We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Pegangan ahli sunnah wal jamaah January 17, 2012

Filed under: Ilmu — visitor74 @ 7:35 pm

Selain daripada memegang apa yang ada dalam Quran dan juga hadith Nabi, ahli sunnah juga memandang apa yang dikatakan dan diamalkan oleh para sahabat. Kerana para sahabat telah diberi sokongan oleh Nabi dan juga di dalam Quran juga. Mereka telah diberi jaminan oleh Allah. Kita kaum yang terkemudian ini, tiada siapa pun yang memberi jaminan.

Mereka walaupun ada kadang-kadang tidak bersetuju pendapat antara satu sama lain, tapi apabila terdapat nas-nas yang sahih, mereka tidak melawan. Contohnya, apabila membicarakan pengganti nabi untuk menjadi khalifah, mereka tidak terus bersetuju. Kaum Ansar pun mahukan juga supaya khalifah diambil dari kalangan mereka kerana Madinah adalah tempat mereka. Tapi apabila Abu Bakar berkata bahawa Nabi pernah bersabda bahawa Khalifah adalah dari kaum Quraish, mereka diam menerima kata-kata itu kerana ianya adalah dari kata Nabi. Kemudian Abu Bakar terus berkata bahawa yang paling layak adalah Umar. Dan Umar pun terus berkata bahawa selagi Abu Bakar masih hidup, dia tidak layak menjadi Khalifah dan terus dia berbaiah dengan Abu Bakr.

Nabi wafat pada hari Isnin, dan jasadnya baru dikebumikan pada hari Rabu. Hanya boleh dilakukan kepada jasad Nabi sahaja. Kalau orang biasa, kena tanam cepat-cepat.

Maka kita perlulah melihat kepada apa yang dilakukan oleh sahabat-sahabat Nabi. Kerana itu adalah sebahagian dari syariat. Dan janganlah kita mencela sahabat-sahabat. Nabi telah melarang sesiapapun untuk mencela sahabatnya. Beliau bersabda bahawa walaupun sesiapa menginfak emas sebanyak gunung Uhud, tidaklah sama dengan infak para sahabat sebanyak secupak emas atau separuh cupak. Beza sangat kita dengan mereka.

Dan oleh itu, janganlah mencela sahabat nabi. Walaupun kita rasa macam Muawiyah adalah di pihak yang salah di dalam pertelingkahan beliau dengan Ali. Tapi dia juga sahabat nabi. Dia antara orang yang Nabi berikan rambut dia semasa Nabi mencukur rambut semasa membuat haji. Dan Muawiyah simpan rambut baginda di dalam botol. Dan dia telah berpesan bahawa apabila dia mati kelak, masukkan rambut baginda bersama jasadnya sebagai berkat. Ini boleh dibuat untuk rambut Nabi sahaja. Untuk orang lain, tak boleh.

Jadi apakah bezanya masa zaman mereka dan sekarang? Kerana kurangnya pertelingkahan di zaman mereka dan kerana mereka tidak mengamalkan bidaah yang banyak diamalkan sekarang.
Bidaah adalah amalan syariat yang direka-reka yang tidak ada dalilnya daripada Nabi. Maka sekarang ini banyak sekali amalan bidaah yang diamalkan oleh umat Islam yang mereka katakan adalah bidaah hasanah tapi tidak kerana mereka tidak faham apa itu bidaah hasanah.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s