We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Hatyai trip March 23, 2012

Filed under: Travelling — visitor74 @ 12:02 am

alhamdulillah, seminggu yang lepas, aku telah pergi ke thailand, specifically hatyai untuk bercuti dengan isteri dan kawan-kawan. ini bukanlah kali pertama aku pergi thailand tapi ini kali pertama ke Hatyai. dan kali ni bukan naik flight, tapi drive!
perghh, aku ni bukannya suka nak drive jauh-jauh, tapi bila member ajak road trip kali ni, macam best la pulak. rasa nak ada adventure sikit. hehe.
jadi sekarang ni cuti sekolah, jadi dia bawak dgn anak-anak dia sekali. mula kami pergi tiga kereta, tapi satu kereta sampai ke kedah sahaja.

sebab cuti sekolah, jalan kat highway punyalah jem gila babas! nak bawak laju sangat pun tak boleh. dan sebab banyak sangat kereta, tahap kejagaan kena lebih sikit. kami sampai nak accident. sebab jalan sesak, ada yang kena berhent mengejut. sekali tu kereta kat belakang macam tak sempat nak brek. sampai berasap dah kereta dia. punyalah risau masa tu. memang tak boleh nak buat apa. tunggu je kereta tu nak langgar bontot kereta aku. tapi alhamdulillah, dia sempat brek kat saat-saat akhir. lutut aku dah jadi jelly dah masa tu!

kami berhenti ke penang dulu. sebab jauh sangat kalau nak terus ke thailand. dan kami pun memang nak jalan-jalan kat penang dulu. kami stay kat satu boutique hotel nama dia Muntri Mews. hotel ni dulunya adalah kandang kuda. jadi kami memang duduk dalam bilik yang dulunya adalah tempat kuda tidur! tapi owner dah buat cantik-cantik sampai takdelah lagi kesan kuda tuh. dulu jalan di situ adalah tempat orang kaya duduk sampai ada kandang kuda tempat mereka simpan kuda mereka.

memang best hotel tu. Kalau ada kelapangan, saya cadangkan tinggal kat sana. bilik hotel kecil tapi nicely done by the owner. memang fun tinggal kat situ. nak pergi makan pun jalan jer. tak payah bawak kereta pun.

dan kalau di penang tu, makan yang paling best adalah makan nasi kandar dan yang berkenaan dengan kari lah! apa lagi. memang orang penang ni kalau bab kari ni memang pandai tul. tapi kenalah cari tempat yang betul. ada sekali dulu kami pergi, bila tak kena tempat yang betul tu, memang tak puas hati. yerlah, bila kami dari KL ni datang ke penang, memanglah nak cari tempat makan yang best.

malam lepas makan kat kedai nasi kandar, makan sup ekor, kami berdua jalan-jalan pekan penang naik beca. tak pernah lagi rasanya aku naik beca ni. tapi kalau jalan malam-malam naik beca ni best betul. bayar 30 ringgit selama sejam memang berbaloi. tambah pulak dapat pakcik beca yang pandai cerita. tambah pulak pakcik ni berpengalaman berlakon dalam filem Papadom lakonan Afdlin Shauki dulu. filem tu pulak memang best. so macam pengalaman yang best lagi bila dibawa jalan-jalan macam tu. pemandangan penang waktu malam adalah best sekali. cuaca yang nyaman dan jalan slow-slow di pekan penang yang selalunya kita akan bawak laju-laju kalau bawak kereta.

esoknya kami makan kat kedai roti canai dengan kari kambing power!

and the journey continues to thailand….
kami gerak sampai ke perlis. sebelum masuk sempadan, kena singgah di one stop center untuk isi borang nak masuk thailand dan beli insurans kereta. aku doa janganlah ada apa-apa masalah kalau kat sana. kita bukannya tahu undang-undang kat sana. buatnya takleh nak balik malaysia ke kan ke payah tu!

kat sempadan tu adalah lambat sikit nak masuk sebab kena register kat imegresen. panjanglah beratur sebab ramai orang keluar masuk thailand ni. pulak tu, bila sampai time aku nak chop passport, rupanya mamat yang keje kat situ sibuk pilih movie kat notebook dia dah sempat tengok sikit notebook dia. appalah punya orang. orang ramai beratur, dia bole layan movie dulu.

pertama sekali aku perasan masa kat sempadan tu, orang yang jual jagung bukan sahaja jagung biasa, tapi ada pulak jagung warna macam batik. pelik betul jagung tu aku tengok. dan kerana aku memang hantu jagung, kenalah aku try sikit makan. sebenarnya rasa dia tidak sesedap jagung warna biasa tu. rasa dia lemak, bukan manis.

kami berhenti makan dulu di sempadan. makanan sememangnya sedap. kita selalu makan makanan panas tomyam kan? haa yang ni memang yang original punya.

dari sempadan nak ke hatyai lebih kurang dalam 50 km jer. jangan tak sesak sebab tak banyak kereka ke sana. perjalanan lancar. banyak lalu perkampungan kecil kecil sahaja. tak banyak pekan besar kat sana. nampak macam backward sikit. tidak semaju kampung-kampung kita aku rasa. mungkin sebab kami tak banyak lalu pekan besar gamaknya.

bila dah sampai hatyai, barulah rasa bandar besar. sebenarnya kami tak sangka hatyai macam tu punya besar. kami ingat pekan kecil jer. tapi banyak kedai dan macam-macam ada kat sana. ramai betul orang jalan-jalan dan berniaga kat sana. hotel dan tempat penginapan pun banyak.

hotel kami tidaklah semewah mana. takat boleh tinggal jer. nama hotel Grand Plaza. sebab semalam baru tinggal kat Muntri Mews mulalah eksen nak hotel yang best lagi. tapi mungkin sebab cuti sekolah kat malaysia, ramai rakyat malaysia datang bercuti ke sini. aku pun baru tahu rupanya ramailah rakyat malaysia suka pergi ke sana. sekali sekala pergi pun ada jugak.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s