We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari: Kitab Iman: Bab Mengerjakan Ibadat Di Malam Qadar Adalah Sebahagian Daripada Iman August 16, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Iman — visitor74 @ 2:50 pm
Tags: , ,

بَاب قِيَامُ لَيْلَةِ الْقَدْرِ مِنَ الْإِيمَانِ

25. Bab : Mengerjakan Ibadat Di Malam Qadar Adalah Sebahagian Daripada Iman.

۳٤ – حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ قَالَ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو الزِّنَادِ عَنِ الأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ {قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يَقُمْ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ }

“Sesiapa beribadat di malam qadr dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuni dosanya yang telah lalu.”

Cara Imam Bukhari menyusun tajuk bab dia adalah sedikit pelik. Sebelum ini dia menyentuh perkara negatif dari sudut iman. Kali ini dari sudut positif pula. Iaitu perkara-perkara yang disuruh kita melakukannya. Dia buat tidak bersambung antara satu tajuk dengan tajuk yang lain. Ada kata susunan ini tak teratur. Mereka mengkritik Imam Bukhari. Mereka itu adalah sebahagian dari ajaran sesat yang selalunya mesti ada unsur anti-hadis. Mereka sentiasa menolak apa yang ada dalam ilmu hadis. Macam Syiah, mereka hanya terima dari imam-imam tertentu sahaja. Contohnya, mereka hanya terima dari Ahlul bait dan itu pun tak semua ahlul bait mereka terima. Cuma Quran mereka tak berani nak komen lagi. Sebab mereka takut mereka akan terus ditolak dalam mereka nak sebarkan ajaran sesat mereka. Lagipun, Quran semua orang tahu telah terjamin terpelihara. Yang hafal Quran ramai orang sangat. Sampai boleh diketahui jikalau ada kesilapan yang dilakukan dalam penulisannya.

Kalau mereka nak kata sususan Sahih Bukhari itu bercelaru, Quran pun macam tu juga. Tidak tersusun antara ayat-ayat dalam Quran itu. Maknanya kalau mereka cakap macam tu kepada Kitab Hadis, mereka pun menentang Quran juga. Sebenarnya, kita sahaja yang nampak susunan Quran itu tak teratur. Kalau orang cerdik, mereka akan nampak betapa cantiknya aturan Quran itu. Kenapa? Kerana keperluan kita dalam dunia adalah bercampur aduk juga. Mesti ada kaitan antara dunia dan akhirat. Jadi, susunan Kitab Sahih Bukhari ikut cara sususan Quran. Sebab itulah dia jadi istimewa.

Apakah beza antara orang munafik dan orang beriman. Orang beriman tidak malas untuk beribadat. Tapi orang Munafik malas nak ibadat. Bukhari selingkan perkara yang kufur dengan perkara berkenaan orang beriman. Sekarang Hadith nak balik kembali pasal orang beriman. Sebab dia beriman, dia akan beribadat malam Qadr.
Sebelum ni hadis last sekali adalah berkenaan menyebarkan salam. Kali ini Imam Bukhari mula balik dengan malam qadr. Dalam surah alQadr ada tersebut “Salam sejahtera malam ini sehingga fajar”. Allah suruh malaikat sebarkan kesejahteraan. Jadi ada kaitan dengan sebar luaskan salam. Bukan saja-saja Imam Bukhari buat susunan begitu. Ada pertalian antara tajuk-tajuk dalam Sahih Bukhari ini

Berdiri di malam qadr. Itu makna asal. Takkan berdiri biasa. Mestilah berdiri itu dengan keimanan dan mengharapkan pahala. Ini bukan perbuatan biasa. Maknanya ini adalah perbuatan ibadat yang diajar oleh Allah sendiri.

Kenapa dinamakan malam qadr? Apa yang ditakdirkan kepada seseorang oleh Allah sepanjang tahun diberitahu kepada malaikat. Oleh itu, ianya adalah satu malam yang sangat istimewa. Sebelum itu malaikat tidak tahu.
Makna kedua adalah, Qadr dengan makna ‘mulia’. Disebabkan ibadat yang ada malam itu yang dilakukan oleh manusia. Malam itu diturunkan Quran dan Quranlah yang menyebabkan manusia mulia. Juga malam itu mulia sebab ianya berada dalam bulan Ramadhan.

Pahala kalau buat ibadat malam itu adalah lebih dari seribu bulan. Jikalau ada Iman dan keikhlasan. Bukan kita buat ibadat itu sebab adat atau kebiasaan. Tapi kita buat adalah kerana Allah. Dengan mengharapkan pahala yang dijanjikan Allah. Tidak mengapa untuk mengharapkan pahala. Macam buat kerja dapat gaji. Orang tasawuf sahaja yang kata tak boleh harapkan pahala. Tapi dalam Hadith ni dibenarkan. Sebab kita semua mengharapkan syurga. Kalau tak, kita tak dikira menghargai apa yang Allah sediakan.

—–
27: Bab mengerjakan ibadat sunat pada malam bulan Ramadhan adalah sebahagian dari iman.

  ٣٦ -حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ عَنِ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ حُمَيْدِ بْنِ عَبْدِالرَّحْمَنِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ {أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ }

“Sesiapa beribadat di malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”

Pertamanya melakukan ibadat itu dengan keimanan. Keduanya dengan keikhlasan. Buat kerana Allah, bukan kerana ikut orang dan sebagainya. Dan kerana mengharapkan pahala dan syurga dari Allah. Tak salah untuk mengharap. Bukan macam fahaman sufi yang tidak mengharap pahala dan syurga. Mereka kata macam tu, tapi mereka pun mengharap juga sebenarnya. Kita boleh mengharap kerana itu adalah fitrah manusia. Kita mengharapkan balasan dia atas perbuatan kita. Dan ingatlah bahawa pahala dan syurga itu dijanjikan sendiri oleh Allah. Kalau kita tidak mengharap, macam kita memperkecilkan apa yang Allah telah janjikan.

Kita sebenarnya tak pernah puas hati dengan apa yang telah ada dalam dunia. Isteri kita contohnya, kadang-kadang hati kita ada berkenan dengan orang lain. Itu adalah lumrah dunia. Di syurga nanti, tidak terlintas hendakkan orang lain. Selagi di dunia, akan tidak puas hati. Hanya di syurga nanti kita akan puas hati sepenuhnya. Adakah boleh kita kata tidak perlukan sebegitu? Di akhirat tidak ada duit dah. Yang ada hanya pahala sahaja. Diakhirat yang lamanya tak tahu berapa lama, apa yang kita perlukan adalah pahala. Sebab itu kita perlukan sangat pahala. Maka Allah tunjukkan bagaimana nak dapatkan pahala. Sebagai orang bijak, kita nak buat perkara yang ringkas, dapat banyak. Maka paling untung adalah melakukan ibadat pada malam qadr. Kebanyakan ulama berpendapat ianya berada dalam bulan Ramadhan. Maka buatlah sebanyak mungkin ibadat sepanjang bulan Ramadhan itu. Berkemungkinan besar akan kena. Terutama jika dilakukan pada malam. Jadi mana yang boleh tu, tidurlah siang hari kalau perlu. Orang perempuan untung sebab di rumah ada masjidul bait. Maka mereka boleh iktikaf di rumah sahaja kalau mengikut faham Hanafi. Cuma kalau pendapat mazhab lain adalah kena buat di masjid juga.

Kena berpanjangan keinginan perasaan mengharap itu. Mungkin kalau dah biasa buat, kita dah jadi biasa. Kena ingat bahawa apa yang kita buat itu adalah kerana Allah. Setiap ibadat kena ada niat. Kena ingat selalu. Tidak boleh buat kerana dah jadi kebiasaan.

Kalau hadith ada kemungkinan perawi meriwayatkan dengan riwayat bilmakna. Iaitu bukan dengan lafaz yang disebutkan pada asalnya, tapi pada maknya, sama sahaja. Tapi Quran tak boleh begitu. Sebab dikatakan begitu kerana Hadith ini ada masalah dengan nahu. Tidak berapa tepat. Ada kemungkinan perawi telah menukar perkataan yang Nabi katakan. Kerana Nabi akan bercakap menggunakan perkataan yang tepat sahaja.

Syarat untuk diampunkan dosa yang lalu adalah kenalah beribadat semasa malam qadr itu. Kebanyakan ulama mengatakan yang dosa yang diampunkan dosa itu adalah dosa kecil sahaja. Jadi kena beringat jangan buat dosa besar. Tapi ibn Munzir mengatakan mungkin dosa besar pun akan diampunkan. Tapi pendapat yang tidak disokong oleh ulama lain. Tapi tidakkah boleh Allah atas sifat ihsanNya mengampunkan dosa besar itu? Tentulah boleh, cuma mengikut kaedahnya Allah tidak ampunkan. Ini adalah kemungkinan sahaja. Ini dengan melihat sifat Rahman Allah yang meliputi segala.

Nabi menggunakan perkataan yang mudhori’ pada Hadith ini kerana nak menunjukkan yang belum tentu kita akan dapat melakukannya. Kalau puasa itu boleh menggunakan perkataan mardhi kerana memang tentu kena buat.

Nabi bersungguh semasa zamannya untuk menjalankan ibadat di bulan Ramadhan. Kalau tidak penting ibadat itu, maka apa perlunya sahabat dan Nabi bersungguh melakukan ibadat?

Mereka yang buat begitu adalah orang yang beriman. Kalau tidak beriman, dia tidak didorong oleh perasaan imannya untuk beribadat.

Satu amalan dengan amalan lain berbeza hasilnya. Tidaklah macam murjiah kata tak ada bezanya kalau beramal atau tidak. Dalam syurga itu sendiri tidak sama. Telah disebut di dalam hadith ada tingkatan-tingkatan tertentu. Apa yang membezakannya adalah amalan. Itulah yang Imam Bukhari nak ceritakan.

Bahaya ajaran sesat kalau tersebar. Sebab manusia lain akan ingat yang ini adalah Islam. Maka akan rosaklah agama manusia nanti. Yang penting perlu diikuti adalah Quran dan Sunnah.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s