We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Menjawab soalan August 8, 2012

Filed under: Ilmu — visitor74 @ 2:20 pm

ni ada soalan berkenaan terawih yang saya jawab. saja simpan kat sini untuk dikongsi bersama. dan nanti kalau ada lagi yang bertanya yang sama, boleh gunakan balik:

soalan: imam syafie, imam hanafi okay je ngan bidaah hasanah… solat terawih nabi 8 rakaat, saidina khalifah arasyidin ksi up lagi smpai 20 rakaat, pastu nabi buat terawih secara solo, khalifah arasyidin umar buat jemaah… jangan pula kita nak sesatkan orang yang confirm masuk syurga saudara-saudari…padah akibatnya

Jawapan: Maasya Allah, takkanlah kita nak sesatkan orang yang Nabi telah kata akan masuk syurga, tuan. Siapa kita kalau dibanding dengan S. Umar? Apa yang kita sedang buat sekarang adalah ‘pencerahan’ dari segi pemahaman masyarakat kita tentang bidaah hasanah itu. Mana yang kelam-kelam tu, kita nak kasi cerah balik. Pertamanya, apakah yang dimaksudkan oleh Imam Syafie dengan ‘bidaah hasanah’ itu? Orang kita banyak sekali menyebut ‘bidaah hasanah’ dengan memukul rata semua perkata ibadat yang pada ‘pandangannya’ baik, sebagai bidaah hasanah. Padahal itu tidak benar sama sekali. Siapakah kita untuk mengandaikan yang sesuatu amalan itu adalah baik atau tidak? Itu hanya tugas Allah dan Nabi.

 

Mungkin anda kenal dengan Imam Malik. Dia pernah berkata: Sesiapa yang membuat bid‘ah dalam Islam dan menganggapnya baik maka dia telah mendakwa Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam mengkhianati risalah. Ini kerana Allah telah berfirman: “Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu”. Apa yang pada hari tersebut tidak menjadi agama, maka dia tidak menjadi agama pada hari ini.

 

Perkataan Bidaah Hasanah ini dimulakan (setakat yang kita tahu – S. Umar guna perkataan ‘nikmatul bidaah’) oleh Imam besar kita, Imam Syafie. Ini katanya:

al-Syafi‘i berkata, “Bid‘ah itu ada dua jenis: Bid‘ah Mahmudah (dipuji) dan Bid‘ah Mazmumah (dikeji). Apa yang menepati sunnah maka ia dipuji. Apa yang menyanggahi sunnah maka ia dikeji.”

Maksud al-Syafi‘i rahimahullah ialah, bahawa Bid‘ah Mazmumah ialah apa yang tiada asal dari syariat untuk dirujuk kepadanya. Inilah bid‘ah pada istilah syarak. Adapun Bid‘ah Mahmudah ialah apa yang bertepatan dengan sunnah. Iaitu apa yang ada baginya asal untuk dirujuk kepadanya. Ia adalah bid‘ah dari segi bahasa, bukannya dari segi syarak kerana ia menepati sunnah.

Apa yang selalu terjadi adalah, masyarakat kita hanya membaca setakat: [Bid‘ah itu ada dua jenis: Bid‘ah Mahmudah (dipuji) dan Bid‘ah Mazmumah (dikeji).] Dan kemudian mereka jaja perkataan ini kepada semua ibadat yang mereka nak cop sirimkan untuk membenarkan amalan itu.

 

Tapi mereka tidak sambung baca: [Apa yang menepati sunnah maka ia dipuji. Apa yang menyanggahi sunnah maka ia dikeji]

 

Maka, kita telah memotong perkataan Imam Syafie sendiri. Maksud Imam Syafie dengan bidaah Hasanah adalah, apa-apa amalan yang bertepatan dengan sunnah Nabi. Maka, apa-apa amalan yang kita nak buat itu, kita kena lihat balik samada ada sunnah dari Nabi atau sekurang-kurangnya perbuatan dari Khulafa ur Rashidin. Itulah dia yang dinamakan Ahli Sunnah wal Jamaah. Sunnah itu mengikut Nabi dan ‘Jamaah’ itu adalah mengikut perbuatan para sahabat. Kita boleh guna perbuatan Khalifah-khalifah itu kerana Nabi sendiri pernah bersabda:

Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah al-Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (yang mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama) kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid‘ah dan setiap bid‘ah adalah sesat.

Hadis ini boleh didapati dalam Abi Dawud dan Tirmizi.

 

Masalahnya, mana kita nak dapat maklumat tentang amalan-amalan yang benar ini? Ketahuilah bahawa semuanya ada dalam kitab-kitab hadith yang muktabar. Tapi masyarakat kita tidak belajar hadith sebenarnya. Bukan hadis sahaja, Quran pun kita tak belajar tafsirnya. Banyak yang belajar dari kitab-kitab karangan ulama-ulama terdahulu dan sekarang. Kalau ianya disandarkan kepada hadith yang sahih, tidak mengapa, kita terima dengan lapang dada. Masalahnya, ada yang menggunakan pendapat sendiri. Apabila menggunakan pendapat sendiri, ianya terbuka untuk kesalahan. Mungkin pendapatnya benar dan mungkin salah. Sedangkan Imam Syafie sendiri pernah berkata:

Setiap perkara yang aku telah perkatakannya, sedangkan ada riwayat yang sahih di sisi ulama hadith daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang menyanggahi apa yang aku ucapkan, maka aku menarik balik ucapanku semasa hidupku dan selepas mati.

 

Imam Syafie yang kita sanjung itu pun cakap macam tu. Tapi apa yang terjadi sekarang? Apabila ada ulama hadith yang membawakan hadis-hadis yang sahih, untuk memperbetulkan amalan kita, kita kutuk dia. Kita tuduh dia wahabi. Kita tuduh dia pula yang sesat. Kita tentang pendapat dia dengan bawa kitab karangan fulan dan fulan itu ini. Padahal ulama hadis bawa hadis dari Nabi. Tuan-tuan, mana lagi kuat? Perkataan Nabi atau ulama, ustaz itu dan ustaz ini?

 

Baik, sebab perbicaraan ini adalah panjang kalau nak cerita semua, kita ambil dari hujah saudara tentang imam syafie dan solat terawih sahaja, buat masa ini.

Kita tidak mengatakan yang Khalifah Umar melakukan bidaah kerana perbuatan solat terawih berjemaah itu tidak bidaah kerana ianya telah pernah dilakukan oleh Nabi sendiri. Nabi buat terawih secara solo itu selepas tiga hari Nabi berjemaah dengan sahabat. Nabi tak sambung berjemaah itu kerana masa itu adalah masih ada lagi penurunan hukum dan Nabi takut kalau Nabi teruskan, nanti solat terawih berjemaah akan diwajibkan kepada umatnya dan baginda takut umatnya tidak mampu. Baik, kita lihat hadithnya:

Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar pada suatu pertengahan malam. Baginda solat di masjid (Masjid Nabi). Beberapa orang mengikut solat baginda (menjadi makmum). Pada pagi (esoknya) orang ramai bercerita mengenainya. Maka berkumpullah lebih ramai lagi orang (pada malam kedua). Baginda bersolat dan mereka ikut solat bersama. Pada pagi (esoknya) orang ramai bercerita mengenainya. Maka bertambah ramai ahli masjid pada malam ketiga. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar bersolat dan mereka ikut solat bersama.

Apabila malam keempat, masjid menjadi tidak muat dengan ahli. (Baginda tidak keluar) sehingga pada waktu solat subuh. Selesai solat subuh, baginda mengadap orang ramai, bersyahadah seraya bersabda: “Amma ba’d, sesungguhnya bukan aku tidak tahu penantian kalian (di masjid pada malam tadi) tetapi aku bimbang difardukan (Solat Tarawih) ke atas kalian lalu kalian tidak mampu

Hadith riwayat Imam Bukhari

 

Jadi, itu adalah hujah ringkas yang mengatakan apa yang Umar buat bukan bidaah. Jangan jadikan perbuataan Umar itu sebagai dalil membolehkan kita membuat bidaah.

Maksud bid‘ah dari segi bahasa iaitu membuat sesuatu yang belum ada contoh sebelumnya.

 

Dalam Sahih Bukhari dan Muwatta’ Imam Malik ada dinukilkan kejadian Umar ‘mengembalikan’ semula perbuatan Nabi itu:

Daripada ‘Abd al-Rahman bin ‘Abd al-Qari, katanya: Pada satu malam di bulan Ramadan aku keluar bersama dengan ‘Umar bin al-Khattab radhiallahu ‘anh ke masjid. Di dapati orang ramai berselerakan. Ada yang solat bersendirian, ada pula yang bersolat dan sekumpulan (datang) mengikutinya.

 ‘Umar berkata: “Jika aku himpunkan mereka pada seorang imam adalah lebih baik.” Kemudian beliau melaksanakannya maka dihimpunkan mereka dengan (diimamkan oleh) Ubai bin Ka‘ab. Kemudian aku keluar pada malam yang lain, orang ramai bersolat dengan imam mereka (Ubai bin Ka‘ab).

Berkata ‘Umar: “Sebaik-baik bid‘ah adalah perkara ini, sedangkan yang mereka tidur (solat pada akhir malam) lebih dari apa yang mereka bangun (awal malam).”

 

Umar menyatakan ini adalah sebaik-baik bid’ah kerana ianya telah ditinggalkan oleh Nabi dan tidak dibuat pada zaman Khalifah Abu Bakr. Jadi, ianya adalah bid’ah dari segi bahasa.

 

Wah, panjang sudah perbahasan ini berkenaan solat terawih sahaja. Itu belum lagi pasal samada 8 atau 20? Nak perbahasan juga ke?

 

2 Responses to “Menjawab soalan”

  1. […] keluar hujah mengatakan apa yang mereka lakukan itu adalah ‘bidaah hasanah.’ Iaitu mereka kata ianya adalah bidaah yang baik. Mereka tidak tahu bahawa sebenarnya, semua […]

  2. […] keluar hujah mengatakan apa yang mereka lakukan itu adalah ‘bidaah hasanah.’ Iaitu mereka kata ianya adalah bidaah yang baik. Mereka tidak tahu bahawa sebenarnya, semua […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s