We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Shahih Bukhari: Kitab Iman: Bab Tanda Orang Munafiq August 15, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Iman — visitor74 @ 4:49 pm

بَاب عَلَامَةِ الْمُنَافِقِ

24. Bab: Tanda Orang Munafiq

٣٢ -حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ أَبُو الرَّبِيعِ قَالَ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ قَالَ حَدَّثَنَا نَافِعُ بْنُ مَالِكِ بْنِ أَبِي عَامِرٍ أَبُو سُهَيْلٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ {عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلاثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ}

Dari Abi hurairah, Nabi bersabda: ada tiga tanda orang munafik. Apabila bercakap, dia berdusta. Apabila berjanji, dia mungkir. Apabila diamanahkan, dia berkhianat.

۳۳ -حَدَّثَنَا قَبِيصَةُ بْنُ عُقْبَةَ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنِ الأَعْمَشِ عَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ مُرَّةَ عَنْ مَسْرُوقٍ عَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عَمْرٍو {أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَرْبَعٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ كَانَ مُنَافِقًا خَالِصًا وَمَنْ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنْهُنَّ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنَ النِّفَاقِ حَتَّى يَدَعَهَا إِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ وَإِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ وَإِذَا خَاصَمَ فَجَرَ } تَابَعَهُ شُعْبَةُ عَنِ الأَعْمَشِ

Dar abdullah bin Umar, Nabi bersabda: empat perkara sesiapa yang ada padanya keempat-empat perkara ini nescaya dia adalah munafik tulen dan sesiapa yang hanya ada satu daripada perkara-perkara itu, dia mempunyai sifat nifak padanya sehingga dia meninggalkannya. Pertama: apabila diberi amanah, dia khianat, kedua: apabila bercakap, dia dusta, ketiga: Apabila berjanji dia mungkir, keempat: apabila dia berkelahi dia melampaui had.

Sebelum ni Imam Bukhari cerita kufur ada banyak peringkat. Zalim pun banyak peringkat. Kali ni dia nak cerita perkara ketiga lawan kepada iman. Iaitu Nifak. Nifak ini peringkat tertinggi adalah tidak beriman. Ada banyak peringkat dibawahnya. Mungkin dia mempunyai sifat-sifat munafik, tapi dia tidaklah terkeluar lagi dari daerah Islam. Tandanya ialah walaupun sifat-sifat itu ada dengan sahabat Nabi, tapi Nabi tidaklah suruh mereka mengucap syahadah kembali.

Hadith ini seperti Hadith-hadith lain sebelum ini adalah untuk menghujahi puak Murjiah yang mengatakan perbuatan keji tidak menjejaskan iman. Kalau tidak jejas, kenapakah Nabi sampai menasihati sahabat supaya jangan melakukannya? Sifat-sifat itu tidak sesuai untuk orang Islam dan boleh menjejaskan keimanannya.

Nifak dari segi bahasa maknanya ‘yang diluar tak sama dengan dalam’. Dari segi syarak, zahir Islam, tapi sebenarnya kafir.
Nafak tu asal bahasanya adalah lubang. Binatang boleh keluar dari lubang lain. Lubang yang lagi satu tu tak jelas dan kita tak nampak. Kita dok tunggu lubang lain nak tangkap dia tapi dia lari ikut lubang lain. Macam orang Munafik tu, kita ingat dia dengan kita, tapi senyap-senyap dia pegi kepada kawan-kawannya yang munafik. Kita kena pandai-pandai tahu Samada dia munafik atau tidak.
Naafiqaat: lubang arnab. Ada dua lubang untuk keluar.

Sifat Munafik yang pertama adalah Apabila bercakap, dia berdusta.

Bila janji dia mungkir. Kalau tak berniat nak mungkir tidak apa. Tapi kalau dari mula lagi dah nak mungkir, itu yang tidak boleh. Sebab ada disebutkan dalam sunan tirmidhi, tidak bersalah kalau tidak dapat menepati janjinya kerana tidak sengaja. Tapi tidak boleh dijadikan hujjah sebab lemah sebab ada perawi yang tidak diketahui.

Apabila diamanahkan, dia khianat.

Kenapa sebut tiga yang ini? Nabi akan cakap dalam perkataan yang ringkas tapi luas maknanya. Sebab ketiga-tiga sifat ini merangkumi niat dalam ucapan dan amalan. Merangkumi semua aktiviti manusia. Sebagai contohnya diberikan adalah tiga perkara ini. Tapi bukan tiga ini sahaja. Ucapan kalau rosak orang akan panggil kita pendusta. Kalau perbuatan tidak molek, orang akan kata kita khianat. Kalau niat rosak, kita akan dikatakan mungkir janji. Macam percakapan, seorang mukmin akan cakap yang molek sahaja. Janji itu mempunyai makna yang luas lagi. Macam janji dengan Allah perlu ditepati juga. Janji ikut Quran dan Sunnah. Khianat pula, banyak perkara yang Allah telah amanahkan, yang kita telah khianat. Seperti contohnya, khianat seorang pemimpin. Ataupun khianat seorang anak yang tidak menyempurnakan amanah ayahnya untuk belajar. Dan macam-macam lagi.

———

Mengenali perawi. Siapakah Kabisah? Orang tak pernah dia lihat senyum. Sentiasa dalam keadaan berfikir. Memang orang baik dan soleh. Orang besar pernah datang nak belajar tapi dia tak suka. Ada yang kritik dia. Sebab hadis yang diambil semasa dia muda. Yang dikatakan muda itu adalah semasa umur 16 tahun. Kira dah cukup umur dah tu. Banyak dia belajar. Ramai yang terima dia.

Sufyan ath thauri. Terkenal sangat. Dia ada feqah sendiri. Pernah diamalkan dahulu tapi tidak dah zaman sekarang. Banyak keserupaan dengan Mazhab Hanafi. Ulama sepakat kedudukannya yang baik dalam agama. Orang besar dalam bahagian Hadith. Kuat ingatannya. Cukup jaga supaya tidak rapat dengan pembesar. Sebab menjaga ilmu dia. Dia seorang yang berharta sebab dia kata kalau takde duit, raja akan layan kita macam sapu tangan. Pada dia, seorang ahli ilmu itu kena cukup segala keperluan hidup. Supaya dia selamat dari dipergunakan oleh orang lain.

Masruq. Dia tidak sempat jumpa Nabi tapi hidup sezaman dengan Nabi. Mak angkat dia adalah Aisyah. Isteri dia pun anak murid dia dan meriwayatkan dari dia. Dia adalah anak murid ibn Mas’ud yang terpilih. Malam dia jarang tidur. Sampai isteri dia kesian kat dia. Kalau dia buat haji, dia tidak rehat. Dia sayang Aisyah sampai dia namakan anak dia Aisyah. Dia kata biarlah susah sekarang untuk menghadapi yang tiada rehat. Dia cakap begitu bila anak dia suruh dia buka puasa. Banyak sekali yang iktiraf kedudukan dia sebagai ulama Hadith.

Hadith yang kedua pula ada empat perkara pula. Ada perkataan khalisan iaitu berkelahi. Ikut qurtubi, Nabi cakap pada satu masa tiga perkara sahaja sebab masa itu baginda diberikan pengetahuan berkenaan tiga perkara itu sahaja dan kemudian dia diberikan empat. Nabi tidak diberikan ilmu sekaligus. Ini menunjukkan lagi bahawa baginda tidak bercakap suka hati dia. Tapi tunggu wahyu dari Allah. Puak anti hadis kata wahyu itu Quran sahaja. Tapi apa semua yang dikatakan oleh Nabi itu adalah wahyu belaka.

Hafiz ibn Hajar kata kalau ada empat itu akan menguatkan sifat nifak itu. Yang penting adalah jangan bagi diri kita ada sifat- sifat itu. Kalau dah ada empat dah pun dikatakan munafik tulen. Kalau lagi banyak lagi teruk. Ada banyak lagi sifat lain yang tidak disebut di sini. Jangan kita sangka yang tiga atau empat ini sahaja. Kalau yang ada tiga ni pun dah teruk dah. Masih Islam lagi, tapi dah tak boleh harap sebagai seorang Muslim. Maksudnya dia muslim yang tidak berapa bagus lah.

Ada masa sesuai kata tiga dan ada masa Allah cakap tiga. Tapi bukan setakat ini sahaja. Ada banyak lagi. Ini adalah diantara sifat-sifat munafik itu.

Apa maksud munafik tulen? Itu dah macam bukan Islam dah. Ada perbahasan dalam perkara itu. Kalau ada lagi banyak pun masih Islam lagi. Hati dia masih lagi terima. Jadi apa maksud tulen tu? Ini adalah kerana, tidak semestinya ada alamat itu bermaksud dia betul jadi seorang munafik. Contoh kalau panas itu adalah alamat seseorang itu demam. Tapi tidak semestinya.
Ibnu Taimiyah kata bila ada alamat tidak bermakna dia munafik yang telah kafir itu. Tidak boleh dikatakan dia munafik yang kafir itu.

Imam Nawawi kata mereka serupa atau semacam dengan orang munafik. Bukanlah munafik yang kafir. Bukan nifak haqiqi. Serupa dan kalau ada empat sifat, terlalu serupa.

Imam Tirmidhi kata makna perkataan nifak itu adalah nifak amali. Yang nifak sebenar adalah pada zaman Nabi iaitu mereka yang tidak menerima Nabi. Zaman sekarang hanya ada nifak amali. Itu adalah sifat tidak sesuai dengan orang Islam. Ini adalah penerangan paling baik.

Pendapat lain adalah untuk mengingatkan orang Islam supaya jangan ada sifat-sifat orang munafik ini. Untuk mengancam orang Islam supaya jangan jadi tabiat atau perangai orang Islam.

Ada juga mengatakan kalau sudah jadi tabiat darah daging, kalau begitu memang jadi munafik. Tapi tidaklah munafik tulen. Sebab gelaran munafik itu adalah berat untuk ahli Sunnah Wal jamaah. Ini kalau dah menjadi tabiat atau darah daging dia. Bukanlah kalau sekali sekala. Itulah dari perkataan ‘iza‘ di dalam Hadith itu. Maksudnya perbuatan itu berulang-ulang. Buat sekali pun dah tak elok dah.
Bercakap tentang apa? Tentang apa sahaja. Tentang semua perkara. Sebab perkataan itu telah diumumkan oleh Nabi.

Ada satu pendapat mengatakan, Nabi sebenarnya nak menceritakan tentang seseorang di zaman baginda. Dia tak sebut nama. Nak ingatkan kepada orang lain jangan jadi macam tu juga. Orang itu akan berasa sendiri.

Pendapat dari Ata’ bin Rabah: Maksud munafik bukan seorang, tapi golongan munafikin yang ada di zaman Nabi. Hasan Basri juga berpendapat begini. Kalau ada sifat begini pun boleh jadi munafik juga. Maka Hasan al Basri kata kalau ada orang yang mempunyai ketiga-tiga sifat ini, dia tidak keberatan memanggil mereka munafik. Beliau kata itu kerana berdasarkan hadith ini. Bila Ata’ bin rabah dengar pendapat Hasan al Basri itu, dia telah tulis surat hanya kepada Hasan al Basri. Dia kata: “Apa pendapat kamu tentang anak-anak Yaakub? Mereka menipu, tidak amanah dan tidak menepati janji. Ada tiga-tiga sifat itu. Apakah mereka munafik?”  Maka Hasan tarik balik pendapat dia. Dia suka ada teguran sebegitu. Dia setuju yang ada orang cerita pendapat dia dan tanya kepada ulama lain juga dan berbincang mana pendapat yang lebih baik.

Ada yang cerita siapa yang Nabi maksudkan adalah Tsa’labah tapi ini adalah cerita palsu. Dia pernah minta Nabi doakan dia supaya dia jadi kaya. Lepas tu Nabi hantar orang untuk tuntut zakat dari dia. Tsa’labah kata ini dah macam Jizyah dah. Turun ayat sebab perbuatan itu. Sampai keluargnya marahkan dia kerana cerita dia sudah masuk Quran dah. Dia tak sedap hati dia jumpa Nabi nak beri zakat. Allah dah larang terima zakat dari dia. Dia meraung kesedihan. Dan zaman Umar pun taknak terima zakat dia. Tapi itu semua adalah hadis palsu sahaja. Mereka nak memburukkan seorang ahli Badar. Satu perkara berat untuk mengatakan seorang sahabat berperangai buruk. Malang sekali, cerita ini berleluasa dalam masyarakat kita. Kerana ada diceritakan dalam kitab tafsir yang tidak muktabar.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s