We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Iman Bab Menunaikan Khumus Itu Sebahagian Daripada Iman September 13, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Iman — visitor74 @ 12:48 am
Tags: , , , , , ,

بَاب أَدَاءُ الْخُمُسِ مِنَ الْإِيمَانِ

38. Bab: Menunaikan Khumus Itu Sebahagian Daripada Iman.

٥۱ – حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ الْجَعْدِ قَالَ أَخْبَرَنَا شُعْبَةُ عَنْ أَبِي جَمْرَةَ قَالَ { كُنْتُ أَقْعُدُ مَعَ ابْنِ عَبَّاسٍ يُجْلِسُنِي عَلَى سَرِيرِهِ فَقَالَ أَقِمْ عِنْدِي حَتَّى أَجْعَلَ لَكَ سَهْمًا مِنْ مَالِي. فَأَقَمْتُ مَعَهُ شَهْرَيْنِ ثُمَّ قَالَ إِنَّ وَفْدَ عَبْدِالْقَيْسِ لَمَّا أَتَوُا النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنِ الْقَوْمُ أَوْ مَنِ الْوَفْدُ؟ قَالُوا رَبِيعَةُ. قَالَ مَرْحَبًا بِالْقَوْمِ أَوْ بِالْوَفْدِ غَيْرَ خَزَايَا وَلا نَدَامَى. فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا لا نَسْتَطِيعُ أَنْ نَأْتِيكَ إِلاَّ فِي الشَّهْرِ الْحَرَامِ وَبَيْنَنَا وَبَيْنَكَ هَذَا الْحَيُّ مِنْ كُفَّارِ مُضَرَ. فَمُرْنَا بِأَمْرٍ فَصْلٍ نُخْبِرْ بِهِ مَنْ وَرَاءَنَا وَنَدْخُلْ بِهِ الْجَنَّةَ . وَسَأَلُوهُ عَنِ الأَشْرِبَةِ فَأَمَرَهُمْ بِأَرْبَعٍ وَنَهَاهُمْ عَنْ أَرْبَعٍ . أَمَرَهُمْ بِالإِيمَانِ بِاللَّهِ وَحْدَهُ . قَالَ أَتَدْرُونَ مَا الإِيمَانُ بِاللَّهِ وَحْدَهُ ؟ قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ . قَالَ شَهَادَةُ أَنْ لا إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامُ الصَّلاةِ وَإِيتَاءُ الزَّكَاةِ وَصِيَامُ رَمَضَانَ وَأَنْ تُعْطُوا مِنَ الْمَغْنَمِ الْخُمُسَ . وَنَهَاهُمْ عَنْ أَرْبَعٍ عَنِ الْحَنْتَمِ وَالدُّبَّاءِ وَالنَّقِيرِ وَالْمُزَفَّتِ , وَرُبَّمَا قَالَ الْمُقَيَّرِ وَقَالَ احْفَظُوهُنَّ وَأَخْبِرُوا بِهِنَّ مَنْ وَرَاءَكُمْ} *

51. Telah menceritakan kepada kami Ali bin Al Ja’di berkata, telah mengabarkan kepada kami Syu’bah dari Abu Jamrah berkata: aku pernah duduk bersama Ibnu ‘Abbas saat dia mempersilakan aku duduk di permadaninya lalu berkata: “Tinggallah bersamaku hingga aku memberimu bagian dari hartaku”. Maka aku tinggal mendampingi dia selama dua bulan, lalu berkata: Ketika utusan Abu Qais datang menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, Beliau bertanya kepada mereka: “Kaum manakah ini atau utusan siapakah ini? Mereka menjawab: “Rabi’ah!” Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “selamat datang wahai para utusan dengan sukarela dan tanpa menyesal”. para utusan itu berkata: “ya Rasulullah, kami tidak dapat mendatangimu kecuali di bulan suci, karena antara kami dan engkau ada suku Mudhor yang kafir. Oleh karena itu ajarkanlah kami dengan satu pelajaran yang jelas yang dapat kami amalkan dan dapat kami ajarkan kepada orang-orang di kampung kami, yang dengan begitu kami dapat masuk syurga.” kemudian mereka bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tentang minuman, maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan mereka dengan empat hal dan melarang dari empat hal, memerintahkan mereka untuk beriman kepada Allah satu-satunya, kemudian bertanya: “Tahukah kalian apa arti beriman kepada Allah satu-satunya?” Mereka menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.” Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan: Persaksian tidak ada ilah kecuali Allah dan bahwa Muhammad adalah utusan Allah, menegakkan shalat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan mengeluarkan seperlima dari harta rampasan perang”. Dan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam melarang mereka dari empat perkara, yaitu janganlah kalian meminum sesuatu dari al hantam, ad Dubbaa`, an naqir dan al Muzaffaat. Atau Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam menyebut muqoyyir (bukan naqir). Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “jagalah semuanya dan beritahukanlah kepada orang-orang di kampung kalian”.

– Khumus adalah seperlima dari harta ghanimah yang diberi kepada Allah, Nabi, keluarganya dan anak yatim. Maka, ianya didapati selepas perang, itupun kalau menang.
Ianya adalah sebahagian dari iman. Dan terhasil dari perasaan iman orang Islam. Sebab kalau tidak ada iman, tentulah mereka tidak keluar berperang dan mengeluarkan khumus itu.
– Dalam Syiah ada juga khumus itu tapi lain sangat dari yang sebenarnya. Yang mereka berikan itu, bukan harta yang didapati hasil dari perang. Kerana mereka tidak percaya kepada perang selagi Imam Mahdi mereka tidak keluar. Pertama kali orang Syiah berperang itu adalah masa Khomeni itu. Maka ianya adalah berlawanan dengan pemdapat asal agama Syiah. Khumus bagi mereka adalah dari pendapatan biasa macam perniagaan dan sebagainya. Dan ianya adalah Wajib atas mereka dan sebahagian dari rukun dalam agama mereka. Cara mereka gubal hukum lain dengan kita. Ianya adalah dari imam-imam mereka dan hadis-hadis rekaan mereka. Kata-kata Imam mereka pun mereka panggil hadia juga. Hadis Nabi yang mereka pakai tak sampai pun 10% dari hadis rujukan mereka. Dan mereka ni memang salah pegangan mereka dalam cara dapat harta. Pada mereka halal harta kalau curi dari ahli Sunnah. Dan nak cuci harta curi itu adalah dengan bagi khumus. Khumus itu pula diberi kepada imam-imam mereka dan ketua-ketua mereka. Maka oleh itu bahaya kalau mereka ada pangkat atau memerintah sebab mereka boleh ambik harta kita. Bukan itu sahaja, darah kita pun halal buat mereka. Siap dapat pahala kalau bunuh kita lebih-lebih lagi kalau pada 10 muharam. Jadi, mereka ini sangatlah bahaya pegangan agama mereka.

Jihad dalam Islam ada dituntut bila masanya

Berkenaan khumus ini bukan semua umat Islam terlibat macam solat puasa dan sebagainya yang diceritakan sebelum ini. Sebab itu Bukhari letak kat hujung. Sebab yang berkenaan dengan khumus ini bukan semua orang Islam. Ada orang Islam yang mungkin sepanjang hayatnya tidak berpeluang pun untuk mengeluarkan khumus.
Hadis ini berkait dengan hadis menghantar jenazah sebelum ini kerana untuk dapat khumus, kena ada perang. Dan dalam perang akan ada kematian.
Berkait juga dengan hadis yang mengatakan halal itu jelas dan haram itu jelas  sebelum ini. Harta ghanimah ini adalah jenis harta halal yang jelas. Kerana Nabi dan keluarganya tidak makan harta zakat tapi harta khumus ini boleh. Maka menunjukkan ianya adalah halal yang jelas. Nabi tidak makan harta zakat bukan kerana ianya adalah kotor macam pendapat sesetengah orang. Kalau kata kotor, macam orang miskin kesianlah mereka kena makan harta kotor la pula. Tapi Nabi tak makan sebab taknak dikatakan dalam sejarah yang Nabi menyebarkan Islam ini adalah untuk mendapatkan harta zakat untuk dirinya dan keluarganya. Tapi baginda mendapat harta adalah dengan buat kerja yang paling berat sekali iaitu melalui perang.

Haram kalau tak beri khumus.

Mari mengenali perawi: Abu Jamrah adalah penterjemah bahasa Parsi kepada Ibnu Abas yang menjadi Gabenor Basra pada waktu itu. Itu sebab yang dia rapat dengan Ibn Abbas tu. Sampai dia ajak duduk dengan dia selama dua bulan. Sampai dia nak bagi duit kat Abu Jamrah tu. Satu kemungkinan adalah sebab dia tolong dia. Satu lagi mungkin sebab Abu Jamrah pernah mimpi jumpa Ibn Abbas dan dalam mimpi itu dia bertanyakan kepada Ibn Abbas boleh tak buat Haji Tamatu’. Dalam mimpi itu Ibn Abbas kata boleh. Dan memang pendapatnya pun begitu.

Haji tamattu’ itu adalah haji buat sekali dengan umrah. Ada sahabat lain tidak setuju buat haji tamattu’ sebab kalau dibenarkan buat macam tu, orang cuma buat umrah semasa haji sahaja dan masa lain orang Islam dah tak buat umrah. Maka akan sunyilah Kaabah.

Hadis ini adalah mungkin Ibn Abbas cerita balik kepada Abu Jamrah sebab dia tanya tentang perbuatannya sendiri yang merendam kurma kering dalam air. Ini adalah sebagai rawatan pemulihan air. Sebab kadang-kadang air mereka payau, jadi adat mereka meletak kurma kering dalam air itu untuk memaniskan sedikit air itu dan menghilangkan rasa payau air. Ada dalam hadis ini diceritakan bagaimana Nabi cakap pasal perkara itu

Hadis ini adalah kisah Bani Abd Qais. Ada ketua mereka berkenalan dengan orang kristian yang mengatakan akan timbul Nabi akhir zaman. Maka dia suruh kaumnya berniaga ke Mekah sambil mencari Nabi akhir zaman itu. Mereka bertemu semasa tahun Hijrah. Nabi hampir hendak Hijrah dah. Baginda siap kenal ketua-ketua kaum itu. Menunjukkan kemukjizatan Nabi. Yang berjumpa dengan Nabi itu telah masuk Islam tapi bila balik ke kampungnya, dia mengamalkan Islam dalam sembunyi. Tapi kemudian diketahui ketuanya yang paling tinggi dan dia pun masuk Islam terus. Juga mulanya mereka terus mengamalkan Islam dengan cara bersembunyi. Maka kekadang elok untuk kita bersembunyi juga. Akhirnya dia mengisytiharkan juga kepada ketua yang lain-lain dan dan mereka juga masuk Islam terus. Dan mereka selalu menghantar rombongan bertemu Nabi selepas itu. Maka sebab itulah Nabi menghormati mereka dengan mengatakan mereka tidak malu dan tidak menyesal. Kerana mereka masuk Islam dengan cara terhormat. Tidak kerana mereka diperangi. Mudah sahaja mereka masuk Islam. Itulah yang dimasukkan dengan tidak malu.

Kaum Bani Abd Qais itu cuma boleh melawat Nabi dalam bulan haram sahaja sebab kalau bulan lain, mereka akan diganggu dalam perjalanan oleh kafir Bani Mudhar. Dalam hadis ini disebut pada satu bulan. Padahal bulan haram ada empat. Jadi mungkin dalam mana-mana bulan haram itu atau kalau dalam satu bulan sahaja, mungkin ianya adalah pada bulan Rejab kerana bulan Rejab ini memang dihormati oleh Bani Mudhar itu. Bulan haram lain mungkin mereka langgar juga, sebab teruk sangat mereka itu.

Ini menunjukkan bahawa kedatangan mereka itu adalah diawal Islam kerana masih ada lagi gangguan dari bangsa kafir. Sebab kalau tidak, terdapat gencatan senjata dengan bangsa kafir maka tidak adalah gangguan kepada bani Abd Qais itu untuk datang bertemu Nabi.

Mereka datang untuk mendapat ilmu daripada Nabi yang mereka kalau amalkannya akan masuk syurga. Mereka mahukan keputusan yang dapat membezakan mereka dari orang yang tidak selamat. Dan apa yang mereka dapat dari Nabi itu mereka akan dapat sampaikan kepada mereka yang tidak datang.

Dalam hadith ini Nabi kata dia akan beri 4 perbuatan yang perlu dilakukan. Tapi kemudian baginda bagi lima pula. Kenapa jadi begini? Banyaklah pendapat ulama berkenaan perkara ini.
Ada yang kata syahadah itu tidak termasuk dalam empat perkara itu. Yang baginda nak bagitahu adalah selepas itu. Tapi sebab perkara itu adalah penting, yang mula-mula perlu dilakukan, maka baginda sebut juga. Seperti kalau nak melakukan solat, mestilah melakukan wuduk dulu.
Ada yang kata sebenarnya syahadah itu termasuk juga. Tapi yang tidak tidak dikira adalah khumus itu. Tapi sebab penting, itulah sebabnya Nabi campur sekali.
Pendapat lagi mengatakan yang empat pertama itu adalah untuk semua orang. Itulah yang empat itu. Tapi Nabi tambah pasal khumus itu sebab Bani Abd Qais itu duduk di sekitar orang-orang kafir maka ada kemungkinan mereka akan bertempur dengan orang kafir dan ada kemungkinan akan mendapat ghanimah. Tapi itu tidak semestinya melibatkan orang lain. Tidak semua orang akan merasai perang itu. Macam kita, dah berapa ratus tahun Islam, tapi tidak pernah perang pun.
Ada yang kata yang penting Nabi nak sampaikan adalah mentauhidkan Allah. Dan selepas itu disebutkan empat perkara yang dilakukan oleh orang yang mentauhidkan Allah. Itu diberikan sebagai contoh sahaja. Bukan yang empat itu sahaja.
Begitulah banyak pendapat yang diberikan oleh ulama.

Empat jenis perkara yang dilarang Nabi itu adalah jenis jenis air peram yang boleh menyebabkan mabuk. Empat jenis nama yang disebutkan itu adalah bekas-bekas yang diletakkan air itu.

 

Ini adalah ringkasan syarah hadis diatas. Kelas lengkap boleh didapati di sini

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s