We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari: Kitabul Iman: Terpelihara dari lidahnya; Memberi Makan dan Salam; Suka untuk Saudaranya June 1, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Iman — visitor74 @ 4:05 pm

بَاب أَيُّ الْإِسْلَامِ أَفْضَلُ

Bab 5: (Orang) Islam Manakah Yang Paling Baik?

١٠ –  حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ الْقُرَشِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا أَبِي قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو بُرْدَةَ بْنُ عَبْدِاللَّهِ بْنِ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ أَبِي مُوسَى رضي الله عَنْهم قَالَ{ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الإِسْلامِ أَفْضَلُ ؟ قَالَ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ}

10- Sa`id bin Yahya bin Sa`id al-Qurasyi telah meriwayatkan kepada kami, katanya, bapaku telah meriwayatkan kepada kami, katanya, Abu Burdah bin `Abdillah bin Abi Burdah telah meriwayatkan kepada kami dari Abi Musa r.a, katanya: “Mereka (para sahabat) bertanya: “Wahai Rasulullah, (orang) Islam manakah yang paling baik? Rasulullah s.a.w. menjawab: “Orang yang mana orang-orang Islam lain terpelihara daripada  (gangguan) lidah dan tangannya.”

Hadith yang bunyinya seperti ini telah disebutkan di dalam hadith yang sebelum ini. Tapi hadith ini bezanya adalah dalam bentuk menjawap soalan dari orang yang bertanya. Hadith yang sebelum ini adalah Nabi terus berkata, tanpa ada orang yang bertanya.

Hadith ini diambil sebagai tajuk bab ini. Seperti telah diceritakan sebelum ini, salah satu kehebatan sahih bukhari adalah dalam tajuk bab yang digunakan. Disinilah terletaknya ketajaman ilmu dan minda beliau beliau. Begitu dalam maksud yang hendak disampaikan oleh beliau. Yang nak ditekankan di sini adalah iman itu bukan hanya kata beriman sahaja.

Soalan yang ditanya adalah ‘Islam’ manakah yang paling baik. Padahal Islam itu satu sahaja. Bukan ada Islam Hadhari pun. Jadi ulama mentakdirkan apakah perkataan yang ditinggalkan dalam hadith ini. Ianya mungkin boleh jadi ‘ajaran’. Tapi, Nabi pulak jawap ‘orang’, maka itulah pemahaman Nabi dan itulah jawapannya yang paling tepat.

Hadith ini adalah hujjah imam Bukhari kepada golongan-golongan sesat yang salah pandangan mereka. Golongan muktazilah mungkin menggunakan Hadith yang sebelum ini yang mengatakan bahawa orang Islam itu adalah yang orang-orang Islam lainnya adalah aman dengannya iaitu dia tidak mengganggunya dengan lidah dan anggota. Mereka mungkin kata kalau betullah kalau ada yang buat begitu, maka terkeluarlah dia dari Islam. Hadith ini mengatakan tidak. Sebab Nabi mengatakan bahawa ianya adalah Islam yang paling baik. Maknanya, adalah Islam yang kurang baik. Ada orang yang islamnya biasa-biasa sahaja. Tapi tidaklah sampai terkeluar dari Islam. Cuma seorang Islam yang tidak baik.

Dan ianya adalah hujjah juga kepada puak murjiah yang mengatakan Islam itu sama sahaja. Buat baik atau jahat, dia masih Islam dan akan masuk neraka. Hadith ini mengatakan ada Islam yang baik dan tidak. Ada tingkatan-tingkatan tertentu. Apa yang kita lakukan dan kita tinggalkan memberi kesan terhadap iman kita.

Ini adalah satu contoh larangan melakukan sesuatu. Nanti ada hadith yang lain-lain, yang melibatkan perbuatan pula.

Perbuatan dalam Hadith ini adalah yang zahir. Sebab kalau perkara dalam hati, tidak nampak kesannya.

Dalam Hadith ini digunakan perkataan ‘afdhal’. Ada masa lain digunakan perkataan ‘khair’. Dan ada tempat lain digunakan perkataan ‘uhibbullah’. Secara kajiannya, kalau perkataan afdhal itu, ia melibatkan perkara yang susah untuk dibuat. Dan susah untuk istiqamah dalam melakukannya. Dan kalau perkataan khair, ianya adalah perkara yang memberi kebaikan kepada pembuatnya. Dan kalau perkara yang disukai Allah itu adalah perbuatan yang akan menyebabkan mengeratkan lagi hubungan dengan Allah.

Memang kalau nak jaga lidah itu susah.

Kenapa Nabi menggunakan perkataan muslim di dalam Hadith ini? Adakah hanya perlu jaga kepada orang muslim sahaja? Bagaimana dengan orang kafir? Sebenarnya nak cerita dari segi keutamaan. Mana lagi utama. Tentulah keluarga kita. Anak anak kita akan kita dulu kan? Kalau yang dekat dengan kita pun kita tak dapat nak jaga, apatah lagi dengan orang lain.


بَاب إِطْعَامُ الطَّعَامِ مِنَ الْإِسْلَامِ

Bab 6: Memberi Makanan Adalah Sebahagian Daripada (Ajaran) Islam

١١ –  حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ خَالِدٍ قَالَ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ يَزِيدَ عَنْ أَبِي الْخَيْرِ عَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِي اللَّه عَنْهممَا{ أَنَّ رَجُلا سَأَلَ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الإِسْلامِ خَيْرٌ ؟ قَالَ تُطْعِمُ الطَّعَامَ وَتَقْرَأُ السَّلامَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ }

11- `Amru bin Khalid telah meriwayatkan kepada kami, katanya, al-Laith telah meriwayatkan kepada kami dari Yazid dari Abi al-Khair dari `Abdillah bin `Amar r.a, bahawa ada seorang lelaki telah bertanya kepada Nabi s.a.w., katanya: “Apakah (ajaran) Islam yang paling baik? Nabi s.a.w. bersabda: Memberi makanan dan memberi salam sama ada kepada orang yang telah engkau kenali atau belum.”

Sekali lagi ulama mentakdirkan iaitu meletakkan perkataan (ajaran) sebelum Islam itu.

Memberi makanan kepada sesiapa sahaja. Bila-bila masa sahaja. Termasuklah dengan minum sekali. Dan kepada apa makhluk pun. Jadi kalau kita beri makanan kepada binatang pun ada nilainya di situ.

Dan makanan itu termasuk makanan rohani. Iaitu memberi ilmu kepada orang lain. Maka banyaklah pahala kepada guru guru yang sentiasa memberikan ilmu kepada anak muridnya.

Memberi salam kepada orang yang kita kenal dan kepada yang tidak kenal. Memberi salam adalah memberitahu kepada orang yang kita beri salam itu bahawa kita tidak akan memudaratkan dia.

Yang kita tidak kenal adalah kepada orang Islam. Sebab ada Hadith lain mengatakan kita tidak boleh beri salam kepada orang kafir. Ada cara lain nak beri salam kepada selain dari orang islam. Seperti mengatakan salam sejahtera dan sebagainya. Dan dalam bahasa mereka pun boleh asalkan tidak melibatkan perkara syirik yang melambangkan agama mereka.

Tapi ada juga pendapat mengatakan tidaklah salah kalau beri salam kepada orang kafir. Sebab kita mengatakan bahawa ‘assalam’ iaitu salah satu nama Allah yang memberikan keselamatan kepada mereka. Allah jugalah yang memberi kepada mereka. Dan juga kita mendoakan semoga Allah memberikan keselamatan yang sebenarnya iaitu supaya mereka masuk Islam. Tapi mungkin mereka tidak suka kalau kita mendoakan mereka masuk Islam pula. Jadi kena berhati-hati. Mungkin ada yang tidak suka.

Dalam Hadith ini, disebutkan bahawa kita ‘membacakan’ salam kepada orang lain. Kenapakah kita membaca pula? Mengapa tidak dikatakan ‘memberi’ salam? Ini seperti Allah mengatakan ‘mendirikan’ solat. Kerana nak tunjuk bahawa ianya adalah arahan direct dari Allah. Bukan rekaan manusia macam selamat pagi dan sebagainya. Yang itu semua adalah rekaan manusia sahaja. Kita hanya membaca apa yang Allah telah suruh kita bacakan.

Sahabat kalau tertutup pandangan antara satu sama lain pun bagi salam balik. Sampai begitu sekali mereka menjaga salam itu.

Adakah hanya bagi salam? Bukan setakat cakap sahaja. Allah nak kita tanya khabar orang yang kita beri salam tu. Beri pertolongan kalau perlu. Dalam Hadith lain bukan mukmin kalau jiran tak makan. Maknanya kena ambil tahu. Mana kita nak tahu kalau dia makan atau tidak, kalau kita tak tanya.

Salam ini adalah declaration kepada dunia bahawa Islam ini mahukan sejahtera. Tak mahu kekecohan. Kalau kita serang negara lain, bukan kita nak paksa mereka masuk Islam. Itu tidak boleh. Tapi kita nak mereka terima pemerintahan Islam yang baik dan tinggalkan yang lain. Sebab Islamlah pemerintahan yang bagus. Riba contohnya adalah tidak bagus. Jadi ia bukan sahaja tidak baik dalam islam, tapi dalam kehidupan biasa atau agama lain pun patutnya tidak mengamalkan riba. Kalau mereka boleh terima cara pemerintahan lain, kenapa tidak boleh mereka menerima pemerintahan Islam?


بَاب مِنَ الْإِيمَانِ أَنْ يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Bab 7: Di Antara Iman Ialah Seseorang Itu Suka Untuk Saudaranya Apa Yang Disukai Untuk Dirinya.

١٢ –  حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ شُعْبَةَ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسٍ رضي الله عَنْهم عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَنْ حُسَيْنٍ الْمُعَلِّمِ قَالَ حَدَّثَنَا قَتَادَةُ عَنْ أَنَسٍ {عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ}

12- Musaddad telah meriwayatkan kepada kami, katanya, Yahya telah meriwayatkan kepada kami dari Syu`bah dari Qataadah dari Anas r.a dari Nabi s.a.w., dan dari Husain al-Mu`allim, katanya, Qataadah telah meriwayatkan kepada kami dari Anas dari Nabi s.a.w., sabda baginda: “Tidak beriman seseorang dari kamu selagi dia tidak menyukai untuk saudaranya apa yang disukai untuk dirinya.

Menghilangkan sifat dengki dalam sanubari muslim. Seseorang muslim yang baik itu, kalau dia dapat kebaikan, dia nak orang lain pun boleh dapat juga. Bukanlah maknanya dia nak beri apa yang dia ada tu. Takkan dia ada isteri baik, dia nak bagi kat saudaranya pula. Tapi dia mengharapkan saudaranya juga akan dapat. Macam seorang ayah hendakkan anaknya sekurang-kurangnya jadi macam dia atau lebih lagi.

Setengah ulama mengatakan inilah asas ugama Islam.

Yang penting imam Bukhari nak cerita adalah, segala perbuatan baik kena ada iman juga. Kalau tak, tidak ada nilainya. Macam orang kafir yang buat kebaikan, dia akan masuk neraka tak keluar. Tapi tingkatan dia tidak sama dengan orang kafir yang jahat.

Ini membawa persoalan tentang masa depan orang kafir. Tidakkah ada harapan orang kafir masuk syurga? Kenapa berat sangat hukuman yang dikenakan kepada orang kafir? Bayangkan kalau orang kafir itu adalah seorang yang baik dan suka menolong orang lain. Perumpaan tentang besarnya dosa tidak mengiktiraf Allah dan Nabi perlu diberikan. Kesalahan tidak percaya kepada islam ini, macam dalam dunia ni dia nak guling kerajaan walaupun dia orang baik. Akan masuk jel seumur hidup. Tambahan pula kalau ini adalah kerajaan dunia. Maka, syirik itu adalah kezaliman yang paling besar. Kerana dari situlah puncanya dia tidak menggunakan sistem yang betul.

Tapi masih ada khilaf di kalangan ulama bahawa ada orang kafir yang tidak masuk neraka. Mungkin walaupun mereka kafir, tapi mereka memang mencari kebenaran tapi tidak berjumpa. Atau mereka nampak Islam itu tidak baik disebabkan umat Islam yang teruk. Maka mereka mungkin kafir di mata manusia tapi Islam di mata Allah. Cuma kita sebagai manusia tidak tahu. Kita kena terima sebagai orang kafir. Kalau mati, kena kuburkan di dalam perkuburan orang kafir, tak boleh letak di dalam perkuburan orang Islam.

Perkataan ‘Akhi’ dalam Hadith ini mungkin maksud saudara seagama; saudara sekampung; atau lebih luas lagi saudara sebangsa dan lebih luas lagi, saudara semanusia. Jadi kita hendakkan mempunyai keinginan supaya mereka juga mendapat kebaikan. Maka mereka yang mendapat semangat ini sentiasa berdakwah kepada orang orang lain termasuklah kepada orang-orang kafir. Sampai ada tak boleh tidur terkenangkan banyak lagi orang yang mereka belum dakwahkan lagi. Tak boleh rehat memikirkan banyak lagi manusia tidak dapat kebaikan dalam agama.

Allahu a’lam. Hadis seterusnya

Audio kelas boleh didapati di sini

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s