We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Pasal Syiah March 3, 2012

Filed under: Ilmu,Monolog — visitor74 @ 2:33 pm

Tahun lepas rasanya Malaysia dikejutkan dengan penangkapan umat islam bermazhab syiah di Kuala Lumpur. Mereka sedang melakukan ibadat mereka. Maka tahulah masyarakat Malaysia bahawa memang ada golongan syiah di sini. Aku sendiri ada kenal seorang yang bermazhab Syiah sendiri. Dia terpengaruh dengan kawannya yang belajar di Iran. Dia kata dalil-dalil yang diberikan oleh kawannya itu mantap. Sampai dia percaya sampai dia sanggup tukar mazhab. Aku pun tak tahu apa dalil kawannya itu. Dia cuba nak mengajak aku. Cuma aku taknak dengar. Walaupun aku toleransi pada pandangan agamanya, aku taklah nak dengar apa yang dia nak cerita pasal Syiah kat aku. Takut terjerumus pun ada. Waktu itu pun, aku tak rasa aku mempunyai dalil-dalil yang kuat untuk menentang Syiah. Mungkin masa itu aku dalam toleransi yang amat. Sampai banyak aku boleh terima dengan seadanya.

Tapi sekarang, semakin aku banyak belajar dan mendalami agama, tahulah aku bahawa gejala Syiah ini perlulah dibendung. Pandangan mereka amat menarik. Macam Kristian jugak. Agama akan jadi mudah. Semudah-mudahnya. Nak buang dosa, cuma cakap kat paderi sahaja. Tuhan pada mereka amatlah belas kasihan dan sayangkan manusia, sampai boleh buat apa sahaja. Janji cuma terima dia.

Syiah lebih kuranglah. Dalil agama diputar belit dan dibaca dalam nada yang mereka suka. Boleh kahwin Mut’ah. Boleh solat jamak sepanjang masa. Imam mereka maksum, tak buat dosa kecil mahupun besar. Boleh kahwin sampai sepuluh orang isteri pada satu masa. Dan sebagainya. Kalau tak cukup ayat quran diputar belit, mereka akan bawakkan hadis-hadis yang entah dari mana. Banyak sekali disandarkan pada Ali sampaikan banyak hadis-hadis soheh dari Ali banyak tidak diterima oleh pakar hadis sebab takutkan dah dicemari oleh mereka. Sebab puak-puak Syiah ni dah rajin sangat tambah-tambah hadis dan dikatakan dari Ali, sampai kita takut untuk menerima hadis dari Ali, walaupun mungkin ada benarnya. Alangkah ruginya umat Islam seluruh dunia dan zaman kerana mereka.

Kalau mereka yang ilmu ugamanya lemah, dan melihat islam dalam kacamata yang entah macam mana, mungkin nak memudahkan segala, maka akan indahlah Syiah pada mereka. Dan mereka akan kata, ini hanyalah salah satu dari cabang agama kita. Mazhab berbeza-beza, tapi semuanya adalah Islam juga.

Mungkin aku dulu juga macam itu. Toleransi membabi-buta. Dan aku faham kalau banyak yang masih begitu. Takut sangat nak kata orang lain salah. Kita akan guna alasan, takkan ulama itu salah, dah lama dia belajar. Banyak kitab dia dah tulis. Banyak pengikut dia. Takkan semua salah. Takkan semua masuk neraka. Itulah pendapat kukuh mereka. Tak nak ubah-ubah dah. Toleransi. Nanti lama-lama, agama lain pun kita toleransi juga. Kalau nak kira ramainya pengikut sebagai kayu ukuran kebenaran, maka betullah gamaknya Musailamah al Khazzab yang mengaku jadi nabi semasa zaman Nabi lagi. Ingatkan sikit pengikutnya. Rupanya sampai 70 ribu orang! Takkanlah sampai 70 ribu orang bodoh sangat sampai nak masuk neraka semua. heh!

Agama Kristian sekarang sebenarnya semua tahu bukanlah agama yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. Ianya patut dipanggil Pauline Chrisitian. Sebab telah diputar belitkan oleh St. Paul yang bukan pun antara sahabat Nabi Isa dulu. Dia sebenarnya adalah seorang Yahudi, penentang Kristian yang amat semasa awal hidupnya. Tetiba dia dapat revelation dan kononnya telah masuk Kristian. Ditentang dia itu oleh hawariyun atau sahabat Nabi Isa. Tapi disebabkan oleh kekuatan pemerintah Rom, maka doktrin Paul yang diterima jadi pegangan semua. Paul lah yang mengatakan bahawa Nabi Isa itu tuhan. Satu dalam tiga.

Mazhab Syiah pula dicatur oleh Abdullah bin Saba’. Juga seorang Yahudi. Dia mengaku sebagai islam dan bertopengkan kecintaannya kepada ahlul bait. Satu waktu, semasa Ali berkhutbah, dia menjerit mengatakan bahawa Ali juga adalah tuhan. Dan banyak lagilah yang diputar belitkan oleh dia dan ditambah lagi oleh pengikut mazhab ini.

Banyak lagi kisah Syiah ini yang tak mampu nak saya nukilkan dalam catatan ringkas saya ini. Belajarlah lagi tentang mazhab ini. Kenapa penting nak belajar? Sebab kita kena tahu yang salah untuk kita tahu yang benar. Seorang sahabat nabi berkata, lebih kurang bunyinya: Manusia lain banyak bertanya tentang kebaikan kepada nabi. Tapi aku bertanya tentang perkara yang buruk-buruk supaya aku kenal dan aku dapat berlindung dari melakukannya.

Jadi kita kenalah tahu. Janganlah toleransi sangat.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s