We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Iman Bab Amalan Itu Dikira Mengikut Niat Dan Keikhlasan…(dan seterusnya) September 14, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Iman — visitor74 @ 12:27 pm
Tags: , , , , , , ,

Sahih Bukhari Kitab Iman Bab Amalan Itu Dikira Mengikut Niat Dan Keikhlasan…(dan seterusnya)

بَاب مَا جَاءَ إِنَّ الْأَعْمَالَ بِالنِّيَّةِ وَالْحِسْبَةِ وَلِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَدَخَلَ فِيهِ الْإِيمَانُ وَالْوُضُوءُ وَالصَّلَاةُ وَالزَّكَاةُ وَالْحَجُّ وَالصَّوْمُ وَالْأَحْكَامُ وَقَالَ اللَّهُ تَعَالَى ( قُلْ كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَى شَاكِلَتِهِ ) عَلَى نِيَّتِهِ نَفَقَةُ الرَّجُلِ عَلَى أَهْلِهِ يَحْتَسِبُهَا صَدَقَةٌ وَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَكِنْ جِهَادٌ وَنِيَّةٌ

41. Bab Amalan Itu Di Kira Mengikut Niat Dan Keikhlasan, Setiap Orang Mendapat Apa Yang Diniatkannya. Termasuk Di Dalamnya Iman, Wudhu’ Sembahyang, Zakat, Haji, Puasa Dan Segala Hukum Yang Lain. Allah Berfirman: “Setiap Orang Beramal Mengikut Keadaannya” Iaitu Niatnya. Perbelanjaan Seseorang Terhadap Keluarganya Dengan Ikhlas Adalah Sedekah. Nabi SAW Bersabda: Tetapi Yang Tetap Akan Ada Ialah Jihad Dan Niat.

Hadis ini adalah sebagai hadis yang dihujung Kitab Iman. Imam Bukhari nak mengatakan yang amalan-amalan yang dikatakan sebahagian dari iman itu adalah tidak bermakna jikalau tidak dengan niat yang betul dan jikalau tidak ada keikhlasan dalam hati. Itu yang penting. Bukan hanya melakukan sahaja amalan fizikal itu sahaja.

Imam Bukhari juga nak mengisyaratkan kenapa dia mengkritik pendapat-pendapat golongan murjiah dan lain lain yang dikritiknya sebelum ini. Bukanlah niatnya untuk menjatuhkan seseorang, tapi niatnya adalah memberi pengajaran. Orang tanya Imam Ahmad: mana lagi baik, seorang yang banyak beribadat dengan seorang yang kritik orang lain? Imam Ahmad jawap: Kritik lagi baik sebab jika dia beribadat, dapat kepada dia seorang sahaja. Tapi bila dia kritik, manfaatnya kepada ramai orang. Bila buat kerana Allah.

Kedua, Hisbah itu adalah bermakna ikhlas. Bab hisbah itu ada dalam hadis yang lain. Ada orang yang niatnya tidak ikhlas. Maka kita kena selalu membetulkan niat kita. Solat contohnya, untuk siapa? Untuk Allah. Jadi setiap kali kita buat satu amalan itu, kita kena ikhlaskan perbuatan kerana Allah. Contohnya, dia memang bagi nafkah kepada keluarga, dah lepas tanggungjawab dah tu. Tapi kalau dia tidak ikhlas, dia tidak akan dapat pahala dari perbuatannya itu.

Ketiga, Imam Bukhari nak membawa cerita ‘Setiap Orang Mendapat Apa Yang Diniatkannya’. Setiap orang tidak sama yang dia akan dapat dari niatnya. Lain-lain hasilnya. Dia mungkin buat satu perkara, macam bagi duit kepada keluarga contohnya. Bukan sahaja dia nak lepas tanggungjawab sahaja, tapi dia juga niat supaya dengan nafkah yang diberikan kepada mereka itu, mereka akan jadi orang berguna kepada masyarakat, tambah lagi nak jadi macam Bukhari contohnya. Jadi ada niat yang rendah, ada niat yang tinggi. Jadi pahala akan jadi lain-lain bergantung kepada niatnya. Dari satu perbuatan, boleh dapat banyak perkara. Kena pandailah apa yang dia nak niat kan.

Banyak kita boleh amalkan niat ini, dalam wudu contohnya – bukan untuk solat sahaja. Mungkin kita tambah niat supaya kita berada dalam wudu dan untuk membaca Quran juga. Bunuh orang yang nampak besar itu pun hukum dari Allah juga. Jadi kalau kita bunuh orang lain kerana Allah, maka kita pun akan dapat pahala juga. Bergantung atas niat. Kadang-kadang, bila tak buat sesuatu itu yang tidak baik. Niat itu pun tidak perlu sebut. Lintasan hati sahaja. Imam Bukhari berpendapat semua amalan kena ada niat. Untuk apa kita kerja contohnya? Sebab orang kafir pun kerja juga. Sebab itu ada banyak perbuatan, Nabi dah ajar doa-doa untuk mengingat kepada Allah. Yang kita tidak buat pun ada niat juga. Macam tak minum arak tu sebab tuhan larang. Itulah juga zikir kepada Allah dengan ingat sahaja kepada Allah. Bukan hanya dalam perbuatan ibadah sahaja. Faedah bukan di dunia sahaja. Akhirat juga kita akan mendapat balasannya.

Ayat Quran (Isra’ 17:84) itu bermaksud: Allah mengikut niat seseorang itu. Mungkin nampak perbuatan dia tidak molek, tapi kalau niatnya baik, dia akan dapat kebaikan. Macam kalau kita kritik seseorang. Kadang kita kena sebut nama dia supaya orang kenal. Macam Allah pun sebut nama Abu Lahab.

Kedua, setiap orang beramal mengikut keadaan dia. Ada yang terhad. Ada pula yang tinggi fahamnya, maka dia boleh dapat banyak lagi. Ini kalau orang itu belajar. Dia tahu dari satu ibadat, boleh jadi banyak niat yang dia boleh gunakan. Keadaan seseorang tidak serupa.

Ada pula yang kata maknanya ialah, setiap orang atau benda bertindak mengikut tabiat dia. Lembu ikut apa tabiat dia. Mengikut kejadian Tuhan telah jadikan dia. Macam malaikat tidak akan buat maksiat. Manusia, boleh pilih samada nak buat baik atau tidak.
Tuhan lebih tahu apa niat kita. Dan Tuhan lebih tahu mana yang baik. Maka kita tidak boleh ikut suka kita nak buat apa. Kena ikut apa yang Tuhan dah ajar. Jadi kalau pergi Mekah tapi pakai duit haram, tidak boleh.

Pahala bukan dengan beri sedekah kepada orang lain sahaja. Beri kepada isteri pun boleh dapat dah. Isteri pun bila buat baik kepada suami pun dapat pahala. Padahal itu memang dah jadi kewajipan dia dah. Tak payah keluar rumah pun kita boleh dapat pahala sebenarnya. Kalau kepada orang lain yang bukan kewajiban dia, lagilah bagus. Lagi banyak pahala boleh dapat kalau bagi kepada orang lain yang memerlukan.

‘Tetapi Yang Tetap Akan Ada Ialah Jihad Dan Niat’: ada sesetengah amalan sudah dimansuhkan. Tak boleh buat dah. Hijrah hanya sebelum buka Mekah. Tapi yang sentiasa ada adalah jihad dan niat. Walaupun Hijrah itu adalah suatu bentuk jihad, jihad dalam bentuk lain ada lagi. Dalam lingkungan yang dibenarkan. Bukan serang kuil atau curi. Jihad itu dapat menaikkan bangsa. Beri ilmu kepada orang lain juga adalah jihad. Menentang pendapat salah juga adalah jihad. Itu dapat memperbetulkan manusia lain. Dengan menulis dan sebagainya. Jihad ekonomi adalah dengan menaikkan sistem ekonomi Islam. Contohnya, membuat makanan Islam. Luas sekali jihad itu. Jihad belajar agama melawan nafsu yang tak suka kita belajar agama. Bukan perang sahaja. Perang bukan sentiasa ada. Jangan kecewa sebab tidak ada jihad Hijrah dah. Jihad berhenti rokok pun termasuk juga. Lawan perkara yang tidak elok. Itupun hijrah juga. Hijrah sebenarnya adalah meninggalkan apa yang Tuhan tegah. Niat kena ada. Apa-apa sahaja perkara yang boleh digunakan untuk Islam.

Apabila dipanggil jihad, kena pergi. Niat kena ada dah dari sekarang. Maknanya ada yang menyeru. Iaitu jamaah muslim. Itu adalah seruan dari ketua negara. Bukan memandai kita nak jihad sendiri.

٥٢ – حَدَّثَنَا عَبْدُاللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ عَنْ عَلْقَمَةَ بْنِ وَقَّاصٍ عَنْ عُمَرَ {أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ وَلِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَتَزَوَّجُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ}
52. Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Maslamah berkata, telah mengabarkan kepada kami Malik dari Yahya bin Sa’id dari Muhammad bin Ibrahim dari Alqamah bin Waqash dari Umar, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Semua perbuatan tergantung niatnya, dan (balasan) bagi tiap-tiap orang (tergantung) apa yang diniatkan; barangsiapa niat hijrahnya karena Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa niat hijrahnya kerana dunia yang ingin digapainya atau kerana seorang perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya adalah kepada apa dia diniatkan.”.

Perawi: Muhammad bin Ibrahim. Datuknya sepupu kepada Abu Bakr. Seorang yang tsiqah dan banyak pujian baik terhadapnya. Cuma ada juga memasukkan nama dia dalam senarai perawi dhaif. Apa maknanya ni? Padahal ramai yang kuat menerima dia. Hadis yang mungkar yang diriwayatkan olehnya adalah silap faham orang sebenarnya. Maka, hadisnya boleh diterima.

Alqamah: orang yang tsiqah juga. Ada yang kata dia sahabat tapi tak jelas. Mungkin tidak.

Hadis ini kita telah temui sebelum ini maka tidak perlu dibincangkan lagi.

۵۳ – حَدَّثَنَا حَجَّاجُ بْنُ مِنْهَالٍ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ قَالَ أَخْبَرَنِي عَدِيُّ بْنُ ثَابِتٍ قَالَ سَمِعْتُ عَبْدَاللَّهِ بْنَ يَزِيدَ عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ {عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا أَنْفَقَ الرَّجُلُ عَلَى أَهْلِهِ يَحْتَسِبُهَا فَهُوَ لَهُ صَدَقَةٌ}
53. Telah menceritakan kepada kami Hajjaj bin Minhal berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah berkata, telah mengabarkan kepadaku ‘Adi bin Tsabit berkata: Aku pernah mendengar Abdullah bin Yazid dari Abu Mas’ud dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “Apabila seseorang memberi nafkah untuk keluarganya dengan niat mengharap pahala maka baginya Sedekah”.

– Tidak salah untuk mengharap pahala daripada perbuatan kita yang baik. Kerana pahala, syurga dan neraka adalah apa yang disebutkan oleh Allah dan Nabi. Maka jikalau kita seperti golongan sufi yang kononya tidak mengendahkan pahala itu, maka seperti kita tidak mengendahkan apa yang dijanjikan oleh Allah melalui NabiNya.

Mengenali Perawi: Abu Mas’ud al Ansari. Sahabat besar. Meriwayatkan 102 hadis dari Nabi. Tidak sempat perang Badr. Kebanyakan kata dia tidak sempat. Tapi ulama hadis kata dia sempat. Sebab pada nama dia ada tambahan ‘Badri’. Dia ahli aqabah yang kedua. Jadi kalau dia sempat baiah tu, tentulah dia sempat perang Badr, kerana baiah itu terjadi sebelum perang Badr.

Kalau ahli tu selalunya bermaksud ‘isteri’. Dalam hadis ini, ia termasuk anak pinak. Tapi makna asalnya adalah isteri.
Ada yang kata maksud ihtisab itu ‘dengan ikhlas’.
Atau ada kata ihtisab itu ‘mengharap pahala’.
Nak dapat pahala kena ikhlas dulu.
Bila ikhlas, akan dapat pahala. Jangan sangka hanya beri kepada orang lain baru dapat pahala. Walaupun perbuatan itu adalah sudah tanggungjawab kita untuk melakukannya. Kerana memberi nafkah itu adalah sudah tanggungjawab kita sebenarnya. Ikhlas kerana Allah itu adalah kerana Allah suruh bagi. Ada orang menikah sebab hendakkan harta.

Kalau tidak ada niat, cuma lepas tanggungjawab sahaja, tidak dapat pahala. Tapi dia sudah lepas tanggungjawab dia, Tuhan tak tanya dah lepas tu. Pahala dia tak dapat banyak. Kalau dia niat macam-macam, dia akan dapat banyak. Macam-macam dia boleh dapat.
Ianya bukan sedekah biasa. Ianya adalah nafkah. Yang dia dapat adalah pahala sedekah itu. Sebab kalau dia kahwin dengan anak cucu Nabi, dia tidak boleh makan sedekah.

۵٤ – حَدَّثَنَا الْحَكَمُ بْنُ نَافِعٍ قَالَ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ عَنِ الزُّهْرِيِّ قَالَ حَدَّثَنِي عَامِرُ بْنُ سَعْدٍ عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ أَنَّهُ أَخْبَرَهُ {أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّكَ لَنْ تُنْفِقَ نَفَقَةً تَبْتَغِي بِهَا وَجْهَ اللَّهِ إِلاَّ أُجِرْتَ عَلَيْهَا حَتَّى مَا تَجْعَلُ فِي فَمِ امْرَأَتِكَ}
Telah menceritakan kepada kami Al Hakam bin Nafi’ berkata, telah mengabarkan kepada kami Syu’aib dari Az Zuhri berkata, telah menceritakan kepadaku ‘Amir bin Sa’d dari Sa’d bin Abu Waqash bahwasanya dia mengabarkan, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya, tidaklah kamu menafkahkan suatu nafkah yang dimaksudkan mengharap wajah Allah kecuali kamu akan diberi pahala termasuk sesuatu yang kamu suapkan ke mulut isterimu”.

Ini adalah hadis ringkas. Ini cerita Saad apabila dia ingat dia nak mati dah. Nabi kata belum lagi. Nabi kata ramai akan dapat kebaikan dari dia. Dan ramai dapat mudharat dari. Dialah nanti yang akan membuka Parsi. Ianya berlaku pada zaman Umar. Walaupun dia ingat dia nak mati tu, dia sakit sangat sampai tak boleh jalan. Tapi dia ditakdirkan umur pandang dan dia ditakdirkan mempunyai anak yang ramai.

Waktu dia ingat dia nak mati tu, dia nak beri semua harta dia. Nabi tak bagi. Separuh? Pun Nabi tak bagi. Akhirnya satu pertiga sahaja Nabi benarkan untuk dia infakkan. Kerana Nabi kata, lebih baik dia tinggalkan anak dia dalam kaya lebih baik dari mereka meminta sedekah. Dan Nabi sambung dengan hadis diatas. Nak cerita di sini, kalau beri kepada isteri dan anak pun dapat pahala juga.
Yang lebih dekat kena dulukan daripada yang jauh. Itulah cara Nabi.
Kalau isteri beri kepada suami pun dapat pahala. Ibn Mas’ud dulu isterinya yang kaya. Dia tanya bolehkah beri kepada suaminya? Nabi kata dia akan dapat dua pahala.
Memang sepatutnya lelaki yang memberi rezeki. Tapi kalau keadaan menghalang lelaki mendapat rezeki, maka boleh perempuan memberi nafkah kepada suami. Banyak sahabat asalnya susah dan kahwin dengan wanita yang kaya. Kemudian baru mereka menjadi senang.

Melepaskan syahwat pun menjadi sedekah juga. Sahabat sampai terkejut, takkan kalau memuaskan nafsu akan dapat pahala, kata mereka. Nabi kata, kalau letak pada tempat salah, kan bersalah? Maka kalau letak pada halal, boleh juga dapat pahala.

Dalam hadis ini, Nabi sebut: “Suapkan dalam mulut isteri”. Ini mengajar kemesraan kepada isteri. Walaupun dia menikah diumur tua. Sampai keumur tua baginda, baginda masih mandi bersama dengan isterinya.

Berapa banyak yang perlu diinfakkan? Islam tidak menetapkan berapa banyak. Bergantung kepada mana yang boleh. Dalam Quran, mengatakan ‘berapa yang terlebih’. Maka ianya adalah subjektif. Keperluan seseorang dengan orang yang lain tidak sama.

Video keseluruhan kelas Maulana Asri boleh didapati di sini

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s