We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Formula solat sempurna – buku March 22, 2012

Filed under: Books — visitor74 @ 11:42 pm

solat adalah satu perkara atau perbuatan yang kita selalu buat. dari kecil lagi kita dah buat solat nih. tapi pernahkah kita bertindak untuk mencari samada solat yang kita sentiasa lakukan itu adalah sama dengan apa yang diperbuatkan oleh nabi kita? sebab sudah lama masa kita berlalu dari zaman nabi dan telah berapa banyak manusia yang telah melakukan solat ini. jadi ada kemungkinan ada perbuatan yang telah dimasukkan yang bukan dari perbuatan nabi tapi telah ditokok tambah oleh penganut agama ini. mungkin apa yang mereka lakukan itu bukanlah bertujuan untuk mengubah tapi secara tidak sengaja. maka perlulah kita meneliti kembali dan menilai samada betul atau tidak perbuatan solat itu. maka perlulah kita menimba ilmu dan mengkaji sunnah-sunnah nabi.

jadi buku ini adalah salah satu dari cara saya untuk menambah ilmu. eloklah untuk dibaca oleh sahabat-sahabat sekelian. selain daripada apa yang saya belajar dengan guru ugama saya maka inginlah saya untuk melihat pendapat lain lagi.

buku ini adalah hasil kajian dari ustaz zaharuddin abd rahman yang telah meneliti kembali dari hadith-hadith nabi dan pendapat-pendapat para ulama. tentulah banyak masa yang telah dinafkah oleh beliau untuk sampai boleh menulis buku ini.

amatlah berat sekali hati saya untuk mengkritik buku ini. siapalah saya untuk mengatakan bahawa buku ini ada kurangnya. tapi saya hanya ingin memberikan pendapat saya mungkin untuk anda semua meneruskan usaha untuk menambah ilmu berkenaan dengan solat ini. tambahan pula solat adalah satu perkara yang amat penting sekali. ianya adalah perkara pertama yang akan ditanya diakhirat kelak.

janganlah dijadikan buku ini sahaja sebagai sumber rujukan anda. carilah dan galilah lagi dari pendapat-pendapat lain.

pencarian ilmu saya untuk belajar dan menyempurnakan solat telah mula berjalan sekian lama. jadi adalah pendapat-pendapat lain yang saya dapati. yang juga berdasarkan hadith-hadith dari nabi. mungkin sumber rujukan guru agama saya lain dari yang didapati oleh ustaz zaha ini. sebagai permulaan, tidaklah salah kalau membaca dan menambah pengetahuan dengan buku ini. tapi janganlah sampai di sini.

seperti telah saya katakan, berat hati saya untuk mengkiritik buku ini. oleh itu, tidaklah saya mahu menilainya di sini.

20120322-234510.jpg

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s