We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari: Kitab Iman: Bab Keelokan Islam Seseorang August 22, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Iman — visitor74 @ 1:14 pm

 

بَاب حُسْنُ إِسْلَامِ الْمَرْءِ

31. Bab: Keelokan Islam Seseorang.

قَالَ مَالِكٌ أَخْبَرَنِي زَيْدُ بْنُ أَسْلَمَ أَنَّ عَطَاءَ بْنَ يَسَارٍ أَخْبَرَهُ أَنَّ أَبَا سَعِيدٍ الْخُدْرِيَّ أَخْبَرَهُ {أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا أَسْلَمَ الْعَبْدُ فَحَسُنَ إِسْلامُهُ يُكَفِّرُ اللَّهُ عَنْهُ كُلَّ سَيِّئَةٍ كَانَ زَلَفَهَا وَكَانَ بَعْدَ ذَلِكَ الْقِصَاصُ الْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ وَالسَّيِّئَةُ بِمِثْلِهَا إِلاَّ أَنْ يَتَجَاوَزَ اللَّهُ عَنْهَا}

Malik berkata Zaid bin Aslam meriwayatkan kepada saya Abu Said telah meriwayatkan sesungguhnya beliau telah mendengar Rasul bersabda: apabila seseorang memeluk Islam, lalu elok Islamnya, Allah akan menghapuskan segala kejahatan yang pernah dilakukannya, selepas itu perkiraan adalah berdasarkan ketetapan bahawa satu kebaikan dilakukan akan dibalas sepuluh kali ganda sehingga sampai 700 kali ganda dan satu kejahatan akan dibalas dengan satu kejahatan setimpal kecuali kalau Allah mengampunkannya.

 

٤۰ – حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ مَنْصُورٍ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُالرَّزَّاقِ قَالَ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ{قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَحْسَنَ أَحَدُكُمْ إِسْلامَهُ فَكُلُّ حَسَنَةٍ يَعْمَلُهَا تُكْتَبُ لَهُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ وَكُلُّ سَيِّئَةٍ يَعْمَلُهَا تُكْتَبُ لَهُ بِمِثْلِهَا}

Ishak meriwayatkan abu razak dari Makmar dari Hammam dari Abi Hurairah katanya Rasulullah telah bersabda: apabila seseorang mengelokkan islamnya maka setiap kebaikan yang dilakukannya akan ditulis sepuluh kali ganda sampai 700 kali ganda dan setiap keburukan yang dilakukannya akan dibalas dengan setimpal dengannya.

Imam Bukhari bila buat tajuk ada kaitan dengan bab sebelum ini dan bab selepasnya. Jadi apa kaitan bab ini dengan bab sebelumnya? Bab sebelum ini adalah mengenai kerisauan sahabat-sahabat tentang sahabat-sahabat mereka yang mati sebelum sempat menukar kiblat mereka kepada Kaabah. Dan mereka risau tentang mereka yang telah minum arak sebelum arak diharamkan padahal arak itu memang tidak elok dari asalnya lagi. Bukannya arak hanya tidak elok selepas diharamkan. Mereka risaukan perkara ini adalah kerana sahabat-sahabat itu mahukan yang terbaik dalam agama mereka. Dari itu Allah menurunkan ayat mengatakan Allah tidak menyalahkan mereka yang telah makan apa-apa yang diharamkan kerana mereka tidak tahu. Apa yang Allah mahukan adalah mereka melakukan yang paling elok dalam agama mereka pada masa itu. Jadi mereka yang telah mati itu telah melakukan apa yang terbaik berdasarkan perintah Allah pada masa itu. Iaitu pada masa mereka hidup. Maka dari itulah Imam Bukhari mengambil perkataan ahsanatau elok itu dan dijadikan tajuk bab ini. Dalam Islam, kita hanya perlu melakukan apa yang kita mampu dalam keadaan kita sahaja. Asalkan ada perasaan nak melakukan yang terbaik. Ada keadaan kita tidak dapat melaksanakan sesuatu perkara kerana kita tidak mampu. Maka itu adalah tidak salah. Contohnya kita tidak dapat pergi haji kerana kita tidak mampu lagi. Padahal dalam hati kita memang kita hendak sangat menunaikannya. Dan kita mungkin tidak mampu melaksanakan hukum hudud tuntutan Allah lagi. Tapi kita dalam hati mahu melakukannya. Dan kita tidak mengatakan bahawa hukum hudud dari Allah itu tidak sesuai buat masa ini. Ini adalah pendapat Imam Hajar Asqalani.

hudud wajib dalam Islam

Dan lagi satu, dalam Quran mengatakan tidak elok Islam seseorang yang tidak melakukan sembahyang. Maka kalau nak tengok Islam seseorang itu elok atau tidak, kena tengok pada sembahyangnya. Bab sebelum ini adalah berkenaan sembahyang sebahagian dari iman.

Hadis ini adalah nak menolak pegangan murjiah yang tidak mementingkan amalan baik dalam Islam. Padahal kita sebagai manusia inginkan keelokan dalam segala hal, rumah, makanan dan sebagainya. Semua kita nak elok. Tapi mengapa dalam Islam kita tidak mahukan keelokan? Dan Bukhari juga nak menolak pandangan puak Khawarij yang memegang pendapat mengatakan kalau melakukan dosa besar, akan terkeluar dari Islam. Padahal kalau dari Hadith ini mengatakan bahawa ianya merosakkan iman dia sahaja. Bukannya kalau tak buat akan terkeluar dari Islam.

Bukhari terus mengatakan “Malik mengatakan” tanpa memberikan sanad macam mana sampai kepada Malik. Sebab dia sendiri tidak berpeluang berjumpa dengan Imam Malik. Malik pun banyak buat sebegini dalam muwatta’ beliau. Ianya adalah untuk meringkaskan. Dan semua ulama terima kerana ianya dari Imam Malik. Mereka percaya kepada Imam Malik. Maka ini adalah salah satu taqliq iaitu percaya tanpa sanad yang lengkap. Maka hadis ini tidak boleh dikatakan sebahagian dari Sahih Bukhari. Ianya diletakkan sebagai menyokong pendapat beliau. Maknanya, bukan semua dalam Kitab Sahih Bukhari itu boleh dikatakan sebagai Sahih Bukhari. Ada 59 tempat dalam kitab ini dimana Bukhari buat macam ni. Sebenarnya hadith ini ada juga di kitab-kitab lain dengan sanad yang penuh.

Sesiapa yang masuk Islam akan dihapuskan segala dosanya yang telah lalu. Ini adalah satu motivasi untuk orang kafir masuk Islam. Kalau dah Islam dah, ada juga kemungkinan Allah akan hapuskan tapi banyak ceritanya lagi. Bukan senang-senang Allah nak ampunkan semua sekali. Tapi kalau masuk Islam sahaja, telah habis kesalahannya yang lalu. Tidak kira apa kesalahannya.
Hadis ini Imam Bukhari buat ringkas. Ada lagi kata-kata lain. Iaitu Allah akan menggantikan kebaikan yang telah lalu itu dengan pahala. Tapi dia tidak masukkan. Orang yang faham akan mengerti. Kalau Imam muslim, dia masukkan semua sekali kata-kata Hadith itu. Jadi kalau nak lihat keseluruhan, ada dalam Muslim. Dia tidak masukkan bahagian itu kerana ulama tidak sepakat menerima bahawa kebaikan semasa kafir akan ditukar kepada pahala. Nak menunjukkan bahawa ulama tidak sepakat. Atau dia nak mengatakan bahawa dia tidak setuju dengan pendapat itu. Kerana berlawanan dengan pemahaman agama. Sebab kalau nak jadi pahala, ada syarat-syarat tertentu. Kalau dalam Quran mengatakan yang amalan baik orang kafir macam fatamorgana. Tapi ada yang terima bahawa perbuatan baik mereka akan ditukar kepada pahala. Ikut Allah kalau nak beri. Maka ini lagi elok kalau nak mengajak orang kafir masuk Islam.

Jumhur ulama mengatakan masuk Islam sahaja, terus dihapuskan segala dosanya yang telah lalu. Cuma ada yang kata kena masuk dengan bertaubat dari dosanya yang telah lalu dan dia berazam untuk tidak melakukannya lagi. Sebab ada yang masuk Islam sebab cuma nak daftar sahaja sebab nak kahwin atau sebab-sebab lain. Tapi elok pakai yang pegangan jumhur ulama bila nak cerita kepada orang kafir. Sebab kalau dakwah cerita hal ini, tidak nampak menarik. Biar dia masuk Islam dulu dan kita cerita yang mudah-mudah kepada dia. Bila dah dalam Islam, baharulah cerita kemudian.
Jangan susahkan kepada orang yang nak masuk Islam macam ajar lafaz niat sembahyang yang bukan wajib pun. Padahal Allah suruh untuk mudahkan. Jadi dalam dakwah jangan susahkan. Kalau nak berbincang itu boleh dalam majlis ilmu.

Adakah sampai 700 kali ganda sahaja? Ada pendapat mengatakan bahawa memang sampai 700 sahaja. Tapi ada yang kata kalau 700 itu digunakan, menunjukkan banyak. Dan dalam Quran pun ada sebut bahawa Allah akan menggandakan lagi. Gandaan itu dikira mengikut keikhlasan orang yang membuatnya. Atau kalau dia beri pada ketika orang yang diberi itu memang memerlukannya masa itu. Lain kalau diberi pada masa lain. Jadi ada macam-macam perkara lagi yang boleh menggandakan lagi pahala yang boleh didapati.

Kalau membuat kesalahan, hanya dibalas satu sahaja. Tapi boleh bertambah kalau melibatkan orang lain. Kalau orang lain ikut. Macam setiap kali ada orang bunuh orang lain, anak Nabi Adam yang mula-mula bunuh itu akan mendapat bahagian.

——-

بَاب أَحَبُّ الدِّينِ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ أَدْوَمُهُ

30. Bab: Cara Agama Yang Allah Paling Suka Ialah Yang Berkekalan.

٤۱ – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ هِشَامٍ قَالَ أَخْبَرَنِي أَبِي عَنْ عَائِشَةَ {أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ عَلَيْهَا وَعِنْدَهَا امْرَأَةٌ قَالَ مَنْ هَذِهِ ؟ قَالَتْ فُلانَةُ تَذْكُرُ مِنْ صَلاتِهَا قَالَ مَهْ عَلَيْكُمْ بِمَا تُطِيقُونَ فَوَاللَّهِ لا يَمَلُّ اللَّهُ حَتَّى تَمَلُّوا وَكَانَ أَحَبَّ الدِّينِ إِلَيْهِ مَادَامَ عَلَيْهِ صَاحِبُهُ }

Bab: Amalan dalam Agama yang Paling Dicintai Allah Azza wa Jalla Ialah yang Dilakukan Secara Konstan (Terus Menerus / Berkesinambungan)

 

٤۱ – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ هِشَامٍ قَالَ أَخْبَرَنِي أَبِي عَنْ عَائِشَةَ {أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ عَلَيْهَا وَعِنْدَهَا امْرَأَةٌ قَالَ مَنْ هَذِهِ ؟ قَالَتْ فُلانَةُ تَذْكُرُ مِنْ صَلاتِهَا قَالَ مَهْ عَلَيْكُمْ بِمَا تُطِيقُونَ فَوَاللَّهِ لا يَمَلُّ اللَّهُ حَتَّى تَمَلُّوا وَكَانَ أَحَبَّ الدِّينِ إِلَيْهِ مَادَامَ عَلَيْهِ صَاحِبُهُ }

Hadith: Aisyah رضي الله عنها mengatakan bahwa Nabi saw: masuk ke tempatnya dan di sisinya ada seorang wanita [dari Bani Asad], lalu Nabi bertanya, “Siapakah ini?” Aisyah menjawab, “Si Fulanah [ia tidak pernah tidur malam], ia menceritakan salatnya.” Nabi bersabda, “Lakukanlah [amalan] menurut kemampuanmu. Kerana demi Allah, Allah tidak merasa bosan untuk memberi pahala (dan dalam satu riwayat: karena sesungguhnya Allah tidak merasa bosan) sehingga kamu sendiri yang bosan. Amalan agama yang paling disukai-Nya ialah apa yang dilakukan oleh pelakunya secara berterusan (terus menerus / berkesinambungan).”

Ada ulama menolak atau kritik perawi Abd Razzak sebab sejarah Syiah mereka. Menunjukkan betapa ulama menentang dan tidak menerima Syiah dari dulu lagi. Syiah itu adalah kafir. Kalau tidak mengaku mereka itu kafir, maka kita sendiri boleh jadi kafir. Itu kalau kita dah tahu betapa sesatnya mereka. Tapi perawi yang ada dalam sahih Bukhari tidaklah teruk sangat. Mereka hanya melebihkan ahlul bait sahaja. Dan Abd Razzak telah meninggalkan pendapat Syiah mereka. Tapi ada yang menolak dia kerana dia pernah memanggil Saidina Umar seorang yang bodoh. Jadi ulama menapis apa yang diriwayatkan olehnya. Jadi Hadith yang dibacakan ini ada dikritik oleh ulama. Mungkin Hadith ini Bukhari masukkan kerana ada Hadith sebegini dalam kitab kitab lain.

Hadith ini menceritakan berkenaan istiqamah. Lebih baik untuk melakukan amalan yang sedikit tapi berterusan dari melakukan amalan yang besar tapi tidak berterusan. Yang penting adalah mengikut Sunnah Nabi. Jadikan amalan yang kita buat itu sepanjang hayat. Jadi kena betul cara. Biarlah tak banyak tapi berkekalan. Tingkatkan dari masa ke semasa. Kena ada peningkatan. Bila dah buat, jangan tinggal. Pilih yang mana paling molek. Solat yang paling molek adalah witr. Baca Quran pun bagus juga. Tak ingat makna pun boleh dapat pahala. Kalau berzikir itu, ulama kata faham makna dan sedar berzikir baru boleh dapat pahala.

Carilah khusyuk dalam solat

Aisyah kata perempuan itu rajin sembahyang. Maknanya lebih dari orang lain. Nabi kata jangan buat begitu. Perkataan ‘mah‘ yang digunakan Nabi bermaksud ‘jangan’. Kena buat apa yang mampu. Bila Nabi cakap dalam riwayat ini, dia tidak gunakan perkataan ‘alaikuma‘ iaitu merujuk kepada kamu berdua, tapi Nabi menggunakan perkataan ‘alaikum’ bermaksud nasihat itu adalah untuk semua orang juga.

Mari mengenali perawi: Salah seorang perawi dalam hadis ini bernama Hisyam. Masa tuanya, fikirannya celaru. Dialah yang mengatakan Aisyah menikah dengan Nabi umur 6 tahun. Jadi boleh dikhuatiri hadis itu yang dia sampaikan. Ulama-ulama banyak yang celaru fikiran mereka diusia tua kerana pakai fikiran banyak sangat untuk belajar dan mengkaji agama. Itulah kesannya. Petua tak nyanyuk adalah baca Quran selalu. Ini bukan dari Hadith, tapi sebagai petua sahaja. Sebab ulama Hadith itu pun hafal Quran juga, dan tentu mereka banyak membaca Quran, tapi mereka akhirnya ada yang jadi nyanyuk juga. Maka kalau Allah nak bagi jadi nyanyuk, akan nyanyuk juga.

Urwah iaitu ayahnya pula adalah salah seorang faqih yang terkenal, salah seorang dari tujuh ulama yang terkenal dari Madinah. Bapanya pula adalah Zubair bin Awwam. Dia adalah anak saudara kepada Aisyah. Ilmu Aisyah sampai kepada 4 orang. Hebatnya dia, sampai Umar Abd Aziz pun kata Urwah lagi pandai dari dia. Kaki dia kena potong sebab sakit semasa dia nak menyelamatkan anak dia dari diserang kuda. Maknanya potong anggota ini dah ada dah zaman tu. Dia taknak minum arak semasa nak potong, bila doktor suruh supaya dia tidak sakit. Dan dia tidak mahu makan ubat bius. Dia nak dapat pahala sakit semasa dipotong itu. Nak dipegang pun dia kata tak payah. Maka semasa dibedah itu, dia hanya berzikir sahaja. Tidak dia mengeluh kesakitan langsung. Lepas kakinya direndam dalam minyak tanah baru dia pengsan. Bila dia bangun, dia diberitahu yang anaknya yang dia cuba selamatkan itu telah mati. Dia tidak mengeluh langsung. Dia kata dia ada anak lain lagi. Dan dia ada lagi kaki yang lagi satu. Dia kata sesungguhnya Allah yang memberi kaki itu dan anak itu dan Dia boleh mengambilnya kembali. Dan dia kata tidak pernah dia gunakan kakinya itu untuk melakukan maksiat. Amalannya dalam sehari adalah membaca 1/4 dari Quran dengan membaca mushhaf dan kemudiannya membaca 1/4 itu didalam solatnya.

Allah tidak akan berhenti memberi pahala selagi kita buat ibadat. Jemu itu adalah sifat manusia. Allah tidak jemu. Tapi digunakan perkataan itu kerana konsep bahawa Arab nak bagi sama: musyakalah.
Kedua: Allah tidak berhenti memberi kurnia kepada kita selagi kita tidak berhenti berdoa.

 

Kuliah Maulana Asri boleh didapati disini

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s