We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari: Kitab Iman: Bab Mengiringi Janazah Adalah Sebahagian Daripada Iman…(dan seterusnya) August 24, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Iman — visitor74 @ 10:25 am
Tags:

 

بَاب اتِّبَاعُ الْجَنَائِزِ مِنَ الْإِيمَانِ

Bab Mengiringi Jenazah Sebahagian Dari Iman

٤٥ – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عَلِيٍّ الْمَنْجُوفِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا رَوْحٌ قَالَ حَدَّثَنَا عَوْفٌ عَنِ الْحَسَنِ وَمُحَمَّدٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ{ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنِ اتَّبَعَ جَنَازَةَ مُسْلِمٍ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا وَكَانَ مَعَهُ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهَا وَيَفْرُغَ مِنْ دَفْنِهَا فَإِنَّه يَرْجِعُ مِنَ الأَجْرِ بِقِيرَاطَيْنِ كُلُّ قِيرَاطٍ مِثْلُ أُحُدٍ. وَمَنْ صَلَّى عَلَيْهَا ثُمَّ رَجَعَ قَبْلَ أَنْ تُدْفَنَ فَإِنَّهُ يَرْجِعُ بِقِيرَاطٍ } تَابَعَهُ عُثْمَانُ الْمُؤَذِّنُ قَالَ حَدَّثَنَا عَوْفٌ عَنْ مُحَمَّدٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَحْوَهُ

Abu Hurairah رضي الله عنه mengatakan bahwa Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda, “Barangsiapa yang mengiringkan jenazah orang Islam karena iman dan mengharapkan pahala dari Allah, dan ia bersamanya sehingga jenazah itu disalati dan selesai dikuburkan, maka ia kembali mendapat pahala dua qirath yang masing-masing qirath seperti Gunung Uhud. Barangsiapa yang menyalatinya kemudian ia kembali sebelum dikuburkan, maka ia kembali dengan (pahala) satu qirath.”

Salah seorang perawi dalam hadith ini adalah Muhammad Ibn Sirin yang terkenal sebagai seorang yang pandai mentadbir mimpi. Dia adalah seorang tabiin. Tidak ada yang mencurigainya. Perkahwinan ibu dan bapanya telah diuruskan oleh tiga isteri Nabi dan 18 ahli badar yang mendoakan untuk mempelai itu.

Imam Bukhari meletakkan bab ini selepas bab zakat. Zakat itu memberi pertolongan kepada orang yang miskin yang tidak dapat melakukan sesuatu untuk kehidupannya. Mungkin dia miskin sangat sampai susah dia untuk berusaha. Mungkin dia tidak berupaya lagi untuk bekerja disebabkan oleh kecacatan atau kesakitan yang amat. Maknanya, dia tidak dapat untuk menguruskan dirinya sendiri. Maka mengiringi jenazah dan mensalatinya adalah memberi pertolongan kepada yang sudah tidak dapat membantu dirinya sendiri. Ini adalah salah satu hak yang perlu diberikan seorang mukmin kepada para mukmin. Kalau hak antara mukminin semasa hidup adalah membantunya seperti memberi zakat, maka setelah mati, adalah hak untuk kita memberi pertolongan dengan mengiringinya dan menyembahyangkan dia. Dan selepas bab ini adalah bab khumus iaitu memberikan seperlima dari harta ghanimah. Harta nganimah ini hanya boleh didapati bila perang. Maka dalam perang, seseorang itu akan melihat banyak kematian. Samada dia mati atau orang lain mati. Kalau dia tidak mati, dia akan dapat harta ghanimah yang boleh diberikan seperlima itu. Maka, ada pertalian berkenaan kematian di sini. Maka Itulah susunan tajuk bab dalam sahih Bukhari ini adalah seperti itu. Ada sebab di dalam penyusunan tajuk dalam bab.

Pertolongan terakhir yang kita berikan kepada jenazah

Mengiringi itu samada ikut di depan atau di belakang? Banyak pendapat imam-imam berkenaan perkara ini. Ada yang kata di depan dan ada yang kata dibelakang. Imam Shafie kata ikut di depan. Ada yang kata di belakang. Yang penting adalah di mana yang kita boleh memberi pertolongan kepada jenazah. Mungkin kalau di belakang, kita boleh membantu mengangkat jenazah kalau yang sedang angkat itu dah penat. Atau kalau di depan, kita boleh membersihkan jalan untuk memudahkan perjalanan jenazah. Ibn Umar kata Nabi jalan mengikuti dengan berjalan di depan. Mengharapkan restu keampunan dari Allah. Dan kalau orang tak baik, dia tidak ikut dan tidak solatkan orang itu.

Mengikuti itu dengan keimanan dan keikhlasan. Bukan sebab nak ikut-ikut sahaja. Amalan yang lain macam tu juga. Allah kira yang dalam diri kita. Maknanya, bukan kita ikut itu sebab selain dari sebab keimananan, contohnya dia ikut-ikut sahaja orang lain.

Satu qirat sebesar bukit Uhud. Pahala yang kita dapat itu berbeza ikut amalan kita. Kalau solat sahaja dapat satu qirat. Kalau ikut sampai ke kubur dapat dua qirat. Pahala-pahala kita ini akan menjadi kenyataan di akhirat nanti. Macam solat yang kita amalkan akan menjadi teman kita di dalam kubur nanti.

 

 

 

بَاب خَوْفِ الْمُؤْمِنِ مِنْ أَنْ يَحْبَطَ عَمَلُهُ وَهُوَ لَا يَشْعُر

36. Bab: Kebimbangan Orang Mukmin Akan Dihapuskan Amalannya Dalam Keadaan Dia Tidak Sedar.

ُ وَقَالَ إِبْرَاهِيمُ التَّيْمِيُّ مَا عَرَضْتُ قَوْلِي عَلَى عَمَلِي إِلَّا خَشِيتُ أَنْ أَكُونَ مُكَذِّبًا وَقَالَ ابْنُ أَبِي مُلَيْكَةَ أَدْرَكْتُ ثَلَاثِينَ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّهُمْ يَخَافُ النِّفَاقَ عَلَى نَفْسِهِ مَا مِنْهُمْ أَحَدٌ يَقُولُ إِنَّهُ عَلَى إِيمَانِ جِبْرِيلَ وَمِيكَائِيلَ وَيُذْكَرُ عَنِ الْحَسَنِ مَا خَافَهُ إِلَّا مُؤْمِنٌ وَلَا أَمِنَهُ إِلَّا مُنَافِقٌ

Ibrahim Al-Taimi Berkata: Tidak Aku Rentangkan Kata-Kataku Atas Amalanku Melainkan Aku Bimbang Aku Menjadi Pendusta. Ibnu Abi Mulaikah Berkata: Aku Bertemu Dengan Tiga Puluh Sahabat Rasulullah SAW, Semua Mereka Bimbang Berlaku Nifaq Pada Diri Mereka, Tidak Ada Sesiapapun Dari Mereka Yang Mengatakan Bahawa Dia Berada Di Atas Iman Jibril Dan Mikail.
Dan Disebut Dari Hasan Bahawa Dia Berkata: Tidak Takut Kepadanya (Nifaq/Allah) Kecuali Orang Mukmin, Dan Tidak Akan Berasa Aman (Terhadap Nifaq/Allah), Kecuali Orang Munafiq.

– Imam Bukhari nak cakap bahawa dalam kita membuat amalan untuk mendapatkan pahala, kita kena berhati-hati takut amalan kita akan punah semua sekali kalau kita melakukan syirik atau murtad kepada Allah. Berapa banyak orang tidak sedar bahawa segala amalan mereka selama ini menjadi debu sahaja di akhirat nanti.
Masalahnya, kita hanya dapat tahu bahawa amalan kita itu tidak dikira hanya apabila kita sudah mati. Alangkah ruginya waktu itu. Tidak boleh berbuat apa lagi. Sudah terlambat nak buat apa-apa.
Maka hendaklah kita menjaga akidah kita supaya tidak terpesong sama sekali. Kena belajar apa yang membuatkan akidah kita boleh rosak.
Athar ini juga untuk menentang pendapat murjiah yang pada mereka apa sahaja amalan tidak memberi bekas, akan masuk syurga jua akhirnya walaupun seseorang itu tidak beramal dengan kebaikan. Dan kalau buat maksiat pun, akan masuk syurga juga. Kalau begitu, takkan sahabat-sahabat Nabi itu takut sampai begitu sekali kerisauan mereka.

Ada perbuatan kita yang mungkin tak sedar menyebabkan hilang pahala atau kurang. Contohnya kalau cakap deras dengan Nabi, kalau Nabi terasa, termasuk bab menyakiti Nabi. Atau kalau kita cakap hukum hudud tidak sesuai dengan zaman sekarang, boleh jatuh murtad. Maka, untuk tahu apakah yang boleh menyebabkan boleh jatuh syahadah kita. Alangkah ruginya kalau jadi begitu. Semuanya kerana kita tidak belajar.

Ibrahim Al-Taimi, seorang ulama tabein, takut amalan dia dengan apa dia kata tak serupa, dia takut dia berbohong. Mendustai dirinya sendiri. Atau termasuk dalam orang yang mendustakan agama. Macam orang kafir. Sebab kalau dia kata sesuatu itu bagus, tentulah dia akan buat. Maknanya, kena berhati-hati dengan apa yang kita cakap.
Dalam quran surah saff ada kata ayat macam ni. Jangan cakap tak serupa bikin. Macam mana orang nak percaya cakap kita kalau kita macam tu. Cakap lain, buat lain.

Sahabat walaupun hebat dah pegangan mereka, tapi mereka masih lagi takut sesuatu yang menjejaskan iman mereka. Kalau tidak takut, akan menyebabkan seseorang rasa ringan sahaja dosa dan mereka akan senang untuk melakukan dosa sebab rasa dosa itu ringan sahaja. Maka kita kena berhati-hati sangat.
Yang mereka takutkan adalah jikalau mereka berpura-pura. Buat amalan tapi tidak ikhlas. Tapi bukanlah mereka takut betul jadi munafik. Tapi mereka takut mereka ‘munafik amali‘. Munafik dibawah munafik. Orang mukmin akan takut kepada nifak.

Mereka kata iman mereka tidak sampai seperti iman Jibrail dan Mikail. Mereka tak rasa mereka tinggi dah. Tidak mendakwa lebih-lebih. Ada yang kata Imam Bukhari nak kritik Imam Abu Hanifah dengan mengeluarkan kata-kata ini. Sebab pernah dikatakan Abu Hanifah pernah cakap imannya seperti imannya Jibrail. Sedangkan para sahabat pun takut nak cakap macam tu. Tapi ini tidak benar. Ulama yang dulu syarah kitab ini tidak mengatakan demikian pun. Ini adalah kata-kata orang baru (yang kata Bukhari kritik Hanifah). Memang dalam kitab ini ada yang Imam Bukhari menegur Imam Abu Hanifah dibeberapa tempat dalam kitab Sahih Bukhari ini. Tapi bukan dalam Hadith ini. Bila dikaji kata Abu Hanifah, jelas dia tak kata macam tu. Dia kata “aku beriman dengan apa yang diimani oleh Jibrail.” Dia sendiri pun tidak suka kalau ada orang kata iman mereka macam Jibrail. Ini semua sebab penggunaan bahasa yang tidak difahami oleh orang. Iman kita tidak akan sama dengan malaikat. Tidak akan sampai tahap iman mereka. Sebab mereka melihat sendiri seksaan, syurga neraka dan sebagainya. Mereka melihat sendiri perkara-perkara ghaib. Dan mereka tidak mempunyai nafsu. Cuma perkara yang mereka imani itu, itulah juga apa yang kita beriman padanya. Sama sahaja. Iaitu perkara seperti peraya kepada Allah, kepada Rasul, kitab-kitab, dan sebagainya. Cuma level tidak sama. Jangan kata malaikat, iman kita pun tak sama dengan iman Abu Bakr, Umar dan sahabat lainnya.

 

وَمَا يُحْذَرُ مِنَ الْإِصْرَارِ عَلَى النِّفَاقِ وَالْعِصْيَانِ مِنْ غَيْرِ تَوْبَةٍ لِقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى ( وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ )

Dan Bab: Ancaman Daripada Terus Berperang Dan Kederhakaan Tanpa Bertaubat. Kerana Firman Allah: وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ “Dan Mereka Tidak Mengekalkan Apa Yang Mereka Lakukan Dalam Keadaan Mereka Sedar”.

– Peringatan kepada kita supaya tidak berterusan di dalam maksiat. Samada kesalahan besar atau maksiat yang kecil kecil.

 

٤٦ – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَرْعَرَةَ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ زُبَيْدٍ قَالَ سَأَلْتُ أَبَا وَائِلٍ عَنِ الْمُرْجِئَةِ فَقَالَ حَدَّثَنِي عَبْدُاللَّهِ{أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سِبَابُ الْمُسْلِمِ فُسُوقٌ وَقِتَالُهُ كُفْرٌ}

Ziad berkata, “Aku bertanya kepada Wa-il tentang golongan Murjiah, lalu dia berkata, ‘Aku diberi tahu oleh Abdullah bahwa Nabi صلی الله عليه وسلم bersabda’, “Mencaci maki orang muslim adalah fasik dan memeranginya adalah kafir.”

Puak murjiah tak pakai Hadith. Dalam Hadith ini kata kalau caci maki orang muslim pun dah boleh jadi fasiq dah. Tambahan pula kalau memerangi mereka. Dosa kecil lama-lama jadi besar.
Fasiq itu lebih tinggi lagi dari maksiat. Orang mukmin takut semua sekali. Mereka inilah yang selamat kerana selalu beringat.
Puak Khawarij pula guna hadis sebagai hujjah mengatakan kalau buat macam tu, jadi kafir. Imam Bukhari pun lawan Khawarij juga.
Apakah yang dimaksudkan dengan kufr disini? Ada beberapa pendapat yang kita nukilkan di sini.
1. Kufr di sini adalah bukan kufur terkeluar dari agama. Ianya adalah perbuatan orang kafir, tapi bukan jadi kafir kalau buat macam tu.
2. Serupa dengan kekufuran. Orang kafir sahaja yang membunuh orang kafir ini.
3. Ada kata ianya adalah kufr dari segi bahasa. Kita dikatakan Kufr nikmat kalau bunuh orang muslim lainnya, sebab ramai muslim adalah nikmat tapi kita pula bunuh mereka.
4. Atau ia boleh membawa kepada kekufuran. Lama-lama dia tidak rasa apa pun lagi dah. Perbuatan itu boleh membawa kepada perbuatan lagi teruk lagi.
5. Memang jadi kafir sungguh. Kalau anggap halal darah orang muslim.

 

٤٧ – أَخْبَرَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ عَنْ حُمَيْدٍ حَدَّثَنِي أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ قَالَ أَخْبَرَنِي عُبَادَةُ بْنُ الصَّامِتِ {أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ يُخْبِرُ بِلَيْلَةِ الْقَدْرِ فَتَلاحَى رَجُلانِ مِنَ الْمُسْلِمِين.َ فَقَالَ إِنِّي خَرَجْتُ لأُِِخْبِرَكُمْ بِلَيْلَةِ الْقَدْرِ وَإِنَّهُ تَلاحَى فُلانٌ وَفُلانٌ فَرُفِعَتْ وَعَسَى أَنْ يَكُونَ خَيْرًا لَكُمُ الْتَمِسُوهَا فِي السَّبْعِ وَالتِّسْعِ وَالْخَمْسِ}

Nabi keluar untuk memberitahukan kepada kami mengenai waktu tibanya Lailatul Qadar. Kemudian ada dua orang lelaki dari kaum muslimin yang berdebat. Beliau bersabda, ‘(Sesungguhnya aku) keluar untuk memberitahukan kepadamu tentang waktu datangnya Lailatul Qadar, tiba-tiba si Fulan dan si Fulan berbantah-bantahan. Lalu, diangkatlah pengetahuan tentang waktu Lailatul Qadar itu, namun hal itu lebih baik untukmu. Maka dari itu, carilah dia (Lailatul Qadar) pada malam kesembilan, ketujuh, dan kelima.

Kesalahan orang lain pun boleh menjejaskan kita.
Macam anak kita, kalau kita tak ajar mereka solat, boleh menjejaskan kita nanti. Orang lain pun kita kena betulkan.
Bila kita tak tahu bilakah malam Lailatul Qadr itu, kita akan mencari-cari. Maka ada nikmat juga kita tak tahu. Kerana malam Ramadhan semuanya ada kelebihan. Maka, sebab kita tak tahu, kita akan buat menambah amalan kita pada semua malam.
Malam qadr itu tidak tetap. Bertukar-tukar malamnya.
Orang Syiah pula faham malam qadr itu diangkat terus dari hari Nabi bersabda itu sampai tidak ada dah malam Lailatul Qadr. Salah faham macam tu.

 

Kuliah Maulana Asri boleh didapati disini

Maulana Asri Yusof

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s