We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Rasul tidak mahu menyusahkan umatnya January 25, 2012

Filed under: Ilmu — visitor74 @ 6:54 pm

Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, katanya: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. itu niscaya meninggalkan – tidak melakukan – suatu amalan, sedangkan beliau amat suka mengerjakan amalan itu dan ditinggalkannya tadi adalah karena takut kalau orang-orang akan mengamalkan itu,  sehingga akan menyebabkan diwajibkannya amalan tersebut atas mereka.” (Muttafaq ‘alaih)

Dari Aisyah radhiallahu ‘anha juga, katanya: “Nabi s.a.w. melarang para sahabat melakukan puasa wishal – tidak berbuka dalam malam hari puasa, sehingga dua hari puasa dijadikan satu dan terus berpuasa saja. Larangan ini adalah karena belas-kasihan kepada mereka. Para sahabat bertanya: “Sesungguhnya Tuan sendiri suka berpuasa wishal.” Beliau s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya aku ini tidaklah seperti keadaanmu semua, karena sesungguhnya aku ini diberi makan serta minum oleh Tuhanku.” (Muttafaq ‘alaih) Artinya ialah: Saya itu diberi kekuatan seperti orang yang makan dan minum.

syarah: puasa wishal ini hanya boleh dibuat oleh nabi sahaja.  Sebabnya ada dua pendapat: satu, nabi diberi makan oleh Allah di dalam tidurnya. Oleh itu, kalau baginda tidur, mulut baginda seperti sedang makan; ataupun pendapat kedua: Allah akan mengenyangkan perut baginda apabila baginda sedang berpuasa.

Hukum tentang amalan ini: mengikut mazhab Syafie, haram untuk dilakukan oleh umat; mengikut pendapat lain, boleh dibuat tapi hanya sehari semalam sahaja.

Ini adalah satu amalan yang tak pernah aku dengar sebelum ini. Kalau tak belajar agama, tak tahupun pasal ada amalan sebegini dalam islam.

Lagi satu amalan yang biasa kita dengar Nabi tinggalkan adalah solat terawikh berjemaah.  Amalan ini pernah baginda Nabi buat, tapi hanya dua malam sahaja (ada pendapat lain kata tiga malam). Tapi baginda tak keluar untuk solat terawikh berjemaah sebab baginda takut kalau baginda terus buatkan, ditakuti amalan itu akan dijadikan sebagai kewajipan kepada umatnya, padahal ianya adalah berat. Lagipun, semasa hayat baginda, wahyu masih lagi diturunkan. Jadi takut kalau Allah akan mewajibkan kepada umat nanti.

Segala amalan kita hendaklah mengikut apa yang telah diberitahu oleh Nabi. Janganlah berselisih dengan apa yang telah disebut oleh Nabi.

Banyak kemudahan telah Allah berikan kepada umat Nabi Muhammad. Contohnya, kita boleh melakukan jamak dan qasar apabila keadaannya. Dan juga Allah memberi kemudahan kepada kita untuk bertayamum kalau tiada air. Kalau umat dahulu, mereka kena berwuduk dengan air jugak. Dan juga telah dimudahkan kepada Nabi untuk melakukan ibadat di mana-mana sahaja bumi Allah ini. Kalau umat dahulu, mereka kena buat amal ibadat hanya di rumah ibadat sahaja. Kan dah mudah dah tu? Tidak ada syariat yang lebih baik daripada syariat Nabi Muhammad kerana ia adalah gabungan semua syariat nabi-nabi dahulu.

Nabi juga pernah berkata: kalaulah tidak menyusahkan umat aku, aku akan suruh mereka supaya bersugi setiap kali mereka hendak solat. Tapi Nabi tak nak suruh sebab takut menyusahkan umatnya.

Satu lagi, baginda juga pernah bersabda: kalaulah tidak menyusahkan umat aku, aku nak suruh mereka melewatkan solat isyak ke akhir waktu. Bilakah akhir waktu itu? Ianya bukanlah sebelum subuh. Tapi sebenarnya lebih kurang pukul 12 tengah malam. Sebab akhir waktu juga telah diberitahu oleh Jibrail. Sebab berkenaan dengan waktu solat ini, Jibrail datang kepada Nabi dua kali. Hari pertama, Jibrail datang di awal waktu untuk memberi tahu kepada Nabi bila masuk waktu. Dia datang lima-lima waktu. Hari esoknya, Jibrail datang lagi, dan kali ini dia memberitahu akhir waktu. Jadi akhir waktu Isyak adalah di akhir sepertiga malam.

Pernah Nabi solat jamak tanpa hujan, tanpa musafir dan tanpa uzur. Nabi sengaja buat jamak. Boleh buat sekali sekala. Dan kalau hujan, Nabi akan jamakkan solatnya.

Berkenaan isu solat menghormati waktu. Sebenarnya ia diambil dari pendapat Imam Nawawi. Dia kata kalau ada yang menyebabkan tidak boleh solat dengan lengkap, maka dia kata solatlah. Tidak ada jalan nak mengatasi lagi dah. Dia tak bagi nama solat hormat mati pun. Contohnya, tidak ada baju untuk menutup aurat, maka solatlah. Dan bila dah ada baju nanti, maka qada solat itu. Kalau ikut Imam Ahmad, tidak ada qada. Kalau kata Imam Malik, tak payah solat langsung, dan tidak ada qada langsung. Tapi itu jauhlah pendapat dia. Jadi ianya boleh dilakukan kalau tidak ada jalan lain lagi dah. Kalau dalam kapal terbang contohnya, bolehlah solat. Kalau sebab tak boleh ambil wuduk dengan air, maka tayammumlah. Carilah jalan. Nak buat tayammum ni bukannya payah pun. Orang jer yang menyusahkan.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s