We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Siapakah yang layak jadi imam? February 29, 2012

Filed under: Ilmu — visitor74 @ 11:46 pm

Mengikut turutan siapakah yang sepatutnya menjadi imam adalah seperti berikut:

1. Orang yang bagus bacaannya. Yerlah, sebab dalam solat kenalah orang yang pandai membaca surah-surah. Pertama sekali surah fatihah. Selalu jugak aku kalau jadi makmun, dapat imam yang tak berapa bagus bacaan fatihahnya. Apatah lagi kalau surah-surah yang lain. Takkan nak betulkan masa dia solat jadi imam tu. Dan kalau nak cerita lepas solat pun, aku tak sampai hati. Mestilah dia susah nak terima. Jadi kalau ada anak-anak muda yang belajar tahfiz ke, merekalah yang layak menjadi imam.

2. Orang yang baik sunnahnya. Kalau ada dua orang yang pandai membaca quran, maka perlulah dilihat siapa antara mereka yang lebih tahu tentang sunnah-sunnah solat. Ini adalah berdasarkan pengetahuan tentang bagaimana nabi dan sahabat mengerjakan solat mereka. Sekarang ni susah nak tengok orang yang macam ni. Mereka akan banyaknya pakai apa yang mereka telah belajar di sekolah-sekolah dari dulu lagi. Merekat tidak tahu pun bagaimana mengerjakan solat yang benar dan tidak pun mahu belajar mengerjakan solat dengan betul. Contohnya, boleh kata semua orang kalau kat masjid itu akan baca doa selepas dibacakan iqamah, padahal tidak boleh. Selepas iqamah, mestilah senyap dan bersedia untuk mengerjakan solat.

3. Siapakah yang paling dahulu berhijrah. Ini kalau dua-dua sama pengetahuan tentang membaca quran dan juga sunnah. Tapi sekarang dah takde la dah. Ini hijrah yang dari Mekah ke Madinah. Kalau hijrah dari Pekan Pahang ke Ipoh, tak kira.

4. Siapakah yang tua antara mereka. Ini macam biasalah. Tapi ingat, yang pertamanya adalah siapa yang lagi pandai membaca quran.

 

Tapi kalau kita pergi ke masjid ataupun rumah orang, yang paling afdhal dan berhak untuk menjadi imam adalah imam yang telah dilantik di masjid itu ataupun tuan rumah. Jangan pandai-pandai nak take over. Lainlah kalau mereka mintak ataupun telah memberi izin.

Yang menentukan siapakah yang menjadi imam adalah bilal. Seperti kisah bagaimana Nabi telah lambat untuk masuk ke masjid apabila baginda perlu menguruskan hal rakyat. Sebab dah lama waktu dah masuk, Bilal bin Rabah telah mengumandangkan azan dan beliau telah meminta Abu Bakr untuk menjadi imam. Bukan Abu Bakr yang pandai-pandai jadi imam.

Apabila telah ada imam yang memang telah dilantik, dia kenalah mengikut arahan imam. Imamlah yang menentukan bilakah akan dibacakan iqamah. Apabila imam telah bersedia, barulah dibacakan iqamah.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s