We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari: Kitab Iman: Bab Agama itu Mudah August 16, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Iman — visitor74 @ 10:30 pm
Tags: , ,

بَاب الدِّينُ يُسْرٌ وَقَوْلُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحَبُّ الدِّينِ إِلَى اللَّهِ الْحَنِيفِيَّةُ السَّمْحَةُ

Agama yang paling disukai Allah adalah agama yang lurus dan lapang (mudah)

۳٨ – حَدَّثَنَا عَبْدُالسَّلامِ بْنُ مُطَهَّرٍ قَالَ حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ عَلِيٍّ عَنْ مَعْنِ بْنِ مُحَمَّدٍ الْغِفَارِيِّ عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ {عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلاَّ غَلَبَهُ. فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَيْءٍ مِنَ الدُّلْجَةِ }

Daripada Abi Hurairah, baginda bersabda: sesungguhnya agama Islam itu mudah. Tidak ada sesiapapun mahu menyukarkan agama itu melainkan dia akan dikalahkan. Oleh itu carilah yang paling tepat dan jika kamu tidak mampu mencapainya cubalah mendekatinya disamping terimalah berita gembira dan carilah pertolongan Allah yakni untuk menyelesaikan segala urusanmu dengan mengerjakan ibadat diwaktu pagi petang ataupun diawal malam.

Bukhari buat tajuk bab supaya ada pertalian dengan tajuk sebelum dan selepasnya. Bab sebelumnya adalah pasal ibadat sunat di malam Ramadhan. Mudah itu adalah sifat yang ada dalam ibadat yang Allah berikan. Tujuan ialah nak sesuaikan tertib kitab macam Quran. Kalau dalam Quran disebutkan pasal kemudahan yang Allah berikan dalam menjalankan ibadat puasa dalam keadaan tertentu.
Walaupun puasa itu boleh dikatakan berat juga tapi ada mudahnya dan kena ambil peluang dari kemudahan yang Allah telah berikan. Iaitu apabila seseorang itu dalam sakit dan musafir, ada kemudahan untuk tidak melakukan puasa. Kena ganti waktu lain. Tapi, kalau tak boleh langsung puasa, contohnya, dia sakit yang tidak ada harapan boleh sembuh, boleh beri fidyah. Berbanding dengan solat. Puasa lagi mudah kalau dalam hal ini. Solat kena buat juga walau bagaimanapun. Beza antara dua ibadat ini. Itulah sebabnya Bukhari letak lepas cerita pasal puasa.

Kalau nak kira, payah juga Islam ni. Melakukan ibadat seperti jihad bukan senang. Akan ada yang merasa manis dengan melakukan ibadat itu. Mereka merasa sukan sangat melakukan ibadat dan merasa suka untuk beribadat dengan banyak. Tapi Imam Bukhari nak bagitau dalam buat ibadat, jangan terlajak sampai jemu. Dia nak ajar bersederhana. Itu adalah ajaran agama yang penting. Dalam dia cerita pasal ibadat yang bagus bagus, dia ingatkan keserhanaan dan hak-hak ke atas kita yang macam-macam. Sederhana pada seorang dengan seorang tak sama. Maka dia nak tunjukkan apakah sederhana itu kepada kita. Itu ada terdapat dalam ayat akhir Hadith ini. Iaitu sebagai isyarat kepada solat lima waktu. Buat itu dah dapat pertolongan Allah dah. Tak boleh kurang lagi dari itu. Dalam melakukan ibadat apa pun, paling Allah suka adalah buat sikit tapi berkekalan.

Syeikhul Hind mengatakan kesesuaian dengan bab sebelumnya ialah kalau kita tengok kepada puak khawarij. Mereka mengatakan kalau tinggalkan solat, akan kafir terus. Itu adalah pendapat yang melampau. Kalau murjiah pula, Islam itu pada mereka mudah terlajak. Bukhari nak cakap Islam itu mudah dalam batas-batasnya.

Islam ini ada unsur mudah kalau dibandingkan dengan agama-agama lain. Kalau agama lain tu, memang amat susah sekali untuk diamalkan.

Islam itu mudah

Dalam tajuknya adalah kata-kata Nabi juga tapi Mana sanadnya? Tidak diletakkan di dalam hadis ini kerana ini adalah hadis muallaqat. Selalunya kalau hadis sebegini, tajuk tidak diberikan sanad. Tapi ada di tempat lain. Dia nak meringkaskan. Dalam Kitab Muslim ada diberikan sanad yang lengkap. Bukhari tak suka ulang dengan maksud sama. Atau mungkin Hadith itu tidak menepati syaratnya yang tinggi. Jadi dia masukkan hanya dalam tajuk. Mungkin sahih tapi tak cukup. Atau dia nak mengisyaratkan yang Hadith itu adalah tidak sahih. Jadi ada kemungkinan tidak sahih dalam muallaqat tajuknya.

Makna Hanif itu adalah ‘cenderung kepada kebenaran’. Menuju kepada Allah. Apa sahaja yang Allah kata penting baru penting padanya. Pengasasnya adalah Nabi Ibrahim. Sifat hanif itu ikut apa yang Allah suruh. Ibrahim ikut suruhan Allah untuk tinggalkan anak isterinya. Isterinya pun sanggup ditinggalkan. Kemudian disuruh pula sembelih anaknya. Anaknya Ismail pun sanggup. Macam-macam Nabi Ibrahim diuji. Dan baginda telah melepasinya.

Senang agama ini kalau dibandingkan dengan agama lain. Syariat lama lain dengan syariat Islam sekarang. Kalau Zakat tu kena bayar 1/4 dari pendapatan dan harta. Solat pula 50 waktu. Kalau melakukan perbuatan syirik, kena bunuh diri sendiri. Bukankah itu adalah amat berat sekali? Maka syariat kita sekarang ini adalah mudah.

Mudahnya Islam itu kalau kita nisbahkan dengan nikmat yang Allah telah berikan kepada kita semua. Tak padan apa yang Allah telah berikan kalau dibandingkan apa yang perlu kita lakukan. Kita tak bayar pun untuk  segala macam perkara yang kita dapat di dunia. Macam air, angin, matahari dan sebagainya. Dan kita telah diajar adab untuk beribadat. Kita beribadat pun untuk kebaikan kita juga sebenarnya. Allah dah ajar bagaimana nak ibadat. Agama lain mereka fikir sendiri. Sampai mereka nyanyi dalam gereja pun ada. Kita boleh beribadat di mana-mana sahaja tapi mereka kena beribadat kat tempat ibadat mereka dan macam-macam lagi yang susah mereka kena lakukan. Satu lagi kita tidak perlu belanja nak buat ibadat kepada Allah. Boleh buat sendiri. Agama lain kena ada itu dan ini. Macam agama Hindu contohnya, mereka kena ada kelapa dan sebagainya.

Mesti ada sudut yang mudah dalam ibadat kita. Kalau musafir, boleh qasar. Kalau tiada air, boleh tayammum. Etc. Banyak sekali contoh lain. Kalau dalam bab aqidah, dengan tahu bahawa Allah ada di atas pun cukup dah. Macam apa yang Nabi kata kepada seorang hamba. Haji pun buat sekali sahaja. Kalau sekurang-kurangnya buat yang wajib dah cukup dah. Puasa kita pun tak macam puasa agama lain. Kita ada sahur.

Ikhtilaf mazhab feqah menjadi rahmat. Kita boleh pilih mana yang sesuai pakai untuk kita. Tapi kena pandai pakai. Yang penting adalah aqedah kena betul. Jadi mudah untuk kita dakwahkan. Maka senang kalau kita nak dakwah kepada bukan Islam. Mereka yang pendapat lain pun ulama juga. Contohnya, ada pendapat yang mengatakan boleh baca Quran untuk perempuan dalam haidh. Sepatutnya boleh pakai semua pendapat mazhab yang lain. Orang yang nak masuk Islam pun senang. Bukan nak kena mandi baptis atau kena ada orang tengok dia masuk agama. Buat sorang-sorang pun boleh. Bukan nak kena berkhitan pun. Sunat itu adalah Sunnah.

—-
Tidak ada sesiapa yang mahu menyukarkan agama atau menentang agama melainkan dia akan dikalahkan. Apa maknanya? Mana-mana kemudahan yang agama dah bagi dan kalau ada nak amal yang susah, macam puasa sunat dikatakan wajib, atau ibadat lain yang susah untuk dilakukan, kita juga akan gagal sendiri. Agama akan kalahkan kita kerana kita akan cuai nak meneruskannya. Tentu punya. Akan juga menyusahkan tanggungjawab kita kepada yang lain. Contohnya kewajiban kita kepada anak isteri akan terabai. Kalau kita terlalu banyak melakukan solat sunat, kita akan susah nak kerja, lalai dengan anak isteri dan sebagainya.

Dalam sejarah dulu, umat dulu kalau nak buat amalan susah maka mereka akan gagal dan akan dimansuhkan. Contohnya agama Kristian tak bagi paderi mereka menikah. Mereka takkan dapat nak laksanakan. Sekarang kita lihat berapa banyak paderi mereka telah melakukan hubungan seks yang terlarang. Kerana mereka tidak akan tahan. Orang sikh pula kena simpan rambut tak boleh potong. Tak boleh buat juga macam tu. Sekarang ramai orang Sikh yang dah potong rambut. Padahal kalau dalam agama mereka salah besar kalau potong rambut. Sepatutnya orang mereka kena pakai pedang sentiasa. Orang hindu pula tak boleh makan benda yang hidup. Sekarang ni mereka dah boleh makan dah. Mereka akan ubah agama mereka sendiri. Inilah yang menunjukkan yang mereka akan dikalahkan. Tak boleh nak teruskan agama asal mereka. Kerana agama asal mereka menyuruh untuk membuat perkara yang diluar tabei.

Agama Islam yang asal adalah mudah. Kalau mati tiada belanja sepatutnya dikeluarkan macam sekarang nak kena bagi makan kepada orang yang datang. Tapi sekarang banyak dah lain. Buat kuburnya yang mahal-mahal, kena buat kendurinya dan sebagainya. Bezanya kalau ugama Islam tu ada yang nak ubah, mesti ada orang yang tegur dan menunjukkan kebenaran mana yang salah mana yang benar. Kita boleh rujuk kepada Quran dan Sunnah.

Kesukaran membawa kepada kemudahan. Kalau perkara itu terlalu sukar untuk dilakukan, dibenarkan untuk meninggalkannya. Ini adalah kaedah syarah. Namanya Mushaqqah. Dapat pahala pula kalau tak buat sesuatu. Tak solat semasa haidh. Tak minum arak. Perlu ambil rukhsah yang telah diberikan Allah.

Ugama dulu serupa sahaja dengan apa yang Nabi bawa. Tapi pengikutnya yang ubah kemudian.

Islam menyuruh untuk carilah yang paling tepat. Paling betul. Kalau tak mampu, cuba hampiri. Mencari yang sederhana. Nak mencari tu yang susah. Nak mencari tu kena usaha. Nak dapat yang tengah betul tu, hanyalah para Nabi dan orang-orang yang dekat dengan Allah.

Terimalah berita gembira. Bila kita dah usaha dah. Kalau tak dapat sepenuhnya pun, kita sudah layak menerima berita gembira.

Buat amalan berkekalan. Walaupun sedikit amalan itu.
carilah pertolongan Allah yakni untuk menyelesaikan segala urusanmu dengan mengerjakan ibadat diwaktu pagi petang ataupun diawal malam.
Pagi lepas gelincir matahari. Sedikit waktu dari awal malam.
Jaga lima waktu sahaja. Kalau yang buat asas ni pun dah layak terima berita gembira. Kalau boleh, tambah dengan amalan sunat.
Cari pertolongan diisyaratkan dengan solat. Solat mendatangkan pertolongan Allah kepada kita. Ianya adalah Roh kepada kehidupan. Kiamat takkan berlaku selagi ada orang sebut Allah. Kemuncak pernyataan syukur atas nikmat Allah telah berikan adalah dengan melakukan solat. Ianya adalah amalan baik untuk jantung. Sentiasa sahaja ada orang yang melakukan solat. Ulama dulu kuat melakukan macam-macam kerana mendapat pertolongan dari Allah melalui solat yang dilakukan mereka.
Subuh lepas tidur. Masa paling cergas. Tengahari berhenti sekejap ingatkan Allah. Petang waktu asar. Maghrib waktu segar. Allah pilih waktu solat waktu kita paling cergas. Kalau jaga solat lima waktu tu dah boleh jadi wali. Disebut tiga masa sebab ada masanya kita buat dalam tiga masa sahaja; sebab musafir dan sakit contohnya, jadi kita boleh jamak solat kita. Yang beriman dan bertaqwa seperti dikatakan dalam Quran. Bukan nak kena buat benda-benda payah dan pelik.

Ingatlah bahawa Agama yang Nabi bawa ini adalah mudah.

Kuliah Maulana Asri boleh didapati di sini

sambungan

 

3 Responses to “Sahih Bukhari: Kitab Iman: Bab Agama itu Mudah”

  1. atin Says:

    time kasih untuk maklumat ny.sekali kita menyebarkan ilmu dan orang tersebut mngamalkennya maka pasti dberi phala

  2. […] perkataan هَٰذَا (inilah) untuk menunjukkan bahawa jalan yang lurus adalah dekat. Ianya senang untuk dilalui. Bukannya jauh. Ianya adalah senang kerana ianya telah ada dalam fitrah kita. Apabila kita […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s