We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari: Kitab Iman: Perlakuan Ma`Shiat Adalah Sebahagian Daripada Cara Hidup Jahilliah August 15, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Iman — visitor74 @ 2:51 pm

jangan kita termasuk dalam jahiliah moden

بَاب الْمَعَاصِي مِنْ أَمْرِ الْجَاهِلِيَّةِ

Bab 22: Perlakuan Ma`Shiat Adalah Sebahagian Daripada Cara Hidup Jahilliah.

 وَلَا يُكَفَّرُ صَاحِبُهَا بِارْتِكَابِهَا إِلَّا بِالشِّرْكِ لِقَوْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّكَ امْرُؤٌ فِيكَ جَاهِلِيَّةٌ وَقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى ( إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ) وقوله تعالى ( وَإِنْ طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ اقْتَتَلُوْا فَأَصْلِحُوْا بَيْنَهُمَا ) فَسَمَّاهُمُ الْمُؤْمِنِيْنَ

Kemaksiatan Termasuk Perbuatan Jahiliah, dan Pelakunya tidak Dianggap Kafir Kecuali Jika Disertai dengan Kemusyrikan, mengingat sabda Nabi صلی الله عليه وسلم, “‘Sesungguhnya kamu adalah orang yang ada sifat kejahiliahan dalam dirimu’.” Dan firman Allah Ta’ala, ‘Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya’.” (an-Nisaa’: 48)

حَدَّثَنَا عَبْدُالرَّحْمَنِ بْنُ الْمُبَارَكِ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ حَدَّثَنَا أَيُّوبُ وَيُونُسُ عَنِ الْحَسَنِ عَنِ الأَحْنَفِ بْنِ قَيْسٍ قَالَ {ذَهَبْتُ لأَِنْصُرَ هَذَا الرَّجُلَ فَلَقِيَنِي أَبُو بَكْرَةَ . فَقَالَ أَيْنَ تُرِيدُ ؟ قُلْتُ أَنْصُرُ هَذَا الرَّجُلَ قَالَ ارْجِعْ فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا الْتَقَى الْمُسْلِمَانِ بِسَيْفَيْهِمَا فَالْقَاتِلُ وَالْمَقْتُولُ فِي النَّارِ. فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ هَذَا الْقَاتِلُ فَمَا بَالُ الْمَقْتُولِ ؟ قَالَ إِنَّهُ كَانَ حَرِيصًا عَلَى قَتْلِ صَاحِبِهِ}

Telah menceritakan kepada kami Abdurrahman bin Al Mubarak Telah menceritakan kepada kami Hammad bin Zaid Telah menceritakan kepada kami Ayyub dan Yunus dari Al Hasan dari Al Ahnaf bin Qais berkata; aku datang untuk menolong seseorang kemudian bertemu Abu Bakrah, maka dia bertanya: “Kamu mau kemana?” Aku jawab: “hendak menolong seseorang” dia berkata: “Kembalilah, karena aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika dua orang muslim saling bertemu (untuk berkelahi) dengan menghunus pedang masing-masing, maka yang terbunuh dan membunuh masuk neraka”. aku pun bertanya: “Wahai Rasulullah, ini bagi yang membunuh, tapi bagaimana dengan yang terbunuh?” Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Dia juga sebelumnya sangat ingin untuk membunuh temannya”.

Apakah itu jahiliah? Pendapat yang kukuh mengatakan bahawa ini adalah perbuatan mereka yang belum masuk Islam dahulu. Iaitu sebelum kedatangan Nabi. Ada juga pendapat yang mengatakan ianya tidak tertakluk kepada masa. Kalau dia buat perkara maksiat yang sesuai dilakukan oleh orang-orang jahil, maka mereka juga dikatakan sebagai jahiliah.

Imam Bukhari nak melawan fahaman puak Murjiah dan Khawarij. Murjiah mengatakan bahawa kalau beramal, tidak bertambah iman. Dan kalau buat perkara yang salah pun, tidak menggugat keislaman seseorang itu. Tetap masuk syurga kata mereka. Dan juga menentang golongan Khawarij yang mengatakan kalau melakukan dosa, terkeluar dari Islam. Ada yang mengatakan jika melakukan dosa besar sahaja. Dan ada yang mengatakan kalau melakukan dosa kecil sekalipun. Maka hadith ini dibawa oleh Imam Bukhari untuk menidakkan perkara ini. Kalaulah apa yang dibuat oleh Abu Dzar itu menyebabkan dia terkeluar dari Islam, tentulah Nabi akan suruh dia untuk mengucap syahadah. Nabi tidak suruh dia buat macam tu. Maknanya, tidaklah Abu Dzar terkeluar dari Islam.

Pengenalan kepada kisah: Cerita dalam Hadith ini adalah berkenaan sahabat dalam perjalanan untuk membantu S. Ali dalam peperangan antara dia dan Muawiyah. Ada yang perang Jamal dan ada yang kata petang Siffin. Peperangan ini adalah peperangan yang menyedihkan antara dua pasukan Islam. Ali memang mempunyai hak untuk memerangi Muawiyah kerana dia adalah khalifah masa itu. Dan Muawiyah buat apa yang dia buat pula sebab dia nampak Ali membuat perkara yang salah. Dan dibelakang Ali adalah orang-orang yang ada dalam pakatan membunuh Uthman dahulu. Dua-dua merasakan mereka benar. Dan Aisyah juga terlibat. Dia bukan nak pergi berperang pun pada mulanya. Dia pergi sebab dia nak nasihat.

Jadi dalam perang ini dua-dua pihak adalah masih lagi Islam. Sebab Nabi pun cakap mereka ada dua pihak yang dalam Islam. Yang perlu dilakukan adalah mendamaikan mereka. Abu Bakrah adalah antara sahabat yang tak mahu terlibat dalam perang antara dua puak muslim itu. Banyak para sahabat yang macam ni. Tak berani mereka untuk berpihak ke mana mana. Mereka mengambil jalan melepaskan diri. Contohnya Usamah bin Zayd memang tak berani nak melawan orang Islam dah sebab dia pernah membunuh seorang yang mengucap dan Nabi memarahi dia. Dia bunuh orang itu pun sebab orang itu mengucap sebaik sahaja Usamah nak membunuhnya di dalam peperangan. Jadi, dia rasa orang itu bukan ikhlas untuk masuk islam pun.

Mengenali perawi: Ahnaf bin Qais pula adalah seorang tabein yang hidup di zaman Nabi tapi tidak berpeluang berjumpa Nabi. Tapi Nabi pernah mendoakan dia. Sebab masa sahabat pergi berdakwah kepada kaum Ahnaf, Ahnaf telah membenarkan sahabat itu dan kerana itu, Nabi telah mendoakan supaya dosa-dosa Ahnaf diampunkan. Dia terkenal sebagai seorang penyantun. Selama setahun dia pernah duduk dengan S. Umar. Dialah yang menakluk satu kawasan yang jatuh ke tangan umat Islam.

Dalam Hadith ini, Ahnaf semasa dalam perjalanan untuk membantu tentera S. Ali, beliau telah ditahan oleh Abu Bakrah. Ahnaf kata dia nak bela sepupu Nabi.

Kisah perawi: Abu Bakrah ini ada yang tak terima dia sebagai perawi. Sebab mereka kata dia adalah antara beberapa orang yang menuduh Mungirah berzina. Jadi sebab tak cukup saksi, maka dia telah dikenakan qazaf iaitu disebat 80 kali oleh S. Umar. Dan seperti disebut dalam Quran, persaksian dia tidak boleh diterima lagi. Selain dari Hadith ini, ada lagi Hadith lain yang diriwayatkan dari dia. Iaitu Hadith berkenaan perempuan tidak boleh menjadi pemimpin. Rupanya riwayat itu tidak benar. Cerita itu dibawa oleh Ibnu Ishak. Ibnu Ishak ini adalah Syiah dan dia membawa cerita yang tidak benar. Imam Malik mengatakan dia adalah salah seorang dajjal pada zamannya. Dan bukan Imam Malik seorang sahaja cakap macam tu. Ada lagi orang lain. Terbukti Abu Bakrah boleh diterima sebagai perawi sebab Imam Bukhari telah mengambil Hadith yang melibatkan Abu Bakrah itu.

Dalam Kitab Sahih Bukhari ini, ada juga Hadith yang tidak boleh diterima sebab bercanggah dengan riwayatnya yang lain. Contohnya adalah kisah bagaimana Aisyah telah tertinggal kalungnya sampai dia dijumpai oleh seorang pemuda dan pemuda itu telah menemani Aisyah pulang ke Madinah. Cerita ini adalah tidak lojik dan sebenarnya dibawa oleh puak Syiah yang ingin memburukkan nama Aisyah. Masalahnya cerita sebegini amat mahsyur di dalam masyarakat kita. Maka ketahuilah bahawa banyak sekali cubaan untuk memburuk keluarga Nabi dan Nabi sendiri. Banyak cerita-cerita yang melibatkan pertuduhan penzinaan di kalangan keluarga atau orang yang rapat dengan Nabi. Maka jikalau ada Hadith yang memburukkan kedudukan Nabi, maka kita kena tolak sebab kalau memburukkan Nabi, maka mestilah Hadith itu tidak benar. Kitab Hadith bukanlah Quran yang mesti semuanya benar belaka. Tentu ada kesalahan di mana-mana. Jadi kita kena belajar.


٣۰ – حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ وَاصِلٍ الأَحْدَبِ عَنِ الْمَعْرُورِ بْنِ سُوَيْدٍ قَالَ {لَقِيتُ أَبَا ذَرٍّ بِالرَّبَذَةِ وَعَلَيْهِ حُلَّةٌ وَعَلَى غُلامِهِ حُلَّةٌ فَسَأَلْتُهُ عَنْ ذَلِكَ فَقَالَ إِنِّي سَابَبْتُ رَجُلا فَعَيَّرْتُهُ بِأُمِّهِ فَقَالَ لِيَ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا أَبَا ذَرٍّ أَعَيَّرْتَهُ بِأُمِّهِ إِنَّكَ امْرُؤٌ فِيكَ جَاهِلِيَّةٌ إِخْوَانُكُمْ خَوَلُكُمْ جَعَلَهُمُ اللَّهُ تَحْتَ أَيْدِيكُمْ فَمَنْ كَانَ أَخُوهُ تَحْتَ يَدِهِ فَلْيُطْعِمْهُ مِمَّا يَأْكُلُ وَلْيُلْبِسْهُ مِمَّا يَلْبَسُ وَلا تُكَلِّفُوهُمْ مَا يَغْلِبُهُمْ فَإِنْ كَلَّفْتُمُوهُمْ فَأَعِينُوهُمْ}

Telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Harb berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Washil Al Ahdab dari Al Ma’rur bin Suwaid berkata: Aku bertemu Abu Dzar di Rabdzah yang saat itu mengenakan pakaian dua lapis, begitu juga hambanya, maka aku tanyakan kepadanya tentang itu, maka dia menjawab: Aku telah menghina seseorang dengan cara menghina ibunya, maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menegurku: “Wahai Abu Dzar apakah kamu menghina ibunya? Sesungguhnya kamu masih memiliki (sifat) jahiliyyah. Saudara-saudara kalian adalah tanggungan kalian, Allah telah menjadikan mereka di bawah tangan kalian. Maka siapa yang saudaranya berada di bawah tangannya (tanggungannya) maka jika dia makan berilah makanan seperti yang dia makan, bila dia berpakaian berilah seperti yang dia pakai, janganlah kalian membebani mereka sesuatu yang di luar batas kemampuan mereka. Jika kalian membebani mereka, maka bantulah mereka”.

Tujuan Hadith ini adalah untuk melawan pendapat Murjiah yang mengatakan kalau buat benda tak elok, tidak mengganggu iman. Kalau tidak ada apa, kenapa Nabi tegur? Dan kenapa sahabat-sahabat risau sangat kalau mereka buat salah? Tentulah sebab ada kesan-kesan dari perbuatan salah yang kita buat itu. Dan juga untuk menentang pendapat kaum Khawarij yang mengatakan kalau buat salah akan terkeluar dari Islam. Kalau dah jadi kafir, kenapa Nabi tak suruh Abu Dzar shahadah balik?

Mengenali perawi: Perawi Bukhari tidak perlu dibahaskan lagi banyak-banyak sebab mereka semua telah diterima oleh ulama Hadith. Cuma kita nak berkenalan sahaja. Hadith ini disampaikan oleh Ma’rur yang berjumpa dengan Abu Dzar. Dia hidup sampai umurnya 120 tahun. Dan ada orang cerita pernah jumpa dia semasa dia berumur 120 itu dan rambutnya masih hitam lagi. Tu kena cari rahsianya tu.

Siapakah Abu Dzar itu? Seorang sahabat yang mulia. Dia kata dia adalah orang Islam yang keempat. Dia dapat tahu tentang Nabi dan dia nak masuk Islam melalui Abu Bakr. Masa tu memang kena masuk senyap-senyap dan hidup pun susah. Tak boleh nak terang-terangan mengaku seorang Islam. Lepas dia Islam, dia minta kebenaran Nabi untuk dia berdakwah kepada kaumnya. Jadi dia lama di sana. Sampai dia lewat untuk Hijrah dan dia tidak ikut serta dalam perang Badar dan Uhud. Semasa jahiliah, dia adalah seorang pencuri. Jadi bila dia masuk Islam tu, dia adalah jenis orang yang tak takut orang lain. Dia bukan sahaja seorang warak (yang sebenarnya sebutan yang betul adalah warik-iaitu seorang yang menjaga halal haram) tapi dia juga seorang yang Zahid/zuhud. Apa yang harus pun dia tinggalkan juga. Bekalan untuknya cukup untuk hari itu sahaja. Jadi dia hidup dalam sederhana sangat. Nabi kata dia disuruh untuk mencintai empat orang kerana Allah jua mencintai mereka. Nama mereka yang empat itu ada Ali dan Abu Dzar. Sebab itulah puak Syiah hanya menerima empat orang sahabat ini sahaja. Selain dari itu mereka telah kafirkan. Nabi dah kata dia akan hidup sendirian. Mati dia akan sorang-sorang. Sebab manusia lain tidak dapat terima dia. Dia akan tegur kalau orang lain ada barang berlebihan. Dan masa lepas Nabi wafat, Islam berada dalam kekayaan. Tak salah sebenarnya, tapi pada dia, itu sudah berlebihan. Jadi Muawiyah sampai tak tahan dengan perangai dia minta Uthman panggil dia balik ke Madinah. Dan dia akur. Dia juga akur bila Uthman suruh dia tinggal di tempat terpencil sikit. Supaya dia tak kacau orang lain. Dia ikut arahan. Nama sebenarnya adalah Jundub.

Dalam hadis ini, dia kata bilal anak hamba hitam. Takat tu jer dia cakap, Nabi dah cakap dia masih melakukan perbuatan jahiliah. Dia terus rebah dan kata takkan bangun selagi Bilal tak pijak muka dia. Bila bilal pijak baru dia bangun. Kesannya lepas itu adalah seperti dalam Hadith ini. Dia telah menjadi seorang yang zuhud sampai baju hamba dia pun sama dengan baju yang dia pakai.

Memanglah bangsa Arab dulu tak berapa elok perangai mereka. Nak menunjukkan bagaimana Nabi boleh membentuk mereka dalam masa yang singkat. Kalau dah baik, buat apa pakai Nabi lagi, kan? Kalau nampak sahabat perangai kurang ajar, itu adalah dalam proses membentuk mereka lagi.

Ada orang nampak Abu Dzar pakai baju satu suit sama dengan hambanya. Atau kata hamba dia pakai sebahagian, dia ada sebahagian. Heran. Kenapa tak kau saja pakai? Hamba itu kan taraf dia rendah sahaja? Tapi Nabi dah didik sahabat untuk melayan mereka sebagai saudara. Begitulah dia melayan hambanya. Ini adalah sebab dia pernah menghina seorang hamba dahulu iaitu Bilal. Maka dia dah tukar perangai dia dah. Adakah wajib buat sebegitu kepada hamba? Pada Abu Dzar, wajib kena buat macam tu. Tapi kebanyakan ulama kata tidaklah sampai macam tu. Eloklah kalau buat macam tu, tapi tak wajib.

Zaman sekarang tiada dah hamba. Sampai sekarang Islam tidak memansuhkan kehambaan sebenarnya. Sampai jadi bahan kepada orientalis. Hukumnya adalah muallaq (tergantung) supaya boleh pakai bila perlu. Zaman dulu, macam-macam cara boleh dijadikan hamba. Kalah judi dan sebagainya. Islam tak boleh nak hapuskan dulu. Sudah lama sangat dah. Islam hapuskan sikit-skit. Kalau buat salah, bebaskan hamba. Dan layan hamba itu dengan baik. Sistem lain tidak begitu. Islam cuma terima hamba yang didapati dari tawanan perang sahaja. Supaya orang kafir beringat kalau lawan Islam, mereka boleh jadi hamba. Menghalang mereka dari sewenang-wenang menentang Islam. Tapi kita pun taknak dah ada sistem hamba tu. Tapi mungkin satu hari nanti sistem hamba ini akan ada balik. Mesti ada sebab kenapa Allah tidak hapuskan. Katakanlah kalau orang kafir jalankan balik sistem hamba tu, kita pun boleh buat. Walaupun Islam terima, tapi Islam ada cara melayan hamba. Sampai sekarang di India masih ada lagi sistem hamba ni. Ada kelas yang tak boleh sentuh langsung mereka. Ugama mereka mengajar mereka untuk buat macam tu. Kalau dekat dengan kita sekarang adalah orang gaji atau pembantu kuli kita. Maka perlulah kita berbuat baik dengan mereka.

Allahu a’lam. Lompat ke hadis yang seterusnya

Kuliah Maulana Asri boleh didapati di sini

sambungan

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s