We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari: Kitab Puasa: Sessi 1: Keutamaan Puasa July 30, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Puasa — visitor74 @ 2:54 am

Assalamualaikum,

Sempena bulan Ramadhan ini, saya akan stop kejap susunan syarah Bukhari ini dari Kitab Iman, dan akan menulis nota dari Kitab Puasa pula.

كِتَاب الصَّوْمِ

KITAB PUASA

بَاب وُجُوبِ صَوْمِ رَمَضَانَ وَقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى { يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمْ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ}

Bab Kewajipan Berpuasa Pada Bulan Ramadhan Dan Firman Allah Taala {Wahai Orang-Orang Yang Beriman! Telah Difardhukan Ke Atas Kamu Berpuasa Sebagaimana Telah Difardhukan Ke Atas Orang-Orang Sebelum Kamu, Mudah-Mudahan Kamu Bertakwa}.

Ibadat puasa tidak perlu dikenalkan lagi. Semua dah tahu. Ianya telah diwajibkan dulu kepada umat-umat yang dulu. Yahudi dan Nasrani juga diwajibkan puasa pada bulan Ramadhan juga. Tapi Yahudi tukar kepada satu hari sahaja iaitu pada hari Firaun ditenggelamkan. Nasrani pula sebab telah kejadian yang bulan Ramadhan jatuh pada musim panas, mereka telah tukar kepada hari sejuk sikit. Dan kemudian tambah jadi 40 hari. Kemudian 47 hari. Kemudian jadi 50 hari. Sesuai dengan semangat kependitaan mereka dalam menambah ibadat. Mereka kononnya nak buat lebih lagi dari apa yang diwajibkan. Iaitu mereka suka untuk menyusahkan diri sendiri.

Ibadat puasa diwajibkan di dalam Quran dan juga Hadith. Dan oleh ijmak ulama juga. Semua tahu kewajipannya. Dan kita juga tahu tentang pentingnya ibadah puasa ini dari dalil akal juga. Kerana Allah telah benarkan kita makan minum dan mengadakan hubungan kelamin. Untuk mengetahui kenikmatan dua perkara itu, maka kenalah kita berpuasa bila kita tak boleh boleh dua perkara itu.

١٨٩١ – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ عَنْ أَبِي سُهَيْلٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ طَلْحَةَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ أَنَّ أَعْرَابِيًّا جَاءَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَائِرَ الرَّأْسِ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَخْبِرْنِي مَاذَا فَرَضَ اللَّهُ عَلَيَّ مِنْ الصَّلَاةِ فَقَالَ الصَّلَوَاتِ الْخَمْسَ إِلَّا أَنْ تَطَّوَّعَ شَيْئًا فَقَالَ أَخْبِرْنِي مَا فَرَضَ اللَّهُ عَلَيَّ مِنْ الصِّيَامِ فَقَالَ شَهْرَ رَمَضَانَ إِلَّا أَنْ تَطَّوَّعَ شَيْئًا فَقَالَ أَخْبِرْنِي بِمَا فَرَضَ اللَّهُ عَلَيَّ مِنْ الزَّكَاةِ فَقَالَ فَأَخْبَرَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَرَائِعَ الْإِسْلَامِ قَالَ وَالَّذِي أَكْرَمَكَ لَا أَتَطَوَّعُ شَيْئًا وَلَا أَنْقُصُ مِمَّا فَرَضَ اللَّهُ عَلَيَّ شَيْئًا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفْلَحَ إِنْ صَدَقَ أَوْ دَخَلَ الْجَنَّةَ إِنْ صَدَقَ

Qutaibah bin Sai’d telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Ismail bin Ja’far telah meriwayatkan kepada kami daripada Abi Suhail daripada ayahnya daripada Tolhah bin Ubaidillah bahawa ada seorang badwi datang kepada Rasulullah s.a.w. dalam keadaan tidak terurus rambutnya seraya bertanya: “Wahai Rasulullah! Ceritakan kepadaku apakah sembahyang yang Allah telah fardhukan ke atasku?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Sembahyang lima waktu, kecuali kalau engkau melakukan sesuatu yang sunat.” Lalu dia bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku puasa yang Allah s.w.t fardhukan kepadaku. Rasulullah s.a.w. menjawab: “Puasa bulan Ramadhan kecuali kalau engkau melakukan suatu yang sunat.” Dia bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku zakat yang Allah fardhukan ke atasku?” katanya: “Rasulullah s.a.w. pun menceritakan kepadanya tentang ketentuan Islam berhubung dengan zakat itu”. Lalu orang itu berkata: “Demi Tuhan yang telah memuliakan engkau dengan kebenaran, saya tidak akan melakukan sesuatu yang sunat dan saya tidak akan mengurangkan sesuatu daripada apa yang Allah telah fardhukan ke atas saya.” Rasulullah s.a.w. menjawab: ‘telah berjaya dia kalau dia benar’ atau Rasulullah s.a.w. berkata: ‘dia pasti masuk syurga kalau ia benar.’

Kenapa Nabi mengatakan orang itu  ‘telah berjaya dia kalau dia benar’, padahal telah banyak disebut di tempat-tempat lain tentang kelebihan melakukan perkara sunat? Sebab kalau jaga yang wajib itu pun dah cukup dah. Akan ada peluang untuk masuk syurga juga. Walaupun mungkin syurga yang rendah. Tapi akan masuk juga. Tidak masuk neraka kalau dia menjaga semua perkara yang wajib. Kita pun tidak tahu keadaan lelaki itu dan macam mana pemahamannya tentang agama. Dia telah bertemu dengan Nabi dan mendapat ilmu terus dari Nabi sendiri. Kita juga tidak tahu apa yang Nabi nampak padanya yang kita tidak nampak. Jadi kita berserah sahaja. Mungkin imannya amat kuat, maka sampai kalau dia melakukan yang wajib sahaja pun sudah cukup padanya.

Tapi tidaklah boleh terus pakai kepada kita. Kerana kita tidak pasti lagi tidak ada dosa yang kita tidak lakukan. Kerana kita mungkin memerlukan pahala lagi untuk menampung segala kesalahan yang kita hadapi itu.

Satu lagi pendapat mengatakan bahawa apa yang disebut badwi itu adalah bahawa dia tidak akan menambah apa-apa ibadat fardhu yang diberitahu Nabi dan juga tidak menambah ibadat sunat selain yang dikatakan oleh Nabi. Dia akan terima apa yang dikatakan Nabi dan tidak menokok tambah. Maka maknanya dia tidak akan buat perkara bidaah.

 

——————————————————-

 
Bab 1: Wajibnya Puasa Ramadhan Dan Firman Allah, “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”(al-Baqarah: 183)
حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : صَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانُ تُرِكَ وَكَانَ عَبْدُ اللَّهِ لَا يَصُومُهُ إِلَّا أَنْ يُوَافِقَ صَوْمَهُ
Ibnu Umar رضي الله عنه berkata, “Nabi puasa pada hari Asyura dan beliau memerintahkan supaya orang berpuasa padanya.” (Dalam satu riwayat: Ibnu Umar berkata, ‘Pada hari Asyura itu orang-orang Jahiliah biasa berpuasa). Setelah puasa Ramadhan diwajibkan, ditinggalkannya puasa Asyura.’ (Dan, dalam satu riwayat: Ibnu Umar berkata, ‘Orang yang mau berpuasa, ia berpuasa; dan barangsiapa yang tidak hendak berpuasa, maka dia tidak berpuasa.’) Biasanya Abdullah (Ibnu Umar) tidak puasa pada hari itu, kecuali kalau bertepatan dengan hari yang ia biasa berpuasa pada hari itu.”
Syarah:Apakah puasa asyura yang dilakukan oleh Nabi itu sebelum puasa Ramadhan difardhukan itu wajib ataupun sunat sahaja? Jumhur ulama mengatakan bahawa ianya sunat sahaja. Kecuali Imam Hanafi yang mengatakan ianya wajib semasa itu dan bila puasa Ramadhan difardhukan, puasa asyura jatuh menjadi sunat sahaja. Dan ada pula mengatakan bahawa ianya wajib kepada Nabi tetapi sunat sahaja kepada sahabat. Abdullah ibn Umar hanya melakukannya jikalau ianya bertepatan dengan apa puasa yang dilakukannya sahaja. Sebagai contoh, kalau dia amalkan puasa Isnin dan Khamis, dan memang kena dengan hari Asyura itu, dia akan puasa. Jadi seperti ianya tidak sunat. Yang pasti, kita digalakkan untuk melakukan puasa pada hari Asyura kerana Nabi melakukannya.
Bab 4: Pintu Rayyan Itu Khusus Untuk Orang-Orang yang Berpuasa
918. Sahl رضي الله عنه mengatakan bahwa Nabi صلی الله عليه وسلم bersabda, “Sesungguhnya di dalam syurga terdapat lapan pintu. Di sana ada pintu yang disebut Rayyan, yang esok pada hari kiamat akan dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa. Tidak seorang selain mereka yang masuk pintu itu. Dikatakan, ‘Dimanakah orang-orang yang berpuasa?’ Lalu mereka berdiri, tidak ada seorang pun selain mereka yang masuk darinya. Apabila mereka telah masuk, maka pintu itu ditutup. Sehingga, tidak ada seorang pun yang masuk darinya.”
919. Abu Hurairah رضي الله عنه mengatakan bahwa Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang memberi nafkah dua benda (sepasang) di jalan Allah, maka ia akan dipanggil dari pintu-pintu surga, ‘Wahai hamba Allah, ini lebih baik.’ (Dan dalam satu riwayat: Ia akan dipanggil oleh para penjaga surga, yakni oleh tiap-tiap penjaga pintu surga, ‘Hai kemarilah.’). Barangsiapa yang ahli shalat, maka ia dipanggil dari pintu shalat. Barangsiapa yang ahli jihad, maka ia dipanggil dari pintu jihad. Barangsiapa yang ahli puasa, maka ia dipanggil dari pintu Rayyan. Dan, barangsiapa yang ahli sedekah, maka ia dipanggil dari pintu sedekah.” Abu Bakar berkata, “Aku tebus engkau dengan ayah dan ibuku, wahai Rasulullah. Apakah ada keperluan bagi yang dipanggil dari seluruh pintu itu? Apakah ada orang yang dipanggil dari seluruh pintu itu?” (Dalam satu riwayat: “Wahai Rasulullah, itu yang tidak binasa?”) Beliau bersabda, “Ya, dan aku berharap engkau termasuk golongan mereka.”
——————————————————————————-
Bab 5: Apakah Boleh Disebut Ramadhan Saja ataukah Bulan Ramadhan? Dan, Orang yang Berpendapat bahwa Hal Itu Sebagai Kelonggaran
Nabi bersabda, “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan.”
Beliau juga pernah bersabda, “Janganlah kamu semua mendahului Ramadhan (yakni sebelum tibanya).”
920. Abu Hurairah رضي الله عنه berkata, “Rasulullah bersabda, ‘Apabila bulan Ramadhan datang, maka pintu-pintu langit (dalam satu riwayat: pintu-pintu syurga) dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, dan setan-setan dirantai.”
syarah: jadi di dalam hadis-hadis ini kita boleh lihat yang kadang Nabi gunakan Ramadhan sahaja, dan kadang Nabi gunakan bulan Ramadhan. Jadi dua-dua boleh pakai.

——————————————————————————-

Bab 6: Orang yang Berpuasa Ramadhan Karena Iman dan Mengharapkan Pahala dari Allah Serta Keikhlasan Niat

Aisyah رضي الله عنها mengatakan bahwa Nabi صلی الله عليه وسلم bersabda, “Orang-orang akan dibangkitkan dari kuburnya sesuai dengan niatnya.
——————————————————————————-

Bab7: Nabi Paling Dermawan pada Bulan Ramadhan

 عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ فَلَرَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ الْمُرْسَلَة

Daripada Ibn Abbas, katanya: “Rasulullah s.a.w. adalah orang yang paling pemurah . Baginda paling bermurah pada bulan Ramadhan ketika  Jibril menemuinya. Dan Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan untuk bertadarus (mengulang-ulang) al-Quran dengan Rasulullah. Rasulullah ketika itu lebih pemurah  dalam memberi kebaikan berbanding dengan angin yang dilepaskan.”(al-Bukhari)

Syarah: hadith ini telah diceritakan sebelum ini di dalam Kitab Wahyu. Boleh rujuk di sana.

——————————————————————————-

Bab 8: Orang yang Tidak Meninggalkan Kata-kata Dusta dan Pengamalannya di Dalam Puasa

921. Abu Hurairah رضي الله عنه berkata, “Rasulullah bersabda, ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minunmya.'”
 Syarah: maknanya dia tidak mendapat pahala dari ibadat puasa dia.
——————————————————————————-

Bab 9: Apakah Seseorang Itu Perlu Mengucapkan, “Sesungguhnya Aku Ini Sedang Berpuasa”, Jika Ia Dicaci Maki?

922. Abu Hurairah رضي الله عنه, berkata, “Rasulullah bersabda, ‘Allah berfirman, (dalam satu riwayat: dari Nabi, beliau meriwayatkan dari Tuhanmu, Dia berfirman), “Setiap amal anak Adam itu untuknya sendiri selain puasa, sesungguhnya puasa itu untuk Ku (dalam satu riwayat: Tiap-tiap amalan memiliki kafarat, dan puasa itu adalah untuk Ku), dan Aku yang membalasnya. Puasa itu perisai. Apabila ada seseorang di antaramu berpuasa pada suatu hari, maka janganlah berkata kotor dan jangan berteriak-teriak (dan dalam satu riwayat: jangan bertindak bodoh). Jika ada seseorang yang mencaci makinya atau memeranginya (mengajaknya bertengkar), maka hendaklah ia mengatakan, ‘Sesungguhnya saya sedang berpuasa.’ (dua kali) Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam genggaman-Nya, sungguh bau mulut orang yang berpuasa di sisi Allah adalah lebih harum daripada bau kasturi. Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan yang dirasakannya. Yaitu, apabila berbuka, ia bergembira; dan apabila ia bertemu dengan Tuhannya, ia bergembira karena puasanya itu.”

Puasa adalah perisai dari api neraka. Atau perisai dari melakukan dosa-dosa. Atau boleh juga dikatakan sebagai persiapan untuk diri jadi kuat. Dengan puasa, seseorang itu boleh jadi kuat. Bila sudah kuat, maka kita ada perisai dari melakukan maksiat.

Untuk dapat begitu, tak boleh melakukan perkara yang menimbulkan nafsu. Kena tinggalkan kata-kata yang tak baik. Jangan bersikap seperti jahiliah. Ini adalah perbuatan yang buruk. Jaga anggota dan lidah. Kena berpantang dari melakukan perkara-perkara tidak elok itu. Macam makan ubat kena pantang. Baru jadi.

Kalau ada orang nak berbalah, kena kata “aku berpuasa”. Kalau nak lawan juga, bermakana kita akan buat perbuatan macam perbuatan orang jahiliah. Ada yang kata, kita kena cakap dan beritahu orang itu yang kita berpuasa supaya orang itu dengar. Ada pula kata kita cakap dengan senyap sahaja atau cakap dalam hati sahaja. Sebab orang lain tak nampak ibadat puasa ini sepertimana ibadat-ibadat yang lain. Puasa ini adalah satu ibadat jenis rahsia. Kalau cakap kita sedang puasa, nanti jadi riak pula. Jadi cakap dalam hati untuk kawal diri. Kalau sedang puasa fardhu, kena cakap dengan kata deras kerana semua orang sedang berpuasa waktu itu, tidak ada apa yang hendak diriakkan.

Allah akan balas sendiri amalan puasa itu, kerana amalan itu adalah orang tidak nampak. Amalan ibadah puasa memang satu ibadat yang nak uji keikhlasan seseorang.

Kenapa Bukhari letak bab puasa lepas bab haji? Sebab amalan puasa adalah ibadat meninggalkan sesuatu. Molek sebut ibadat yang manusia kena buat dahulu. Ada kata kerana solat tidak begitu berat. Kemudian zakat. Puasa lagi berat. Dan sebab nak isyarat Hadith lain mengatakan ibadat puasa dulu. Puasa akhir sekali. Itulah sebabnya dia akhir kan ibadat puasa.

Lompat ke hadis yang seterusnya

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s