We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari: Kitab Iman: Bab: Kezaliman Di Bawah Kezaliman Yang Lain August 15, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Iman — visitor74 @ 4:29 pm
Tags: , , ,

Bab 23: Bab Kezaliman di Bawah Kezaliman Yang Lain

۳۱ –  حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ ح قَالَ و حَدَّثَنِي بِشْرُ بْنُ خَالِدٍ أَبُو مُحَمَّدٍ الْعَسْكَرِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ عَنْ شُعْبَةَ عَنْ سُلَيْمَانَ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنْ عَلْقَمَةَ عَنْ عَبْدِاللَّهِ قَالَ{ لَمَّا نَزَلَتْ ( الَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يَلْبِسُوا إِيمَانَهُمْ بِظُلْمٍ ) قَالَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّنَا لَمْ يَظْلِمْ . فَأَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ ( إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ  (}

Telah menceritakan kepada kami Abu Al Walid berkata, telah menceritakan kepada kami
Syu’bah dan juga telah meriwayatkan hadits yang serupa ini, Telah menceritakan kepadaku
Bisyir bin Khalid Abu Muhammad Al ‘Asykari berkata, telah menceritakan kepada kami
Muhammad bin Ja’far dari Syu’bah dari Sulaiman dari Ibrahim dari Alqamah dari Abdullah
berkata: ketika turun ayat: “Orang-orang beriman dan tidak mencampur adukkan iman
mereka dengan kezaliman” para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya:
“Siapakah diantara kami yang tidak berbuat zhalim? Maka Allah ‘azza wajalla menurunkan
(firman-Nya): “Sesungguhnya kesyirikan adalah kezhaliman yang besar”. (QS. Luqman: 13)

Syirik itu adalah kezaliman yang besar.

Sebelum ini Imam Bukhari buat bab kufrin doona kufrin (kekufuran di bawah kekufuran). Kali ni Dzulmin duuna dzulmin (kezaliman di bawah kezaliman). Dia nak bagitahu kezaliman dibawah kezaliman yang sebenar. Zalim pun banyak peringkat juga.

Kufur adalah lawan kepada iman. Dia nak cerita iman itu ‘murakab‘ iaitu terdiri dari banyak perkara. Dan iman boleh bertambah. Sekarang dia cakap kafir pun banyak peringkat. Dalam dunia dan akhirat. Walaupun kafir tapi tak sama. Macam dulu Nabi suka kalau kristian yang menang menentang Parsi. Walaupun kristian tu kafir jugak. Tapi kerana ada kesamaan sedikit dengan islam, maka Nabi pun melihat Kristian itu tidak sama dengan agama lain.

Kafir sekarang pun ada jenis zimmi, muahid, mustakmin (minta damai dengan Islam), kita kena beri perlindungan supaya mereka kenal Islam, supaya mereka dapat pengajaran.
Bukhari nak kenalkan iman itu dengan lawannya. Sebab nak kenal kawan, kena kenal lawannya. Nak tahu sihat, kena kenal sakit. Nak kenal Islam, kena bandingkan dengan orang kafir macam mana hidup mereka.

Zalim itu sebenarnya adalah syirik. Sahabat ingat zalim adalah menganiaya orang lain contohnya. Mereka tak nampak syirik sebagai kezaliman. Yang mereka nampak, sekurang-kurangnya mereka menganiaya diri sendiri. Iaitu apabila mereka tak makan. Tak tidur. Tak kahwin. jadi mereka rasa siapakah yang tidak buat? Kalau tak banyak, mesti ada keadaan di mana mereka ada menzalimi sedikit sebanyak, pada pandangan mereka. Itulah sebabnya Allah menurunkan penjelasan lagi bahawa zalim yang dimaksudkan adalah syirik.

Bahaya ajaran sesat macam murjiah. Mereka jadi sesat sebab tak rujuk Quran dan Sunnah sebagai panduan. Imam Bukhari sentiasa membawa Quran dan Sunnah di dalam sahihnya.

Maka sahabat pun risau. Maka turunlah ayat yang satu lagi. Dalam agama, itulah yang paling besar. Zalim itu adalah meletakkan sesuatu bukan tempatnya. Maka kalau kita letakkan Allah bukan sebagai tuhan, maka itu adalah yang paling zalim. Bayangkan mereka itu persamaannha seperti ingin menggulingkan kerajaan. Padahal kita duduk di duniaNya. Semua negara di dunia pakai hukuman yang sama iaitu jel seumur hidup kalau berniat menggulingkan kerajaan. Jel yang sebenar adalah neraka. Kesyirikan itu sebenarnya menafikan apa kebaikan yang Allah dah buat.

Kesalahan manusia yang tidak mengikut ajaran Islam boleh dilihat dari kenyataan dalam dunia ini. Bila tak ikut Islam, jadi mengarut kehidupan dunia. Buat perkara yang salah-salah sahaja. Mereka akan melakukan aniaya kepada manusia yang lain. Kesian kita lihat agama-agama lain. Ada dari mereka yang percaya roh tuhan boleh ada di mana-mana dan mereka akan sembah. Itulah yang orang beragama Hindu boleh sembah macam-macam. Kalau ada benda yang pelik sikit tu, mereka mungkin akan sembah. Maka pada mereka, semua benda ada potensi jadi tuhan kecuali manusia. Manusia pula yang jadi paling hina. Manusia jadi susah disebabkan agama mereka.

Pada kristian pula, pada mereka yang baik adalah macam paderi mereka yang tak menikah sampai bila-bila. Menyeksa diri sendiri sampai mati. Mereka mengajar kepada pengikut mereka bagaimana melakukan ibadat tapi ibadat itu hanya rekaan mereka sahaja. Bukan diambil dari Nabi isa pun. Tidak tahu dari mana asalnya.

Satu lagi kesalahan dalam dunia yang tidak mengikut Islam adalah apabila masyarakat menggunakan sistem riba yang tidak benar yang menyusahkan manusia. Menghisap darah penat jerih manusia sudah berapa lama.

Kezaliman dalam ayat pertama itu adalah kezaliman syirik. Kalau tahu ilmu maani bahasa Arab pun sepatutnya sudah tahu bahawa apa yang Allah maksudkan adalah kezaliman syirik. Jadi kalau ada yang tidak faham, maka diturunkan ayat kedua. Syirik menyebabkan dunia tidak aman. Itulah sebabnya kita banyak berbalah sebab ada lagi syirik. Sekurang-kurangnya syirik itu adalah syirik khafi iaitu yang tersembunyi. Bergantung kepada benda-benda lain selain Allah dengan bersangatan. Dah kata tuhan itu maha memberi, maha kaya dan sebagainya tapi kita macam tidak percaya. Maka itulah sebabnya maka tidak tenang sahaja. Macam sahabat, mereka sangat tenang dan menyerah kepada Allah dalam segala hal.

Dari segi perbuatan kita macam perbuatan orang kafir. Ada sifat-sifat syirik. Tapi tidaklah mengeluarkan sesiapa yang melakukannya terkeluar dari Islam. Mereka telah melakukan apa tidak seperti yang sepatutnya. Macam pokok patutnya mengeluarkan buah tapi tak keluar buah pula.

Bila manusia sendiri tidak beriman dan tidak aman, bagaimana dia nak aman kan orang lain pulak. Tidak menjadi seperti apa yang diharapkan oleh Islam.

Allahu a’lam. Alhamdulillah, tamat sudah perbincangan Kitab Iman. Sambung ke Kitab yang seterusnya: Kitab Ilmu

Allahu a’lam.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s