We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari: Kitab Iman: Bab ; Bab Kelebihan Orang Yang Menjaga Kesucian Agamanya August 27, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Iman — visitor74 @ 6:33 am
Tags: , ,

بَاب
38. Bab (tidak ada tajuk)

٤٩ – حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ حَمْزَةَ قَالَ حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ عَنْ صَالِحٍ عَنِ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُبَيْدِاللَّهِ بْنِ عَبْدِاللَّهِ أَنَّ عَبْدَاللَّهِ بْنَ عَبَّاسٍ أَخْبَرَهُ قَالَ أَخْبَرَنِي أَبُو سُفْيَانَ بْنُ حَرْبٍ {أَنَّ هِرَقْلَ قَالَ لَهُ سَأَلْتُكَ هَلْ يَزِيدُونَ أَمْ يَنْقُصُونَ فَزَعَمْتَ أَنَّهُمْ يَزِيدُونَ وَكَذَلِكَ الإِيمَانُ حَتَّى يَتِمَّ . وَسَأَلْتُكَ هَلْ يَرْتَدُّ أَحَدٌ سَخْطَةً لِدِينِهِ بَعْدَ أَنْ يَدْخُلَ فِيهِ فَزَعَمْتَ أَنْ لا. وَكَذَلِكَ الإِيمَانُ حِينَ تُخَالِطُ بَشَاشَتُهُ الْقُلُوبَ لا يَسْخَطُهُ أَحَدٌ}
49: Telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Hamzah berkata, telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Sa’d dari Shalih dari Ibnu Syihab dari Ubaidillah bin Abdullah bahwa Abdullah bin ‘Abbas mengabarkan kepadanya, bahawa dia berkata; telah mengabarkan kepadaku Abu Sufyan bin Harb bahwa Heraqlius berkata kepadanya: “Aku sudah bertanya kepadamu, apakah jumlah mereka bertambah atau berkurang? Maka kamu bertutur bahawa mereka bertambah, dan memang begitulah iman akan terus berkembang hingga sempurna. Dan aku bertanya kepadamu, apakah ada orang yang murtad karena dongkol pada agamanya? Kemudian kamu bertutur; tidak ada, maka begitu juga iman bila sudah tumbuh bersemi dalam hati tidak akan ada yang dongkol kepadanya”.

Sahih Bukhari

– Hadis ini yang penuhnya telah kita bertemu sebelum ini. Kali ini Imam Bukhari meringkaskannya kerana ada perkara tertentu sahaja yang ingin dibawanya. Di dalam hadis ini Heraqlius menggunakan perkataan ‘iman’ untuk menunjukkan deen dalam soalan pertamanya. Dalam soalan kedua, dia gunakan perkataan ‘iman’ untuk bermaksud iman juga. Bukhari nak menunjukkan yang dari dahulu juga manusia telah menggunakan perkataan deen dan iman yang bermaksud sama. Bukanlah dia yang memulakannya.
– Kenapa pula Imam Bukhari menggunakan hadis ini yang menggunakan Heraqlius sebagai sumber rujukannya? Padahal Heraqlius itu bukan Islam. Ini sebagai tambahan sahaja untuk menguatkan hujah Imam Bukhari. Bukanlah sumber yang penting. Tapi apabila kata-katanya itu disampaikan kepada nabi oleh sahabat menceritkan kejadian itu, Nabi tidak bantah kata-katanya itu, dan tidak membetulkan penggunaan perkataan yang digunakan oleh Heraqlius  itu. Ada juga yang mengatakan Heraqlius itu islam dan dia menyembunyikan islamnya tapi yang kuatnya adalah dia bukan Islam. Tapi walaupun dia bukan Islam, tapi dia adalah seorang yang berilmu sebagai ahli kitab. Ada nilai juga ahli kitab itu. Maka apa yang dikatakannya itu adalah dari ilmunya dan sepatutnya menjadi dalil kepada penganut Nasrani. Juga menunjukkan pemahaman agama-agama yang sebelum Islam pun begitu juga.
– Imam Bukhari menghujah dengan hadis ini bahawa iman itu boleh berkurang dan bertambah. Sebab Heraqlius kata kalau iman telah kuat, maka tidak akan murtad. Itu adalah orang yang imannya telah kuat. Maka, kalau iman itu boleh bertambah, ia juga boleh berkurang.
– Imam Bukhari juga mengisyaratkan dalam hadis ini untuk mengatakan yang kalau iman telah kuat, maka seseorang itu akan tetap didalam agamanya. Dia boleh isyarat sahaja, sebab ini adalah kata seorang yang bukan Islam. Ini ada sangkutan dengan tajuk sebelum ini tentang sahabat risaukan jikalau mereka jadi munafik. Jadi nampak lain sikit dengan hadis Heraqlius  ini. Ini menunjukkan bahawa kalau iman telah meresapi dalam diri, tidak takut akan murtad. Jadi, untuk selamat untuk tidak jadi munafik, maka kena kuatkan iman.
– Hadis ini disampaikan oleh Abu Sufyan yang walaupun kejadian ini dia belum Islam tapi lepas itu dia telah memeluk Islam dan menjadi seorang muslim yang baik.
– Kenapa tidak ada tajuk dalam bab (Imam Bukhari hanya letak ‘bab’ sahaja) ini banyaklah yang telah dibincangkan ulama. Sebelum ini pun kita sudah sebut dalam hadis yang lepas-lepas. Antaranya adalah kerana Imam Bukhari beri peluang kepada kita untuk meletak tajuk sendiri.
– Hadis ini adalah hadis ringkas. Dikatakan diringkaskan adalah kerana ada perkara yang tertentu yang hendak disampaikan. Macam kita dengan ayat Quran juga. Kekadang kita hanya menyebut sebahagian sahaja dan bukan ayat penuh untuk menyampaikan maksud tertentu sahaja. Asalkan tidak merosakkan maksud.
Siapa yang ringkaskan hadis ini? Ada yang kata perawi yang ringkaskan. Tapi pendapat kuat adalah Bukhari sendiri kerana ada dalam hadis lain dinukilkan penuh dan ianya dari perawi yang sama. Maknanya, Bukhari memang ada dapat hadis yang penuh tapi untuk hadis ini beliau ringkaskan.

 

بَاب فَضْلِ مَنِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ

37. Bab Kelebihan Orang Yang Menjaga Kesucian Agamanya

٥۰ – حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ حَدَّثَنَا زَكَرِيَّاءُ عَنْ عَامِرٍ قَالَ سَمِعْتُ النُّعْمَانَ بْنَ بَشِيرٍ يَقُولُ {سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الْحَلالُ بَيِّنٌ وَالْحَرَامُ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا مُشَبَّهَاتٌ لا يَعْلَمُهَا كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ. فَمَنِ اتَّقَى الْمُشَبَّهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ كَرَاعٍ يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى يُوشِكُ أَنْ يُوَاقِعَهُ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى أَلاَ إِنَّ حِمَى اللَّهِ فِي أَرْضِهِ مَحَارِمُهُ. أَلا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ}
50: Telah menceritakan kepada kami Abu Nu’aim Telah menceritakan kepada kami Zakaria dari ‘Amir berkata; aku mendengar An Nu’man bin Basyir berkata; aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Yang halal sudah jelas dan yang haram juga sudah jelas. Namun diantara keduanya ada perkara syubhat (samar) yang tidak diketahui oleh banyak orang. Maka barangsiapa yang menjauhi diri dari yang syubhat berarti telah memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang sampai jatuh (mengerjakan) pada perkara-perkara syubhat, sungguh dia seperti seorang penggembala yang menggembalakan ternaknya di pinggir jurang yang dikhawatirkan akan jatuh ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki batasan, dan ketahuilah bahwa batasan larangan Allah di bumi-Nya adalah apa-apa yang diharamkan-Nya. Dan ketahuilah pada setiap tubuh ada segumpal darah yang apabila baik maka baiklah tubuh tersebut dan apabila rusak maka rusaklah tubuh tersebut. Ketahuilah, ia adalah hati”.

– Hadis ini berkenaan dengan kepentingan menjaga agama. Maknanya agama ini kena dijaga supaya jangan melakukan kesalahan. Bukanlah seperti fahaman murjiah yang kata apa perbuatan maksiat tidak memberi kesan.
– Imam Bukhari nak cerita di sini bahawa bukan amal perbuatan sahaja yang meninggikan iman, tapi meninggalkan perbuatan salah juga dapat meningkatkan iman.
– Sebelum hadis Jibrail adalah hadis menceritakan dimana ada para sahabat yang risau mereka melakukan perkara munafik. Jadi untuk menjaga agama adalah apa yang diceritakan dalam hadis ini. Iaitu menjaga dari melakukan maksiat, termasuk dari melakukan perkara syubhah dan bukan hanya perkara yang jelas terlarang. Seperti dalam Quran dikatakan jangan hampiri zina langsung. Maknanya, kita jangan dekat pun dari melakukannya.

Mari mengenal perawi: Abu Nu’aim adalah seorang ulama yang suka berjenaka. Menunjukkan bahawa bukan semua ulama serius jer memanjang. Ada yang suka buat lawak. Tapi dia kadang tu garang. Ada orang nak datang uji dia dan dia perasan. Sampai dia sepak orang itu sebab marah sangat dia dengan orang itu. Tapi yang kena sepak itu tak marah, tapi suka pula sebab macam mendapat berkat pula katanya sebab disepak oleh orang yang mulia.

An Nu’man bin Basyir pula adalah seorang sahabat kecil (kanak-kanak) yang terkenal dari kaum Ansar. Zaman Nabi ada sahabat yang dewasa dan ada yang kecil. Kecil itu adalah mereka yang sempat bertemu Nabi semasa mereka belum baligh lagi. Tapi dah mumayyiz dah. Ayah dia bawa dia jumpa Nabi bila dia lahir. Nabi doakan supaya mencapai darjah ayahnya dan Nabi kata dia akan sampai ke Syam dan akan dibunuh oleh golongan munafik. Itulah yang akan terjadi nantinya.

Hadis ini sangat penting dalam agama. Sehingga sesetengah ulama menyatakan ini adalah paksi ajaran Islam. Ada kata satu pertiga dari ajaran Islam. Mereka kata Islam berlegar diatas tiga hadis. Salah satunya lagi adalah meninggalkan yang tidak berfaedah. Abu Daud kata dia kumpul 500k hadis dan dia masukkan 4 ribu sahaja. Untuk manusia padan hanya mengetahui 4 hadis itu sahaja. Hadis pertama adalah hadis yang mengatakan segala amal dgn niat. Kedua, hadis suruh kita meninggalkan perkara yang tidak faedah. Ketiga, senang kalau saudara dapat apa yang dia dapat. Keempatnya adalah hadis yang ini. Kerana Nabi menceritakan hal haram dan suruhan untuk meninggalkan syubhat. Lengkap sudah Islam kalau faham yang itu. Dan juga dalam hadis ini, Nabi mengingatkan peranan hati kepada manusia. Begitu besar peranan hati itu.

Untuk tahu hadis yang sahih tu, kita kena biasa dengan hadis-hadis yang sahih. Selepas kita sudah biasa, kita dah faham lenggok bahasa hadis, maka kita boleh tahu mana yang salah dengan hanya mendengar sahaja hadis yang disampaikan.

Syubhat itu perkara yang tidak jelas samada ianya adalah halal atau haram. Yang halal ada nas yang terang yang mengatakan kita boleh buat. Sama juga dengan haram. Ada nas juga yang melarang. Tapi perkara syubhat itu elok ditinggalkan sampaikan kalau tinggalkan, akan dapat pahala juga.

Ianya perkara yang samar. Kadang macam halal. Terkadang macam haram. Ada keserupaan. Tidak jelas. Ianya ada hukum halal atau haram sebenarnya, sebab Allah telah perincikan semua sekali. Tapi tidak jelas kepada ramai orang. Ada yang tahu tapi ramai yang tak tahu. Misalnya benda-benda baru. Sebagai contoh, zaman sekarang sudah boleh pemindahan anggota. Dll lagi. Kepada orang mengaji, mereka boleh keluarkan hukum. Lagi satu adalah berkenaan pilihanraya. Ramai tak tahu hukumnya, sebab mereka tidak belajar. Kalau berhadapan dengan keadaan begini, dia kena bercermat dulu. Kena dapatkan hukum dulu. Mesti tanya dulu. Jangan terus buat tanpa dia mengetahui apakah hukumnya.

Imam Nawawi kata ianya adalah perkara yang tidak ada nas yang jelas halal atau haram. Mujtahid ada yang kata halal dan ada Mujtahid yang kata haram. Sebagai contoh, makanan laut Syafie kata halal tapi Hanifah kata haram. Dua-dua ada mempunyai dalil. Kalau nak cermat, kepada orang biasa kena ambil tidak makan. Kalau Mujtahid tu sendiri tu tidak apa sebab dia ada dalil untuk melakukan sesuatu. Untuk cermat, maka kita jangan buat perkara yang syubhah. Cuma masalahnya, kadang-kadang akan menyusahkan diri kalau kita bercermat sangat. Seperti pendapat Imam Syafie yang mengatakan kena tutup muka perempuan. Atau pendapat Imam Hanifah yang tak boleh makan udang dan ketam. Ia akan menyusahkan dalam perniagaan dan kehidupan. Maka, seorang muslim itu kenalah pandai memilih mana yang perlu diikut atau ditinggalkan. Itu kalau kita mengambil pendapat yang mengatakan ramai orang tidak tahu. Tapi ada yang tahu. Maka kepada mereka yang mengkaji dan bertanya, maka mereka akan mendapat keputusan.

Ada beberapa contoh perkara syubhah yang boleh dilihat. Rokok, walaupun tidak ada dalil sahih mengharamkannya tapi pendapat yang kuat adalah elok ditinggalkan. Ianya merugikan dan tiada manfaat. Lagi satu adalah samada perempuan boleh melawat kubur atau tidak. Ada hadis mengatakan Nabi sampai melaknat perempuan yang ziarah kubur tapi ada riwayat dari sahabiat yang mengatakan larangan Nabi tidaklah sampai haram.
Ada kisah bagaimana dua sahabat berkelahi tentang seseorang samada dia adalah anak si fulan atau si fulan. Nabi mengambil jalan yang nampak pada zahir. Tapi Nabi menasihatkan juga kepada sahabat untuk menjaga auratnya bersama anak itu, kalau-kalau dia bukan adiknya. Maka ada contoh dari Nabi yang menunjukkan dalam perkara syubhah, Nabi mengambil jalan yang selamat.

—————-

Dalam perbuatan Nabi, baginda mengajar untuk menghapuskan syubhat. Macam hadis baginda jumpa Saffiyyah di masjid ada sahabat nampak. Baginda cepat-cepat bagitahu siapa dia bercakap. Takut mereka sangka orang lain dan jadi syubhat.
Hadis itu juga menunjukkan Syaitan boleh sampai ke jantung melalui saluran darah. Bila sampai ke jantung, syaitan akan membisikkan keburukan. kecuali para Nabi, kerana diputuskan oleh Allah laluan ke jantung itu.

Orang awam kena berhati-hati dengan syubhat. Iaitu hukum yang mereka tidak tahu. Selagi mereka tak jelas, Wajib menjauhi dan mereka kena belajar hukum.

Sesetengah hukum tidak ada nas dalam Quran tapi haram. Macam dadah, tidak ada dalam Quran dan hadis. Tapi lagi mudharat dari arak yang diharamkan. Kalau arak pun haram, apatah lagi dadah.
Lagi satu, kalau kata umph pun salah dengan mak ayah, apatah lagi sepak terajang. Ini adalah qiyas yang boleh diambil. Dinamakan Qiyas auliya.

Kalau ada khilaf ulama, kena pandai pilih. Sebab dalam Islam, sebenarnya boleh dapat hukum yang jelas. Kena pandai cari. Dan mungkin bila kita dapat pendapat yang lebih kuat, kita kena tukar pendapat kita.

Harta bercampurbaur antara halal dan haram. Elok ditinggalkan. Dan kena cari yang islamik. Oleh itu, kita orang islam sebenarnya kena bina ekonomi Islam.

Syubhat beza dgn was-was. Ada hadis lain Bukhari cakap pasal was-was pula. Lain apa kita kena buat. Kalau was-was kena langgar dan buat terus. Jangan layan perasaan was-was itu. Macam bab niat dalam solat dan wuduk.

Mazhab Maliki – sembelih kena ucap bismillah. Ini menyusahkan. Kalau Syafie selagi Islam dah boleh makan dah. Ada hadis yang dijadikan sandaran. Cuma Maliki pakai ayat Quran yang boleh memberi pemahaman yang berbeza.

Kalau tak jaga perkara syubhat, macam seperti kita masuk kawasan raja dan kita akan kena denda. Nabi banding dgn Raja. Dan raja segala alam ini adalah Allah. Lagi teruk hukuman daripada hukuman yang raja boleh beri. Bukanlah hadis ini membenarkan raja ada taman larangan dan sebagainya. Ianya sebagai contoh sahaja.

Jgn dekati perkara syubhat itu. Nafsu macam binatang. Kalau tak jauhi dari tempat syubhat, kemungkinan besar akan terjerumus.

Jantung manusia perlu dijaga

Qalbi atau jantung yang dimaksudkan dalam hadis ini sebenarnya adalah Roh. Roh itu yang membuat keputusan.

 

Kelas penuh syarah ini boleh didapati di sini

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s