We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Shahih Bukhari: Kitab Iman: Bab Cintakan Ansar Adalah Tanda Iman – ‘Bab’ June 4, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Iman — visitor74 @ 2:43 pm

بَاب عَلَامَةُ الْإِيمَانِ حُبُّ الْأَنْصَار

Bab 10: Cintakan Ansar Adalah Tanda Iman

١٦ – حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ قَالَ أَخْبَرَنِي عَبْدُاللَّهِ بْنُ عَبْدِاللَّهِ بْنِ جَبْرٍ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسًا {عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ آيَةُ الإِيمَانِ حُبُّ الأَنْصَارِ وَآيَةُ النِّفَاقِ بُغْضُ الأَنْصَارِ}

16- Abu al-Walid telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu`aib telah meriwayatkan kepada kami: katanya, `Abdullah bin `Abdillah bin Jabr telah memberitahu saya, katanya, saya telah mendengar Anas (meriwayatkan) dari Nabi SAW, sabda Baginda: “Cintakan Anshar adalah tanda iman dan bencikan Anshar adalah tanda nifaq (kemunafiqan) “.

Imam Bukhari menambah Hadith hadith yang menunjukkan bagaimana menambahkan lagi iman seseorang muslim itu. Hadith-hadith yang diberikan dari permulaan kitab ini adalah dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi lagi. Hadith yang dibincangkan ini adalah pencapaian iman yang lagi tinggi. Dimana kita mencintai mereka yang rapat dengan Nabi. Sebelum ini, kita disuruh mencintai Nabi, kali ini yang rapat dengan Nabi pun kita disuruh mencintai mereka.

Kenapa perlu mencintai Ansar? Kalau muhajirun kita faham kenapa perlu cintai mereka. Mereka telah berhijrah bersama Nabi. Mereka juga adalah puak quraish. Tapi dalam Islam, kita kena cari kaitan yang mungkin lagi dalam. Ansar telah dipilih oleh Allah untuk menjadi pembantu kepada Islam. Hijrah boleh dilakukan ke tempat lain tapi Allah telah memilih Madinah dan Ansar sebagai pembantu. Jadi tentu ada sebab mengapa mereka telah dipilih. Jasad Nabi juga dikebumikan di situ. Sahabat-sahabat sampai takut kalau mereka meninggal di tempat lain kalau mereka mengembara keluar Madinah. Mereka mahu supaya akhir hayat mereka di Madinah. Kebanyakan sahabat jasad mereka di Madinah.

Kelebihan Ansar itu banyak sekali. Mereka amat taat kepada Nabi. Mereka dulu nama lain tapi Nabi tukar nama kaum mereka kepada Ansar dan nama tempat mereka dari Yathrib ke Madinah. Mereka dulu kenal dengan bangsa Yahudi dan mereka sebagai saksi bahawa Yahudi itu menunggu-nunggu kedatangan rasul akhir zaman. Tapi kemudian bila Nabi dah datang, Yahudi tak mahu terima pulak. Jadi Kaum Ansar itu adalah saksi bahwa dulu memang Yahudi menunggu-nunggu kedatangan Nabi Muhammad.

Bukan hanya pada zaman Nabi sahaja mereka taat kepada pemerintah Islam, tapi zaman sahabat juga. Hanya pada mula selepas Nabi wafat mereka ada minta jawatan khalifah tapi lepas Abu Bakr  cakap Nabi telah bersabda bahawa khalifah itu mesti dari bansa Quraish, maka mereka terima tanpa soal lagi.


بَاب

‘Bab’ 11

١٧ – حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ قَالَ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ عَنِ الزُّهْرِيِّ قَالَ أَخْبَرَنِي أَبُو إِدْرِيسَ عَائِذُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِاللَّهِ { أَنَّ عُبَادَةَ بْنَ الصَّامِتِ رضي الله عَنْهم وَكَانَ شَهِدَ بَدْرًا وَهُوَ أَحَدُ النُّقَبَاءِ لَيْلَةَ الْعَقَبَةِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَحَوْلَهُ عِصَابَةٌ مِنْ أَصْحَابِهِ بَايِعُونِي عَلَى أَنْ لا تُشْرِكُوا بِاللَّهِ شَيْئًا وَلا تَسْرِقُوا وَلا تَزْنُوا وَلا تَقْتُلُوا أَوْلادَكُمْ وَلا تَأْتُوا بِبُهْتَانٍ تَفْتَرُونَهُ بَيْنَ أَيْدِيكُمْ وَأَرْجُلِكُمْ وَلا تَعْصُوا فِي مَعْرُوفٍ فَمَنْ وَفَى مِنْكُمْ فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ وَمَنْ أَصَابَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا فَعُوقِبَ فِي الدُّنْيَا فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَهُ وَمَنْ أَصَابَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا ثُمَّ سَتَرَهُ اللَّهُ فَهُوَ إِلَى اللَّهِ إِنْ شَاءَ عَفَا عَنْهُ وَإِنْ شَاءَ عَاقَبَهُ فَبَايَعْنَاهُ عَلَى ذَلِك }

17- Abu al-Yamaan telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu`aib telah memberitahu kepada kami dari al-Zuhri, katanya: Abu Idris `Aa’izullah bin `Abdillah telah memberitahu saya bahawa `Ubaadah bin as-Shamit r.a. Beliau telah ikut serta dalam peperangan Badar dan beliau adalah salah seorang Naqib di malam `Aqabah- (meriwayatkan) sesungguhnya Rasululullah SAW bersabda ketika mana sekumpulan para sahabat berada di sekelilingnya, (kata Baginda): “Berbai`ahlah kamu kepadaku bahawa sesungguhnya kamu tidak akan menyekutukan sesuatu dengan Allah, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anakmu, tidak akan mengada-agadakan sesuatu secara dusta dengan penuh kesedaran dan tidak akan menderhakai (pemimpin kamu) dalam perkara ma`ruf. Sesiapa di antara kamu menyempurnakan janji itu maka pahalanya dijamin Allah dan sesiapa yang melanggar sesuatu daripada apa yang dijanjikannya itu lalu dia dihukum di dunia ini, maka hukuman itu merupakan kafarah kepadanya. Sebaliknya sesiapa yang melanggar mana-mana janji tersebut kemudian Allah menyembunyikannya, terserahlah kepada Allah kedudukannya samaada dia (Allah) akan mengampunkannya atau akan menyeksanya.” Lalu kami pun berbaiah kepada Baginda SAW atas perkara-perkara itu.

Ini adalah satu bab yang tidak ada namanya. Imam Bukhari hanya tulis ‘bab’ sahaja. Agak pelik sedikit sebenarnya. Banyak pendapat ulama tentang kenapa Imam Bukhari buat begitu. Ada yang kata Bukhari terlupa tulis. Ada pula kata penyalin kitab itu yang tertinggal. Ada kata Bukhari nak tulis kemudian tapi tak sempat. Ada kat salinan Bukhari sekarang bukan naskah Imam Bukhari tapi naskah anak muridnya. Tapi pendapat yang kuat digunakan oleh ulama Hadith adalah bab tanpa tajuk ini ada kena mengena dengan bab sebelumnya walaupun bukan 100%.

Pendapat Syeikhul Hind pula mengatakan tidak semuanya adalah fasal kepada bab sebelumnya. Dan tidak munasabah kalau tertinggal sebab lepas Bukhari telah tulis kitab ini lama dah, dan selepas tulis kitab itu Imam Bukhari telah mengajar kitab ini pada satu jangka masa yang lama. Sampai 90 ribu muridnya. Tentulah tidak timbul isu beliau tak sempat nak tulis tajuk bab ini, kalau itulah alasan yang diberikan. Syeikhul Hind berpendapat tujuan ditinggalkan adalah untuk pembaca memilih sendiri tajuk bab tersebut. Setelah Imam Bukhari memberikan tajuk bab-bab sebelum ini, dia memberikan kita ujian untuk mendatangkan tajuk bab yang seterusnya.

Mari mengenal perawi Hadith ini: Ubaadah adalah seorang ahli Badar. Ini adalah satu posisi yang amat tinggi di dalam Islam. Ahli Badar telah diberi rahmat oleh Allah. Sampai di dalam Quran Allah telah berkata, “buatlah apa sahaja, dosa kamu telah diampunkan”. Sampaikan ada satu kisah sahabat yang telah memberikan maklumat kepada musyrikin Makkah tentang tentera Islam akan menyerang Makkah. Nabi telah diberitahu oleh malaikat tentang ini. Maka Nabi telah menghantar Ali dan seorang sahabat lagi untuk merampas surat itu. Nabi telah memberikan maklumat yang tepat, iaitu nama perempuan yang memegang surat itu dan di mana mereka boleh menjumpainya. Setelah digeledah, mereka tidak jumpa surat itu. Tapi kerana percayakan Nabi tidak akan silap, maka Ali telah menggertak akan telanjangkan dia, barulah dia memberi surat itu yang disoroknya di bahagian pinggang. Maka itu menunjukkan mukjizat Nabi. Memberikan maklumat kepada musuh adalah satu kesalahan besar. Boleh menyebabkan mereka kalah atau ramai lagi kaum muslim yang akan mati jikalau maklumat itu sampai ke tangan kafir Quraish. Umar dua kali minta nak pancung sahabat itu. Tapi Nabi kata “tidakkah kau ingat bahawa dia adalah ahli Badar, wahai Umar?”. Allah telah maafkan dia. Nabi tanya kenapa dia buat macam tu. Dia kata sebab dia nak berbakti kepada musyrikin mekah supaya mereka menjaga keluarganya. Sebab keluarga dia tidak ada sesiapa yang akan memberi perlindungan. Keluarga sahabat lain ada yang memberi perlindungan. Itulah sebabnya dia buat macam tu. Nabi terima alasan dia. Dia mungkin beriman bahawa memang muslim akan dapat masuk ke mekah tahun itu kerana Quran dah cakap bahawa mereka akan menang. Itu nak menunjukkan betapa tingginya status seorang ahli Badar. Zaman itu tidak ada pangkat macam ‘dato” dan sebagainya, jadi ini adalah yang terdekat dengan pangkat yang diberikan kepada seorang muslim di waktu itu. Hanya digunakan bila perlu sahaja. Seperti di dalam hadith ini untuk menunjukkan ketinggian hadith ini. Nak menunjukkan bahawa yang meriwayatkan hadith ini bukanlah calang-calang orang.

Ubaadah juga adalah seorang naqib semasa aqabah. Maknanya dia adalah salah seorang ketua yang datang memberikan baiah kepada nabi. Ada tiba kali aqabah dan Ubaadah mungkin pada kali kedua atau kedua. Ini adalah satu posisi yang tinggi juga. Kerana perjanjian inilah yang menyebabkan Nabi pergi Hijrah ke Madinah. Kalau tak, Ibn Abbas berat hati nak membenarkan Nabi pergi, tapi dengan perjanjian dan baiah dari mereka ini memberi kelapangan hati kepada dia untuk membenarkan Nabi pergi.

Dalam hadith ini, perkara yang pertama sekali disebut adalah syirik. Tidak menyekutukan Allah. Ini adalah yang paling penting sekali. Kalau ada syirik, maka habislah semuanya. Semua amalan yang baik tidak akan dikira kalau kita melakukan syirik. Itulah sebabnya ia adalah perkara yang pertama sekali disebut dalam hadith ini.

Kedua jangan mencuri. Ketiga tidak berzina.

Keempat, tidak membunuh anak-anak. Di zaman jahiliyah, banyak yang membunuh anak perempuan mereka. Maka jangan buat itu. Zaman sekarang ramai yang membuang anak mereka. Mungkin anak itu adalah anak luar nikah. Atau mereka rasa bahawa mereka akan susah kalau mereka dapat anak itu. Mereka lupa bahawa Allahlah yang memberi rezeki kepada anak-anak itu. Mungkin anak yang mereka gugurkan semasa mereka muda itu adalah anak yang banyak kelebihan dia, tapi rugi kalau mereka bunuh anak itu.

Kelima, tidak akan mengada-agadakan sesuatu secara dusta dengan penuh kesedaran iaitu menipu bila mereka tahu bahawa mereka menipu. Contohnya mereka kata bahawa anak yang dikandung oleh isterinya adalah bukan anaknya. Ini adalah perkara yang berat sekali.

Keenam, tidak akan menderhakai (pemimpin kamu) dalam perkara ma`ruf. Itu kalau dia melakukan perkara yang baik. Kalau perkara itu baik, maka kalau pemimpin itu adalah kafir pun kita kena ikut. Sebab kita mungkin duduk di negara kafir, maka kita kenalah ikut apa yang telah diarahkan, jikalau itu adalah perkara ma’ruf.

Maka pahalanya kalau kita buat semua itu, dijamin Allah. Perkataan ‘ala’ yang digunakan dalam Hadith ini kalau dalam bahasa Arab bermakna seperti wajib. Tapi kita tidak boleh mewajibkan sesuatu kepada Allah. Maka kita faham Allah akan tentu memberikan pahala. Semuanya terpulang kepada Allah.

Sesiapa yang mengingkarinya dan dihukum di dunia ini, maka ianya adalah penutup kepada dosanya. Maknanya Allah dah maafkan dia. Tapi abu hanifah kata kalau dia tak bertaubat, maka dia akan dihukum lagi di akhirat. Sebab yang penting adalah taubat itu. Kalau dia tak dihukum didunia pun, tapi dia dah bertaubat, mungkin Allah akan maafkan dia dan tidak lagi disiksa di akhirat kelak. Semuanya terpulang kepada Allah. Kebaikan yang kita lakukan mungkin boleh menutup kesalahan kita. Seperti cerita seorang pelacur yang memberikan minum kepada anjing.

Sahabat memang ada yang berzina dulu. Tapi bezanya dengan kita adalah mereka mengaku berzina dan mereka mahu supaya mereka dihukum di dunia ini lagi. Sebab beriman mereka itu dengan Nabi dan Allah. Mereka sanggup dihukum di dunia. Dan memang Nabi kata diampunkan dosa mereka. Nabi nampak seorang sahabat itu berenang di syurga selepas dia kena hukum. Ada seorang sahabat lelaki dan seorang sahabah perempuan yang mengaku berzina dan Nabi telah beri hukuman rejam kepada mereka.

Kalau kita melakukan kesilapan zaman lampau, jangan kita cerita kat orang lain pula. Allah tak suka kita menceritakan kesalahan lampau. Simpanlah sendiri. Kalau Allah dah tutup, maka jangan buka.

Allahu a’lam. Lompat ke hadis yang seterusnya

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s