We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Hadith Bukhari ke-2, Bab Permulaan Wahyu May 15, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Permulaan Wahyu — visitor74 @ 11:54 am

٢- حَدَّثَنَا عَبْدُاللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ رضي الله عَنْهَا{ أَنَّ الْحَارِثَ بْنَ هِشَامٍ رضي الله عَنْهم سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ يَأْتِيكَ الْوَحْيُ ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَحْيَانًا يَأْتِينِي مِثْلَ صَلْصَلَةِ الْجَرَسِ وَهُوَ أَشَدُّهُ عَلَيَّ فَيُفْصَمُ عَنِّي وَقَدْ وَعَيْتُ عَنْهُ مَا قَالَ .وَأَحْيَانًا يَتَمَثَّلُ لِيَ الْمَلَكُ رَجُلا فَيُكَلِّمُنِي فَأَعِي مَا يَقُولُ . قَالَتْ عَائِشَةُ رضي الله عَنْهَا وَلَقَدْ رَأَيْتُهُ يَنْزِلُ عَلَيْهِ الْوَحْيُ فِي الْيَوْمِ الشَّدِيدِ الْبَرْدِ فَيَفْصِمُ عَنْهُ وَإِنَّ جَبِينَهُ لَيَتَفَصَّدُ عَرَقًا }

Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Yusuf berkata, telah mengabarkan kepada kami Malik dari Hisyam bin ‘Urwah dari bapanya dari Aisyah Ibu Kaum Mu’minin, bahawa Al Harits bin Hisyam bertanya kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: “Wahai Rasulullah, bagaimana datangnya wahyu kepada engkau?” Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “kadang-kadang datang kepadaku wahyu itu seperti bunyi gemerincing loceng dan cara ini yang paling berat buatku, lalu terhenti sehingga aku dapat mengerti apa yang disampaikan. Dan terkadang, datang Malaikat menyerupai seorang laki-laki lalu berbicara kepadaku maka aku faham apa yang diucapkannya”. Aisyah berkata: “Sungguh aku pernah melihat turunnya wahyu kepada baginda shallallahu ‘alaihi wasallam pada suatu hari yang sangat dingin lalu terhenti, dan aku lihat dahi baginda memancutkan keringat.”

 

Perbincangan Sanad

Abdullah bin Yusuf adalah seorang perawi yang berasal dari MadinahDimulakan sanad beliau dengan orang perawi Madinah pula kali ini kerana Imam Bukhari hendak menceritakan bahawa wahyu itu dalam dua peringkat: iaitu Mekah dan Madinah. Dalam hadis yang pertama, Imam Bukhari telah menggunakan perawi dari Mekah dan dalam hadis kedua ini, beliau memilih perawi yang berasal dari Madinah pula. Begitu halus sekali pemikiran Imam Bukhari sampaikan perkara macam itu pun diambil kira oleh beliau.

Perawi yang bernama Malik di dalam hadis ini adalah Imam Malik.

Dalam hadis ini ada digunakan perkataan حَدَّثَنَا ‘Haddasana’ (telah menceritakan kepada kami): Perkataan حَدَّثَنَا  ini digunakan dalam sanad hadis apabila guru yang menyampaikan hadis dengan membaca hadis tersebut kepada pelajar. Ini adalah salah satu dari cara pengajian hadis. Kalau ‘haddasani’ yang digunakan, bermaksud seorang pelajar sahaja belajar dengan guru itu, dan guru itu yang membacakan hadis itu kepada pelajar itu.

Berbeza pula jikalau dalam sanad itu, digunakan perkataan  أَخْبَرَنَا  ‘Akhbarana’ (telah menceritakan kepada kami). Maknanya hampir sama dengan makna حَدَّثَنَا ‘Haddasa’ (telah menceritakan kepada kami) tetapi kali ini, penyampaian hadis kepada anak murid berbeza, dimana guru menyampaikan hadis dengan anak murid yang membaca hadis itu. Dalam kelas yang ramai pelajar, seorang pelajar yang molek bacaannya akan dipilih untuk membacakan hadis dan didengar oleh pelajar yang lain.

Ulama berbeza pendapat tentang mana satukah antara dua cara itu yang lagi kuat. Cuma Imam Bukhari tak kisah sangat antara dua cara penyampaian hadis itu. Padanya, kedua-dua cara itu sama sahaja. Tetapi pada ulama hadis yang lain, mereka membezakan kedudukan antara kedua jenis penyampaian hadis itu, antaranya Imam Muslim.

Cuba lihat antara Malik dan Hisyam, penggunaan kata penyambung yang digunakan adalah عَنْ yang bermaksud ‘dari’. Dan apabila digunakan perkataan عَنْ, ia boleh bermaksud seseorang pelajar itu belajar lama dengan gurunya dia itu. Bukan dibacakan hadis itu sekali sahaja di dalam satu majlis sahaja tetapi berguru lama. Banyak akan berjumpa. Tetapi penggunaan عَنْ adalah hanya menjadi kuat jikalau seorang yang tsiqah menerima dari seorang yang tsiqah juga. Kalau tidak dapat dikenalpasti, jadi penggunaan عَنْ  itu akan menjadikan sanad itu lemah. Kerana ia menjadi tidak jelas kerana ia hanya mengatakan yang dia ‘dapat’ hadis itu dari orang lain, tetapi tidak dijelaskan dengan cara yang bagaimana.

Hadis yang sebegini dinamakan riwayat secara an’anah. Kerana dalam situasi yang lain digunakan perkataan yang jelas seperti ‘aku mendengar’, ‘telah di ceritakan kepadaku’, ‘telah dikhabarkan kepadaku’ dan sebagainya. Tetapi dalam pengunaan عَنْ ini, ia hanya diletakkan secara umum dan tidak jelas.

Oleh kerana ada masalah dengan hadis an’anah, Imam Bukhari meletakkan syarat sanad عَنْ memerlukan bukti bahawa kedua-dua perawi itu pernah bertemu. Iaitu ada bukti yang mengatakan mereka pernah bertemu. Imam-imam lain seperti Imam Muslim, tidak meletakkan syarat yang tinggi begitu, cukup baginya ada kemungkinan kedua perawi itu pernah bertemu. Sebagai contoh, mereka hidup dalam zaman yang sama.

Imam Bukhari memandang hadis an’anah sebagai terpotong. Jikalau antara sahabat dan Nabi dan di kalangan tabein, masih boleh diterima lagi. Tetapi jikalau ianya pada peringkat tabein, maka ia menjadi masalah.

عُرْوَةَ adalah Zubair Al Awwam, Salah seorang sahabat nabi yang besar. Jadi هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ adalah tabein.

Al Harits bin Hisyam Ada lah adik beradik kepada abu jahal tetapi Alhamdulillah dia telah menerima Islam. Dia adalah salah seorang sahabat besar. Dia masuk Islam pada hari pembukaan Mekah. Dia telah mati syahid pada Pembukaan Syam tahun 15H.

 

 

Perbincangan Hadis

Apa kaitan hadith ini dengan tajuk ‘Pemulaan Wahyu’? Dalam Hadith ini diceritakan bahawa payah sekali Nabi untuk mendapat Hadith itu sampai berpeluh-peluh. Maka kalau semasa mula dapat wahyu pertama lagi, lagilah susah.

Ianya berat dan payah kepada Nabi sebab memang wahyu itu sangat berat. Sampaikan kalau diturunkan kepada gunung, gunung akan hancur. Beratnya wahyu itu, kalau Nabi sedang di atas unta, unta itu akan terduduk. Kecuali seekor unta baginda yang baginda selalu gunakan. Dia tak duduk, tapi berhenti sahaja. Pun tak dapat jalan. Inilah unta yang Allah tentukan dia pilih tempat berhenti baginda semasa sampai di Madinah sewaktu Hijrah. Maknanya, ia adalah unta yang hebat. Tapi kalau Nabi dapat wahyu semasa baginda di atasnya pun, dia akan keberatan sampai berhenti.

Macam mana Nabi boleh terima hadith yang berat ini? Kerana Nabi lain dari kita. Bukanlah nak kata baginda bukan manusia biasa pula. Tapi, macam pemikiran manusia yang berbeza-beza antara seorang dan seorang. Ada orang yang dapat memikirkan suatu perkara yang orang biasa dapat nak fikirkan, tapi dia boleh. Dan ada orang yang Allah berikan kekuatan tubuh badan yang lebih dari orang lain. Dan Nabi adalah orang istimewa. Allah telah beri kelebihan kepada baginda. Baginda dapat menahan kepayahan menerima wahyu atas pemberian Allah.

Penerimaan wahyu itu amat berat. Kalau ianya diberikan kepada manusia biasa maka sudah tentu manusia itu akan pengsan ataupun mati. Tetapi Allah telah memberi anugerah kepada Nabi Muhammad di mana baginda tidaklah sampai pengsan. Tetapi nampaklah kepayahan ketika Nabi menerima wahyu itu. Sebab itu, kalau ada yang kata mereka pun ada terima wahyu, itu adalah penipu besar. Kerana mereka tidak akan sanggup menerimanya. Allah memang telah beri kelebihan kepada Nabi dengan kekuatan. Sebab itulah ada kisah bagaimana Nabi telah diracun oleh Yahudi dan Nabi tidak mati. Yahudi itu apabila ditanya kenapa dia racun Nabi, dia jawap kalau benar Muhammad itu Nabi, dia tidak akan mati. Tapi sakitlah juga. Tapi kalau orang lain, dah tentu mati. Begitu juga, ada kisah bagaimana Nabi kalau kena demam, ianya dua kali lipat dari apa yang manusia biasa terima dan Nabi boleh tanggung.

Semasa wahyu itu diberi, Nabi tidak faham hinggalah setelah proses dapat wahyu itu berhenti. Selepas itu, baginda akan memahami wahyu itu dengan faham yang jelas. Allah akan memberi faham kepada baginda.

Wahyu yang kita terima daripada Nabi itu telah ditapis oleh Nabi. Kita terus terima hukum yang hendak disampaikan sahaja. Kita tidak perlu melalui proses untuk mendapatkan wahyu itu yang amat berat.

Wahyu dari segi bahasa adalah berita yang disampaikan dengan cara yang halus. Dari segi syarak, ianya adalah perkataan, sabdaan Allah Taala yang disampaikan kepada Nabi. Dan ianya dikatakan ‘halus’, kerana walaupun ianya amat berat, tetapi yang merasai keberatan dan kepayahan itu adalah Nabi sahaja.

Ada 8 cara wahyu kepada Nabi.
1. Macam bunyi loceng. Paling sukar. Hanya Nabi sendiri faham. Bukan dalam bahasa biasa. Nabi cuma boleh cerita yang bunyinya seperti loceng sahaja. Bukan semestinya bunyi macam loceng yang kita biasa dengar tu. Jangan salah faham pula. Jangan kata suara itu macam bunyi loceng.
Ada kata loceng itu sebagai alamat sahaja. Ianya bukan wahyu yang sebenar. Macam bunyi dering telefon untuk menarik perhatian kita untuk mengangkat telefon.
Kenapa berat? Sebab terus dari Allah. Kalau diturunkan kepada gunung, gunung akan pecah sepertimana telah disebutkan dalam Quran.
Dan kerana tuntutan perlaksanaannya yang amat berat. Baginda tahu yang baginda memegang tanggungjawab yang amat besar. Sebagai manusia, macam-macam perasaan baginda. Debar, malu, takut dan sebagainya. Dan dia nampak benar-benar nampak kesan dan apa yang perlu dilakukan. Macam orang biasa nampak air, elok sahaja nak minum air itu. Tapi kalau tengok dengan mikroskop, akan nampak macam macam. Maka, baginda nampak lebih lagi dari kita. Dan baginda juga telah nampak neraka dan beratnya azab yang dikenakan kepada mereka yang engkar.

Ada pula kata bunyi loceng itu adalah suara Jibrail. Ada kata ianya adalah bunyi kepak Jibrail yang ada 600 sayap. Sayap pula bertatahkan permata. Ada juga yang kata bunyi itu rombongan yang iring Jibrail.

Ada kata ianya adalah suara Allah sendiri. Tapi kena hati-hati dengan pendapat ini. Jangan silap kata suara Allah macam loceng. Allah memang ada suara tapi lain dari suara makhluk.

2. Dalam tidur Nabi.

3. Jibrail datang dalam rupa lelaki. Samada lelaki yang tidak dikenali. Atau menyerupai sahabat Nabi bernama Dihyah. Seorang lelaki yang kacak. Rupa dia macam Nabi. Dia jadi duta Nabi sebab dia mmg layak.
Paling banyak Nabi dapat wahyu adalah dar Jibrail. Semua wahyu Quran adalah cara begini. Iaitu jibrail datang dalam rupa sendiri atau menyerupai Dihyah.

4. Jibrail dalam rupanya yang sebenar
Jibrail bawa apa yang dia dapat iaitu sama lah macam Quran sekarang ini. Telah di tapis untuk consumption kita. Kalau tak, kita tak boleh terima. Macam api itu adalah dari api neraka tapi telah ditapis banyak kali.

5. Allah bercakap sendiri macam dengan Nabi Musa di balik tabir dengan kalamNya

6. ditiupkan kalam ke dalam jiwa Nabi. Ini jadi Hadith yang Nabi terjemah kepada kita dengan bahasa baginda.

7. Kadang-kadang Israfil yang bawa wahyu bukan Jibrail.

8. Langsung Jumpa Allah semasa baginda Mikraj.

Kalam Allah bukanlah seperti dalam Quran ini. Cuma dalam hakikat sahaja. Janganlah kita kata Allah bercakap-cakap dengan bahasa Arab pula.

Lompat ke hadis yang seterusnya

Audio Kuliah boleh download di sini

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s