We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Iman Bab Sabda Nabi SAW : Agama Itu Ialah Ikhlas Kerana Allah…(dan seterusnya) September 16, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Iman — visitor74 @ 1:08 am

Sahih Bukhari Kitab Iman Bab Sabda Nabi SAW : Agama Itu Ialah Ikhlas Kerana Allah…(dan seterusnya)

بَاب قَوْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الدِّينُ النَّصِيحَةُ لِلَّهِ وَلِرَسُولِهِ وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ وَقَوْلِهِ تَعَالَى ( إِذَا نَصَحُوا لِلَّهِ وَرَسُولِهِ (

42. Bab Sabda Nabi SAW: Agama Itu ialah Ikhlas Kerana/kepada Allah, Kerana/kepada RasulNya, Dan Kerana/kepada Pemimpin-Pemimpin Orang-Orang Islam Dan Kerana/kepada Orang Awam Islam. Dan Firman Allah: إِذَا نَصَحُوا لِلَّهِ وَرَسُولِهِ (Maksudnya) “Apabila Mereka Ikhlas Kepada Allah Dan RasulNya”

– Salah faham makna ‘nasihah‘ itu. Kebanyakan orang sangka ianya bermakna ‘agama itu nasihat’. Tapi nasihat dalam pemahaman kita itu adalah sebahagian sahaja dari makna ikhlas itu. Tambahan pula, kalau maknanya hanya nasihat, bagaimana nak nasihat kepada Allah dan Nabi, seperti yang disebut dalam ayat Quran di atas?

Hadis sebelum ini pasal niat. Lagi satu, amal kena ada ikhlas. Dalam iman pun kena ikhlas. Banyak peringkat iklas seseorang itu. Kepada Allah dan rasul dah memang mesti dah. Tapi kepada yang lain? Berbeza-beza peringkat itu. Maka berbeza-beza juga iman orang Islam itu.

Ditutup kitab Iman ini dengan hadis yang dikatakan sebagai salah satu dari paksi Islam. Ini seperti yang dikatakan oleh Imam Nawawi. Banyak bab boleh gunakan hadis ini. Atau boleh juga dikatakan sebagai salah satu dari 4 hadis yang paling penting.

Bukhari nak tunjuk bahawa segala kritik yang dia buat itu adalah ikhlas. Kepada Allah dan rasul, kepada pemimpin dan orang awam. Supaya mereka tahu kesilapan golongan murjiah itu. Tujuannya adalah untuk menjaga kesucian agama.

Hadis dalam tajuk tiada sanad sebab ada seorang perawi tidak menepati syaratnya. Walaupun Imam Muslim terima. Itulah sebabnya tinggi kitab Bukhari ni. Sebab ketat betul syarat dia. Hadis ini sahih tapi cuma tidak menepati syarat dia.

Asal makna membersihkan madu. Maksud disini adalah ikhlas. Mahukan kebaikan kepada seseorang supaya dia mendapat apa dia patut dapat. Agama itu banyak benda dalamnya tapi ikhlas ini yang sangat penting. Bukan menafikan makna-makna yang lain.

Apakah yang dimaksudkan Ikhlas kepada Allah: mempercayaiNya sepertimana sepatutnya dan layak denganNya. Iaitu apa yang kita dapat dari ajaran Nabi. Ini adalah dari segi akidah. Hendaklah kita ketahui bahawa Allah itu ada zat dan sifat. Selain dari itu, kita mestilah tidak melakukan syirik kepada Allah. Tidak terlalu sangat bergantung kepada makhluk. Taat dan patuh kepada ajaranNya. Menjauh dari laranganNya. Syukur kepada nikmatNya. Kasih kepada apa Allah kasih. Benci kepada apa yang Allah benci. Ikhlas dengan kitabNya. Mengamalkannya ajaran yang terkandung di dalamnya. Selalulah membacanya. Ketahuilah bahawa tiada kitab yang lebih mulia dari Quran itu. Hendaklah juga kita terima ia adalah Kalam Allah. Kerana fahaman ini telah tersebut dalam Quran tu. Kena jaga Quran dari diselewengkan. Mempelajari sebaik mungkin.

Ikhlas dengan rasul: membenarkan ajarannya. Menerima amalan ibadat yang dia dia sampaikan adalah yang terbaik untuk diamalkan. Tidak perlu ditambah-tambah lagi. Hak dia diutamakan dari orang lain. Tidak kita ubah ajaran dia sampai jadi bidaah.

Ikhlas kepada pemimpin-pemimpin Islam: supaya rakyat tahu peranan seorang pemimpin itu. Dan supaya rakyat tahu apa yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin. Cuma dia tidak duduk ditempat seorang pemimpin buat masa ini. Jadi dia boleh tegur. Tegur tu pula dengan perasayaan sayang. Jangan memberontak. Kekadang kita tidak faham apa yang dilakukan oleh pemimpin itu. Ada kemungkinan pemimpin itu nampak apa yang perlu dilakukan. Kita tak duduk di tempat dia, kita tak tahu. Mungkin apa yang dia sedang lakuka adalah untuk kemaslahatan umum. Kalau jelas dia salah dalam sesuatu perkara, kita tidak ikut dia dalam hal itu. Bukan semua sekali kita nak kena ikut. Kalau perbuatan dia itu adalah membawa kepada maksiat, tidak boleh kita ikut. Tidak puji berlebihan atau bodek. Ada pula yang kata pemimpin itu ulama maka kena belajar dengan dia. Mana yang tak betul kita kena tegur. Tidak boleh kita buat senyap sahaja. Kita tak tahu mana yang betul disisi Allah. Selagi dia ada dalil. Sebarkan ilmu yang dia sampaikan. Sebab itu kena faham betul apa yang kita belajar, takut salah sampaikan pula. Kita sebutkan kebaikan dia, bila dia buat sesuatu yang baik.

Ikhlas kepada orang awam Islam: ikut kepada peringkat masing-masing. Yang tidak tinggi agamanya. Iaitu mereka yang tidak boleh buat rujukan sendiri. Kena ajar benda betul kepada mereka. Jaga kebaikan dunia dan akhirat mereka. Dorong ke arah kebaikan. Suruh kepada kebaikan, larang kepada kemungkaran. Simpati kepada mereka dan bertolak ansur dalam banyak perkara. Kasih kepada muda, hormat yang tua.

Dan Firman Allah: إِذَا نَصَحُوا لِلَّهِ وَرَسُولِهِ (Maksudnya) “Apabila Mereka Ikhlas Kerana Allah Dan Rasulnya”: mereka tidak berdosa kalau mereka lemah. Tidak dapat pergi perang. Tidak berdosa kalau mereka ikhlas. Macam kita tahu haji wajib tapi kita tidak mampu. Tidak berdosa. Islam tidak bebankan diluar kemampuan. Ikhlas dalam setiap perkara, itu yang penting.

۵۵ – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ إِسْمَاعِيلَ قَالَ حَدَّثَنِي قَيْسُ بْنُ أَبِي حَازِمٍ عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِاللَّهِ قَالَ {بَايَعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى إِقَامِ الصَّلاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالنُّصْحِ لِكُلِّ مُسْلِمٍ}

55. Telah menceritakan kepada kami Musaddad berkata, telah menceritakan kepada kami Yahya dari Isma’il berkata, telah menceritakan kepadaku Qais bin Abu Hazim dari Jarir bin Abdillah berkata: “Aku telah membai’at kepada Rasulullah untuk mendirikan salat, menunaikan zakat dan ikhlas kepada setiap muslim”.

Mengenali perawi: Qais nak jumpa Nabi tapi dalam perjalanan, Nabi wafat. Masa tu dia dah islam dah. Dia tua dah sebab dia sempat berada dalam zaman jahiliah. Maka dia ada seorang tabien kerana dia tidak dapat jumpa Nabi. Ayah dia pula seorang sahabat. Ulama iktiraf dia sebagai tsiqah. Dia meriwayatkan dari sahabat sepuluh, iaitu mereka yang telah dijanjika Nabi akan masuk syurga. Dia seorang sahaja yang dapat buat begini. Ada dua perkara yang mungkin menjejaskan dia: Ada yang kata dia munkarul Hadith. Ini adalah kerana dia ada meriwayatkan hadis yang orang lain tidak ada. Ini sebenarnya tidak menjejaskan. Maka bukanlah munkarul hadith yang macam pemahaman orang itu. Kedua, ada yang kata dia berpandangan tidak baik dengan Saidina Ali. Tidak juga. Cuma dia kata Saidina Uthman lebih baik dari Ali. Ini tidak menjejaskan status dia juga. Maka ulama sepakat mengatakan boleh menerima riwayat dari dia. Kalau kata tak boleh tu, sebenarnya orang cakap sebegitu, menyusahkan diri sendiri.

Jarir memeluk Islam saat akhir hayat Nabi. Iaitu pada tahun 10H. Dia adalah ketua kaumnya walaupun dia berumur muda. Bila dia jumpa Nabi, Nabi bagi sehelai kain kepadanya dan memberi kepada orang lain untuk memuliakan pemimpin sesuatu kaum. Maka, adalah Sunnah untuk menghormati ketua masyarakat. Dia bila jumpa Nabi dia membersihkan diri dulu. Sebelum dia sampai, Nabi kata akan datang golongan yang paling bertuah dan dimukanya ada satu malaikat. Bila dia masuk Islam, Nabi suruh dia robohkan rumah berhala di tempatnya. Sebelum pergi, dia kata dia susah naik kuda. Nabi pegang dadanya dan dia rasa semacam. Nabi doakan supaya dia ditetapkan dan jadikan dia pemimpin yang terpimpin. Pernah dia berkhidmat dengan Anas walaupun Anas lagi muda darinya. Anas rasa tak selesa tapi dia kata orang Ansar telah banyak melakukan khidmat dan dia kata kalau ada dia dengan Ansar, dia nak khidmat kepada orang Ansar. Umar pernah suruh dia perang ke Iraq dan dijanjikan 1/4 dari harta ghanimah. Bila menang, dia minta sebagaimana yang dijanjikan. Umar kata kepadanya kalau dia berperang kerana upah, dia boleh dapat sepertimana yang dijanjikan. Tapi kalau dia berperang kerana Allah, maka dia kena serupa macam orang lain. Jadi dia tak mahu 1/4 itu. Maka ini jadi dalil, boleh bagi upah kepada tentera. Itu lain dari ghanimah. Dia asal dari Kufah. Orang di Kufah terlajak lebih kepada Ali. Jadi dia tak suka, maka dia telah tinggalkan Kufah. Dia seorang yang segak luar biasa. Umar kata dia Yusuf umat itu. Bila dia masuk Islam, dia berbaiah dengan Nabi seperti yang diceritakan dalam hadis ini. Nabi telah menyuruh dia “ikhlas kepada semua umat Islam”. Itulah yang dia lakukan sepanjang hayatnya. Dia pernah beli kuda tapi orang itu hendak jual murah. 300 dirham. Dia kata kuda ini patutnya mahal lagi. Dia naikkan harga sampai 700 dirham. Pernah dalam majlis Umar, ada yang kentut, maka Umar tanya sapa yang kentut itu, kerana dia kena ambil wudu balik. Jarir bangun dan tolong tutup malu orang yang kentut itu dengan kata biarlah semua orang yang kat situ ambik wudu. Semasa zaman pemerintahan Uthman, dia pernah jadi gabenor dan mata dia jadi buta. Semasa Ali berselisih dengan Muawiyah dia tak mahu terlibat dan dia lari. Dia mengmbil kedudukan berkecuali. Dia riwayatkan 100 Hadith.

Dia telah berbait dengan Nabi mendirikan solat. Iaitu menjaga molek solatnya. Dan membayar zakat. Dan mahukan kebaikan kepada setiap orang Islam.

Bila Nabi baiah dengan sahabat, baginda akan menyesuaikan dengan sahabat itu sendiri. Lain seorang dengan seorang lain.

 

 

۵٦- حَدَّثَنَا أَبُو النُّعْمَانِ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ زِيَادِ بْنِ عِلاقَةَ قَالَ {سَمِعْتُ جَرِيرَ بْنَ عَبْدِاللَّهِ يَقُولُ يَوْمَ مَاتَ الْمُغِيرَةُ بْنُ شُعْبَةَ قَامَ فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ وَقَالَ عَلَيْكُمْ بِاتِّقَاءِ اللَّهِ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ وَالْوَقَارِ وَالسَّكِينَةِ حَتَّى يَأْتِيَكُمْ أَمِيرٌ فَإِنَّمَا يَأْتِيكُمُ الآنَ . ثُمَّ قَالَ اسْتَعْفُوا لأَِمِيرِكُمْ فَإِنَّهُ كَانَ يُحِبُّ الْعَفْوَ . ثُمَّ قَالَ أَمَّا بَعْدُ فَإِنِّي أَتَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قُلْتُ أُبَايِعُكَ عَلَى الإِسْلامِ فَشَرَطَ عَلَيَّ وَالنُّصْحِ لِكُلِّ مُسْلِمٍ فَبَايَعْتُهُ عَلَى هَذَا وَرَبِّ هَذَا الْمَسْجِدِ إِنِّي لَنَاصِحٌ لَكُمْ ثُمَّ اسْتَغْفَرَ وَنَزَلَ}

56. Telah menceritakan kepada kami Abu An Nu’man berkata, telah menceritakan kepada kami Abu ‘Awanah dari Ziyad bin ‘Alaqah berkata; saya mendengar Jarir bin Abdillah berkata dihari kematian Al Mughirah bin Syu’bah, berdiri berdiri dengan memuji-muji Allah dan mensucikan- Nya, kemudian berkata: “Wajib atas kalian bertakwa kepada Allah satu-satunya dan tidak menyekutukanNya, dan hendaklah kamu berada dalam tenang dan tenteram sampai datang kepadamu seorang pemimpin pengganti, tidak lama lagi dia akan datang, ” kemudian dia berkata: “Mintakanlah ampun kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala buat pemimpin kalian ini (Al Mughirah), kerana dia suka memberi maaf.” Lalu dia berkata: “Amma ba’du, sesungguhnya aku pernah mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam aku berkata: “Aku mahu membai’at engkau untuk menepati ajaran Islam”. Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam memberi syarat supaya ikhlas kepada setiap muslim, maka aku membai’at Beliau dengan syarat itu, dan demi Tuhan Pemilik Masjid ini, sungguh aku benar-benar ikhlas kepada kalian” Kemudian dia beristighfar lalu turun.

Kenapa Jarir lagi? Kerana Nabi suruh dia betul benar-benar dengan orang Islam.
Mughirah adalah gabenor Kufah dibawah pemerintahan Muawiyah. Kiranya kawasan penentang kerajaan. Dia mati pada tahun 50H. Ada yang kata Jarir adalah naib kepada dia. Ada kata anak Mughirah sendiri. Tapi sebab Jarir yang berucap, maka nampak macam Jarirlah yang naib.

Mughirah dalam sejarah diceritakan sebagai seorang yang tidak molek. Sebab dia sebelah Muawiyah. Jadi orang selalu burukkan dalam sejarah. Padahal dia awal masuk Islam dah. Pernah pula berbaiah dengan Nabi. Dan Allah sudah akui sahabat-sahabat ini adalah orang yang baik-baik. Teruk sangat orang burukkan sampai pelik jadinya. Dalam sejarah yang tersebar, dikatakan bininya sampai 2000! Dikatakan dia berzina. Yaitu cerita yang biasa kita dengar  berkenaan dengan Abi Bakrah. Orang Kufah ni memang perangai pelik sikit. Kalau dia tak molek, takkan Umar lantik dia. Uthman dan Muawiyah pun lantik dia sebagai pemimpin juga. Ada kata dia yang cadangkan Yazid jadi putera mahkota. Bodek muawiyah lah tu mereka kata. Tapi cerita Yazid jadi pemimpin itu lepas dia mati. Kononnya ceritanya, Muawiyah nak lucutkan jawatan gabenor Mughirah, jadi itulah sebabnya dia buat cadangan itu sebagai nak membodek Khalifah. Itu adalah cerita yang tidak benar. Muawiyah lantik Yazid tu merata dia hantar kesemua negeri untuk dapatkan persetujuan. Tiada yang tidak setuju. Cerita sebenarnya adalah Mughirah sendiri minta letak jawatan tapi Muawiyah yang tak benarkan. Banyak tak betul dalam sejarah. Macam nak tunjuk sahabat itu jahat. Sahabat bukan pengecut yang akan benarkan khalifah buat tak menentu. Jadi mereka takkan setuju kalau apa yang dia nak buat itu adalah perkara maksiat. Jadi Bukhari masukkan kerana Bukhari nak cerita yang betul.

Pemimpin yang dikatakan akan datang itu orang lain dari Jarir, iaitu Ziyad Abi Sufyan. Bukan Jarir. Orang kufah tak suka.
Dalam sejarah yang benar, Mughirah itu suka memaafkan orang.

Kena ikhlas mahukan kebaikan kepada orang Islam. Maknanya dia maksudkan rakyat melakukan kebaikan. Jarir suruh merekea duduk tenang jangan kecoh-kecoh.
Mereka berada dalam masjid Kufah atau mana-mana masjid. Lepas cakap dia turun dari mimbar. Bukhari isyarat kepada kesudahan dalam turunnya dari mimbar itu. Dan juga isyaratkan kepada mati. Sebab ini sudah sampai kepada hujung kitab. Bila seseorang tu ingat mati, dia tak buat benda tak molek. Bukhari juga isyarat mati dengan cerita mughirah mati. Dan istighfar tu Nabi selalu ajar adalah perbuatan akhir sekali. Bila selesai satu kerja penting, Nabi suruh istighfar. Lepas solat pun baginda istighfar. Abu Bakr minta Nabi ajar doa lepas solat, Nabi ajar sayyidul istighfar. Keluar jamban pun disuruh istighfar. Lepas wudu, Nabi suruh istighfar. Hujung perbuatan penting selalu istighfar. Surah fath pun ada istighfar, iaitu lepas menang. Ibn Abbas kata istighfar tu tanda Nabi tak lama lagi akan mati. Jarir pun ikut Quran. Tasbih kaffarah. Tanda sudah akhir ucapan. Turun itu pun tanda sudah. Masuk kubur pun kena turun kedalam tanah juga. Dimana ada permulaan akan ada hujungnya.

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s