We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Waktu solat awal dan akhir March 24, 2012

Filed under: Ilmu — visitor74 @ 1:13 pm

Assalamualaikum,

Nabi pernah bersabda, lebih kurang bunyi begini: “kalaulah tidak menyusahkan umatku, aku mahu mereka untuk melewatkan solat isya’ mereka sehingga ke akhir waktunya.” Nabi suka kalau kita solat isya’ di akhir waktunya. Tapi Nabi tidak mahu mewajibkannya, seperti juga Nabi suka kalau kita bersugi setiap kali hendak solat, tapi Nabi tidak mahu suruh kita buat secara arahan, kerana ditakuti akan menyusahkan umatnya. Jadi walaupun tidak wajib, tapi ianya adalah sunnat untuk bersugi.

Tidak pasti apa kebaikan untuk solat isya’ di akhir waktu itu. Tidak pula diberitahu kepada saya. Cuma saya nak cerita tentang bilakah akhir waktu isya’ itu? Adakah betul-betul sebelum waktu subuh? Adakah ada lagi waktu isya’ kalau sudah pukul 3 pagi, 5 pagi dan sebagainya? Kerana itulah tanggapan kebanyakan orang. Mereka sangkakan, selagi tak masuk waktu solat subuh, ada lagi waktu isya’.

Kalau begitulah pendapat yang benar, maka waktu subuh adalah sebelum waktu zuhurlah kalau begitu kan? Maka bolehlah kita solat subuh pukul 11 pagi? Begitu? Tentulah tidak. Tiada lagi saya jumpa orang yang berpandangan begitu. Walaupun saya pernah dengar cerita tentang seorang professor bangsa asing yang berpandangan demikian.

Di dalam Jami’ Tirmidhi, telah disebutkan tentang satu hadis Nabi:

Sayyidina Ibn Abbas (RA) reported that the Prophet (SAW) said, “Jibril led me in Salah twice near Bayt Allah. The first time, we offered the Salah of Zuhr when the shadow was like the thong of a shoe. Then, we offered Asr when the shadow of everything was equal to it, and maghrib after sunset when the fasting man takes if tar (breaks his fast), and Isha when the twilight disappeared, and fair when one who fasts is forbidden food and drink. The second time, we offerred Zuhr when the shadow of everything was like it in length at the time of Asr on the previous day. Then we offered the Asr when the shadow of everything was twice as long. We prayed Maghrib at the same time as the previous day; we prayed Isha when one-third of the night was over and Fajr when the earth was well-lit. Then Jibril turned to me and said; “0 Muhammad! This was the time observed by Prophets (SAW) before you, and the time (of five Salah) is between these two times.”

Maka, dari hadis ini, kita dapat tahu bahawa Jibrail datang berjumpa Nabi menceritakan tentang waktu solat sebanyak dua kali. Hari pertama, Jibrail datang menunjukkan awal waktu solat. Dan hari kedua, Jibrail datang lagi menceritakan akhir waktu solat. Jadi, waktu solat adalah antara keduanya.

Jadi, bilakah hujung sepertiga malam itu, iaitu akhir solat Isya’? Mari kita buat kiraan:

Katakanlah waktu malam adalah dari pukul 7.30pm ke pukul 5.30am. Jadi malam adalah 10 jam;

sepertiga adalah 10 jam dibahagi 3 iaitu 3.3 jam (10/3=3.3).

jadi, hujung satu pertiga malam adalah 7.30pm + 3.3 jam = lebih kurang 11pm! Atau banyak pendapat lain kata tengah malam.

Jadi waktu isya’ sebenarnya adalah hanya sampai pukul 13 malam sahaja. Jadi janganlah di lewatkan solat isya’ itu. Cuma Kalau tertidur dan bangun pukul 3 pagi, bolehlah solat juga waktu itu. Sebab Kalau tertidur, dimaafkan.

Allahu a’lam.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s