We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari: Kitab Iman: Bab Jihad adalah sebahagian dari iman August 16, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Iman — visitor74 @ 9:35 pm
Tags: , , , , , ,

jihad

بَاب الْجِهَادُ مِنَ الْإِيمَانِ

26. Bab: Jihad Sebahagian Daripada Iman.

٣٥ – حَدَّثَنَا حَرَمِيُّ بْنُ حَفْصٍ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُالْوَاحِدِ قَالَ حَدَّثَنَا عُمَارَةُ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو زُرْعَةَ بْنُ عَمْرِو بْنِ جَرِيرٍ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ {عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ انْتَدَبَ اللَّهُ لِمَنْ خَرَجَ فِي سَبِيلِهِ لا يُخْرِجُهُ إِلا إِيمَانٌ بِي وَتَصْدِيقٌ بِرُسُلِي أَنْ أُرْجِعَهُ بِمَا نَالَ مِنْ أَجْرٍ أَوْ غَنِيمَةٍ أَوْ أُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ وَلَوْلا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي مَا قَعَدْتُ خَلْفَ سَرِيَّةٍ وَلَوَدِدْتُ أَنِّي أُقْتَلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ثُمَّ أُحْيَا ثُمَّ أُقْتَلُ ثُمَّ أُحْيَا ثُمَّ أُقْتَلُ }

Dari abu hurairah, Nabi bersabda: Allah memberi jaminan kepada orang yang keluar berjihad di jalanNya sedangkan tidak ada yang mengeluarkannya kecuali keimanannya terhadapKu dan kerana dia membenarkan Rasul-rasulKu. Allah menjamin untuk mengembalikannya dengan membawa pahala atau harta ghanimah atau memasukkannya ke dalam syurga jika tidak aku takut akan menyusahkan umatku, nescaya aku tidak akan ketinggalan dalam mengikuti mana-mana pasukan tentera dan aku ingin sekali terbunuh di jalan Allah, kemudian dihidupkan, kemudian terbunuh, kemudian dihidupkan, kemudian terbunuh.

Ni sekarang Imam Bukhari cerita pasal jihad pula. Istimewanya Kitab Sahih Bukhari ini adalah dari segi pemilihan tajuk dan penyusunannya. Dia tak letak tajuk-tajuk itu setempat. Ni jihad mencelah pula di antara ibadat-ibadat yang lain. Kenapa beliau meletaknya di sini? Dalam hadis sebelum ini, Hafiz ibn Hajar kata nak dapat malam qadr, kena mujahadah lawan nafsu. Jihad melawan kafir adalah jihad yang sebenar. Makna Jihad itu luas. Nak dapat malam qadr pun kena ada jihad juga. Kena tinggal dunia dan anak pinak untuk jihad itu adalah satu perbuatan yang amat payah. Maka didikan itu ada dalam mujahadah diri. Kena lawan diri dulu. Tinggalkan tidur dan sebagainya. Kemuncak jihad adalah tinggal segalanya untuk Islam. Di awal zaman kerasulan Nabi, sahabat awal-awal lagi telah minta nak lawan kafir tapi mereka kena buat mujahadah dengan diri dulu.

Keduanya dalam keserupaan antara Malam Qadr dan jihad. Mungkin tidak kena dengan harinya, seseorang itu tidak akan dapat malam Qadr. Jihad pula setiap orang yang pergi berjjihad hendak dapatkan mati syahid tapi tidak semestinya dia akan dapat. Contohnya, Khalid al Walid jerit kesedihan di hujung hayatnya sebab dia tidak dapat mati syahid. Malam qadr ada yang dapat, ada yang tidak. Syiah paling kuat mengutuk bagaimana susunan Kitab ini. Syiah itu marah benar dengan Imam Bukhari sebab dia banyak buka pekung mereka. Mereka akan kata Bukhari nyanyuk sebab susunan tajuknya. Tapi Quran lagi banyak campur-campur tajuknya.

Kenapa cerita qiyamu Ramadhan dahulu kemudian baru cerita pasal puasa? Kitab Bukhari adalah satu kitab ajaib, kata Maulana Shah Kasmiri. Terawih mula dulu sebelum puasa kan? Sebab bulan Islam mula dengan malam. Boleh jadi malam pertama itu boleh jadi malam qadr. Ini adalah tidak mustahil. Jadi ada kemungkinan malam qadr datang sebelum puasa. Walaupun tak puasa lagi.

Jihad adalah sebahagian dari iman. Sekarang ni pula ada anasir-anasir yang mengatakan bahawa jihad itu tidak ada dalam Islam. Ada yang nak buang bab Jihad dalam syllabus Islam. Ketahuilah bahawa Jihad itu adalah agama. Tidak boleh ditolak. Bukan wenang-wenang kita nak bunuh orang. Memang ada jihad yang lain-lain seperti melawan nafsu, dakwah dan sebagainya, tapi jihad sebenar adalah perang. Kita semuanya kena bersedia untuk berperang. Apa kita nak buat kalau orang serang kita? Kita tidak boleh lari dari berjihad dalam keadaan seperti itu. Sekiranya jihad dilakukan dalam Ramadhan jangan jadikan alasan tidak berperang. Lebih banyak lagi pahala kita akan dapat kalau berperang dalam bulan ramadhan. Zaman Nabi pun banyak contoh perang bulan puasa. Kalau ada keyakinan dalam jiwa, jangankan puasa, lawan pun kita akan sanggup.

Mengenali perawi: Abdul Wahid. Seorang tokoh mengatakan dia kurang ilmu. Tapi dia sebenarnya perawi yang tsiqah. Benar riwayat yang disampaikannya. Tidak ada ilat padanya yang boleh dipegang untuk menidakkan statusnya sebagai perawi yang tsiqah. Dia selalu meriwayatkan dari kitab, bukan dari ingatannya. Mungkin ingatan dia tak kuat. Ini tidak mencacatkan. Cuma dipertikaikan kalau dia meriwayatkan Hadith dari Ahmash. Riwayat Bukhari ini tidak mengambil dari Ahmash. Jadi tidak ada masalah dengan hadis yang kita sedang bincangkan ini.

Perawi kedua adalah Umaarah bin kokkok. Anak saudara kepada alim besar. Tapi dia lagi kemas.

Allah memberi jaminan kepada hambanya yang berjihatd. Maknanya asal sahaja hamba itu menyahut seruan. Allah menyahut perbuatan hambaNya dengan memberi pahala. Memberi jaminan lagi tepat dalam konteks Hadith ini.

Tiada maksud lain dia keluar berjihad itu melainkan kerana dia beriman. Dan dia percaya dengan apa yang disampaikan oleh rasul. Dia juga membenarkan kepentingan jihad itu.

Jaminannya apa? Kenapakah digunakan perkataan ‘atau’ itu. Ulama mengatakan ‘atau’ itu bermaksud atau kedua-duanya sekali. Dia akan dapat sekurang-kurangnya salah satu atau kedua-duanya sekali. Kalau dia mati terus, jaminannya adalah syurga.

Ada yang mengatakan au bermakna wau disitu. Dalilnya ada dalam Hadith lain. Hadith lain menggunakan perkataan wau. Padahal tidak semestinya dia akan mendapat ghanimah kalau pergi berperang. Sebab kadang-kadang mungkin kalah dalam peperangan atau tidak ada harta yang boleh diterima. Jadi lebih baik kita gunakan perkataan au di dalam Hadith ini.

Ada pendapat kata kalau dapat ghanimah, pahala akan kurang. Tinggal 1/3 pahala saja lagi. Ini berdasarkan Hadith juga. Tapi ada pula kata Hadith ini adalah dhaif. Maknanya sama banyak pahala samada dalam peperangan itu dia berhasil dapat ghanimah atau tidak. Tapi Hadith itu sohih sebenarnya. Jadi kalau keikhlasan berkurang kalau ada ghanimah, maka boleh jadi pahalanya akan kurang. Ghanimah itu halal kepada Nabi. Setakat halal sahaja. Bukanlah ghanimah itu satu kelebihan. Ahli badr dapat ghanimah. Adakah mereka kurang dapat dari Ahli Uhud? Allahu a’lam.

Hadith ini menceritakan kepentingan jihad. Ini yang kafir takut kepada orang islam. Yang perlu dijelaskan adalah konsep jihad itu. Perang sebenarnya untuk menyelamatkan manusia di dunia dan akhirat. Bukan nak paksa mereka masuk Islam tapi nak jalankan hukum Islam. Itulah kelebihan Islam. Kalau Islam perintah, tapi tak jalankan hukum Islam pun tidak ada maknanya. Kita datang kepada mereka kerana hendak menyelamatkan mereka. Memang dalam Quran pun cerita pasal penduduk minta supaya mereka dikeluarkan dari sistem yang buruk. Jadi kalau Islam menakluk satu-satu negara, mereka akan terselamat dari pemerintahan dunia yang buruk. Kita kena yakin bahawa pemerintahan Islam ada pemerintahan yang terbaik. Walaupun mereka tidak masuk agama islam, tapi mereka masih juga dapat nikmat Islam itu.

Kenapa Nabi tak sentiasa pergi berperang? Sebab takut jadi wajib kepada umatnya. Dan kalau dia selalu pergi, akan menyusahkan pemerintahan di Madinah. Sebab baginda ada ketua kerajaan. Kalau dia sentiasa tidak ada di Madinah, maka pemerintahan akan terjejas. Dan menunjukkan tidak wajibnya pemimpin untuk ikut perang sentiasa. Dan ada sahabat yang tak dapat pergi walaupun mereka nak pergi. Jadi jaga hati mereka, ada masanya Nabi tak pergi. Yang Nabi tak pergi, dipanggil sariyah. Dan yang pergi untuk berperang dimana Nabi tidak ikut serta adalah orang terpilih.

Nabi nak mati banyak kali untuk islam. Disini, Nabi tunjukkan kehebatan mati syahid. Mati yang sangat mulia. Nabi sendiri pun nak mati macam tu. Dalam jihad, tak perlu jadi alim. Sesiapa boleh sampai tahap ni. Bandingkan dengan amalan baik yang lain. Katakanlah sedekah, kalau nak sedekah, seseorang itu kena banyak duit. Nak jadi alim, kena belajar lama.

Semangat inilah yang orang kafir takut. Tapi kena dapatkan syahid yang betul. Perang sesama Islam, kalau mati, tak syahid. Mati itu adalah bukan kerana dunia atau untuk menaikkan bangsa. Kerana ugama semata-mata. Yang bom berani mati tu ada ulama kata boleh syahid, tapi kena hati-hati. Takut rugi sahaja atau kena murka Allah. Kena tengok siapa yang dia sokong. Atau tidak menepati sasaran, maka kematian dan pengorbanannya adalah sia-sia sahaja.

Kenapa Nabi sendiri nak mati syahid? Nak tunjukkan istimewanya mati syahid itu. Nabi yang dapat kelebihan yang sudah amat tinggi itu pun nak supaya dia mati syahid lagi.
Kedua. Mungkin pahala mati syahid ni rendah dari apa yang dia dapat sebagai seorang rasul dan Nabi. Tapi ada juga kelebihan padanya yang tidak ada pada yang lain. Macam budulah katakan. Memang ada makanan lain yang lebih sedap dari budu tu, tapi budu itu ada kelebihan tersendiri.
Ketiga. Kepingin itu kepada benda yang disukai. Kerana cinta kepada Allah sanggup segala-galanya. Maka sebenarnya yang dia inginkan adalah Allah. Mati kerana ugama adalah tinggi sekali.

Roh orang mati syahid bebas pergi mana mana di syurga. Dia boleh bergantung di Arash. Banyak lagi kelebihan lagi yang tidak boleh nak cerita di sini. Sampai dalam Quran dikatakan mereka tidak mati. Jadi kenapa nak takut mati syahid, sebab sebenarnya mereka tidak mati bahkan lagi hidup dari orang yang hidup.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s