We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari: Kitab Iman: Bab Sembahyang Itu Adalah Sebahagian Daripada Iman, Dan Firman Allah: “Allah Tidak Akan Mengsia-Siakan Iman Kamu” Iaitu Sembahyang Kamu Dekat Baitullah August 22, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Iman — visitor74 @ 12:59 am
Tags: ,

بَاب الصَّلَاةُ مِنَ الْإِيمَانِ وَقَوْلُ اللَّهِ تَعَالَى ( وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُضِيعَ إِيمَانَكُمْ ) يَعْنِي صَلَاتَكُمْ عِنْدَ الْبَيْتِ

30. Bab: Sembahyang Itu Adalah Sebahagian Daripada Iman, Dan Firman Allah: “Allah Tidak Akan Mengsia-Siakan Iman Kamu” Iaitu Sembahyang Kamu Dekat Baitullah.

۳۹ – حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ خَالِدٍ قَالَ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو إِسْحَاقَ عَنِ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ {أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ أَوَّلَ مَا قَدِمَ الْمَدِينَةَ نَزَلَ عَلَى أَجْدَادِهِ أَوْ قَالَ أَخْوَالِهِ مِنَ الأَنْصَارِ وَأَنَّهُ صَلَّى قِبَلَ بَيْتِ الْمَقْدِسِ سِتَّةَ عَشَرَ شَهْرًا أَوْ سَبْعَةَ عَشَرَ شَهْرًا وَكَانَ يُعْجِبُهُ أَنْ تَكُونَ قِبْلَتُهُ قِبَلَ الْبَيْتِ وَأَنَّهُ صَلَّى أَوَّلَ صَلاةٍ صَلاَّهَا صَلاةَ الْعَصْرِ وَصَلَّى مَعَهُ قَوْمٌ فَخَرَجَ رَجُلٌ مِمَّنْ صَلَّى مَعَهُ فَمَرَّ عَلَى أَهْلِ مَسْجِدٍ وَهُمْ رَاكِعُونَ فَقَالَ أَشْهَدُ بِاللَّهِ لَقَدْ صَلَّيْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قِبَلَ مَكَّةَ فَدَارُوا كَمَا هُمْ قِبَلَ الْبَيْتِ وَكَانَتِ الْيَهُودُ قَدْ أَعْجَبَهُمْ إِذْ كَانَ يُصَلِّي قِبَلَ بَيْتِ الْمَقْدِسِ وَأَهْلُ الْكِتَابِ فَلَمَّا وَلَّى وَجْهَهُ قِبَلَ الْبَيْتِ أَنْكَرُوا ذَلِكَ } قَالَ زُهَيْرٌ حَدَّثَنَا أَبُو إِسْحَاقَ عَنِ الْبَرَاءِ فِي حَدِيثِهِ هَذَا أَنَّهُ مَاتَ عَلَى الْقِبْلَةِ قَبْلَ أَنْ تُحَوَّلَ رِجَالٌ وَقُتِلُوا فَلَمْ نَدْرِ مَا نَقُولُ فِيهِمْ فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى (وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُضِيعَ إِيمَانَكُمْ(

Dari Barak bin Azib bahawa Nabi SAW pada ketika mula-
mula sampai ke Madinah, baginda singgah di rumah nenek moyangnya atau di rumah pakcik-pakciknya dari kalangan Ansar. Sesungguhnya baginda SAW telah bersembahyang di Madinah dengan mengadap ke arah Baitul Maqdis selama 16 atau 17 bulan. Baginda SAW suka sekali kalau kiblatnya dihadapkan ke Baitullah. Sebenarnya sembahyang yang mula-mula sekali Nabi SAW kerjakan dengan mengadap Baitullah adalah sembahyang asar bersama sekumpulan orang. Setelah selesai bersembahyang, salah seorang sahabat yang telah bersembahyang bersama Nabi SAW tadi, melalui sebuah masjid yang mana ahlinya sedang bersembahyang. Dia lantas berkata “aku bersaksi dengan nama Allah bahawa sesungguhnya aku telah bersembahyang bersama Rasullullah SAW dengan mengadap ke Mekah.” Maka mereka terus berpusing ke arah Baitullah. Orang-orang Yahudi dan ahli kitab amat suka ketika Nabi SAW bersembahyang mengadap ke Baitul Maqdis tetapi apabila baginda SAW mengadap ke arah Baitullah, mereka pun mempersoalkan.

Abu Ishak meriwayatkan dari al Barak bahawa beberapa orang telah pun mati dan terbunuh sebelum ditukarkan arah kiblat itu. kami tidak tahu apa yang akan kami katakan tentang mereka maka Allah menurunkan firman ini yang bermaksud ‘Allah tidak akan menyia-yiakan iman kamu.’

Dari tajuk bab inilah kita tahu feqah Bukhari dan apa pemahaman dia dari hadis itu. Hadith yang sama ada pada kitab lain tapi kelebihan Bukhari adalah pada cara dia pilih tajuk bab dia. Apa kaitan antara bab ini dan bab sebelumnya? Cara Imam Bukhari adalah dia akan ikut cara Quran yang ada kaitan antara satu ayat dan ayat yang lain. Tapi ramai yang tak faham dan kehairanan apakah hubungan satu ayat dengan ayat lain kerena dia tidak nampak. Dalam Quran, kalau tidak faham, akan nampak yang topik-topik Quran itu dibuat bercampur-campur. Kejap berkenaan satu perkara, dan tiba-tiba akan cerita pasal benda lain pula. Dibuat sebegitu kerana manusia itu ada macam-macam perkara yang dilaluinya dalam kehidupan dia. Ada yang berniaga sambil menjalani kehidupan dunia ini, maka sambil menceritakan berkenaan tauhid, Allah selitkan berkenaan perniagaan. Ada cerita tentang dunia, dan ada cerita tentang akhirat. Kadang manusia buat perkara baik, kadang buat tak baik. Campur-campur semua perkara itu. Jadi Allah ingatkan dalam Quran.

Sebelum ini dalam Hadith yang sebelumnya, di bahagian akhir adalah menceritakan bahawa untuk cari pertolongan Allah adalah dengan melakukan sembahyang. Jadi dalam Hadith ini pasal sembahyang pula. Itulah kaitannya antara hadis ini dan hadis sebelumnya.

Keduanya dia nak cerita ibadat badaniah yang paling afdhal adalah sembahyang. Sebab dalam sembahyang itu ada banyak ibadat: baca Quran, bertasbih, bertahmid dan sebagainya.

Sebelum ni hadis yang sebelum ini cakap bahawa agama itu mudah. Itu dinamakan sebagai bab selingan. Kerana sebelum-sebelum tu hadis-hadis yang sebelum itu cakap pasal ibadat yang nampak payah untuk dibuat macam jihad, puasa dan amalan dalam bulan puasa. Maka dia nak ingatkan bahawa hakikatnya agama itu mudah. Yang penting dia nak cerita adalah amalan ibadat adalah sebahagian dari iman. Ni Imam Bukhari nak bawa balik ke bab asal. Nak cerita pasal amalan dalam Islam.

Iman itu ada tiga rukun. Tasdiq bilqalbi, iqraarun bilisan wa amalun bil arkan. Mengakuinya dengan mulut, menyebut dengan lidah dan melakukan dengan perbuatan. Mengerjakan apa yang kita yakini. Kena ada semua tiga rukun ini. Tak boleh tinggal satu pun.

Sembahyang adalah sebahagian dari iman. Dalil Bukhari adalah diambil dari ayat Quran iaitu “Allah tidak mensia-siakan iman kamu”. Iman dalam ayat itu adalah sembahyang. Iaitu sebahagian dari iman. Walaupun ayat yang digunakan adalah macam sembahyang itu adalah iman, tapi bukan solat sahaja. Kadang-kadang kita dalam keadaan biasa pun akan sebut semua, tapi maksudnya sebahagian. Macam kita kata kita baru baca Quran. Kita baca satu surah sahaja, tapi bahasa yang kita gunakan adalah kita dah baca Quran. Bukanlah Allah maksudkan keseluruhan iman itu dalam sembahyang. Tapi bila Allah kata sembahyang itu dalam iman maka menunjukkan betapa pentingnya solat itu.

Pengubahan Kiblat sebelum itu adalah untuk menguji sahabat. Banyak ujian semasa zaman Nabi. Maka sahabat itu adalah mereka yang telah melepasi ujian-ujian yang telah diberikan. Kepunyaan Allah lah timur dan barat. Mana-mana arah pun Dia punya juga. Yang sesuai pada masa itu adalah ke Baitulmaqdis. Tak boleh kata Allah tak tahu mana yang lebih elok.

Macam-macam kata orang munafik. Mereka kata kenapa tak awal-awal lagi dah suruh ke Kaabah? Kalau macam tu, bagaimana dengan mereka yang telah solat mengadap ke Baitulmaqdis? Kata mereka. Satu lagi masalah adalah macam arak, kenapa tidak haram sekaligus? Maka susahlah mereka yang telah minum arak sebelum itu.

Waktu buat dulu itu adalah atas tuntutan iman waktu itu. Allah tahu, tapi kita yang tak tahu. Maka Allah terima apa-apa sembahyang yang dilakukan yang mengadap dulu ke Baitulmaqdis itu. Tidak sia-sia amalan sembahyang mereka pada masa itu. Sahabat sebenarnya telah tahu bahawa memang Nabi inginkan supaya qiblat ditukar ke Kaabah. Sebab itu walaupun seorang sahaja yang beritahu bahawa qiblat telah ditukar, maka sahabat lain ikut walaupun mereka sedang solat waktu itu. Ada yang sedang rukuk, ada yang sedang sujud dan sebagainya. Mereka terus mengubah kiblat mereka dalam keadaan mereka samada ruku atau sujud itu. Mereka tak tanya banyak. Sebab mereka memang menunggu-nunggu bila kiblat akan ditukarkan.

Banyak kelebihan Kaabah itu. Sampai sekarang begitu ramai umat Islam akan membanjiri Kaabah itu untuk melakukan ibadah. Nabi Muhammad pun datang dari situ juga dulu. Air zam zam juga ada di situ. Dan umat musyrikin Mekah dulu pun yang sekarang ini masuk Islam pun sudah dari dulu telah memuliakan Kaabah itu. Kaabah pun adalah rumah ibadat yang mula-mula dibina. Lebih dulu dari Baitulmaqdis lagi.

Kenapa Bukhari letak tajuk “Sembahyang Kamu Dekat Baitullah”? Yang musykil samada diterima atau tidak adalah solat kepada Baitulmaqdis. Sampai ada ulama yang menukar tajuk ini kepada Baitulmaqdis. Sebab mereka ingat silap tulis. Itulah dengan Bukhari ni kena belajar tajuk sekali. Ulama kata Hadith ini musahhaf. Iaitu ada yang silap tulis. Orang selepas Bukhari yang silap tulis. Tapi semua kitab yang disalin adalah macam ni. Jadi pendapat ini adalah lemah.
Pendapat kedua mengatakan inda di sini adalah ila dan bait adalah bermaksud baitulmaqdis. Iaitu Rumah yang suci.
Imam Nawawi kata kena takwil kata-kata Bukhari. Tapi memang bait itu dimaksudkan Baitullah. Disekitar Mekah. Semasa dulu  di mekah pun mereka mengadap ke Baitulmaqdis. Dalam keadaan itu masih lagi boleh mengadap Kaabah. Saluran emas itu mengadap baitulmaqdis. Dan Nabi duduk di rukun yamani supaya mengadap dua-dua. Ada yang tidak dapat solat disitu. Mungkin mereka takut untuk bersembahyang berterangan macam itu. Jadi ada yang solat tidak mengadap Kaabah tapi terus ke Baitulmaqdis. Sembahyang yang sebegitulah yang Allah tidak sia-siakan. Kalau macam tu pun Allah tidak siakan, tambahan pula kalau di Madinah yang memang tak mungkin dapat mengadap ke Kaabah. Itulah takwilan yang kita boleh ambil dari kata Imam Bukhari itu.

Ada kata Allah mansuhkan kiblat dua kali. Tapi pendapat ini tidak kuat. Kiblat yang menghala ke Baitulmaqdis dulu itu tidak dihukum melalui wahyu Quran tapi adalah wahyu dalam bentuk Hadith. Dinasakhkan Hadith dengan Quran. Nasikh mansukh itu hanya terjadi dalam bab hukum hakam. Kalau aqidah atau sejarah tidak ada pertukaran. Banyak jenis hal mansukh ini. Ada empat jenis. Tapi tak semua ulama sepakat berkenaan ayat-ayat mansukh. Shah Waliyullah kata hanya ada lima sahaja ayat Quran yang dimansuhkan. Tapi ada pula yang kata tidak ada ayat Quran yang dimansuhkan. Semua ayat Quran itu ada yang boleh digunakan dalam keadaan tertentu. Jadi tidak dimansukhkan ayat Quran langsung.

Ulama ada kata pada waktu zuhur dan ada kata waktu asar yang mula-mula hadap ke Baitullah. Dan di mana kejadian pertama itu? Ada khilaf dalam perkara ini. Pemalingan berlaku dalam waktu zuhur di masjid qiblatain dan dalam sembahyang. Bukan masjid Nabi. Nabi ke sana untuk menziarahi ibu seorang sahabat yang sakit. Masjid terletak di kalangan kabilah Bani Salimah. Selesai dua rakaat datang perintah untuk tukar kiblat. Nabi dan sahabat yang sedang solat pusing terus. Apabila berpusing, Nabi jadi duduk di belakang. Biasanya perempuan ada sekali. Tak disebut samada Nabi ikut tengah atau tepi untuk pergi ke depan balik.
Ada kata di masjid Nabi sendiri. Ini pendapat diterima oleh Jalaludin Suyuti. Yang sebenarnya kejadian itu terjadi di masjid qiblatain sekarang ini iaitu masjid Bani Salimah semasa zaman Nabi.

Pada masjid Nabi pula ialah diwaktu zuhur atau di waktu asar. Itu adalah yang pertama sekali lengkap mengadap ke baitullah. Kerana di Masjid Qiblatain, pertukaran berlaku semasa sedang sembahyang. Kemudian diberitahu ke masjid bani lagi satu dan kemudian esoknya waktu subuh ke masjid Quba. Dua-dua tempat itu adalah diberitahu semasa solat. Samada semasa sedang rukuk ataupun sedang solat. Maknanya zaman Nabi itu, banyak masjid telah didirikan. Bukan kena solat di masjid Nabi sahaja. Islam itu mudah. Kepada mereka yang duduk jauh, mereka tidak perlu untuk pergi ke Masjid Nabi, mereka boleh dirikan solat berjemaah berdekatan dengan perkampungan mereka.

Ulama mengambil pandangan bahawa boleh menggunakan khabar ahad untuk memansuhkan khabar mutawatir. Iaitu dalam kes ini, dengan seorang sahaja yang cakap, orang ramai ikut dan meninggalkan perbuatan yang memang mutawatir dari Nabi. Tapi mestilah dengan ada bukti yang menyokongnya. Macam dalam kes ini, sahabat sudah tahu bahawa Nabi memang menunggu-nunggu bilakah kiblat akan ditukar. Dan ulama juga mengambil hukum dari Hadith ini bahawa Hadith Ahad boleh digunakan untuk menentukan hukum. Tapi kalau bab akidah, mestilah Hadith yang mutawatir. Hadith dhoif hanya boleh digunakan untuk fadhail amal sahaja. Cuma tidak boleh dhoif jiddan, iaitu dhaif yang bersangatan.

Maka mereka terus berpusing ke arah Baitullah. Dalam keadaan mereka. Kalau sedang berdiri maka berpusing dalam berdiri. Kalau dalam rukuk, pusing dalam rukuk. Maka imam akan berjalan ke hadapan. Dan perempuan akan mundur ke belakang. Ianya mudah kerana mereka memang semua sudah tahu yang ini akan terjadi. Dan memang dah plan apa akan buat bila ini terjadi. Maka mereka bergerak dengan banyak juga. Ada yang kata masa itu dibenarkan. Ada pula yang kata mereka gerak dua langkah berhenti, dua langkah berhenti. Ada yang kata dibenarkan bergerak kalau keperluan.

Bolehkah kita pakai teguran orang dari luar? Boleh, kena fikirkan betul atau tidak.

Orang-orang Yahudi dan ahli kitab amat suka ketika Nabi SAW bersembahyang mengadap ke Baitul Maqdis tetapi apabila baginda SAW mengadap ke arah Baitullah, mereka pun mempersoalkan. Mereka suka sebab mengadap kiblat mereka. Mereka rasa mereka dibenarkan oleh agama baru ini apabila ianya pun ikut kiblat mereka. Ahli kitab siapa pula? Orang Yahudi memang mengadap ke BaitulMaqdis. Tapi orang nasrani pun suka juga. Padahal mereka mengadap Baitullaham. Sekurang-kurangnya Islam tidak mengadap Baitullah. Dan macam mengadap arah kiblat mereka juga.

Ada yang kata ahli kitab adalah dari kalangan orang alim mereka. Maknanya orang awam dan orang alim pun suka.
Ada yang kata orang alim ahli kitab yang sudah masuk Islam. Telah diberitahu dalam kitab mereka bahawa Nabi akhir zaman akan mengadap dua kiblat. Terbukti apa yang telah diberitahu sebelum itu.

Mereka yang bantah itu kata kenapa buat macam tu? Mana yang betul? Allah tak tahukah mana yang betul dari mula lagi? Padahal hikmahnya tukar adalah ujian kepada umat manusia. Nak tengok mana yang beriman dan tidak. Sanggup ikut apa sahaja kata Allah dan Nabi. Orang munafik mesti akan berat hati.

Kiblat pada baitulmaqdis juga adalah untuk menjinakkan hati ahli kitab. Nak menunjukkan bahawa ada persamaan agama islam ini dengan agama kitab. Tapi sepanjang 17 bulan itu mereka masih tidak mahu menerima Islam. Maka munasabah Allah tarik kenabian dari mereka dan diberikan kepada bangsa Arab. Kerana mereka tak pandai jaga nikmat kenabian yang Allah telah berikan. Macam-macam mereka tohmahkan kepada Nabi-nabi mereka. Mereka buat cerita sampai kata Nabi Nabi mereka berzina. Ini bukan rekaan tapi ada dalam kitab mereka sendiri. Iaitu Nabi Daud. Mereka juga telah ubah kitab mereka. Allah boleh cabut kemuliaan yang telah Dia berikan.

 

Kuliah Maulana Asri boleh didapati di sini

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s