We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari: Kitab Iman: Bab Tidak Mengenang Budi Suami Dan Kekufuran Di Bawah Kekufuran August 15, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Iman — visitor74 @ 2:20 pm

Bab Tidak Mengenang Budi Suami Dan Kekufuran Di Bawah Kekufuran. Berhubung Dengan Perkara Ini Ada Riwayat Dari Abi Sa`id Al-Khudri Dari Nabi s.a.w.

بَاب كُفْرَانِ الْعَشِيرِ وَكُفْرٍ دُونَ كُفْرٍ فِيهِ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Bab 21: Tidak Mengenang Budi Suami Dan Kekufuran Di Bawah Kekufuran. Berhubung Dengan Perkara Ini Ada Riwayat Dari Abi Sa`Id Al-Khudri Dari Nabi s.a.w.

٢٨ – حَدَّثَنَا عَبْدُاللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ {قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُرِيتُ النَّارَ فَإِذَا أَكْثَرُ أَهْلِهَا النِّسَاءُ يَكْفُرْنَ . قِيلَ أَيَكْفُرْنَ بِاللَّهِ ؟ قَالَ يَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ وَيَكْفُرْنَ الإِحْسَانَ لَوْ أَحْسَنْتَ إِلَى إِحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ ثُمَّ رَأَتْ مِنْكَ شَيْئًا قَالَتْ مَا رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْرًا قَطُّ}

Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Maslamah dari Malik dari Zaid bin Aslam
dari ‘Atho’ bin Yasar dari Ibnu ‘Abbas berkata, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Aku diperlihatkan neraka, ternyata kebanyakan penghuninya adalah wanita. Karena mereka
sering mengingkari”. Ditanyakan: “Apakah mereka mengingkari Allah?” Beliau bersabda:
“Mereka mengingkari pemberian suami, mengingkari kebaikan. Seandainya kamu berbuat
baik terhadap seseorang dari mereka sepanjang masa, lalu dia melihat satu saja kejelekan
darimu maka dia akan berkata: ‘aku belum pernah melihat kebaikan sedikitpun darimu”.

Seperti yang telah kita pelajari sebelum ini, tajuk bab Sahih Bukhari itu adalah sangat istimewa. Ada perkara yang dia nak sampaikan. Mari kita bicarakan tajuk yang telah diberi oleh Imam Bukhari ini.

Apakah maksud ‘Kekufuran Di Bawah Kekufuran’? Imam Bukhari nak menceritakan bahawa ada kafir yang tidak kafir sebenarnya. Seseorang itu mungkin mempunyai sifat-sifat orang kafir, tapi dia tidaklah sudah menjadi kafir yang sebenar. Seperti juga penggunaan perkataan ‘zalim’. Seperti ada tertulis dalam Quran, bagaimana Nabi Adam dan Nabi Yunus mengaku kepada Allah bahawa mereka telah menzalimi diri mereka sendiri. Tapi itu tidaklah bermakna mereka seorang yang zalim. Dan satu lagi contoh adalah perkataan ‘munafik’. Nabi pernah menceritakan sifat-sifat seorang munafik. Iaitu, seperti tidak amanah dan sebagainya. Hadith ini mahsyur. Sesiapa yang ada sifat-sifat itu, Nabi kata dia adalah munafik. Tapi tidaklah bermakna munafik macam zaman Nabi dulu. Yang munafik jenis itu, adalah munafik yang sebenar. Itu munafik yang memang tak percaya Islam langsung. Tapi mereka menyembunyikan kekafiran mereka. Tapi kalau seseorang muslim buat perkara-perkara seperti yang Nabi cakap itu, dia hanyalah mempunyai sifat-sifat munafik sahaja. Tidak sampai menjadi tahap munafik yang sebenar.

Maknanya orang yang mempunyai sifat-sifat kufur itu, iman mereka tidak sempurna. Tapi mereka masih Islam lagi. Untuk lebih faham, kita bayangkan cahaya matahari. Kalau tengahari, memang kuat cahayanya. Tapi kalau senja dan waktu subuh, cahaya itu malap sangat. Tapi masih ada cahaya.
Lagi satu perumpamaan, bayangkan orang Islam itu sebagai seorang yang sihat secara dasarnya, tidak mempunyai penyakit yang kronik. Tapi kadang-kadang dia sakit, demam dan sebagainya. Kita masih lagi panggil dia seorang yang sihat. Cuma tidak sempurna sihatnya.

Sebelum ini kita telah belajar bahawa, tahap keimanan manusia itu berbeza-beza. Ada tahapnya masing-masing. Kali ini, Imam Bukhari nak cerita pula yang tahap kekufuran itu pun berbeza. Ada yang tahap tinggi dan ada yang tahap rendah.

Dari manakah Imam Bukhari dapat perkataan ‘Kekufuran Di Bawah Kekufuran’ ini? Adakah dia nukilkan sendiri atau dia ambil dari orang lain? Ada pendapat yang mengatakan bahawa dia ambil dari Ata’ bin Rabah. Dan ada yang kata Imam Bukhari ambil dari kata-kata Ibn Abbas. Ibnu Abbas di dalam tafsirnya membicarakan tentang ayat Quran yang mengatakan sesiapa yang tidak mengamal undang-undang Islam, maka dia adalah kafir. Ibn Abbas mengatakan bahawa kufur ini tidaklah bermakna terkeluar dari Islam. Yang kukuhnya adalah memang Ibn Abbas ada menggunakan perkataan ‘Kekufuran Di Bawah Kekufuran’. Cuma, kena tengok juga kenapa dia tidak mengamalkan undang-undang Islam itu. Kalau dia lemah dan tidak mampu mengamalkannya lagi, maka tidaklah dia kafir. Tapi kalau dia percaya bahawa hukum Islam itu tidak sesuai untuk zaman ini contohnya, maka itu dah kafir terus dah tu.

Satu contoh adalah Nabi pernah kata kalau tidak solat, maka orang itu kafir. Kalau dia malas nak solat, maka dia berdosa. Banyak pendapat mengatakan dia tidak keluar dari Islam. Tapi kalau dia kata solat itu tidak wajib, maka dia telah kafir sebenar-benar kafir.

Dalam tajuk ini juga, Imam Bukhari menggunakan perkataan “Berhubung Dengan Perkara Ini Ada Riwayat Dari Abi Sa`Id Al-Khudri”. Ini adalah kerana ada hadith lain daripada Abi Said yang menyebut tentang perkara yang hampir sama di mana Nabi pernah menasihati orang-orang perempuan kerana mereka banyak kufur kepada suami mereka. Jadi, maknanya Imam Bukhari cross-reference kepada hadith yang lain itu.

Mengenali Perawi: Sedikit cerita tentang Ibn Abbas: sebenarnya tidak banyak hadith yang disampaikan secara langsung daripada dia. Maksudnya dia tidak dapat terus daripada Nabi. Ini adalah kerana semasa baginda Nabi wafat, umur dia hannyalah 13 tahun sahaja. Dia lahir pun 3 tahun sebelum Hijrah. Maknanya dia tidak dewasa lagi. Tapi ada hadith Nabi yang lain menunjukkan bahawa baginda memandang tinggi kepada Ibn Abbas. Maknanya, Nabi telah memberi penghormatan kepada dia dalam banyak keadaan. Beberapa pendapat menyatakan yang hadith yang memang Ibn Abbas dapat sendiri adalah sikit sahaja. Ada yang kata 4, 10 ataupun 20. Hadith yang banyak kita dapati daripada dia adalah hadith yang disampaikan kepadanya oleh sahabat-sahabat lain. Ini dinamakan hadith Mursal, tapi sebab dia sendiri adalah sahabat juga, maka adalah diterima oleh ahli hadith. Kemungkinan besar, banyak hadith yang disampaikan adalah dia dapat daripada Saidina Umar kerana dia berguru dengan Umar.

Syarah hadith:
Nabi diperlihatkan neraka. Ada tiga cara bagaimana ini terjadi. Samada Nabi bermimpi, semasa gerhana atau semasa Israk mikraj. Dan kalau baginda bermimpi tu, ia juga dikira sebagai benar kerana mimpi para Nabi adalah benar.

Dalam hadith ini, Nabi dikatakan melihat banyak perempuan di dalam neraka. Adakah ini bermaksud, tidak ramai perempuan yang dalam syurga? Kerana ada dalam hadith lain mengatakan yang setiap lelaki di syurga akan mempunyai dua isteri dari anak Adam. Ini tidaklah mengherankan untuk seorang lelaki mempunyai dua isteri kerana di syurga nanti, tidak ada perasaan cemburu seperti di dunia. Jadi, ini sudah menunjukkan yang perempuan juga akan banyak di dalam syurga. Ini mungkin disebabkan memang perempuan itu lagi ramai dari lelaki semasa di dunia lagi. Maka, tentulah tidak mustahil mereka juga akan ramai di neraka dan di syurga nanti.

Nabi tentulah tidak melihat keseluruhan neraka. Mungkin Nabi hanya melihat bahagian tertentu neraka sahaja. Sebab neraka itu sangatlah besar sampai kalau jarum jatuh, 70 tahun baru sampai ke bawah. Kalau begitu besarnya neraka, tentulah Nabi tidak diperlihatkan keseluruhan neraka itu. Dan ada kisah Nabi nampak istana Umar. Takkan satu syurga ada istana Umar sahaja. Dan ada hadith pasal dia dengar tapak kaki Bilal. Takkan satu syurga Bilal sahaja yang duduk? Maka, Nabi ditunjukkan sedikit bahagian syurga dan neraka pada satu-satu masa, dan di lain waktu, tempat lain pula. Maka pada masa Nabi ditunjukkan neraka dalam hadith ini, ia adalah berkaitan dengan tempat orang-orang yang tidak mensyukuri nikmat suami mereka. Maka nampaklah banyaknya perempuan di situ. Mungkin tempat lain, ada banyak pula orang lelaki. Kerana dari segi logiknya, yang banyak salah di dunia, yang mencuri, membunuh dan dosa-dosa yang besar adalah dibuat oleh orang perempuan. Jadi, hadith ini tidaklah semestinya menceritakan tentang banyak orang perempuan masuk neraka dibandingkan dengan lelaki. Kalau salah faham hadis ini, seperti menunjukkan orang perempuan lagi jahat dari lelaki. Ini meletakkan perempuan di tempat yang memalukan mereka. Ini tidak sama sekali.

Kenapa bahaya kalau isteri tidak mensyukuri nikmat yang diberikan oleh suaminya itu? Kadang-kadang perempuan dengan sebab tidak mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh orang lelaki, menyebabkan orang lelaki terpaksa mencari duit lebih untuk memuaskan isteri mereka. Menyebabkan mereka buat rasuah, mencuri dan sebagainya. Hanya semata untuk memuaskan isteri mereka. Jadi, walaupun nampak macam kesalahan tidak mensyukuri ini tidak besar, tapi kesannya adalah besar. Berlanjutan dari yang kecil kepada yang besar.

Ini bukan sahaja untuk isteri. Termasuk di dalamnya adalah mereka yang bergantung kepada orang lain seperti anak, contohnya. Jikalau mereka tidak mensyukuri perbuatan ayahnya yang telah bertungkus lumus mencari rezeki untuk mereka, mereka juga termasuk di dalam golongan yang kufur ini.

Tidaklah Islam itu hendak merendahkan martabat orang perempuan. Jikalau dalam Quran disebut orang lelaki, maka itu termasuklah juga orang perempuan. Cuma kadang-kadang memang digunakan orang-orang lelaki kerana banyak kerja-kerja besar dan berat itu dilakukan oleh kebanyakannya orang lelaki. Ini memang terbukti dalam sejarah dari dulu lagi. Nabi-Nabi banyak dari kalangan orang lelaki. Itupun kalau ada yang berpendapat ada juga Nabi dari kalangan perempuan. Ulama-ulama banyak dari golongan lelaki juga. Buku-buku agama yang hebat-hebat pun dari golongan lelaki juga. Maka tidaklah salahnya kalau Allah melebihkan orang lelaki.

Allahu a’lam. Lompat ke hadis yang seterusnya

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s