We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Filem filem seram November 9, 2011

Filed under: Monolog — visitor74 @ 3:35 pm

Sekarang ni aku tengok banyak sangat filem seram kat tv dan wayang. Termasuklah dengan kat dalam drama dan sebagainya. Mungkin sebab banyak sangat permintaan dari peminat melayu untuk filem filem macam ni. Dorang suka sangat nak tengok. Dan bila filem dan drama macam ni masuk panggung dan tv, banyaklah yang suka dok tengok.

Aku memang tak suka. Satu, aku ni penakut sikit. Kang kalau aku tengok, mulalah aku terbayang akan terjumpa benda benda macam tu. Tak menyusahkan ke kalau nak masuk pintu pagar rumah, dok tengok kiri kanan? Muka dan gaya dah macho, takkan nak tunjuk takut pulak kan masa nak masuk rumah?

Selain dari aku tak suka, aku pun tak setuju kalau banyak sangat benda benda macam ni dalam filem. Sebab banyak sangat perkara khurafat kat dalam tu. Nanti adalah bomoh pooh sana, pooh sini. Cerita macam macam kat dalam drama tu. Macam tak salah pulak kalau pergi jumpa bomoh, pakai tangkal dan sebagainya. Jadi masyarakat akan rasa biasa sahaja kalau berkawan dengan jin dan mengamalkan perkara-perkara yang salah ni. Penonton taulah, banyak terima jer apa yang ada dalam filem dan drama. Pada dorang, apa yang ditunjukkan tu, itulah yang betul. Boleh pakai jin, boleh jumpa bomoh, boleh pakai tangkal dan lain lain lagi.

Dan lagi satu aku tak suka adalah filem filem ini membuatkan manusia takut sangat kat hantu. Sampaikan mereka akan buat macam macam taknak kacau dengan hantu. Amalkan amalan yang salah contohnya. Dan mereka akan lebih takutkan hantu daripada takutkan Allah. Itu boleh merosakkan akidah tu.

Apa kata nanti buat satu filem, yang memperlekehkan hantu hantu nih? Dia kacau kita, tapi kita gelakkan dia balik. Kita kata dia huduh, malukan dia dan sebagainya. Itu barulah best! Hehehe.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s