We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Shahih Bukhari :Kitab Iman: Bab Apabila Islam (Seseorang) Tidak Sebenar Dan Islamnya Hanya Pada Ikutan Zahir Sahaja Atau Kerana Takut Dibunuh July 13, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Iman — visitor74 @ 6:46 pm
Tags: , ,

بَاب إِذَا لَمْ يَكُنِ الْإِسْلَامُ عَلَى الْحَقِيقَةِ وَكَانَ عَلَى الِاسْتِسْلَامِ أَوِ الْخَوْفِ مِنَ الْقَتْلِ

Bab 19: Apabila Islam (Seseorang) Tidak Sebenar Dan Islamnya Hanya Pada Ikutan Zahir Sahaja Atau Kerana Takut Dibunuh

 لِقَوْلِهِ تَعَالَى ( قَالَتِ الْأَعْرَابُ آمَنَّا قُلْ لَمْ تُؤْمِنُوا وَلَكِنْ قُولُوا أَسْلَمْنَا ) فَإِذَا كَانَ عَلَى الْحَقِيقَةِ فَهُوَ عَلَى قَوْلِهِ جَلَّ ذِكْرُهُ ( إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ)

Allah telah berfirman, “Orang-orang Badui itu berkata, ‘Kami telah beriman.’ Katakanlah (wahai Muhammad), ‘Kamu belum beriman, tetapi katakanlah, ‘Kami telah tunduk.” (al-Hujuurat: 14).

Dan, jika masuk Islam dengan sebenar-benarnya, maka hal itu didasarkan pada firman Allah, “Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanyalah Islam” (Ali Imran: 19),

Hadith ini menunjukkan bahawa ada beza antara iman dan Islam. Ada orang dari bani Asad datang jumpa baginda sebab minta tolong kerena mereka ditimpa susah. Semua sekali datang satu kampung ni. Mereka kata mereka dulu masuk Islam dengan mudah sebab masuk Islam tanpa perlu Nabi memerangi mereka. Mereka kata mereka telah beriman. Tapi nabi kata mereka hanya pada tahap Islam sahaja. Maknanya pada zahir sahaja nampak dia beriman tapi iman belum masuk lagi ke dalam hati.

Maknanya ada orang yang iman mereka tidak ikhlas. Mungkin sebab mereka inginkan kesenangan sebab waktu itu Islam sudah kuat. Atau pun mereka takut dibunuh kalau tentera Islam datang memerangi mereka.

Tapi kita cuma boleh menilai mereka pada zahir sahaja. Pada kita, kita kena terima bahawa mereka adalah Islam di mata kita. Allah sahaja yang tahu di sebalik hati mereka.

Islam dan amal itu adalah dua perkara yang duduk bersama tidak boleh terpisah.

Bunyi Hadith ini seperti Imam Bukhari mengatakan bahawa orang-orang badwi itu munafik sebab mereka pada zahir sahaja beriman. Tapi tidak sebenarnya. Mungkin Imam Bukhari sendiri tidak mengatakan yang mereka adalah munafik. Mereka cuma belum beriman penuh. Sebab perkataan لَمْ yang digunakan bermakna mereka belum lagi beriman pada masa itu. Tapi kalau mereka taat kepada Allah dan NabiNya, mereka akan capai tahap iman itu nanti. Mereka cuma belum dapat haqiqat iman itu sahaja. Tapi mereka memang sudah ada iman, cuma amat nipis sekali. Mereka juga telah dinamakan sebagai muslim, oleh Allah sendiri. Ini adalah kerana ayat ‘lam’ yang digunakan dan juga kerana ayat ini lain dari ayat yang digunakan untuk orang munafik. Dan perkataan ‘lam’ itu adalah bermakna belum, tapi dah dekat dah.

٢٦ –  حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ قَالَ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ عَنِ الزُّهْرِيِّ قَالَ أَخْبَرَنِي عَامِرُ بْنُ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ عَنْ سَعْدٍ رضي الله عَنْهم {أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَعْطَى رَهْطًا وَسَعْدٌ جَالِسٌ فَتَرَكَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلا هُوَ أَعْجَبُهُمْ إِلَيَّ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا لَكَ عَنْ فُلانٍ فَوَاللَّهِ إِنِّي لأَرَاهُ مُؤْمِنًا فَقَالَ أَوْ مُسْلِمًا. فَسَكَتُّ قَلِيلا . ثُمَّ غَلَبَنِي مَا أَعْلَمُ مِنْهُ فَعُدْتُ لِمَقَالَتِي فَقُلْتُ مَا لَكَ عَنْ فُلانٍ فَوَاللَّهِ إِنِّي لأَرَاهُ مُؤْمِنًا. فَقَالَ أَوْ مُسْلِمًا ثُمَّ غَلَبَنِي مَا أَعْلَمُ مِنْهُ فَعُدْتُ لِمَقَالَتِي وَعَادَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ يَا سَعْدُ إِنِّي َلأُعْطِيَ الرَّجُلَ وَغَيْرُهُ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْهُ خَشْيَةَ أَنْ يَكُبَّهُ اللَّهُ فِي النَّارِ} وَرَوَاهُ يُونُسُ وَصَالِحٌ وَمَعْمَرٌ وَابْنُ أَخِي الزُّهْرِيِّ عَنِ الزُّهْرِي

Saad mengatakan bahawa Rasulullah memberikan bantuan kepada sekelompok orang, dan Saad sedang duduk, lalu Rasullulah meninggalkan seorang lelaki (beliau tidak memberinya). Lelaki itu adalah seorang yang paling menarik bagi saya (lalu saya berjalan menuju Rasulullah dan saya membisikkan kepadanya) lantas saya berkata, “wahai rasullullah, ada apakah engkau terhadap fulan? Demi Allah, saya melihat dia seorang mukmin” beliau berkata, “atau seorang muslim” saya diam sebentar. Kemudian apa yang ketahui dari beliau itu mengalahkan saya, lalu saya ulangi perkataan saya. Saya katakan, “ada apakah engkau terhadap fulan? Demi Allah saya melihatnya sebagai seorang mukmin.” beliau berkata, “atau seorang muslim” saya berdiam sebentar. Kemudian apa yang saya ketahui dari beliau mengalahkan saya, dan rasullullah mengulangi kembali perkataannya. Kemudian beliau bersabda: “wahai saad! Sesungguhnya Say memberikan kepada seorang laki-laki sedang orang lain lebih saya cintai daripada dia, kerana saya takut dia dicampakkan oleh Allah ke dalam neraka.

Hadith ini disampaikan oleh Saad bin Abi Waqas. Beliau adalah seorang yang dikatakan oleh Nabi antara sepuluh sahabat yang akan masuk syurga. Tapi bukan yang sepuluh ini sahaja yang Nabi pernah kata akan masuk syurga. Ada lagi yang lain. Cuma hebat hadith ini sebab dinamakan sepuluh orang itu dalam satu hadith sekaligus. Dan mereka mereka ini adalah orang yang ada kedudukan dalam masyarakat semasa mereka masuk Islam. Sebelum mereka Islam, mereka telah pun mempunyai kedudukan dalam masyarakat mereka.

Saad dulu dia ingat dia dah nak mati dah, jadi dia nak infakkan seluruh hartanya kepada Islam, tapi Nabi tak benarkan. Nabi kata lebih baik dia tinggalkan keluarganya berharta daripada mereka menjadi orang yang meminta-minta. Tapi akhirnya, panjang umur dia.

Dia adalah orang pertama yang memanah busur yang pertama untuk Islam dan orang pertama menumpahkan darah untuk Islam. Sebab ada yang mengutuk Nabi dan dia pukul dengan tulang sampai berdarah orang itu. Dia mengikuti Nabi dalam banyak perang. Di perang Uhud, Nabi kata “panahlah kau, aku menebus kau dengan mak dan ayah ku”. Hebat kalau Nabi sendiri cakap macam tu. Itu adalah kata-kata orang Arab. Maknanya seperti, biarlah mak dan ayah aku mati sebelum kau mati. Lebih kurang begitulah. Menunjukkan kehebatan Saad di mata Nabi sendiri.

Semasa perang saudara antara orang Islam selepas kematian S.Uthman, apabila orang mengajak dia ikut perang sekali, dia tak mahu ikut. Dia suruh tanya Ubaidah yang pernah membunuh orang kafir yang mengucap. Nabi marah dia sebab dia bunuh juga orang itu. Jadi Ubaidah menyesal sangat, sampai dia kata alangkah baiknya kalau dia bukan islam lagi masa itu. Jadi Saad tak nak masuk serta dalam perang itu, sebab dia tak mahu terlibat dalam membunuh orang islam lainnya.

Saad adalah orang yang dipercayai. Dia banyak sekali menyampaikan hadith. Hadith ini juga disampaikan oleh anaknya. Saad mempunyai anak yang ramai. Dia telah menjadi panglima memerangi Parsi dan dia kemudian menjadi gabenor di sana. Banyak dikatakan dia meninggal di China tapi itu adalah tidak benar.

Bagaimana cara Saad tanya kepada Nabi? Dalam Hadith lain ada diceritakan dia pergi cari Nabi dan tanya pelan-pelan secara rahsia. Maknanya tidaklah dia tanya depan-depan. Dia tanya dengan penuh adab.

Sahabat dalam cerita ini bernama Juair. Saad nampak dia sebagai seorang yang memang beriman. Tapi Nabi tak bagi dia cakap macam itu kerana iman adalah perkara batin. Kita sebagai manusia tidak tahu hati manusia. Kita cuma boleh cakap dia muslim sebab Islam seseorang itu boleh dilihat pada zahirnya. Nabi nak ajar adab untuk berkata. Jangan kita kata perkara dalam hati orang yang kita tak tahu.

Tidaklah Nabi menidakkan keimanan Juair dalam Hadith ini. Ada dalam hadith yang lain dimana Nabi kata Juair itu sepuluh kali lebih baik dari orang lain. Cuma Nabi nak ajar sahabat dan kita, tak boleh kita kata seseorang itu adalah beriman atau tidak sebab kita tak tahu isi hati manusia. Cukuplah kita kata seseorang itu Islam.

Nabi beri kepada orang yang Nabi rasa boleh membantu beliau. Mungkin orang itu memerlukannya, mungkin dia adalah mualaf dan Nabi nak menjinakkan hatinya kepada Islam.

Allahu a’lam. Lompat ke hadis yang seterusnya

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s