We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari: Kitab Iman; Bab Pertambahan Dan Kekurangan Iman August 23, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Iman — visitor74 @ 9:02 pm

بَاب زِيَادَةِ الْإِيمَانِ وَنُقْصَانِهِ

Bab Pertambahan Dan Kekurangan Iman

وَقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى ( وَزِدْنَاهُمْ هُدًى ) ( وَيَزْدَادَ الَّذِينَ آمَنُوا إِيمَانًا ) وَقَالَ ( الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ ) فَإِذَا تَرَكَ شَيْئًا مِنَ الْكَمَالِ فَهُوَ نَاقِصٌ

Firman Allah, “Dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk” (al-Muddatstsir: 31) dan “Hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu” (al-Maa’idah: 3). Apabila seseorang meninggalkan sebahagian dari kesempurnaan agamanya, maka agamanya tidaklah sempurna.

Walaupun sahabat ada yang mati sebelum sempat mendapat semua hukum Islam, tapi iman mereka telah sempurna. Sebab adalah yang mati sebelum keluar hukum-hukum Islam semua. Macam hukum haji tidaklah keluar di awal Islam. Tidaklah kurang agama mereka. Mereka lebih baik dari kita dari segi kaifiat mereka. Macam cahaya, ada cahaya yang lagi terang dari cahaya yang lain.
Ditambahkan petunjuk sedikit demi sedikit, berdasarkan ayat Quran itu. Ini bermakna bertambah iman mereka. Kerana apa yang perlu diimani adalah sama dari dulu sampai sekarang. Perkara yang itu juga. Cuma kaifiatnya sahaja berlainan. Maka yang Allah tambahkan bagi mereka adalah amalan ibadat mereka. Kita sekarang boleh buat lagi banyak ibadat dari sahabat-sahabat yang dulu. Contohnya kita sekarang boleh menderma organ tubuh kita. Kita boleh menggembirakan hati orang lain dengan cara beri sms pun dah boleh dah. Orang dulu tidak mempunyai kesempatan ini. Kita boleh menderma ke merata tempat sebab sekarang kita boleh transfer wang ke mana-mana pun. Nabi dan sahabat dulu cuma boleh sedekah kepada yang berdekatan mereka sahaja. Begitulah contohnya.

Imam Bukhari juga menyentuh perbezaan pendapat yang ada tentang iman. Kita telah sebut sebelum ini bahawa Imam Abu Hanifah berpendapat iman itu basit. Maknanya iman itu satu tu sahaja. Iaitu mempercayai apa yang dibawa oleh Nabi. Bandingkan dengan manusia. Kalau dia tiada tangan, dia masih lagi dikira manusia. Cuma manusia yang tidak sempurna. Maka kalau tidak buat amal pun tidak menafikan keimanan seseorang itu. Ini macam ada sedikit pendapat murjiah. Oleh itu Imam Hanifah jug dipanggil ‘murjiah Ahli Sunnah’. Itu tidak mengapa, bukanlah kita mengatakan dia salah. Sebab pendapat dia seperti betul-betul pendapat murjiah yang salah itu. Maka Imam Bukhari berhadapan dengan pendapat orang yang besar besar ini, maka dia telah memberikan banyak dalil-dalil untuk mengukuhkan pendapatnya.

Imam Bukhari sama pendapat macam Imam Syafie. Iaitu iman itu murakkab. Iaitu iman terbahagi kepada tiga juzuk. Dengan hati, mulut dan perbuatan.

 

٤٢ – حَدَّثَنَا مُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَ حَدَّثَنَا هِشَامٌ قَالَ حَدَّثَنَا قَتَادَةُ عَنْ أَنَسٍ {عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَخْرُجُ مِنَ النَّارِ مَنْ قَالَ لا إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَفِي قَلْبِهِ وَزْنُ شَعِيرَةٍ مِنْ خَيْرٍ وَيَخْرُجُ مِنَ النَّارِ مَنْ قَالَ لا إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَفِي قَلْبِهِ وَزْنُ بُرَّةٍ مِنْ خَيْرٍ وَيَخْرُجُ مِنَ النَّارِ مَنْ قَالَ لا إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَفِي قَلْبِهِ وَزْنُ ذَرَّةٍ مِنْ خَيْرٍ} قَالَ أَبو عَبْد اللَّهِ قَالَ أَبَانُ حَدَّثَنَا قَتَادَةُ حَدَّثَنَا أَنَسٌ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ إِيمَانٍ مَكَانَ مِنْ خَيْرٍ

42. Telah menceritakan kepada kami Muslim bin Ibrahim berkata, telah menceritakan kepada kami Hisyam berkata, telah menceritakan kepada kami Qotadah dari Anas dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “Akan dikeluarkan dari neraka siapa yang mengatakan tidak ada Ilah kecuali Allah dan dalam hatinya ada kebaikan sebesar biji barli. Dan akan dikeluarkan dari neraka siapa yang mengatakan tidak ada ilah kecuali Allah dan dalam hatinya ada kebaikan sebesar biji gandum. Dan akan dikeluarkan dari neraka siapa yang mengatakan tidak ada ilah kecuali Allah dan dalam hatinya ada kebaikan sebesar biji sawi. Abu Abdullah (Imam Bukhari) berkata; Aban berkata; Telah menceritakan kepada kami Qotadah Telah menceritakan kepada kami Anas dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda. Dan kata iman di dalam hadits ini diganti dengan kata kebaikan.

Takkan kita nak amalan kita sekecil ini sahaja?

Mengenali perawi. Muslim bin Ibrahim. Seorang yang dikenali tsiqah. Di hari tuanya, dia telah menjadi buta. Sepanjang dia belajar ilmu hadith ini, dia tidak pernah meninggalkan Kota Basrah. Kerana banyaknya ulama hadith di sana. Tidak macam kita, kalau nak belajar hadith, kena keluar dari Malaysia untuk menuntut ilmu. Jadi walaupun banyak pendapat yang salah pun di sana juga, tapi kerana banyak juga ulama yang benar, maka masalah itu dapat diatasi. Basrah itu adalah negara Iraq sekarang ini. Muslim bin Ibrahim telah belajar dengan 900 orang guru. Antara gurunya adalah juga yang perempuan. Dia telah mengambil hadith dari 70 orang guru perempuan. Menunjukkan hebatnya ilmu hadith di sana sampai ada guru guru perempuan.

Hisham juga seorang yang tsiqah. Tapi ada juga mengatakan dia berfahaman qadariah. Tapi dia tidak ajak orang mengikut fahamannya. Tapi akhirnya dikatakan dia telah meninggalkan fahaman itu. Kalau tidak kuat fahamannya dan riwayat yang bawa tidak menyokong fahamannya, maka ulama boleh terima. Qadariah yang sebenarnya adalah berfikiran kafir. Mereka tidak percaya kepada taqdir. Pada mereka, kita sendiri yang menentukan nasib kita sendiri. Itu adalah fahaman sesat. Yang satu lagi yang sedikit serupa adalah yang mengatakan Allah buat sesuatu benda ada mempunyai ‘khasiat’. Macam akar kayu ada khasiat, boleh memberi vitamin dan sebagainya. Mereka kata Allah juga yang beri khasiat itu dan Allah boleh tarik balik. Macam itu dah dikatakan sebagai qadariah oleh ulama dulu. Kalau muktazilah pula kata nasilah yang mengenyangkan. Bukan Allah. Ini pendapat salah. Kita kena kata Allahlah yang mengenyangkan.
Satu perangai pelik Hisyam ni, kalau lampu tiba-tiba mati, dia jadi gelisah. Sebab dia teringat suasana dalam kubur. Jadi, latar belakang dia adalah orang yang baik. Dia seorang yang amat takutkan Tuhan. Maka, kita boleh kata dia tidak akan membuat bohong terhadap Allah dan Nabi.

Dalam Hadis ini dikatakan: Akan dikeluarkan dari neraka siapa yang mengatakan tidak ada Ilah kecuali Allah

Mengucap ‘la ilaha illallah’ sahajakah? Tidak termasuk dengan kata Muhammadur Rasulullah? Yang dimaksudkan di sini adalah syahadah yang lengkaplah. Disebutkan di dalam hadis ini dengan ringkas sahaja.

Perumpamaan yang digunakan adalah: Biji barli, Biji gandum dan Zarah. Apakah semua ini? Ini nak menunjukkan paling ringan sekali dalam timbangan. Tidak ada yang ringan lagi. Ada kata debu. Ada kata anak semut yang sangat halus. Ada kata atom.
Khair itu apa? Amalan. Tapi di sini Bukhari guna maknanya sebagai iman. Jadi amalan itu juga bermakna iman. Yang sama juga. Jadi iman bukan hanya maksud percaya sahaja.

Iman yang kecil kalau ada pun akan keluar dari neraka. Maknanya disini, amal hati pun dikira juga. Iaitu menerima Islam itu pun dah amalan hati.
Macam mana kecil itu? Bayangkan kalau mengucap sahaja kalau dibandingkan dengan alam yang besar itu. Walaupun katakanlah dia sempat mengucap sahaja dan terus mati. Yang sebab kecil itu pun boleh menyebabkan dia masuk syurga. Mereka akan masuk neraka dulu disebabkan dosanya kalau ada. Amal hati yang sikit pun boleh memberi kesan.

Kenapa dia pakai Hadith ini? Ada hadis lain lagi yang lebih kurang begini yang riwayatnya dibawa dari Aban. Ini adalah kerana perawi yang bernama Hisyam ini lebih tinggi kedudukannya dari Aban. Keduanya sebab dalam riwayat Hisyam guna perkataan khair. Bermaksud amalan itu termasuk sebahagian dari iman. Nak kata pentingnya amalan itu. Sebab bagi puak Murjiah, yang mereka tolak adalah amalan. Mereka kata amalan tidak penting. Bukan iman yang mereka tolak. Ketiganya sanad Aban tidak kemas.

 

—————-

٤٣ – حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ الصَّبَّاحِ سَمِعَ جَعْفَرَ بْنَ عَوْنٍ حَدَّثَنَا أَبُو الْعُمَيْسِ أَخْبَرَنَا قَيْسُ بْنُ مُسْلِمٍ عَنْ طَارِقِ بْنِ شِهَابٍ عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ أَنَّ رَجُلا مِنَ الْيَهُودِ قَالَ لَهُ{ يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ آيَةٌ فِي كِتَابِكُمْ تَقْرَءُونَهَا لَوْ عَلَيْنَا مَعْشَرَ الْيَهُودِ نَزَلَتْ لاتَّخَذْنَا ذَلِكَ الْيَوْمَ عِيدًا. قَالَ أَيُّ آيَةٍ قَالَ ( الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلامَ دِينًا ) قَالَ عُمَرُ قَدْ عَرَفْنَا ذَلِكَ الْيَوْمَ وَالْمَكَانَ الَّذِي نَزَلَتْ فِيهِ عَلَى النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ قَائِمٌ بِعَرَفَةَ يَوْمَ جُمُعَةٍ}
43. Telah menceritakan kepada kami Al Hasan bin Ash Shabbah bahwa dia mendengar Ja’far bin ‘Aun berkata; Telah menceritakan kepada kami Abu Al ‘Umais, telah mengabarkan kepada kami Qais bin Muslim dari Thariq bin Syihab dari Umar bin Al Khaththab; Ada seorang laki-laki Yahudi berkata: “Wahai Amirul Mu’minin, ada satu ayat dalam kitab kalian yang kalian baca, seandainya ayat itu diturunkan kepada kami Kaum Yahudi, tentulah kami jadikan (hari diturunkannya ayat itu) sebagai hari raya (‘ied). Maka Umar bin Al Khaththab berkata: “Ayat apakah itu?” (Orang Yahudi itu) berkata: “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kalian agama kalian, dan telah Ku-cukupkan kepada kalian nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagi kalian”. (Al Maidah ayat 3). Maka Umar bin Al Khaththab menjawab: “Kami tahu hari tersebut dan dimana tempat diturunkannya ayat tersebut kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, yaitu pada hari Jum’at ketika beliau shallallahu ‘alaihi wasallam berada di ‘Arafah.

Jabal Rahmah yang ada di Padang Arafah

Umar seperti yang kita tahu, adalah salah seorang dari sepuluh sahabat yang diberitahu oleh Nabi akan masuk syurga. Dia adalah orang pertama yang dinamakan sebagai Amirul mukminin. Dia adalah seorang yang Mujtahid mutlak. Hebat sekali ilmu apa yang ada pada Umar itu. Dikatakan bahawa semua Mujtahid mendapat serpihan dari ilmu sahaja dari Saidina Umar. Tinggi sekali ilmunya.

Orang Yahudi yang bertanya kepada Umar itu kemudiannya telah masuk Islam.

Ayat Quran “…dan telah Ku-cukupkan kepada kalian nikmat-Ku…” Nikmat yang dimaksudkan disini adalah ‘agama’. Sebelum ayat itu diturunkan, agama Islam adalah tidak sempurna lagi. Iman pun ada kurang. Iaitu ada perkara yang perlu diimani belum cukup lagi. Macam mempercayai bahawa haji itu wajib belum lagi.

Istimewa hari itu kerana Allah redha dengan Islam. Waktunya ialah waktu asar pada hari arafah.

Adakah bermaafan itu amalan hari raya?

Jawapan dari Umar itu macam tak jawap penuh. Orang Yahudi itu kata “seandainya ayat itu diturunkan kepada kami Kaum Yahudi, tentulah kami jadikan (hari diturunkannya ayat itu) sebagai hari raya (‘ied)” tapi Umar tiada cerita pasal raya pun. Ada ulama kata Hadith ini adalah Hadith ringkas. Boleh jadi tidak ringkas, memang macam tu. Riwayat memang boleh jadi berbeza. Ada banyak kemungkinan kenapa jadi macam ini. Mungkin dia tak dengar hadis itu dengan penuh, atau lupa keseluruhan hadis itu atau memang dia berniat nak cerita ringkas. Itu adalah biasa sebagai tabiat manusia. Kena tengok ada tak riwayat lain. Dimana ada riwayat lain yang mengatakan bahawa Umar kata memang ianya adalah eid kepada orang Islam. Sebab hari itu memang ada dua hari raya padanya: sebab hari itu jatuh pada hari Jumaat iaitu memang hari raya kepada muslim dan jatuh pada hari arafah iaitu eidul adha.

Adakah kita rayakan Jumaat? Tidaklah macam kita buat pada hari Eidul Fitri dan Eidul Adha. Tapi hari Jumaat itu memang mempunyai sifat-sifat hari raya. Contohnya, kita tidak boleh puasa khas pada hari Jumaat sahaja macam kita tidak boleh puasa pada hari eid. Pada hari itu ada special solat iaitu solat Jumaat. Pada hari itu digalakkan untuk kita pakai pakaian bersih. Banyak perkara besar dalam sejarah dan akan yang boleh dirayakan jatuh hari Jumaat.
Walaupun boleh dikatakan iaiya adalah hari raya kepada kita, tapi tidak salah kalau bekerja hari jumaat sebab dalam Quran pun ada kata lepas solat Jumaat bertebaran. Dan sebelum itu pun boleh juga bekerja dan berniaga. Tapi eloklah kalau bercuti hari Jumaat itu daripada membesarkan hari Ahad iaitu hari kebesaran agama lain.

Kenapakah dikatakan hari arafah itu hari raya padahal ianya jatuh pada 9 dzulhijjah dan raya haji sebenarnya adalah 10 dzulhijjah. Ianya kerana dekatnya hari itu dengan hari raya. Kerana ayat itu turun pada waktu asar maka logiknya sambutannya adalah esok. Macam dalam hadith lain apabila Nabi mengatakan bahawa “hari raya itu tidak dikurangkan, iaitu Ramadhan dan dzulhijjah”. Padahal Ramadhan bukan ada hari raya di dalamnya. Tapi sebab rapatnya Ramadhan dan eidul Fitri itu maka digunakan perkataan Ramadhan. Dan boleh juga dikatakan kepada orang orang yang menunaikan haji, pada hari arafah itu adalah hari raya kepada mereka kerana mereka bergembira kerana dapat melakukan ibadah yang besar sekali.

Allahu a’lam. Kuliah asal Maulana Asri boleh didapati disini. 

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s