We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sangka baik dgn Allah January 16, 2012

Filed under: Ilmu — visitor74 @ 9:49 pm

Jangan kita bersangka buruk dgn Allah mengatakan apa yg tak patut kepada Allah. Apa yg Allah lakukan adalah dalam ilmuMu. Kita mungkin tidak faham dan tidak nampak lagi hikmahnya. Tapi percayalah kepada Allah. Allah membuat yg terbaik untuk kita.

Katakan lah kita berdoa. Jangan kita sangka Allah telah lupakan kita Kalau tidak mendapat dengan segera apa yg kita mintakkan itu. Allah membalas dgn berbagai cara. Ada yg diberinya terus dan ada yg disimpan di sisiNya. Kalau Dia bagi awal pun, mungkin kita akan lupa Allah dgn segera.

Abu Zar Ghifari apabila beliau masuk Islam, beliau terus declare keislaman dia kepada penduduk mekah. Padahal semasa itu, Nabi dan sahabat-sahabat sedang pada tahap berdakwah secara sembunyi dan menyembunyikan keislaman mereka. Bila Abu Zar cakap sahaja dia islam dgn mengucap dua kalimah syahadah di depan orang ramai, maka dia telah dibelasah sampai jatuh. Nasib baiklah ada Abu Bakr yg menghalang. Dia kata kepada orang ramai bahawa Abu Zar adalah dari kaum Ghifar, yg mereka perlu lalu kawasannya Kalau berdagang. Kalau dia mati, maka mereka juga yang akan susah.

Bersangka baik dgn Allah bahawa Dia akan mengampun dosa hambaNya. Walaupun dosa sebanyak mana pun. Macam cerita seorang hamba Allah yg sudah membunuh sebanyak 99 orang. Dia jumpa seorang abid dan dia tanya samada Allah masih lagi mengampunkan dosanya. Ahli abid itu menilai dengan dirinya maka dia kata mana mungkin Allah akan mengampunkan dosanya yg dah banyak itu. Maka dia pun dibunuh oleh pembunuh itu. Lepas itu dia cari lagi orang yg boleh memberi jawapan kepadanya. Maka orang kata carilah orang yg berilmu di suatu tempat. Maka yg bagus lagi adalah orang berilmu atas orang ahli ibadah. Dia kata apakah yg menghalang kau untuk bertaubat? Allah amat menerima taubat cuma kena tukar kampung. Jangan lagi duduk kat tempat yg dia duduk sekarang. Kena tinggalkan perangai lama dan orang-orang yg dapat menjerumuskan dia balik.

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s