku di hadapan Allah. Kalau mati lepas itu, akan masuk syurga. Tapi boleh jadi akan dikira, dan kalau banyak dosa, akan masuk neraka dulu. Tapi akan masuk syurga juga akhirnya. Dalam hadis ini, tidak dikatakan seseorang itu akan jadi ahli syurga yang istimewa yang dapat masuk syurga terus tanpa dihisab. Sebab taknak manusia pikir kalau dia baca istighfar ini yang dia dah selamat dah. Kalau ada yang fikir macam tu, dia akan senang pula nak buat maksiat pula, sebab dah ingat selamat dah.

بَاب اسْتِغْفَارِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْيَوْمِ وَاللَّيْلَةِ

Bab Istighfar Nabi s.a.w. Pada Waktu Siang Dan Malam

حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ أَخْبَرَنِي أَبُو سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ قَالَ قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي الْيَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً

Abu al-Yaman telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu`aib telah menceritakan kepada kami daripada al-Zuhri, beliau berkata: Abu Salamah bin Abd Rahman telah menceritakan kepada saya, katanya: Abu Hurairah berkata: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demi Allah! Sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali.”

– ada ulama yang berpendapat Nabi bertaubat yang dia sebut itu iaitu 70 kali. Tapi ada ulama mengatakan yang apabila digunakan perkataan itu, ia bermakna banyak kali. Alangkan Nabi yang telah diampunkan dosanya pun bertaubat begitu banyak, sepatutnya kita banyak lagi.
Nabi Istighfar sebab ianya adalah sebahagian dari ibadat.

Atau baginda buat kerana nak mengajar umatnya kepentingan beristighfar itu.
Dan kerana bagindq nak menyatakan rendah diri dia di hadapan Allah.
Atau dia Istighfar kerana kesalahan yang dia buat dalam kehidupan dunia yang bukan atas statusnya sebagai Nabi. Ini mungkin berlaku. Itu bukan sampai ke tahap dosa.
Atau atas kesalahan baginda yang dia mungkin buat sebelum dia jadi Nabi.
Atau dia rasa dia tidak buat perkara yang terbaik. Walaupun apa dia buat dah baik dah tapi ada kala tidak yang terbaik.

بَاب التَّوْبَةِ

Bab Taubat

قَالَ قَتَادَةُ { تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا } الصَّادِقَةُ النَّاصِحَةُ

Qatadah berkata: {Bertaubatlah kepada Allah dengan sebenar-benarnya} taubat yang betul-betul dan ikhlas.

– taubat yang ikhlas yang betul-betul.

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ حَدَّثَنَا أَبُو شِهَابٍ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ عُمَارَةَ بْنِ عُمَيْرٍ عَنْ الْحَارِثِ بْنِ سُوَيْدٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْعُودٍ حَدِيثَيْنِ أَحَدُهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْآخَرُ عَنْ نَفْسِهِ قَالَ إِنَّ الْمُؤْمِنَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَأَنَّهُ قَاعِدٌ تَحْتَ جَبَلٍ يَخَافُ أَنْ يَقَعَ عَلَيْهِ وَإِنَّ الْفَاجِرَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَذُبَابٍ مَرَّ عَلَى أَنْفِهِ فَقَالَ بِهِ هَكَذَا قَالَ أَبُو شِهَابٍ بِيَدِهِ فَوْقَ أَنْفِهِ ثُمَّ قَالَ : لَلَّهُ أَفْرَحُ بِتَوْبَةِ عَبْدِهِ مِنْ رَجُلٍ نَزَلَ مَنْزِلًا وَبِهِ مَهْلَكَةٌ وَمَعَهُ رَاحِلَتُهُ عَلَيْهَا طَعَامُهُ وَشَرَابُهُ فَوَضَعَ رَأْسَهُ فَنَامَ نَوْمَةً فَاسْتَيْقَظَ وَقَدْ ذَهَبَتْ رَاحِلَتُهُ حَتَّى إِذَا اشْتَدَّ عَلَيْهِ الْحَرُّ وَالْعَطَشُ أَوْ مَا شَاءَ اللَّهُ قَالَ أَرْجِعُ إِلَى مَكَانِي فَرَجَعَ فَنَامَ نَوْمَةً ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ فَإِذَا رَاحِلَتُهُ عِنْدَهُ

Ahmad bin Yunus telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Syihab telah meriwayatkan kepada kami daripada al-A`masy daripada Umarah bin Umair daripada al-Harits bin Suwaid, katanya: Abdullah bin Mas`ud telah meriwayatkan kepada kami dua hadits, salah satu daripadanya daripada Nabi s.a.w. dan yang satu lagi daripada dirinya sendiri. Nabi s.a.w. bersabda: “Orang mukmin nampak dosa-dosanya seolah-seolah dia berada di bawah bukit yang mana dia takut bukit itu akan runtuh ke atasnya dan orang yang derhaka nampak dosa-dosanya seperti lalat lalu di atas hidungnya. Lalu dibuatnya begini. Abu Syihab mengisyaratkan dengan tangannya di atas hidungnya kemudian Baginda bersabda: Allah lebih suka terhadap taubat hamba-Nya dari seseorang yang singgah di suatu tempat yang membinasakan/membahayakan. Bersamanya ada kenderaannya yang mana di atas kenderaannya itu ada makanan dan minuman. Dia pun meletakkan kepalanya lalu tertidur. Apabila dia sedar kenderaannya sudah tiada lagi. Sehingga apabila sudah terlalu panas dan dahaga atau apa lagi yang dikehendaki Allah, dia pun berkata: Aku hendak kembali ke tempatku tadi lalu dia kembali dan tidur sebentar. Kemudian dia mengangkat kepalanya, rupa-rupanya kenderaannya sudah berada dekat dengannya.”

– orang mukmin yang bertaubat merasa gerun dengan dosa yang dilakukan. Kalau dia tidak rasa begitu, dia belum bertaubat.
– Allah amat suka sekali kalau kita bertaubat. Allah berikan bandingan seorang yang kehilangan untanya di padang pasir tanpa makanan. Maknanya harapan dia untuk hidup telah hilang. Dan bila dia tidur dan dia bangun dan untanya telah kembali, tentulah dia amat suka. Allah nak bagitahu bahawa Allah kesukaanNya lagi tinggi dari itu. Macam Allah itu menanti-nanti sahaja hambaNya untuk meminta ampun kepadanya.

تَابَعَهُ أَبُو عَوَانَةَ وَجَرِيرٌ عَنْ الْأَعْمَشِ وَقَالَ أَبُو أُسَامَةَ حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ حَدَّثَنَا عُمَارَةُ سَمِعْتُ الْحَارِثَ وَقَالَ شُعْبَةُ وَأَبُو مُسْلِمٍ اسْمُهُ عُبَيْدُ اللَّهِ كُوفِيٌّ قَائِدُ الْأَعْمَشِ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيِّ عَنْ الْحَارِثِ بْنِ سُوَيْدٍ وَقَالَ أَبُو مُعَاوِيَةَ حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ عَنْ عُمَارَةَ عَنْ الْأَسْوَدِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ وَعَنْ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيِّ عَنْ الْحَارِثِ بْنِ سُوَيْدٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ

Abu ‘Awanah dan Jarir menjadi mutabi` daripada al-A`masy. Abu Usamah berkata: al-A`masy telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Umarah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Saya mendengar al-Haris. Syu’bah dan Abu Muslim berkata: Namanya ‘Ubaidullah, orang Kufah, ketua al-A`masy. Daripada al-A`masy daripada Ibrahim al-Taimi daripada al-Harits bin Suwaid dan Abu Mu‘awiyah berkata: al-A`masy telah meriwayatkan kepada kami daripada ‘Umarah daripada al-Aswad daripada Abdillah dan daripada Ibrahim al-Taimi daripada al-Harits bin Suwaid daripada Abdillah

حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ أَخْبَرَنَا حَبَّانُ حَدَّثَنَا هَمَّامٌ حَدَّثَنَا قَتَادَةُ حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ح و حَدَّثَنَا هُدْبَةُ حَدَّثَنَا هَمَّامٌ حَدَّثَنَا قَتَادَةُ عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُ أَفْرَحُ بِتَوْبَةِ عَبْدِهِ مِنْ أَحَدِكُمْ سَقَطَ عَلَى بَعِيرِهِ وَقَدْ أَضَلَّهُ فِي أَرْضِ فَلَاةٍ

Ishaq telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Habban telah menceritakan kepada kami, katanya: Hammam telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Qatadah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Anas bin Malik telah meriwayatkan kepada kami daripada Nabi s.a.w. ح dan Hudbah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammam telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Qatadah telah meriwayatkan kepada kami daripada Anas, katanya: “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Allah lebih suka dengan taubat hamba-Nya daripada seseorang kamu yang tiba-tiba menemui untanya yang telah hilang di padang pasir yang luas.”

بَاب الضَّجْعِ عَلَى الشِّقِّ الْأَيْمَنِ

Bab Berbaring Di Atas Lambung Kanan

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ يُوسُفَ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي مِنْ اللَّيْلِ إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً فَإِذَا طَلَعَ الْفَجْرُ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ خَفِيفَتَيْنِ ثُمَّ اضْطَجَعَ عَلَى شِقِّهِ الْأَيْمَنِ حَتَّى يَجِيءَ الْمُؤَذِّنُ فَيُؤْذِنَهُ

Abdullah bin Muhammad telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Hisyam bin Yusuf telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Ma’mar telah menceritakan kepada kami daripada al-Zuhri daripada ‘Urwah daripada ‘A`isyah bahawa Nabi s.a.w. bersembahyang pada waktu malam sebelas raka`at. Apabila terbit fajar, baginda bersembahyang dua raka`at yang ringkas kemudian berbaring di atas lambungnya yang kanan sehingga datang muazzin memberitahunya.

– Perbuatan baring di atas lambung kanan itu adalah seperti kedudukan di dalam kubur. Nabi menunjukkan bahawa ia mengingatkan mati.
– Dan baring dalam keadaan begitu kerana baginda mengadap kiblat kerana dalam duduk baring itu pun Nabi berdoa juga kepada Allah dengan doa-doa tertentu.

بَاب إِذَا بَاتَ طَاهِرًا وَفَضْلِهِ

Bab Seseorang Yang Bermalam Dalam Keadaan Suci Dan Kelebihannya

حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا مُعْتَمِرٌ قَالَ سَمِعْتُ مَنْصُورًا عَنْ سَعْدِ بْنِ عُبَيْدَةَ قَالَ حَدَّثَنِي الْبَرَاءُ بْنُ عَازِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وَضُوءَكَ لِلصَّلَاةِ ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الْأَيْمَنِ وَقُلْ اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نَفْسِي إِلَيْكَ وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَهْبَةً وَرَغْبَةً إِلَيْكَ لَا مَلْجَأَ وَلَا مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ فَإِنْ مُتَّ مُتَّ عَلَى الْفِطْرَةِ فَاجْعَلْهُنَّ آخِرَ مَا تَقُولُ فَقُلْتُ أَسْتَذْكِرُهُنَّ وَبِرَسُولِكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ قَالَ لَا وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ

Musaddad telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Mu’tamir telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Saya mendengar Manshur daripada Sa`ad bin ‘Ubaidah, beliau berkata: al-Baraa` bin ‘Azib telah menceritakan kepada saya, beliau berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda kepada saya: “Apabila engkau hendak pergi ke pembaringanmu/tempat tidurmu maka berwuduklah seperti mana engkau berwuduk untuk sembahyang kemudian berbaringlah di atas lambung kananmu dan kamu ucapkanlah: Ya Allah! Aku serahkan diriku kepada-Mu, Dan Aku serahkan segala urusanku kepada-Mu dan aku sandarkan belakangku (bergantung sepenuhnya) pada-Mu dengan penuh rasa takut dan gemar kepada-Mu. Tidak ada tempat berlindung dan tempat lari dari-Mu kecuali kepada-Mu jua. Aku telah beriman dengan kitab yang telah Engkau turunkan dan dengan Nabi yang Engkau utuskan. Kalau engkau mati (setelah membaca begitu sebelum tidur ) engkau mati dalam kesucian/agama Islam. Dan jadikanlah ia ucapan terakhir yang engkau ucapkan.” Aku pun berkata: “Saya hendak cuba sebutkan sendiri (apa yang Rasulullah ajarkan tadi lalu menyebutkan sehingga sampai ‘dan dengan Nabi yang Engkau utuskan’ aku baca) ‘dan dengan Rasul yang engkau utuskan’ Nabi s.a.w. berkata: “Tidak! ‘Dan dengan Nabi yang Engkau utuskan’.”

– Doa ini bermakna seseorang itu menyerahkan diri kepada Allah.
– Tidak boleh ubah apa doa yang telah diberikan oleh Nabi itu. Ini menunjukkan bahawa doa itu adalah juga wahyu dari Allah. Tidak boleh ditukar-tukar.

بَاب مَا يَقُولُ إِذَا نَامَ

Bab Apa Yang Diucapkan Oleh Seseorang Apabila Hendak Tidur

حَدَّثَنَا قَبِيصَةُ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ عَنْ رِبْعِيِّ بْنِ حِرَاشٍ عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ الْيَمَانِ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ قَالَ بِاسْمِكَ أَمُوتُ وَأَحْيَا وَإِذَا قَامَ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

Qabishah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufyan telah meriwayatkan kepada kami daripada Abd al-Malik daripada Rib`ei bin Hirasy daripada Huzaifah bin al-Yaman katanya: “Nabi s.a.w. apabila pergi ke tilamnya Baginda akan mengucapkan: “Dengan nama Allah aku mati dan aku hidup.” Dan apabila Baginda bangun dari tidur Baginda akan membaca: “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kita dan mematikan kita dan kepada-Nya jua kita akan dibangkitkan.”

حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ الرَّبِيعِ وَمُحَمَّدُ بْنُ عَرْعَرَةَ قَالَا حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ سَمِعَ الْبَرَاءَ بْنَ عَازِبٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ رَجُلًا ح و حَدَّثَنَا آدَمُ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ حَدَّثَنَا أَبُو إِسْحَاقَ الْهَمْدَانِيُّ عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْصَى رَجُلًا فَقَالَ إِذَا أَرَدْتَ مَضْجَعَكَ فَقُلْ اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نَفْسِي إِلَيْكَ وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ وَوَجَّهْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ لَا مَلْجَا وَلَا مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ فَإِنْ مُتَّ مُتَّ عَلَى الْفِطْرَةِ

Sa`id in al-Rabi’ dan Muhammad bin ‘Ar`arah telah meriwayatkan kepada kami, mereka berdua berkata: Syu’bah telah meriwayatkan kepada kami daripada Abi Ishaq, beliau mendengar al-Baraa` bin ‘Azib bahawa Nabi s.a.w. telah memerintahkan seorang lelaki ح dan Adam telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu’bah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Ishaq al-Hamdani telah meriwayatkan kepada kami daripada al-Baraa` bin ‘Azib bahawa Nabi s.a.w. berpesan kepada seseorang: “Apabila engkau hendak pergi ke tempat tidurmu kamu ucaplah: Ya Allah! Aku serahkan diriku kepada-Mu, aku serahkan segala urusanku kepada-Mu, aku hadapkan wajahku kepda-Mu dan aku sandarkan belakangku (bergantung sepenuhnya) pada-Mu dengan penuh rasa takut dan gemar kepada-Mu. Tidak ada tempat berlindung dan tempat lari dari-Mu kecuali kepada-Mu jua. Aku telah beriman dengan kitab yang telah Engkau turunkan dan dengan Nabi yang Engkau utuskan. Kalau Engkau mati (setelah membaca begitu sebelum tidur ) engkau mati dalam kesucian/agama Islam.”

بَاب وَضْعِ الْيَدِ الْيُمْنَى تَحْتَ الْخَدِّ الْأَيْمَنِ

Bab Meletakkan Tangan Kanan Di Bawah Pipi Kanan

حَدَّثَنِي مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ عَنْ رِبْعِيٍّ عَنْ حُذَيْفَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَخَذَ مَضْجَعَهُ مِنْ اللَّيْلِ وَضَعَ يَدَهُ تَحْتَ خَدِّهِ ثُمَّ يَقُولُ اللَّهُمَّ بِاسْمِكَ أَمُوتُ وَأَحْيَا وَإِذَا اسْتَيْقَظَ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

Musa bin Ismail telah meriwayatkan kepada saya, katanya: Abu ‘Awanah telah meriwayatkan kepada kami daripada Abdul Malik daripada Rib`ei daripada Huzaifah katanya Nabi s.a.w. apabila pergi ke tempat tidurnya pada waktu malam Baginda akan meletakkan tangannya di bawah pipinya kemudian mengucapkan: Ya Allah! Dengan nama-Mu aku mati dan aku hidup. Dan apabila bangun Baginda mengucapkan: Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepada-Nya lah kami kembali.”

بَاب النَّوْمِ عَلَى الشِّقِّ الْأَيْمَنِ

Bab Tidur Di Atas Lambung Kanan

حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَاحِدِ بْنُ زِيَادٍ حَدَّثَنَا الْعَلَاءُ بْنُ الْمُسَيَّبِ قَالَ حَدَّثَنِي أَبِي عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ نَامَ عَلَى شِقِّهِ الْأَيْمَنِ ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نَفْسِي إِلَيْكَ وَوَجَّهْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ لَا مَلْجَأَ وَلَا مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ وَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ قَالَهُنَّ ثُمَّ مَاتَ تَحْتَ لَيْلَتِهِ مَاتَ عَلَى الْفِطْرَةِ

Musaddad telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abd al-Wahid bin Ziyad telah meriwayatkan kepada kami, katanya: al-‘Alaa` bin al-Musayyab telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Ayahku telah meriwayatkan kepadaku daripada al-Bara’ bin ‘Azib, katanya: “Apabila Baginda pergi kepada tilamnya Baginda tidur di atas lambung kanannya kemudian mengucapkan: “Ya Allah! Aku serahkan diriku kepada-Mu, aku hadapkan wajahku kepada-Mu, aku serahkan segala urusanku kepada-Mu dan aku sandarkan belakangku (bergantung sepenuhnya) pada-Mu dengan penuh rasa takut dan gemar kepada-Mu. Tidak ada tempat berlindung dan tempat lari dari-Mu kecuali kepada-Mu jua. Aku telah beriman dengan kitab yang telah Engkau turunkan dan dengan Nabi yang Engkau utuskan. Sesiapa yang mengucapkan begitu kemudian pada malam itu dia mati (setelah membaca begitu sebelum tidur ) maka dia mati dalam kesucian/agama Islam.”

{ اسْتَرْهَبُوهُمْ } مِنْ الرَّهْبَةِ مَلَكُوتٌ مُلْكٌ مَثَلُ رَهَبُوتٌ خَيْرٌ مِنْ رَحَمُوتٍ تَقُولُ تَرْهَبُ خَيْرٌ مِنْ أَنْ تَرْحَمَ

{ اسْتَرْهَبُوهُمْ } diambil daripada الرَّهْبَةِ (mereka merasa gerun terhadap tukang-tukang sihir itu). مَلَكُوتٌ maknanya مُلْكٌ (kerajaan yang besar) digeruni lebih baik dari dikasihi. Engkau kata: Engkau digeruni lebih baik dari dikasihani.
Kelas penuh Maulana Asri boleh didapati disini

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s