We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Shahih Bukhari: Kitab Iman: Bab Cintakan Rasul S.A.W. Sebahagian Daripada Iman & Bab Kemanisan Iman June 3, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Iman — visitor74 @ 6:45 pm

حُبُّ الرَّسُولِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنَ الْإِيمَانِ

Bab 8: Cintakan Rasul s.a.w. Sebahagian Daripada Iman

١٣ – حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ قَالَ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو الزِّنَادِ عَنِ الأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عَنْهم { أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ }

13- Abu al-Yaman telah meriwayatkan kepada kami, katanya, Syu`aib telah memberitahu kami, katanya, Abu al-Zinad telah meriwayatkan kepada kami dari al-A`raj dari Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demi Tuhan yang nyawaku berada ditangannya tidaklah beriman seseorang dari kamu sehingga aku lebih dikasihinya daripada ayahnya dan anaknya.

Ada terdapat sedikit perbezaan antara Hadith ini dan Hadith yang selepasnya. Walaupun begitu tidak banyak bezanya. Sebab kekadang Nabi ada cakap begini dan dalam keadaan lain baginda cakap macam lain. Yang pentingnya adalah mencintai Nabi lebih dari segalanya. Kecuali Allah. Yang paling senang nampak sebagai contoh adalah cinta melebihi ayah dan anaknya. Sebab dua-dua itu memang kita cintai. Tapi bukan takat itu sahaja.
Sebenarnya dengan adanya dua Hadith yang lebih kurang bunyinya ini adalah menguatkan lagi Hadith ini.

Tapi bagaimanakah caranya mencintai Nabi? Nabi bukan ada di depan mata kita. Kalau dengan anak kita, senanglah untuk kita menunjukkan cinta kita kepadanya.

Ada beberapa jenis cinta. Antaranya:
Hubbud tab’i: Ini adalah cinta yang semulajadi. Seperti ibu yang sayangkan anaknya. Seperti binatang yang sayangkan anaknya.
Hubbud ihsani: Kita sayang seseorang itu sebab seseorang itu buat baik dengan kita. Maka kita secara otomatik akan sayang kepadanya.
Hubbud Kamali: Kerana seseorang itu ada kelebihan. Kerana dia pandai contohnya. Ada kepentingan kepada kita. Yang kita hendakkan. Kita iktiraf kelebihan dia.
Hubbud jamali: Sebab dia cantik. Molek dipandang mata.
Hubbud Aqli: cinta yang Didorong akal. Akal mengatakan kita kena cinta dia. Contohnya orang penyakit kencing manis, kena potong kaki. Tentulah dia sayang sangat kaki dia. Tapi akalnya mengatakan kena potong kaki, maka dia akan setuju potong. Atau orang sakit yang sanggup makan ubat walaupun ubat yang pahit.

Inilah dia yang boleh menaikkan kasih kita kepada Nabi. Iaitu hubbud Aqli. Nak kata molek Nabi, kita tak nampak. Memang pun molek Nabi tu. Wangi sangat dia. Sampai kalau dia berpeluh sebab tidur di panas hari, ada orang yang kikis bekas peluh baginda sebab wangi sangat.
Nabi juga adalah seorang yang kacak. Sahabat Nabi yang bernama Dihyah adalah seorang yang kacak sampaikan dia akan pakai kelubung kalau jalan sebab kalau tak perempuan akan terpikat. Dan Dihyah dikatakan mempunyai wajah yang paling serupa dengan Nabi.
Kamalnya Nabi ataupun kepandaian dan kehebatan Nabi memang menyeluruh. Dapat mengubah seluruh umat. Seluruh alam. Dalam seluruh bahagian. Sampai cerita dalam rumah pun kita boleh tahu. kalau orang lain, mungkin kita tak tahu apakah sifatnya yang buruk di rumah. Ni kalau Nabi, hal kebaikan baginda di rumah pun kita tahu.
Dan kalau nak dikira Ihsan Nabi atau kebaikan baginda, Nabi lah paling berbudi kepada kita. Lagi banyak dari apa yang diberi oleh ayah kita contohnya. Berapa ramai tiada ayah pun boleh belajar boleh berjaya lagi. Rasul lah yang paling berbudi kepada kita.
Akal lah yang dapat menilai semua ini. Sepatutnya lah kita sayang
Nabi lebih lagi. Ayah hanya jaga tubuh kita sahaja. kita mungkin boleh jadi anak orang lain. tapi Nabi seorang itu sahaja.
Kita lebih perlu kepada Nabi dari ayah lagi. Kebaikan Nabi adalah dunia dan akhirat.
Kita nak kena jadikan cinta kita kepada nabi sampai tahap hubb tab’i. Iaitu semulajadi. Barulah lengkap kecintaan kita itu. Bagaimana? Iaitu lebih sayang dari diri kita sendiri. Macam mana kita nak nilaikan? Sebab Nabi bukan ada depan kita. Kalau sayang anak contohnya, dan anak nak kena langgar dengan kereta, kita akan sanggup terjah nak selamatkan dia tanpa fikirkan keselamatan kita. Tapi nabi bukan ada depan kita. Macam sahabat ada peluang macam tu. Mereka yang sempat berperang dengan nabi, sanggup tahan badan mereka supaya panah tidak kena Nabi. Biar mereka yang kena, jangan Nabi. Atau seorang wanita yang ada suami dan anaknya yang ikut berperang, tapi apabila dikatakan bahawa suami dan anaknya gugur, terus dia tanya keadaan Nabi. Sebab dia lebihkan keselamatan Nabi lagi dari keluarganya.

Apabila ada tuntutan anak atau ayah dan tuntutan rasul, kita nak utamakan yang mana? Contohnya anak kita nak koyak quran depan mata kita, adakah kita nak selamatkan quran itu? Adakah kita akan bertindak dengan segera? Kalau kita bingkas bangun, itu maknanya dia dah dapat hubb tab’i. Atau katakanlah, ada yang menghina Nabi. Adakah kita akan terus mempertahankan Nabi?
Dalam sejarah Islam terdapat banyak contoh bagaimana sahabat mementingkan nabi daripada keluarga mereka sendiri. Anak abu bakar, Abdul Rahman nama dia adalah berperang disebelah kafir di perang Badar. Selalunya, perang zaman itu akan ada peraduan lawan satu lawan satu sebelum bertempur yang ramai-ramai. Abdul Rahman telah menawarkan diri untuk mewakili puak musyrik. Abu Bakr cepat sahaja nak lawan anak dia. Dia tidak kisah untuk membunuh anaknya demi Islam. Cuma, Nabi tak beri.
Abdullah bin Ubai pernah cakap kurang ajar berkenaan Nabi. Dia kata: “yang paling mulia akan mengeluarkan yang paling hina”. Dia maksudkan yang paling mulia itu adalah dia, dan yang paling hina ada Nabi. Dia nak keluarkan Nabi dari Madinah. Anak dia, seorang Islam, bila dia dengar pasal itu, dia sendiri offer nak bunuh bapa dia. Nabi tak beri kebenaran. Sebab kalau munafik ni, Nabi tak bagi bunuh sebab banyak lagi masalah lagi. Nanti akan ada pula orang kata Islam membunuh penganutnya sendiri pula.
Ada cerita seorang sahabat bernama Abdullah bin Huzafah. Dia hidup semasa zaman Umar sebagai Khalifah. Dia telah ditangkap semasa berlawaan dengan Rom. Semasa dia nak disalib, dia buat biasa sahaja. Jadi orang Rom nak bagi dia takut, maka air direbus, dan dicampak kawan dia dulu. Dia masih tidak takut. Dia cuma jerit kenapakah Allah beri satu nyawa sahaja kepada dia. Kalau tidak, dia akan korbankan banyak lagi untuk Islam. Terkejut orang Rom melihatkan perkara ini, sampai tak jadi dibunuh dia.
Seorang lagi sahabat bernama Khubaid bin Adi. Semasa nak dipenggal, ditanya dia. Apakah perasaan kau kalau Nabi kau yang berada di tempat kau sekarang dan kau sekarang berehat di rumah? Dia kata, jangankan macam ini, kalau Nabi kena duri pun dia taknak.

Satu lagi kecintaan adalah dinamakan ‘hubb syar’i’. Ada ayat Quran yang mengatakan kita mesti sayang kepada rasul. Jadi ini adalah satu dalil dari Quran sendiri yang menyuruh kita sayangkan Nabi.
Kenapa sebut ayah dulu? Padahal, dari nature nya, kita akan sayang anak lebih dari ayah. Tapi nak tunjuk dari statusnya, yang sepatutnya kena sayang dulu adalah ayah. Sebab, dia telah berjasa banyak kepada kita. Dan dia yang datang dulu sebelum kita ada anak. Dan ayah ni, semua orang ada. Anak belum tentu lagi. Sebab ada orang yang ada ayah, tapi tiada anak.

Sahabat ada yang tahan panah dengan tangan dari kena Nabi semasa berperang. Ibn Umar sampai tak cakap dengan anak dia sampai mati sebab anak dia tak bagi perempuan pergi ke masjid. Anak dia kata, ada banyak fitnah kalau dibenarkan perempuan pergi ke masjid. Tapi Ibn Umar tidak setuju sebab Nabi pernah kata, jangan halang perempuan untuk pergi ke masjid. Sampai begitu sekali dia buat macam tu sebab anak dia melawan kata Nabi.

Jasa Nabi itu lagi banyak dari jasa seorang ayah sebenarnya. Dia adalah juga seperti ayah kepada seluruh umat. Dia ajar lagi banyak dari seorang ayah boleh ajar. Rapat lagi dia dengan kita sebenarnya. Umar pun tak setuju sangt untuk perempuan pergi ke masjid, tapi dia senyap, tidak membantah. Jangan kata tak suka. Senyap kalau sesuatu perkara itu telah dibenarkan oleh Nabi tapi kita mungkin tidak setuju. Ini dipanggil Muaradhah surriyyah. Jangan kata tak berkenan. Itu benda yang zahir, yang tak semestinya ikut.

Pentingnya perkara ini sampai Nabi bersumpah dulu dengan berkata: “Demi Tuhan yang nyawaku berada ditangannya”.

١٤ – حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ عُلَيَّةَ عَنْ عَبْدِالْعَزِيزِ بْنِ صُهَيْبٍ عَنْ أَنَسٍ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ح و حَدَّثَنَا آدَمُ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسٍ قَالَ{ قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ }

14- Ya`qub bin Ibrahim telah meriwayatkan kepada kami, katanya, Ibnu `Uyainah telah meriwayatkan kepada kami dari `Abdul `Aziz bin Shuhaib dari Anas dari Rasulullah s.a.w., dan Adam bin Abi Iyaas meriwayatkan kepada kami, katanya, Syu`bah telah meriwayatkan kepada kami dari Qataadah dari Anas, katanya, Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga aku lebih dikasihinya daripada ayahnya, anaknya dan manusia sekelian.”

Dalam hadith ini, perkataan yang digunakan hampir sama. Cuma bezanya kali ini, hadith ini menyebut ‘dan manusia sekelian’.


بَاب حَلَاوَةِ الْإِيمَانِ

Bab 9: Kemanisan Iman

١٥ – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُالْوَهَّابِ الثَّقَفِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا أَيُّوبُ عَنْ أَبِي قِلَابَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رضي الله عَنْهم {عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلاوَةَ الإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لا يُحِبُّهُ إِلا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ}

15- Muhammad bin al-Mutsanna telah meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdul Wahhaab al-Tsaqafi telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Ayyub telah meriwayatkan kepada kami dari Abi Qilaabah dari Anas bin Malik r.a, dari Nabi s.a.w., Baginda bersabda: “Tiga perkara, sesiapa yang ada padanya tiga perkara itu niscaya dia akan mendapati kemanisan iman. (Pertama) Allah dan Rasulnya lebih disayanginya daripada sesuatu selain keduanya dan (Kedua) dia mengasihi seseorang, tidak dikasihinya orang itu melainkan kerana Allah, dan (Ketiga) dia tidak suka kembali kepada kekufuran sepertimana dia tidak suka (dirinya) dicampakkan ke dalam api.”

Nak bagitau bahawa bukan hanya mencintai rasul, tapi Allah lebih-lebih lagi. Dalam Quran pun banyak sebut pasal mencintai Allah.
Macam mana caranya? Adalah dengan mengikuti Nabi. Kalau takat Allah sahaja yang dipercayai dan dicintai, maka itulah sebabnya ada yang sesat tu. Orang kafir ada yang percaya kepada Allah, tapi mereka menjadi kafir kerana mereka tidak menerima Nabi sebagai rasul.
Apa yang Nabi telah beri kepada kita, maka Allah lagilah banyak Dia telah beri. Nabi telah tiada, tapi Allah sentiasa ada.

Apa maksud ‘kemanisan iman?’ Semua orang sukakan rasa manis. Ini adalah imbalan kepada satu perasaan yang sedap apabila mempunyai ketiga-tiga perkara ini.

Keduanya, kita mengasihi seseorang kerana Allah. Bagaimanakah nak sayang seseorang kerana Allah? Kalau yang biasa kita faham adalah kalau kita sayangkan saudara mara kita. Sebab mereka memang rapat dengan kita dan kita boleh sayang mereka secara semulajadi. Tapi ada orang lain yang sama agama pun kita sayangkan dia kerana Allah. Mungkin kerana dia menjalankan kerja-kerja Allah contohnya. Dan kalau kita sayangkan insan lain, sebagai contohnya, kita sayang isteri kita pun, kita kena kaitkan sayang itu kerana Allah. Barulah akan kekal sayang itu. Dan perasaan sayang itu bertambah tidak terhad. Sebab sebagai manusia, selalunya dia nak kita sayang dia sahaja. Isteri kita contohnya, hendak kita sayang dia sahaja. Jadi itu ada menghadkan perasaan sayang. Tapi kalau sayangkan seseorang kerana Allah, memang Allah nak kita sayang banyak orang lagi.

Antara contoh sayangkan kerana Allah itu, kalau kita dah tiada nanti, kita pun suka kalau dia kahwin lagi supaya dia dapat meneruskan hidup dalam bahagia.

Ketiganya adalah takut kembali kufur; itu adalah pada zaman Nabi kerana mereka memang asalnya adalah kafir. Kalau kita? Kita tak mahu jadi kafir setelah Islam. Jadi kena tahu apa yang boleh menyebabkan Islam kita gugur. Islam ni bukan macam anak beranak yang takkan putus pertalian antara mereka. Atau macam bangsa yang kita tak boleh keluar darinya. Kalau Islam itu, memang ada kemungkinan boleh jadi kafir. Kalau kita buat perkara yang syirik, kita boleh terkeluar dari Islam. Jadi kena tahu dan belajar apakah perbuatan-perbuatan yang boleh menyebabkan kita terkeluar dari Islam.

Dan perasaan yang dituntut di sini, adalah takut yang sungguh-sungguh macam kita takut nak masuk dalam api. Semua orang tahu macam mana panasnya api dan kita tak mahu nak rasa macam tu. Macam itulah perasaan yang kita hendakkan.

Allahu a’lam. Lompat ke hadis yang seterusnya

Audio kuliah boleh download di sini

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s