We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari: Kitabul Iman: Iman lebih dari 60 cabang June 1, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Iman — visitor74 @ 12:44 pm

Kitaabul Iman – hadith 8

٨ –  حَدَّثَنَا عَبْدُاللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ الْجُعْفِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو عَامِرٍ الْعَقَدِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ بِلا لٍ عَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ دِينَارٍ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِي اللَّه عَنْهم {عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الإِيمَانُ بِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ الإِيمَانِ}

8- `Abdullah bin Muhammad al-Ju`fi telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu `Amir al-`Aqadi telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Sulaiman bin Bilal telah meriwayatkan kepada kami  dari `Abdillah bin Dinar dari Abi Shaleh dari Abi Hurairah r.a dari Rasulillah s.a.w., sabda Baginda: “Iman mempunyai lebih dari 60 cabang dan malu itu satu cabang besar dari iman”.

Perkataan yang digunakan oleh Nabi, iaitu ‘Cabang’ itu bermakna ianya adalah bahagian yang besar. Bukan takat ranting sahaja. Ini menunjukkan bahawa malu itu adalah satu bahagian yang besar dalam iman.

Kenapa disebut disini ada 60 cabang dan ada hadith lain mengatakan lebih dari 70 cabang pula? sebab nak menunjukkan banyak dan perbezaan bilangan itu kerana melihat dari sudut yang berbeza-beza. Ada kala, ia boleh dibahagikan kepada 60 dan adakala boleh dibahagikan kepada 70 cabang.

Malu itu banyak perkara. Ada malu yang tidak dikehendaki. Seperti malu untuk bertanya. Malu bertanya, sesat jalan seperti kata pepatah melayu.

Yang penting adalah malu dengan Allah. Contohnya kalau orang beri kita banyak benda, dah banyak tolong kita, kita akan malu dengan dia. Inikan pula Allah yang telah banyak memberi kepada kita. Kalau kita malu dengan Allah maka kita akan buat apa yang disuruhNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya. Apa yang kita perbuat itu bukanlah untuk diriNya tapi untuk kebaikan kita juga sebenarnya.

Malu dengan Nabi, ada juga. Kerana Nabi meninggalkan untuk kita ajaran yang bukan untuk kita pakai sendiri sahaja. Tapi perlu juga disebarkan kepada orang lain. Kita juga kena malu dengan sahabat-sahabat yang telah menyebarkan agama ini kepada kita semuanya. Jadi agama ini, bukan untuk disimpan sahaja, tapi kena disampaikan kepada orang lain.

بَاب الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ

Bab 4: Orang Islam Ialah Orang Yang Mana Orang-Orang Islam  Lain Terpelihara  Daripada (Gangguan) Lidah Dan Tangannya.

٩ –  حَدَّثَنَا آدَمُ بْنُ أَبِي إِيَاسٍ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ أَبِي السَّفَرِ وَإِسْمَاعِيلَ بْنِ أَبِي خَالِدٍ عَنِ الشَّعْبِيِّ عَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِي اللَّه عَنْهممَا {عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ}

قَالَ أَبو عَبْد اللَّهِ وَقَالَ أَبُو مُعَاوِيَةَ حَدَّثَنَا دَاوُدُ هُوَ ابْنُ أَبِي هِنْدٍ عَنْ عَامِرٍ قَالَ سَمِعْتُ عَبْدَاللَّهِ يَعْنِي ابْنَ عَمْرٍو عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ عَبْدُالأَعْلَى عَنْ دَاوُدَ عَنْ عَامِرٍ عَنْ عَبْدِاللَّهِ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

9- Adam bin Abi Iyas telah meriwayatkan kepada kami, katanya, Syu`bah telah meriwayatkan kepada kami dari `Abdillah bin Abi as-Safar dan Ismail dari al-Sya`bi dari `Abdillah bin `Amar r.a dari Nabi s.a.w., Baginda bersabda: “Orang Islam (sebenarnya) ialah orang yang mana orang-orang Islam lain terpelihara daripada (gangguan) lidah dan tangannya. Orang yang berhijrah (sebenarnya) ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah”.

Abu `Abdillah (imam al-Bukahri) berkata: Abu Mu`aawiah berkata: Daud bin Abi Hind telah meriwayatkan kepada kami dari `Aamir, katanya: saya telah mendengar `Abdallah bin `Amar bercerita (diambilnya) dari Nabi s.a.w.. `Abdul A`la (pula) meriwayatkannya dari Daud dari `Aamir dari `Abdillah dari Nabi s.a.w..

Selain daripada lima perkara Islam yang telah disebutkan sebelum ini, Imam Bukhari nak tambah dengan perkara-perkara lain. Sebab nak tunjuk bahawa iman itu bukan hanya dari lima perkara itu sahaja. Ini adalah nak menentang golongan Murjiah yang mengatakan tidak perlu melakukan amal yang baik, sudah dapat masuk syurga. Dan mereka juga berkata, perbuatan buruk tidak ada kesannya kepada iman seseorang itu.

Kita berada dalam tajuk bab iman, tapi Bukhari menggunakan Hadith yang menggunakan perkataan ‘Muslim’ padahal mungkin boleh dicari lagi Hadith yang menggunakan perkataan ‘mukmin’. Sebabnya adalah beliau nak menunjukkan bahawa Islam dan iman tidak boleh dipisahkan. Ianya duduk sekali bersama-sama.

Muslim yang dimaksudkan disini adalah muslim ‘yang sebenar’. Dalam matannya jelas dengan penggunaan alif lam. Tapi dalam bahasa Melayu kena tambah.

Dalam Hadith ini mengatakan orang muslim selamat dari orang muslim yang sebenar. Tapi ada Hadith yang lain mengatakan orang lain juga selamat darinya. Dimana hadith yang lain itu menggunakan perkataan annas. Jadi, orang muslim yang sebenar ini, samada orang islam atau orang kafir pun akan selamat dari dia.

Perkataan ‘slm’ itu bermaksud aman atau selamat.

Dimulakan dengan selamat dari lidahnya. Ini sebab lidah yang paling senang menyakiti orang lain. Sebab kalau nak kacau dengan tangan contohnya agak susah sikit.  Kena duduk dekat dan sebagainya. Dan kalau mengganggu dengan lidah ini kesannya adalah jauh dan kadang kala berpanjangan. Kadang-kadang kalau kesan dari tangan boleh sembuh setelah sekian lama tapi kalau dengan lidah itu kesannya mungkin lama. Tambahan pula sekarang ini dengan ada kaset video dan sebagainya. Lagi tinggal lama kesannya. Lidah ini juga termasuk dengan penulisan. Nabi juga tidak guna perkataan ‘kata-kata’. Sebab mungkin seseorang itu tidak berkata, tapi dia jelir sahaja lidahnya. Itu pun ada kesannya juga.

Tangan itu bermaksud perbuatan fizikal. Boleh masuk kaki juga. Dan kalau bahasa isyarat pun pakai tangan juga. Kalau ianya boleh memudaratkan dan menyusahkan orang, ianya bukanlah dari muslim sebenar.

Hijrah yang sebenarnya adalah meninggalkan apa yang dilarang. Jadi ini memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat hijrah ke Madinah pada zaman nabi sebelum fathul Makkah untuk meningkatkan iman juga. Sebab selepas pembukaan Makkah, tidak ada lagi hijrah ke Madinah. Termasuklah kita di zaman kemudian ini. Makna boleh lagi dapat pahala. Bukan masa itu sahaja. Islam memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat melakukan sesuatu kerana kekangan. Macam tak dapat pergi haji, masih ada amalan lain lagi yang boleh dapat sama pahala dengan pergi haji.

Dan makna ini juga Nabi nak cakap kepada orang yang sudah berhijrah ke Madinah bahawa mereka bukan takat buat itu sahaja dan dah rasa selamat dah. Ada lagi amalan-amalan lain yang mereka perlu lakukan juga.

Allahu a’lam. Lompat ke hadis yang seterus

audio kelas boleh didapati di sini

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s